Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Friday, April 1, 2016

Melati 5 bulan

Assalamualaikum.

Yeay my melati debom dah 5 bulan.

Sekarang melati memang cucuk kat kk je sbb pusrawi sejak 2 bulan hari tu takde vaksin so aku dah malas nak g pusrawi, best je g kk dan aku rasa tak la lama sangat tunggu, paling2 teruk pun sejam la..

Yeay bambam dah 8 kilo, yang paling kelakarnya nurse cucuk dia, dia mcm takde perasaan apa2 sampai nurse cubit2 peha dia "eh rasa tak kena cucuk ni, mentang2 la peha dia tebal hahahaha".



Peha je dah 4 kilo hahahah :P


Meniarap dah hebat dah kedepan kebelakang dah  


Mula dah nak angkat2 bontot 



~ Air liuq memeleh sbb nak tumbuh gigi :) ~


~Susu pun kuat jugak minumnya, sekarang sehari 20 oz :) ~

Nota : Yeay lagi sebulan dah boleh mamam :)

Tuesday, March 8, 2016

Wan Melati Thohirah Binti Wan Mohd Sanusi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, telah selamat melahirkan permata hati ke-3 pada 29 oktober 2015 yang lalu, sekarang nak masuk 5 bulan dah..aduhaiii why so fast ha the time fly fly :P

Melati papa yang pilih, thohirah papa jugak yang pilih hahaha...kali ni bagi chance la papa bagi nama plak :P






 Notakaki : Tak pernah  bangga punya anak yang ramai tapi rasa makin berat bahu ni nak menanggung amanah Allah ini...Insyallah doakan kami menjadi ibu bapa yang baik yang dapat membimbing anak2 kami ke jalan yang terbaik...amin :)


Monday, October 22, 2012

Bila nak mula buat stok & macam mana nak tingkatkan penghasilan susu

Assalamualaikum...



~ Alhamdulillah, stok ebm mawar terkini ~



~ Ini plak stok yang bahagian bawah, kalau rasa dalam tempoh masa 5 hari tak digunakan kena pindahkan di bahagian beku ~

Ada ibu2 baru bersalin dan hendak bersalin bertanya bila masa yang sesuai untuk membuat stok ebm sebelum naik keje.Sebenarnya depends, kalau jenis susu banyak tak yah buat awal2, kalau susu tu suam2 kuku buatlah awal...sekali perah let say kata dapat 2oz x 6 kali pumping sehari dapat 12ozx30 hari so boleh dapat 360oz, takpe sikit2 lama2 jadi bukit...

Semua orang tak sama, macam aku buat stok 2 minggu sebelum nak naik keje..

Pastu ada yang tanya macam ne nak banyakkan susu kerana susu tak banyak??aku ni taklah pandai mana sangat  cuma nak berkongsi pengalaman dan yang mana aku tahu selain tu aku pun mengamalkan benda ni jugak...

1. Bagi aku kunci utama jgn "stress", kalau kita cepat stress susu pun mcm segan2 nak keluar. Relax saja, insyallah tubuh badan akan memahami permintaan. Kalau stress bukan jalan penyelesaian, cuba relaxkan diri. 

Kalau still macam tu, rajin kan buat power pumping, apa itu power pumping?:-

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

2. Aku masa pantang rajin buat PP, boleh katakan seminggu tu direct aku buat PP, kalau boleh antara     01 pagi hingga 4 pagi masa tu susu tengah banyak, alhamdulillah lepas tu susu sangat2 memberangsangkan..


~ ALhamdulillah, rezeki mawar setiap pagi, kalau rasa menurun tu cepat2 buat PP tapi buat masa ni alhamdulillah, buat masa ni aku masih mampu bekalkan mawar fresh milk hari2 stok ebm tak berusik lagi, tapi aku kena mulakan langkah 3 stok fresh & 1 stok ebm kena guna, kalau masa bayi growth support mulakan dia akan minum susu dengan banyak, tu yang pentingnya ebm ~

3. Pastu aku juga amalkan, tapi sekarang kejar masa.Lepas pump tu buat teknik marmet dalam 5 min macam tu.Apa itu teknik marmet??

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)

4.Selain itu make sure Minum air dengan banyaknya....kalau boleh 3L air sehari.

5.Pump, pump & pump...Rajinkan diri untuk pump, atleast 2-3 jam cuba untuk curi masa pump selama 15 min pun dah cukup.

