Assalamualaikum..
Hai,
Masa menulis blog ni, hati masih teringat2 di seoul ^_^
Part 2 ni makin menyeronokkan nak2 pada anak2 kecil kami la kan.
Day 2 kami ke Everland, taman teman yang terbesar di korea. Cukup besar, rasanya tak habis pusing pun kami seharian di situ.
Kos untuk tiket masuk everland bagi dewasa 52,000 won dan kanak2 41,000 won tapi agent kami dapat 30percent diskaun untuk tiket masuk everland ni.
Kami ke everland juga menaiki subway, kali ni agak jauh dan banyak kali bertukar line, subway di korea ni sangat memeningkan kalau silap line silap hari bulan mmg tak jumpa la tempat nak dituju, subway korea ni berlapis2 di bawah tanah (suami ckp jepun pun kalah bab subway ni, korea lagi memeningkan hahahahaha )
~ tips semasa di everland, rajin2 la bawak bekal kalau nak ke sana, sbb kat sana akan lama dari pagi sampai ke petang, dan nak cari makanan halal yang berat2 tu payah sikit, kami bawak nasi lemak dan karipap segera ~
~ orang korea ni anti sosial, dalam train macam dalam perpustakaan, kalau yang bising2 dlm train tu sure orang malaysia ^_^ ~
~ kopi ball ni sedap gile wei, mcm ball2 ni korang leh makan ~
~tengok punya la penat tau naik train, berapa kali tukar line korang tahu, nasibla agent kami ni pakar, hahahaha, dia g korea masuk 7 kali trip dengan kami ni, so haruslah diorg pakar dah...Lagi satu orang korea ni paling pantang bab kasut, dia akan mcm marah kalau anak2 duduk kat kerusi dengan kasut, bagi meraka kotor lah, ingat ye hahahahaha ~
~ Dah smpi stesen everland, pastu naik bus shuttle dia, bus shuttle dia pun menarik ada gambar binatang ~
~Bunga tulip segar ~
~ tgk map dia pun nak naik pening, besar sgt kawasan dia ~
~ Bagi mak bapak chance hahahahahaha ~
~ Tips : Kat Everland ni ada perkhidmatan sewaan stroller, sewa jelah uolss kalau ada bawak stroller seketul je sbb anak yang lain akan penat sbb kawasan dia besar sgt ~
~ paling anak aku teruja safari world ni kot, mcm ko tgk cite zombi tu hahahahaha...naik bus pastu tgk binatang buas tepi2 kau je, memang teruja woi ^_^ ~
~ masa ni ais ada lagi, memang sejuk woiii time ni ~
~ Mainan pun banyak jugak, roller coaster dia mmg ko muntah2 la kalau naik, berpusing2 aku nengok ~
~ overall everland mmg best, sangat best ~
~ kesian melati, smpi menggigil2 bibir ~
~ Makan malam yang ditunggu2, dari everland kami terus ke sini, makan malam octopus di jegidong ~
~ serius yang ni tak tipu, sedap teramat sedap ~
~ octopus fresh woiii ~
~ sana sini penuh gambar artis korea ~
~ sebelum balik bilik, kami singgah myeondong street dan kebetulan dah di depan guesthouse kami pun, baru nak servey2 dulu ~
~ cc cream nature republic mmg wajib beli, tgk kat outlet malaysia cecah ratusan, kalau kat sini, hahahahhahaha boleh beli stok 2 tahun woi ~
~ rajin2 tgk harga kat malaysia dulu, buat perbandingan kalau murah baru beli hahahaha ~
~ sawan tanggis aku bile anak dara pun naik sama ^_^ ~
~ yang ni latest, baru nak masuk faceshop malaysia ~
Nota kaki : tak yah servey la, memang harga di sini jauh lagi murah sbb mmg produk diorg kan, produk diorg kebanyakkan berasaskan water based, kalau risau nak beli apa beli produk yang mmg dah jual kat malaysia ni mcm laniege, nature republic, faceshop, etude, tolymoly n etc, kena rajin search ye...k la nanti sambung part 3 ^_^