Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Birthday Wan Khalish Haikal. Show all posts
Showing posts with label Birthday Wan Khalish Haikal. Show all posts

Wednesday, May 21, 2014

Zoo Negara lagi tanpa papa & mawar :)

Assalamualaikum....

Hari ahad hari tu bawak yasmin ke zoo negara katanya dia nak sangat g zoo negara sbb dah lama tak pergi, agaknya masa kecik kot pergi sbb tu tak ingat, hahahaha...

Kalau ikutkan haikal, semua dia hafal Petting Zoo la, Zoo melaka la. Zoo negara la, bapak segala zoo memang dia mahir sbb berkali2 pergi.

Sabtu malam tu aku tdo umah angah aku, kebetulan laki aku takde, outstation. Laki aku mmg kerap oustation haikal pun dah naik lali..Kebetulan angah aku dlm pantang, tahu la mak2 kan, mesti anak dalam pantang asyik nak g tengok je, hari tu dia ambik cuti seminggu jaga anak dia...heheh biasalah mak kan walaupun angah aku ambik orang jg upah dia still nak cuti gak..hahaha.


~ bunga no 3 utk angah aku, Adra Yasmin..unik sangat adra tu aku suka aku suka ~


So ahad tu, mawar tu duk ngan mak aku dengan nana sekali la...nana melayan dia kalau nak bawak semua memang habis la semua masuk kandang haiwan tu plak. Pergi bertiga je, aku, haikal & min...Aku mmg jenis gamble redah je...



~ Senang ada benda ni, tak yah sibuk2 nak suh org tangkap kan gambar.muahahaha~




~ Besar dah anak buah sulung aku ni, Arissa Yasmin dah ada dua adik dah ~




~ Haruslah aku naik keteapi ni, kuasa aku nak jalan lain la ada laki aku...hahhaha. kang memasal si haikal x nak jalan naya aku nak dukung.hahaha ~






~ Tengok show plg best woi..sila lah datang zoo negara, Hari ini pasangan panda china dah datang KL ~




~ Bintang pun bijak, hahaha ~






~ dia ni memang jenis berani dan suka mencuba.. semua nak try ~




~ Selfie dengan badak.hahaha ~




~ Selfie dengan zirafah ~




~ Tengok haikal, dah mcm kawan dia binatang2 kat sini,hahaha ~




~ maafkan saya, hahaha..haikal memang over kalau selfie..wakaka ~



~ Mawar baju dah ketat, beli baru eh nanti ~



~Lepas tu swim plak..enjoy sakan ye ko haikal..haha ~




~ Papa belikan ole2 utk anak, baju dan cokelat ~



~ untuk aku pun tak pernah lupa ~

Monday, January 13, 2014

Rutin Pagi.

Assalamualaikum...

Sekarang rutin pagi ai makin berbeza..awal pagi mandi, dan kebiasaan suka kemas dulu ruang tamu, playstation anak2 dan dapur baru tdo.

Sbb bila dah bangun pagi mesti dah sibuk nak mandi dan mandikan haikal plak...alhamdulillah so far proses untuk kejutkan dan mandikan dia takde masalah sbb kami laki bini dah siapkan guideline kul 10 malam paling lewat untuk masuk tdur.


~ Pagi2 lepas siap pakai baju mesti akan g kat cermin ckp haikal hansome kan haikal handsome kan..wahahahahahah~

Notakaki : Yeay esok cuti. Salam maulidur rasul dan boleh anak2 outing yeay!

Monday, December 10, 2012

Celebration at Restoran Upin Ipin :)

Assalamualaikum....

Semalam makan2 dengan familia & sambut bufday haikal kat kedai makan upin & ipin, ya allah best bangat cakap korang. Dari anak buah aku yang paling besar sampai yang paling kecik semua tangkap teruja masuk kedai makan upin ipin ni, yang suka melasak2 semua duk diam je cakap ko pastu masing2 excited je masuk kedai tu...syok habis.Betul2 Syok!!!