6.Kalau rasa ada duit lebih bo belilah supplement, ingat ye kawan2 suppliment bukan nak banyakkan susu tapi kita kan BF, perlukan makanan berkhasiat & tubuh yang sihat. Belum tentu makanan yang kita ambil tu sihat so boleh gantikan dengan supplement. Tapi semua ini bergantung dan terletak pada individu masing2...AKu dari anak pertama memang amalkan set menyusu shaklee.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

7. Dapatkan bantuan caunselor penyusuan, kat internet ramai caunselor tentang penyusuan. Jangan cepat panik, cuma sms dan bertanya dan dengan cepat mereka akan jawab antaranya :-




8. Setelah berusaha dengan pelbagai cara dan yang terakhir adalah berdoa, berdoa agar tuhan permudahkan urusan kita, insyallah :)

Notakaki : Ya allah kau permudahkan lah urusan kami...

Friday, October 12, 2012

Berlalu sudah 3 bulan:-)

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dah habis 'cuti bersalin' ai selama 3 bulan.....Erm selasa depan, aku mula la kerja semula.Husband ai x de kena g cherating, malas nak ikut sian mawar kecik lg, td husband col ckp isnin depan dia cuti boleh bawa haikal jalan2, tak yah anta pengasuh,hoyeh!

Mawar plak aku dah mula anta umah pengasuh, nenek pah...supaya sesuaikan diri dan routine mawar dan ajar handle ebm, tp dia sebelum ni jg anak doktor memang pki ebm
Tpi budak tu menyusu ebm x lama sbb dia x mo susu dia minum ribena je...

Alhamdulillah so far ok, dan mula2 aku bekalkan 5botol×3oz, tp luak 3 botol.sebelum anta mawar,  subuh2 tu aku perah dan letak siap2 so pagi2 tu dia minum yang fresh la...so skrg aku anta 1 botol fresh dan 3 botol yang stok  yang tak beku, yang beku tu belum guna lg dan ia tahan selama 3 bulan bg peti ais 2 pintu o k...kdg2 balik tu ada sebotol x minum....depends la.

Alhamdulillah lega la sikit hati ni bila mana mawar dah mula sesuaikan diri di rumah nenek pah dia:)

Alhahdulillah rezeki mawar, aku mula buat stok mawar 3 minggu sebelum aku naik keje.

Notakaki : alhamdulillah cukup buat si wan mawar adawiyah buat masa ni, dan anak kedua aku tetap pengamal setia produk kesihatan shaklee anak pertama makan multivitamin shaklee so wajib la anak yang lain untuk kesihtan dalaman dan luaran , memang cergas dengan shaklee nak2 bila beranak dua ni kan, awww best plak bila beranak dua ni :)

Wednesday, October 3, 2012

worldless wednesday #Dejavu#

Assalamualaikum..

Dejavu = Perasaan seseorg pernah mengalami benda yang sama:)

Dulu wan khalish haikal kini wan mawar adawiyah=Alhamdulillah ya allah:)



Thursday, August 4, 2011

Penyusuan Semasa Ramadhan # Petua Baru #

Assalamualaikum...

Kali Pertama dan tahun pertama saya berpuasa sambil menyusu badan...lapar tu tak la sangat, letih tu sedikit sahaja tapi alhamdulillah semua nya dapat dikawal selia dengan baik..terima kasih Ya Allah..

Sebenarnya banyak atau sedikit kuantiti susu tu tak pernah saya persoalkan kerana ia pemberian tuhan, dapat sedikit saya bersyukur dapat banyak bersyukur dan plus seronoknya...alhamdulillah kembali...

Hari Pertama saya berpuasa :-
Sesi Pagi dapat 3 oz  + Sesi Petang dapat 2 oz = 5 Oz (Rasa agak risau kerana kalau boleh tak nak guna stok)

Hari Kedua saya berpuasa :-
Sesi Pagi dapat 4 oz + Sesi Petang dapat 4 Oz = 8 Oz (Hepi Sangat)

Hari Ketiga saya berpuasa :-
Sesi Pagi dapat 4 oz + Sesi Petang dapat 4 Oz = 8 Oz (Hepi Sangat)

Hari Keempat saya berpuasa :-
i. Pukul 3 Pagi - saya rasa bengkak dan habis basah (dalam hati tak sangka menjadi petua diamalkan semlm)
ii. Pukul 7.30 sampai opis terus pump sebab dan rasa penuh, alhamdulillah dapat 5 oz
iii.Pukul 12.30 dapat 5 oz
iv.Sesi petang belum lagi
* Alhamdulillah mungkin Petua ini sedikit sebanyak membantu =)

Petua yang saya baru amalkan yang mungkin boleh saya kongsikan bersama2 : Fresh Milk + ESP + Buah Kurma = Blendkan kesemuanya...hanya harap2 hari2 mendatang pada bulan ramadhan ini akan lebih membawa keberkatan kepada saya...saya hanya makluk tuhan yang lemah...

