Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Wednesday, November 27, 2013

Jatuh Hati dengan Ephyra :)

Assalamualaikum...

Nak story mory pasal ephyra. Hari ini dah ambik paket yang ke 55 kot..belum habis kotak ke 5 la. dalam 10 paket lagi habis la pastu boleh bukak kotak ketiga..

Nak sebut pasal kulit muka tu agak payah la sbb nak dikatakan aku ni ada masalah kulit yang teruk tu idoklah...cuma kusam sikit dan ada eyeback kadang2 timbul la jerawat2 manja tu. 

Tapi dari segi dalaman memang tak boleh nafikan, memang bertenaga la tubuh badan ni. Nak2 kita ni bekerja kemudian balik rumah nak bekerja lagi kan. So ephyra sangat baik untuk tubuh badan kita.


~Ni sebelum ambil ephyra, kulit aku nak kata ok biasa2 je.nak kata teruk tak jugak kan.Tapi memang lepas kahwin aku suka produk kecantikkan ^_^ ~



~ Aku suka duta ephyra ni, dan sejak dia kawin makin manis plak..kuasa suami kot :P, nak kulit secantik dia tanpa secalit krim pun, masih dalam proses memperbaiki nya lagi,ngeh ngeh ngeh ~




~ Nah ini dia perubahan dari segi kulit la, tak ketara sangat tapi ada jugak perubahannya jugak. sbb ada org tegur aku pakai blusher ke, aku tak pakai. aku pakai serum, krim  siang ngan bedak pixy sahaja. hehehe ~



~ Tanpa bedak cuma pakai serum je, tipu la perempuan mana tak suka ada kulit y senang diuruskan. Alhamdulillah :) ~
 
~ Saya dah jatuh hati dengan ephyra dan saya akan meneruskan meminum ephyra :) ~


~ Ada seorang budak bahagian baru aku masuk ni tegur aku, sbb dulu kitaorg lain bahagian. Dia kata aku lain sangat masa mula2 masuk maiwp ni. Pastu aku tgk2 gambo lama, gambar ni tahun 2009 nak tergelak je. Tapi aku ok je, sbb muka ni la laki aku terpikat, cewah yelah sangat kan. Hahahahahahaha. Aku pun penah alami masalah kulit yang teruk dulu, aku atasi dengan make up yang tebal.so aku paham perasaan orang yang mempunyai masalah kulit muka ni. Yang aku boleh cakap, sabar dan cuba cari produk skincare yang sesuai dengan kulit muka pastu makan suppliment murah2 pun jadilah tp yang penting untuk kulit dan kesihatan dan minum air masak. Aku nak sembuhkan kulit pun bukan makan masa sebulan dua, 2011 baru kulit muka aku ok sikit. Yang penting niat :)

Notakaki : Apa pun produk makanan kesihatan yang kita ambil, kena konsisten dan sabar :)



Monday, April 8, 2013

Kulit yang sihat idaman setiap wanita...

Assalamualaikum...

Betul tak semua perempuan nak kulit yang cantik, sihat dan bersinar2 kan??? tak terkecuali bagi aku jugak dan bagi aku masa aku duk memikirkan hal itu kalau boleh tak nak pakai foundation bagai dah...aku ni masa anak dara dulu dikategorikan sebagai kulit yang ada masalah jerawat yang serius jugak, memang make-up masa tu tebal tak hinggat, anak dara kan.Bukan tak cuba tapi tak ada yang berkesan atau aku suka jump2 produk yang menyebabkan kulit muka makin jadi teruk.

Pastu lepas bersalin, kulit muka aku makin sihat, alhamdulillah mungkin masa tu aku dah mula amalkan pemakanan supplement shaklee masa tu.

Lepas bersalin mawar aku makin berminat tentang kecantikkan ni dan aku aku ada terbaca tentang satu fakta kolagen ini.

"Kolagen ialah struktur protein paling terdapat dalam badan manusia. 