Hari tu papanya cadang nak buat makan2 je kat rumah dan panggil family dan jiran tetangga , tapi memandangkan masa husband untuk bulan ni sangat ketat, jumaat lepas baru balik cherating, khamis ni nak g cameron dan kalau jadi selasa depannya pergi indon plak & hujung bulan pergi penang plak...so aku cadang buat kat kedai makan jelah, pastu makan dengan family je, mula2 ajak fahmi(abang husband kat sg buloh) tapi dia balik jengka plak...Lagipun husband kata nak belanja makan sekali sebab dah sah naik pangkat, Alhamdulillah...

Papanya cadang antara Sabtu malam @ Ahad lunch tyme tu dan sbb memikirkan ada baby aku pilih ahad lunch tyme tu. Kedai upin & ipin ni pun cadangan papanya jugak...Kedai upin ipin ni kalau korg nak mudah better booking dulu sbb ramai org datang kedai ini, isnin lepas lagi aku dah tempah kedai ni. Kek plak aku try cari online, yelah dalam masa seminggu ada ke yang terima tempahan ada yang tak(memag takde perancangan pun nak sambut bufday anak bujang ni bila sbb tunggu tyme free papanya je)... Last2 aku jumpa blog Malisa, terus je order Boboiboy (aku ambik perisa cokelat sesuai dengan kanak2) & Mini Pavlova(memang teringin sangat nak makan dan saja nak buat doorgift untuk family)


~ Yeay sayang anak mama ketat2 ~


~ Wif my princess ~



~ Haikal beralih ke riba nenek sbb riba mama adik nak pakai jap :P ~



~ Tengok si haikal masuk je kedai ni, terus jerit "ipin ipin pin !!!!", jakun kan..hehehehehe ~


~ Tengok tak habis lg jakun dia ~


~ Masa untuk memilih menu ~


~ Gigih memilih menu, harga makanan dia ok, tak mahal @ tak murah ~



~ Tengok padat kedai ni, tu kalau rasa nak g ramai2 booking awal2 ~




~ My big happy familia ~


~ Peace yaw ~



~ Tengok air pun upin ipin, aiskrim pun upin ipin ~



~Mak long tokey paridah ~


~ Mee rebus ~


~Ayam goreng upin ipin ~


~ Haikal sibuk je tengok upin ipin kat nana, padahal ada tv besar tak nak tgk ~ 



~ Chicken chop ~




~ Ini resepi opah :) ~




 ~ Kek boboiboy(feveret) haikal, walaupun buat kat upin ipin haikal lagi teruja dengan kek boboiboy dia...memandangkan bulan 1 harith nak g oversea so mak dia mintak tumpang kek dengan haikal dulu :)  ~




~ Kek dari sweetfudge & tq tag dari faezah. Kalau rasa nak buat macam ni boleh order kat dia, aku punya simple je kalau nak buat yang best2 dia boleh design ikut citarasa korg ~




~ Tq Tag from faezah, thanks babe :) ~


~ Candid2  :P~


~ Adik-beradik, aku adik along, harith adik susuan haikal :P~



~ masa nyanyi tu, 1 kedai nyanyi kan untuk haikal&harith...so sweet&sangat best~




~Tengok gelagat diorg ~




~ Haikal dah 2 tahun, alhamdulillah ~


~ Yasmin wajib memotong kek, kalau tak sentap ~



~ Sedap sangat kek cokelat & mini pavlova, serius sedap sgt mini pavlova dia!!!rasa nak order lagi je:P.....rezeki bersama untuk orang yang dtg masa tu & pekerja upin & ipin ~



~ Masing2 berebut nak makan muka boboiboy..hahahahaha!lawak la korg ~



~ ALhamdulillah Ya allah ~




~ Banyak sangat mainan upin ipin ~




~ Haikal dengan topi boboiboy ~




~ Boboiboy di Upin Ipin ~




~ Hadiah & barang yang beli kat kedai upin ipin ~


 ~ Tq mak ngah bagi baju baru untuk haikal ~


~ Meriah main dengan upin ipin ~

~ Memandangkan mini pavlova macam goreng pisang panas, silap tak beli banyak sbb tak sangka sedap sgt...so belikan manis-manisan untuk cucu2 nenek salmah(penjaga haikal) ~

Notakaki : Tq a lot papa, anak happy mak pun turut happy :P