Monday, July 4, 2011

Wan Khalish Haikal @ budak comel si mata bulat 7 bulan da :)

Assalamualaikum....

Tak sangka, sekejap je masa berlalu...rasanya baru merasai2 suka duka masa berpantang :P...sekarang si mata bulat tu dah macam budak besar, makin besar.....terlalu cepat membesar sampaikan hati ini mula rindu pada dia masa baby2 dulu :P..perkembangkan haikal dari 6-7 bulan aku sebagai mamanya merasakan terlalu memberansangkan untuk tempoh itu...


~ Merangkak, cukup cekap!..sampaikan dah ke bilik air dan ke dapur....angkat bawak ke ruang tamu, tgk tv sekejap je..hilang semula ke dapur!...dia dah angkat bontot di tinggi2 mcm orang nak bangun kat mak :) ~



~ Dah mula nak mengenal erti "memapah"....dia dah mula pegang kerusi tu, kdg2 berlagak pegang sebelah tangan...gud job boy :)


~ Dah mula belajar "duduk", tapi senget2 je...takpe2 masih terlalu awal dan boleh berlatih lagi dan lagi...dia ni memang jenis tak serik, kalau jatuh dia tak serik nak buat semula ~


~Memandangkan si mata bulat ni dah pandai nak duduk, rasanya kerusi yang aku dah peram dari dia 3 bulan boleh pakai...tapi dia macam tak biasa lagi..so aku pakai sesekali je...biar dia belajar semuanya dengan secara natural..~





~ dan,si mata bulat ni suka berjalan, pantang hujung minggu tentu akan bawa dia berjalan, tetapi di tempat yang tidak ramai orang, paham2 jelah budak2 kecil kan & paling comel dia dah boleh sebut "mak", "babah", "papa", "kakak"...tapi yang selalu dia sebut papa je! ~

Notakaki : Alhamdulillah masih dapat memberi ASI kepada dia walaupun stok EBM kadang2 kala menemui musim kemarau tapi alhamdulillah masih dapat diatasi :)

Tuesday, April 5, 2011

Elak dari payudara bengkak

Assalamualaikum...

Minggu lepas penhasilan susu merudum, nasib ada stok EBM...penyelamat dunia....kalau tak kena catu la susu untuk khalish...hehehehe :)

Kes dari khalish tak berapa nak sihat, dia tak nak minum susu masa kat hospital...sampai bengkak2 cik B aku ni, pastu lupa nak bawak breastpump..dah bengkak baru suh laki aku balik ambik, benda yang harus jd pengajaran, bawak BP kemana sahaja...

Aku sampai demam2 la sebab payudara bengkak...yang aku nampak bila kita biarkan payudara bengkak kesannya pada penghasilan susu...susu aku minggu lepas  merudum sgt2 tapi masih bersyukur masih ada lagi...khalish smpi marah2 mungkin tak berapa nak kuar, tapi aku pekakkan telinga kuatkan semangat & tingkatkan azam agar susu kembali normal...

Kemudian aku amalkan semula jadual pump susu dimana mengepam susu setiap 3 jam, dan DF khalish sekerap mungkin dan juga berfikiran +ve dan takkabn mengalah ...ternyata Alhamdulillah penghasilan susu kembali seperti sedia kala....

Moral of the story, elakkan cik B kita bengkak/berat/penuh sbb kemungkinan perkata2 ni akan terjdi :-

1. kekurangan susu
2. jangkitan payudara
3. saluran susu tersumbat dan sebagainya

Notakaki : Ya allah jgn kau tarik nikmat ini dari ku ya allah, aku & khalish masih memerlukannya lagi ya allah...Amin 

Monday, April 4, 2011

Khalish 4 Bulan :)

Assalamualaikum....