Kajian mendapati bahawa kandungan kolagen dalam badan manusia merosot pada kadar 1.5 peratus setiap tahun seawal usia 25 tahun. 

Sebagai sebahagian daripada proses penuaan, kulit akan beransur-ansur hilang keanjalan dan kejelasan berikutan kehilangan kolagen. 

Kolagen membentuk sehingga 75 peratus struktur kulit dan bertindak seperti blok binaan juga pelekat yang membina dan menghubungkannya dengan tulang, di samping melindungi dan menyokong tisu lembut."



~ Ini gambar sebelum ambik kolagen, hati2 memilih kolagen kalau boleh biarlah ada kelulusan dari KKM supaya tidak memudartkan kesihatan. Masih dengan foundation dan tidak menggunakan kamera 360 dan takde la masalah kulit yang serius sangat tp aku rasa kulit agak kusam.~



~ vco dan collagen dari catalyst ni kawan aku edora yang kenalkan, barang baik kena kongsi kan, aku tak boleh simply je suggest kat org kalau khasiat tu aku tak dapat lagi kan , so bila dh nampak hasil boleh bgtahu khasiat tu kat org kan ~


~ Aku dah lama amalkan vita c shaklee ni(aku pengguna setia shaklee). Manaka vita e dan kelapa dara dan collagen dari catalyst aku baru amalkan 3 bulan secara konsisten so far alhamdulillah rasa segar dan sihat luar dan dalam ~


~ 2 bulan lepas pakai vco & collagen catalyst dan vita e shaklee, tanpa secalit make-up lepas basuh muka, asal putih sangat ni.hahahahahahahahaha ~


~ 3 bulan selepas menggunakan vco & collagen catalyst dan sedikit penggunaan bedak asas ~





~ Sekarang nak g mana2 pakai pelembap dan bedak asas dah memadai, dan selepas solat zohor kat opis tak pakai make-up pun dah confident nak2 depan cik abang :)~


~ Aku memang minat gila dia ni, kadang2 rasa tergugat nak cuba collagen yang lain plak:P ~

Notakaki : Produk collogen ni masing2 ada kelebihan dan kesesuaian pada individu so terpulang nak cuba produk daripada mana asalkan ianya selamat dan paling penting mendapat kelulusan KKM :)

Wednesday, April 3, 2013

Misi 30 Hari sebelum 100 hari menempuh bulan paling mulia :)

Assalamualaikum...

Hari ini hari kedua aku ganti puasa, al-maklumkan aku bersalinkan wan mawar adawiyah pada bulan ramadhan makanya, sebulan aku ponteng puasa...:P...hahahahahaha

Dari bulan Safar ke rabiul awal ke rabiul akhir sampailah jamadil awal baru terhegeh2 nak ganti, esok lusa dah rejab kakak oiiii...huh!


~ Bersahur, dengan shaklee berpuasa dengan penuh tenaga, chayok2! ~

Alhamdulillah dengan bersahurkan bancuhan esp & cinch ke dlm 1liter air dan dua keping roti kismis dan vita e dari shaklee cukup memberi tenaga & wajah ceria sepanjang berpuasa hingga buka puasa smlm, alhamdulillah walaupun semalam pergi site visit takdela letih sangat dan perut tak rasa  krek krek krek krek krek,hahahahaha. So makin mudah kerja untuk misi mengganti puasa sebanyak 30 hari dan bakal dipartikkan semasa mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan nanti :)


~ Mari mengganti puasa, peminat hairul mesti tiru trademark dia jugak..hahahahahahaha ~

Notakaki : Lagi 100 hari nak ke bulan ramadhan, cepat je masa berlalu dan baru je rasa ramadhan tahun lepas. Harap2 ramadhan tahun ini bisa mengerjakan ibadah dengan lebih baik, Amin :)

Monday, December 31, 2012

Apa Rahsia?

Assalamualaikum...

