Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 3, 2017

Ke Korea Kita : Part 1

Assalamualaikum..

Day 1, ktorg jalan lite2 je, al-maklumlah baru touch down pagi tu.

Kami Check in Kat Namsan Guesthouse betul2 dekat dengan Myeondong street & Myeondong Subway Station.

Kami bergerak ke sana dan ke sini naik subway je uolss, gagah tak dengan anak 3 kami tu ^_^

Namsan Guesthouse 2 ni recommended sgt2, tak tahu la pekerja ke owner nama dia robin mmg peramah dan boleh berbahasa English, keadaan bilik yang sangat selesa, ada pantry yang selesa untuk ko nak masak8, ada mesin basuh dan pengering baju so tak yah nak angkut baju banyak2 ok, dan paling best dekat dengan myeondong dan namsan tower, jalan kaki je.



~Trip wif family & Bff (yang tengah tu agen ktorg merangkap bibik dan jurukamera kami wakakakaka )  




Sampai je letak barang2 dulu kat guesthouse, dan bayangkanlah cuaca 6 degree anak2 tetap mintak mandi air sejuk, ya rabiiii tak tahu sejuk budak2 ni.

Lepas tu, kami naik subway (satu station je) bergerak ke destinasi pertama di Namdemon. 

Kat sini, femes dengan kerongsang batu korea, serius memang cantik2 dan rambang mata, selain tu baju2 sejuk pun banyak sangat sebb baru musim winter dan murah2 je dik non :)

Nasib la bapak2 tolong pegang anak, kalau tak duit shopping mesti habis terus kat sini dan tak sempat nak shopping kat myeondong ^_^



~ sejuk2 makan aiskrim, apa jenis ketahanan pun tak tahu hehehehe ~







~ beli main ambik je sbb takut tak sempat nak ke sini lagi, harga dalam satu ni 3,000w = RM11.70  ~ 



 ~ kat kedai ni kami shopping seewed, owner dia mmg peramah, semua benda dia suh try hahahaha ~

Destinasi kami kedua di Itaewon

Pun menggunakan subway, yang bestnya subway dia mmg canggih (berlapis2 bawah tanah dan terus sampai ke tempat nak pergi tu)

Kat itaewon ni ada masjid dan banyak kedai makanan halal di sini.




~ Antara tips akak boleh bagi masa ke korea ni, sila  wajib bawak stroller, dan bawak stroller yang mudah lipat nak lagi bagus bawak yang macam payung tu ~ 









~ Masjid di Itaewon ~ 


~ Makan Ice Cream lagi ^_^, aku dah naik beku diorg relax makan ice cream ~


 ~ love from seoul cewaaahhhh ~ 


 ~ bergambar ngan pakcik jual sarung tangan, orang islam korea  ~

Last destinasi kami adalah Namsan Tower, orang panggil menara cinta githchuuuuu :P

Cara nak naik ke namsan tower ni ada bermacam2 cara:-
i. cable car
ii.bus
iii.jalan kaki ke atas :P

Kami haruslah pilih cable car, anak2 dah jakun tengok cable car tu.

Kami naik free shuttle ke cable car.

Kemudian kos untuk naik cable car, kos di situ dalam 11,000 won bagi dewasa dan 8,000 won bagi kanak2.

Kos untuk naik namsan tower tu 8,500 won dewasa dan 5,500 won bagi kanak2.

Kat atas ada jual potato ring, sedap gile, dalam 3,000 won satu batang tu, memang sedap, teringat2 sedapnya ^_^










~ Pemandangan seoul pada malam hari ~









 ~ Bukan senang nak ambik gambar tau ~ 





~ kalau dapat gambar berlima ni syukurrrrrr sangat hahahaha ~ 











~ hahahahahhahaha susah tau nak romantik2 ^_^ ~ 



~ Suka tengok design2 rumah kat korea, cantik2 ~


~Jom balik, esok nak jalan lagi jauh hehehehe ~

Note : Ok bai, nanti sambung part 2 ^_^



No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)