Semalam cukup khalish 4 bulan, pejam celik pejam celik sekejapan je kan masa berlalu....Walaupun sekarang dilanda dugaan, aku akan terus berdoa agar Allah terus memberi rezeki ini pd alish....:)

  • Alish sudah pandai meniarap, letak je kat bawah kalau lepas mandi terus meniarap tak sempat2 nak pakai kan pampers lagi
  • Alish dah mula angkat bontot dia dan mula menolak2 kaki nya kebelakang..dia jalan kebelakang dulu agaknya...hehehehe.
  • Alish tidur meniarap, kalau tak perasan dia dah mula kebawah2, so skrg papanya suh kepung katil kang tak pasal2 dok kebawah2 terjatuh plak...hehehehehe.
  • Alish pantang kalau orang lalu depan dia pusing kepala smpi nak tercabut kepala nak tgk orang yang lalu tu...hehehehe
  • Menyembur paling dia gemar, skrg rmbut aku gugur banyak...bertaburan je atas lantai & katil...hehehehe
  • Kalau minum susu tu suka tarikh baju kuat2, kalau kita sengaja acah2 dia nak tarikh B ni mesti dia akan tarik baju aku makin kuat.
  • Dia lebih mesra dan manja dengan papa berbanding mama dia...kalau dengan papa dia ketawa terkehkeh2 padahal bukan lawak sgt pun :P..
Notakaki : Harus usaha keras untuk mengembalikan prestasi seperti dahulu, khalish doakan mama kamu :)

Wednesday, March 9, 2011

Sharing about Shaklee :)

Assalamualaikum...

Blog dah boleh upload gmbr, baru la rasa syoik sikit :)

Today nak sharing2 pengalaman pakai shaklee ni, boleh jadi panduan maybe untuk ibu2 yang berfikir2 nak mengambil suppliment untuk BF...kita harus berusaha so ni salah satu jalan untuk berusaha, BF bukan semudah 1,2,3 atau sesenang A,B,C...ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi....lagi2 aku ni macam budak baru belajar...yelah anak pertama kan takde experience...

Dah hampir sebulan aku ambik shaklee...dah nak habis so kena repeat order to Kak Alin :)

Aku ambik set B untuk ibu menyusu -
1.30 tablet Vita C
2.30 tablet B Complex
3.60 tablet Alfalfa
4.30 tablet Vitalea

dan aku ambik ini ESP :)


 ~ESP, memberikan kepekatan pada susu ibunda :) ~

Aku ni tgk pada kesesakan masa bekerja la, kadang2 3 kali pump, tapi sekarang 2 kali pump coz banyak kije la plak skrg ni...

Waktu Pump aku selalu: -
1. 730 Pagi
2. 1030 Pagi
3. 330 Petang

Dulu sebelum ambik shaklee boleh dapat around 8oz  sehari sekarang Average kuantiti yang boleh aku dapat depend jugak tapi average boleh dapat 12 - 16 0z sehari, syukur :)


~ Hasil Perahan pagi ni dapat 8 Oz, Alhamdulillah rezeki si alish :)

Kualiti susu plak aku tgk makin pekat dari dulu dan alish kalau BF dalam 10 minit tapi tahan smpi 3 jam jugak la skrg :)

Dulu susu perahan ibu (SPI) mcm kais pagi makan pagi kais petang makan petang..cukup2 untuk stok esok...sekarang siap boleh simpan dalam peti ais  tapi tak lah semeriah orang lain tapi alhamdulillah cukup sangat untuk khalish dan boleh menyusukan harith dalam masa yang sama(aku mcm tak smpi hati bila mak dia nak bagi FM disebabkan dia rasa susu dia tak cukup so aku membenarkan untuk menggunakan susu yang ada dan pernah direct BF kat harith)...alhamdulillah rezeki allah jangan nak lokek2... 




~ Anak2 Mama :) ~

So, dalam tempoh masa sebulan ni aku merasakan shaklee ni sesuai dengan aku dan akan meneruskan menggunakannya :)

Notaki : Ya allah, kau maha kaya lagi maha memberi, aku hambamu yang hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal....

Wednesday, February 23, 2011

Breastpump Avent Manual...akhirnya kau milikku :)

Assalamualaikum...

Lately ni dan akan datang asyik2 bercerita pasal khalish & BF je...mengikut peredaran zaman & masa la kan....sekarang2 teman2 aku banyak bercerita pasal hal2 kawin ni dalam blog..mcm natrah, jijah & lin....aku punya zaman masa tu dah lama berlalu...rasa rindu aje zaman2 tu...x kose mak!