Terlalu lama tertangguh nak menulis tentang ini, lama kawan2 yang suruh kongsi dalam blog tapi tiada kesempatan nak masukkan dalam blog...

Ada yang tanya dan kata "ko makan ubat kurus apa???", ada yang kata "ko makan pe boleh kurus dulu lepas bersalin haikal tak kurus mcm ni pun :P" dan ada yang kata "kulit ko cantik la skrg" dan ada yang kata "apa rahsia ko"...Actually aku segan sangat nak tulis benda ni dalam blog sbb aku tak de la rasa kurus sangat pun tapi nak dibandingkan dengan masa lepas bersalin haikal dulu memang ada sikit perbezaan. Lagi pun masnida nak aku buat testimoni, tolong kawan bisness ma :)

Actually tak de lah rahsia pun, apa ntah lagi makan ubat kurus sbb aku tak berani sbb aku bf dan aku tak tahan makan pun, cuma makan supplement shaklee je sbb aku sangat serasi dengan shaklee badan tak letih, sihat, segar dan alhamdulillah susu yang diberikan juga berkhasiat, sbb aku merasakan diri aku belum pasti dapat mengambil makanan seimbang jd aku mencuba supplement...Act, dah lama makan masa bersalin haikal lg, tapi mungkin masa tu tak konsisten sangat jd kesan dia tak nampak sangat.

Masa sebulan lepas pantang tak nampak kesan sangat, tapi lepas tiga bulan berpantang tanpa aku sedar badan aku susut sikit demi sedikit, mak aku kata kalau kita turun drastik tu senang jugak nak naik badan dan aku tak kisah la kesannya lambat asalkan selamat.

Lagi satu, aku rasa segar sangat badan aku masa aku berpantang hingga kini walaupun kita sebagai ibu & isteri jadual di rumah yang sangat pack dan kekangan masa tidur yang sangat terhad langsung tak menggangu kesihatan diri ini, Alhamdulillah dengan izinNya.


~ Masa berpantang aku amalkan makan set bf (vita c, vita b, vita lea, alfalfa, lechtin & esp) ~


~ Sungguh beza lepas bersalinkan haikal & lepas bersalinkan mawar, tapi aku tak malu pun jadi gemuk sbb suami aku redha je, ke pasrah :P ~


~ Alhamdulillah kulit pun dah licin sekarang tak yah nak foundation pape pun, pakai bedak je..Memang la aku pakai olay tapi tak 100% menjurus pada ini, sbb aku rasa pakai SK2 pun tanpa makanan seimbang@pengambilan suppliment pasti takkan dapat kulit macam ni melainkan memang kulit ko licin la, aku amalkan esp dari lepas bersalinkan haikal ~

So semuanya terpulang pada individu masing2, aku bukan penjual shaklee ye, aku cuma kongsikan pengalaman mengunakan shaklee, memang agak mahal tapi agak memuaskan hati...Alhamdulillah suami izinkan dan bagi dana untuk supplement ni. Kalau aku boleh shopping baju bagai, barang2 laian bagai takkan untuk kesihatan diri tak boleh nak peruntukkan sikit??Melainkan memang aku jenis makan makanan seimbang so tak yah la nak beli supplement bagai...

Notakaki : Alhamdulillah dengan izinNya aku dapat kebaikkan jadi badan sihat, segar & bonus la bertambah cantik :)

Wednesday, March 9, 2011

Sharing about Shaklee :)

Assalamualaikum...

Blog dah boleh upload gmbr, baru la rasa syoik sikit :)

Today nak sharing2 pengalaman pakai shaklee ni, boleh jadi panduan maybe untuk ibu2 yang berfikir2 nak mengambil suppliment untuk BF...kita harus berusaha so ni salah satu jalan untuk berusaha, BF bukan semudah 1,2,3 atau sesenang A,B,C...ia memerlukan kesabaran yang sangat tinggi....lagi2 aku ni macam budak baru belajar...yelah anak pertama kan takde experience...