Hehehehe, td dah beli BP Avent Manual...tq  alot hubby coz belikan jugak BP impian aku tu...harga dia mahal ok bagi aku, so kena la timbang2 kati dan memikirkannya dekat seminggu nak membelinya memandangkan kami banyak nak pakai duit dalam msa terdekat ni...tapi bila dgr fedback ibu2 yang pakai BP ni terus teringin nak memilikinya...hehehe:)

Nak2 bila kuantiti BM aku makin naik, smlm aku dpt pump 16oz ok!!!hepi2 sgt pastu terus sms momma mia!hehehehehe..harus la bgthu dia, dia sumber inspirasi mak ok...

Tak sabar2 nak pakai besok...:)

Notakaki : Khalish kena selesema....tunggu mama pulang ye, mama & papa ada belikan baju baru untuk khalish :)

Monday, February 21, 2011

Perlu @ tidak???

Assalamualaikum....

Erm firstly nak panjatkan kesyukuran yang teramat sangat sebab penghasilan susu semakin positif, sejak dua menjak ni kuantiti susu makin naik, mcm hari cuti walaupun khalish dah minum masih ada lebihan susu untuk diperah..hehehehe..guna teknik tendum pumping mcm mama mia praktikkan tu :P....pastu dah tiga hari bekerja penghasilan susu makin banyak, sekali pump boleh dapat 8oz berbanding dulu 4 - 5 oz..alhamdulillah :)

Buat masa ni aku ada 2 BP...yang elektrik tu Spectra 3 dan yang manual tu brand anakku...aku lebih banyak gunakan yang manual tu sbb yang elektrik tu tiub dia tersumbat so tak sempat nak hantar repair kat fabulousmom....

So bile penghasilan makin banyak, so semangat makin berkobar2 la kan then terfikir beribu2 kali nak tukar BP Anakku tu ke BP Madela & Avent yang lebih berkualiti...

Tapi bile fikir2 perlu ke eh tukar BP manual tu???????????????

Notakaki : Rasa2 nak belikan warmer untuk pengasuh la...thanks sgt kat pengasuh yang sgt supportive...dia plak yang ingatkan aku "khalish kena menyusu badan atleast 6 bulan pertama agar antibodi badan dia kuat"...luv u la nenek salmah :P

Friday, February 18, 2011

Bangkit Semula :)

Welcome....

Aku penah sedih, aku penah rasa terkilan, aku penah rasa lelah, aku penah rasa fed up....penah smpi aku post entry ni SEDIH....tapi nasiblah aku sempat jumpa alin & mula belajar bertatih2 semula tentang penyusuan susu ibu  dan betapa besarNya anugerah ini....

Sejak masuk kerja dua minggu lepas aku mula berkerja keras untuk beri juga susu perahan ibu (SPI) kat pengasuh khalish...dan aku berjaya...dan dah seminggu aku bersama shaklee dan tunjuk ajar alin :), tq very much alin..dan dalam masa seminggu ni yang paling best aku ada stok SPI dalam peti ais, sangat best walaupun tak banyak tapi cukup nak topup2 kalau nak bg kat khalish...hehehehehe:)

Aku mula belajar teknik power pumping owh tuhan tahu betapa letihnya tangan ni, mana tak nya...sebelah kanan B 10 min, sebelah kiri B 10 min bertukar2 smpilah cukup 1 jam...

Baru2 ni plak belajar teknik tendum pumping, kalau nak tahu lebih tgk entry ni...Aku try BF khalish dan dalam masa yang sama aku pump sebelah lagi, hasilnya bagi aku  rasa sangat puas hati & bersyukur sgt boleh dapat 2 oz - 3 oz dalam masa yang sekejap...betul lah kata org bayi ada breastpump terbaik, rangsangan bayi sungguh menakjubkan....

Pasal produk shaklee ni, dalam masa seminggu aku pakai aku boleh nampak dari segi kualiti susu tu...dulu warna susu agak cair kini pekat berkrim :)..kuantiti plak alhamdulillah meningkat sedikit dari dahulu...amin..

Notakaki : Berusaha keras dengan  masa, duit & tenaga amat berbaloi apabila melihat anak kita dapat susu daripada kita...ya allah jgn la kau tarik dengan cepat anugerah ini :)

Saturday, February 12, 2011

Berusaha keras!Tq Momma Mia :)

Welcome..