Dah hampir sebulan aku ambik shaklee...dah nak habis so kena repeat order to Kak Alin :)

Aku ambik set B untuk ibu menyusu -
1.30 tablet Vita C
2.30 tablet B Complex
3.60 tablet Alfalfa
4.30 tablet Vitalea

dan aku ambik ini ESP :)


 ~ESP, memberikan kepekatan pada susu ibunda :) ~

Aku ni tgk pada kesesakan masa bekerja la, kadang2 3 kali pump, tapi sekarang 2 kali pump coz banyak kije la plak skrg ni...

Waktu Pump aku selalu: -
1. 730 Pagi
2. 1030 Pagi
3. 330 Petang

Dulu sebelum ambik shaklee boleh dapat around 8oz  sehari sekarang Average kuantiti yang boleh aku dapat depend jugak tapi average boleh dapat 12 - 16 0z sehari, syukur :)


~ Hasil Perahan pagi ni dapat 8 Oz, Alhamdulillah rezeki si alish :)

Kualiti susu plak aku tgk makin pekat dari dulu dan alish kalau BF dalam 10 minit tapi tahan smpi 3 jam jugak la skrg :)

Dulu susu perahan ibu (SPI) mcm kais pagi makan pagi kais petang makan petang..cukup2 untuk stok esok...sekarang siap boleh simpan dalam peti ais  tapi tak lah semeriah orang lain tapi alhamdulillah cukup sangat untuk khalish dan boleh menyusukan harith dalam masa yang sama(aku mcm tak smpi hati bila mak dia nak bagi FM disebabkan dia rasa susu dia tak cukup so aku membenarkan untuk menggunakan susu yang ada dan pernah direct BF kat harith)...alhamdulillah rezeki allah jangan nak lokek2... 




~ Anak2 Mama :) ~

So, dalam tempoh masa sebulan ni aku merasakan shaklee ni sesuai dengan aku dan akan meneruskan menggunakannya :)

Notaki : Ya allah, kau maha kaya lagi maha memberi, aku hambamu yang hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakal....

Wednesday, February 23, 2011

Breastpump Avent Manual...akhirnya kau milikku :)

Assalamualaikum...

Lately ni dan akan datang asyik2 bercerita pasal khalish & BF je...mengikut peredaran zaman & masa la kan....sekarang2 teman2 aku banyak bercerita pasal hal2 kawin ni dalam blog..mcm natrah, jijah & lin....aku punya zaman masa tu dah lama berlalu...rasa rindu aje zaman2 tu...x kose mak!

Hehehehe, td dah beli BP Avent Manual...tq  alot hubby coz belikan jugak BP impian aku tu...harga dia mahal ok bagi aku, so kena la timbang2 kati dan memikirkannya dekat seminggu nak membelinya memandangkan kami banyak nak pakai duit dalam msa terdekat ni...tapi bila dgr fedback ibu2 yang pakai BP ni terus teringin nak memilikinya...hehehe:)

Nak2 bila kuantiti BM aku makin naik, smlm aku dpt pump 16oz ok!!!hepi2 sgt pastu terus sms momma mia!hehehehehe..harus la bgthu dia, dia sumber inspirasi mak ok...

Tak sabar2 nak pakai besok...:)

Notakaki : Khalish kena selesema....tunggu mama pulang ye, mama & papa ada belikan baju baru untuk khalish :)

Monday, February 21, 2011

Perlu @ tidak???

Assalamualaikum....

Erm firstly nak panjatkan kesyukuran yang teramat sangat sebab penghasilan susu semakin positif, sejak dua menjak ni kuantiti susu makin naik, mcm hari cuti walaupun khalish dah minum masih ada lebihan susu untuk diperah..hehehehe..guna teknik tendum pumping mcm mama mia praktikkan tu :P....pastu dah tiga hari bekerja penghasilan susu makin banyak, sekali pump boleh dapat 8oz berbanding dulu 4 - 5 oz..alhamdulillah :)

Buat masa ni aku ada 2 BP...yang elektrik tu Spectra 3 dan yang manual tu brand anakku...aku lebih banyak gunakan yang manual tu sbb yang elektrik tu tiub dia tersumbat so tak sempat nak hantar repair kat fabulousmom....