Aku sekarang rajin blogwalking blog yang support BF nih, alih2 terjumpa satu blog ni...sangat respect + teruja bila tgk stok EBM dia yang meluak2 dan siap boleh expired plak tuh..gila hebat tak???

Pastu aku tgk ada email dia, aku pun ambik peluang yang ada untuk minta petua2 dia...kita jgn bodoh sombong,kalau tak tahu harus tanya.... Alin sangat tak kedekut ilmu dan sangat2 supportive ok...aku seronok berbual dengan dia...dia ada jual barangan shaklee & advise aku guna shaklee kalau berminat...dan apa salahnya kita mencuba & berusaha, aku ambik set trial pack dulu & ESP...kunci kejayaan dia adalah usaha, berdoa & tawakal....aku kalau boleh nak BF si khalish 100% dan alhamdulillah aku mula sedar tentang perkara ini awal dan minggu ni khalish tak minum FM dah :)... 

Notakaki : Harus usaha keras untuk mencapai impian ini :)

Wednesday, February 9, 2011

TANPA F.M :)

Alhamdullilah...

Semalam hari khalish tanpa FM....

Di rumah pengasuh cukup stok EBM(walaupun hasilnya tak banyak mana) dan dirumah aku direct BF kat khalish....

Alhamdulillah hanya kau yang berhak memberi kesenangan ke atas semua ni...syukur :), harap2 dapat teruskan semua hak khalish ini dengan mudah..amin..

Notakaki : Allah Maha Memberi & Mengetahui:)

Saturday, January 22, 2011

Khalish @ Jengka Part 3 :)

Hai, selamat malam....khalish & papanya tdo dengan lenanya, kat kg malam sangat sejuk :)

Sambung balik kes FM khalish...pagi td papa khalish bawa tok ma g klinik kat bandar dan alang2 singgah kat pasaraya beli FM brand lain atas nsihat along aku...dia kata kalau berak anak kita tak lawas @ sembelit that means FM tu tak sesuai okeh....

Alhamdulillah, petang tadi khalish berak dengan jayanya, makanya susu FM yang baru ni sesuai la kot :)..yang paling best today aku dapat perah 10 oz, alhamdulillah permudahkan urusan hambamu ini :)

Sepanjang kat kg ni, banyak gak jiran2 tok ma datang tgk khalish, semua akan kata ayat yang sama "mak ai, semangatnya" :)..dan berbuat hati aku ni agak berbunga musim luruh  pabila mak mertua aku puji aku depan jiran2 dia...dia kata aku dah cekap jaga khalish, pandai mandikan dia...wah, tipu la tak rasa kembang kucup bila mak mertua puji hohoi!!!!!!!!!terima kasih ibu ku sbb dia yang ajar aku jaga si khalish ni :)

Kawan papa khalish pun ada dtg, dia siap kata anak kami ni ikut sapa..nak kata laki aku kurus makanya dia nak mengata aku la tuh kan????? :0..aku gemuk ke ha?????

Notakaki : Esok nak balik KL, tok ma dia mcm tak puas je main2 ngan si khalish ni.....

Wednesday, January 19, 2011

SEDIH =(

Hari ni masuk hari ke-47 wan khalish haikal be my son., terasa tenang & bahagia memberi BF kepada khalish secara eksklusif......hari ni buat kali pertama aku terpaksa campur FM kat dia....tuhan jelah tahu perasaan ni, hanya ibu2 yang merasakan dapat mengerti perasaan ni,nak menitis air mata sebenarnya....tapi apakan daya, ujianNya harus kita hadapi dengan tabah...demand & supply tak seiring sejalan, jadi takde cara & alternatif lain....

Dua hari lepas dah khalish menunjukkan supply BF dari mamanya mcam tak cukup, pasal dia asyik merengek2...aku biarkan dulu...aku bgthu laki aku, aku ckp tak smpi hati nak bg FM kat dia....aku mama dia, susu itu harus dari aku la kan?????tapi apakan daya aku terpaksa menidakkan hak dia....sedih sangat tak terucap ketika ini.....aku sedih!...tadi bagi FM minum  ssmpi 4oz & sekrag dia terus tdo, memang dia lapar...