So bile penghasilan makin banyak, so semangat makin berkobar2 la kan then terfikir beribu2 kali nak tukar BP Anakku tu ke BP Madela & Avent yang lebih berkualiti...

Tapi bile fikir2 perlu ke eh tukar BP manual tu???????????????

Notakaki : Rasa2 nak belikan warmer untuk pengasuh la...thanks sgt kat pengasuh yang sgt supportive...dia plak yang ingatkan aku "khalish kena menyusu badan atleast 6 bulan pertama agar antibodi badan dia kuat"...luv u la nenek salmah :P

Friday, February 18, 2011

Bangkit Semula :)

Welcome....

Aku penah sedih, aku penah rasa terkilan, aku penah rasa lelah, aku penah rasa fed up....penah smpi aku post entry ni SEDIH....tapi nasiblah aku sempat jumpa alin & mula belajar bertatih2 semula tentang penyusuan susu ibu  dan betapa besarNya anugerah ini....

Sejak masuk kerja dua minggu lepas aku mula berkerja keras untuk beri juga susu perahan ibu (SPI) kat pengasuh khalish...dan aku berjaya...dan dah seminggu aku bersama shaklee dan tunjuk ajar alin :), tq very much alin..dan dalam masa seminggu ni yang paling best aku ada stok SPI dalam peti ais, sangat best walaupun tak banyak tapi cukup nak topup2 kalau nak bg kat khalish...hehehehehe:)

Aku mula belajar teknik power pumping owh tuhan tahu betapa letihnya tangan ni, mana tak nya...sebelah kanan B 10 min, sebelah kiri B 10 min bertukar2 smpilah cukup 1 jam...

Baru2 ni plak belajar teknik tendum pumping, kalau nak tahu lebih tgk entry ni...Aku try BF khalish dan dalam masa yang sama aku pump sebelah lagi, hasilnya bagi aku  rasa sangat puas hati & bersyukur sgt boleh dapat 2 oz - 3 oz dalam masa yang sekejap...betul lah kata org bayi ada breastpump terbaik, rangsangan bayi sungguh menakjubkan....

Pasal produk shaklee ni, dalam masa seminggu aku pakai aku boleh nampak dari segi kualiti susu tu...dulu warna susu agak cair kini pekat berkrim :)..kuantiti plak alhamdulillah meningkat sedikit dari dahulu...amin..

Notakaki : Berusaha keras dengan  masa, duit & tenaga amat berbaloi apabila melihat anak kita dapat susu daripada kita...ya allah jgn la kau tarik dengan cepat anugerah ini :)

Saturday, February 12, 2011

Berusaha keras!Tq Momma Mia :)

Welcome..

Aku sekarang rajin blogwalking blog yang support BF nih, alih2 terjumpa satu blog ni...sangat respect + teruja bila tgk stok EBM dia yang meluak2 dan siap boleh expired plak tuh..gila hebat tak???

Pastu aku tgk ada email dia, aku pun ambik peluang yang ada untuk minta petua2 dia...kita jgn bodoh sombong,kalau tak tahu harus tanya.... Alin sangat tak kedekut ilmu dan sangat2 supportive ok...aku seronok berbual dengan dia...dia ada jual barangan shaklee & advise aku guna shaklee kalau berminat...dan apa salahnya kita mencuba & berusaha, aku ambik set trial pack dulu & ESP...kunci kejayaan dia adalah usaha, berdoa & tawakal....aku kalau boleh nak BF si khalish 100% dan alhamdulillah aku mula sedar tentang perkara ini awal dan minggu ni khalish tak minum FM dah :)... 

Notakaki : Harus usaha keras untuk mencapai impian ini :)