Demand khalish sehari mencecah 24 - 28 oz sehari....ni makin besar mungkin mencapi 30 0z sehari, sedangkan supply tak sebanyak itu....tak tahu apa lagi nak dibuat...nasi aku makan, sayur tak yah cakap, susu bertin2 habis, longan kering pun sama...

Wan khalish haikal maafkan mama :(

Wednesday, January 12, 2011

Love You Mom! ^_^


Pemberian susu ibu bekerjaya kepada anaknya menjadi sesuatu yang perlu difikirkan 2 minggu atau 3 minggu sebelum naik kerja....aku ada lebih kurang 3 minggu untuk naik kerja, masa aku kat Pusrawi hari tu aku ada beli buku-panduan-penyusuan-susu-ibu-bagi-ibu-bekerja ni....aku belek2 jadual pemerahan dan pemberian susu ibu dan ia perlu dimulakan dari sekarang...aku dah mulakan dari hari sabtu lepas, means masuk 5 hari melatih dia memberi susu perahan ibu guna botol susu mengikut jadual dlm buku tu, so far khalish nak minum tapi mcm ada masalah kekeliruan la plak....


 

Persediaan Penjaga Bayi - Berlatih Memberi Susu Ibu kepada Bayi

1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.

3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.

4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.

5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.

6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).



Ok, balik dengan cerita bf aku ni...semlam, khalish mcm dah mula tak  sukamenghisap dia sebelah kiri, mengamuk2 bagi seblah kiri, buat muka tak puas hati pun ada..hehehehe(tipu je aku ni)...aku tak pasti sebab apa...adakah pemberian melalui botol menggangunya???aku dah naik kerja haruslah melatih dia kan...ada jugak g forum susu ibu,com tapi still takde jawapan yang tepat lagi....



Masa hari2 mula perah dapat sikit je, 2 oz kadang 1 oz pun ada, tp bila dah pump hari2 dia merangsang otak kita yang baby nak susu banyak, so ada la kdg2 dapat 4 oz tapi tadi dapat 5oz!!!full botol tu...dia tulis kat tmpt 5 oz tu "Love U Mom"...hehehehe..love u too khalish..   
 
                                          
~ Alhamdulillah, semakin kita pump, semakin banyak hasilnya :) ~
 
Alhamdulillah, aku dah nak habis pantang dan sepnjang pantang ni mmg susu ibu sepenuhnya aku bg kat khalish...aku harap smpi umur dia 6 bulan still  dpt bg susu ibu sepenuhnya  al maklumlah hantar umah pengasuh & aku bekerja plak tuh...kalau smpi umur 2 tahun lagi bagus !!!!!!!amin :)
 
Notakaki : betul kata kak syida, bf ni banyak betul ujian :)....
 

Saturday, January 8, 2011

Susu dalam botol :P


Hari ini masuk hari ke 34 aku berpantang, dalam 10 hari aku habis la pantang, yipee...mcm2 permintaan aku nak kat laki aku, smpi laki aku kata tak habis pantang mcm2 plan dalam otak...hehehehe..haruslah!!!

Kalau diikut2kan lagi 3 minggu je aku nak naik kerje, so aku nak practice bagi susu dalam botol kat khalish.....smlm aku dah start buat perahan setelah lama tak perah lepas khalish kuar wad dr kena Jaundis dulu. tapi hasil perahan tak sebanyak mcm hari tu, just dpatla      2 oz je tapi tadi perah dapat plak 4 oz!!!hepi sangat!!! insyallah kalau ada rezeki adalah air susunya lagi kan....tapi aku suh laki aku kirim kat aida beli manual breastpump sebab bila aku guna elektrik tu macam sakit je....


~  Brand anakku, okeh je guna dia okeh, sedap je.....w/pun tak semahal madela, tapi masih selesa menggunakannya....kang beli mahal2 tak guna membazir jugak kan, nasib spectra tu angah aku nye :) ~

Betul kata angah aku, budak laki ni dia tak demand pasal menyusu, dia main telan je...tak kisah la botol apa, puting apa....kalau nana dulu bukan main susah nak bgi susu perahan dlam botol, melalak2, botol pun memilih jugak...si khalish ni sekali suap je habis dia telan :)...hehehehe, alhamdulillah senang bagi susu dalam botol pada si khalish ni...

 ~ Pagi tdi nenek dia try bagi susu dalam botol kat khalish ~

Notakaki : Aku dah berjaya mandikan khalish sendiri tanpa bantuan nenek dan suami :P