Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Friday, April 1, 2016

Yeay dah ada bilik mainan :P

Assalamulaikum...

Mood berblog sudah mari, pastu senyap sepuloh tahun, hahahahaha :P

Dulu i olsss ada post pasal Ruang Mainan Vs Bilik Mainan masa tu tahun 2014, sekarang dah 2016 uolss, masa tu mawar 2 tahun skrg mawar dah 4 tahun, dulu dia bongsu sekarang dia tengah.hahahahahaha :)

Sapa yang pernah datang rumah aku, tahu la ruang tamu aku mcm tadika penuh dengan mainan,maklumlah rumah i comel je kikikiki, tp sejak melati dah mula merayap satu rumah aku kesian plak dengan mawar dia suka main playdoh tp aku dengan laki aku tak galakkan sbb takut belen2 palydoh tu melati masuk mulut.

So aku decide bile laki aku kemas bilik atas tu, aku nak angkut semua mainan dan jdkan bilik mainan.


~bayangkan ni yang 2014 punya, tambah 2016 tahu la mcm ne dah kan mainan budak2 ni ~


~nampak tak excited masing2, tak siap pasang lampu apa semua dah sepahkan playdoh hahaha, sian anak aku :P ~

~ Bilik ni asalnya ada katil bujang dan barang2 terpakai, so laki aku angkat katil tu g bilik satu lagi, dan barang2 terpakai tu laki aku buang je hahahahaha ~


~ bila ada bilik ni lantak korang la nak main playdoh, nak kemburkan lantak la, nanti kalau kembur2 sangat pun aku ttp jelah pintu bilik ni ~


~Yeay akhirnya ada bilik mainan :P ~



~ aku rimas plak tgk tent tu halang kitchen mawar tu so aku alihkan la ke belah kanan ~



~so ruang kat bawah tu lapang la sikit, jd ruang belajar plak hahahahahah :P ~


~ dulu kecik je, skrg dah beso dah masing2 ~

Notakaki : Melati nanti dah mula merangkak, alamatnya kena pasang balik pagar kat tangga tu :P


Wednesday, August 20, 2014

Ruang mainan ke bilik mainan ??

Assalamualaikum..

Kalau kita ada anak kecil, mesti beli mainan, tak banyak sikit pun mesti ada kan?betul tak?

Aku dan laki aku pun antara ibu bapa yang suka belikan mainan, mungkin ianya kepuasan dan paling tak boleh ingat masa haikal minat ngan thomas, mak bapak dia y excited nak kumpulkan koleksi thomas untuk dia...

Bila ada banyak mainan mesti nak bilik letak mainan, eh bilik ke ruang???aku pun tak pasti..

Aku kadang2 berangan nak adakan bilik mainan utk anak2 aku, yang ada skrg ruang mainan(lebih kepada ruang simpanan mainan, sbb aku ni bukan displin sgt nak ajar anak main kat sini kat situ, ikut la korg nak main kat mana janji jgn usik dapur)...bilik2 kat rumah aku semua di tingkat atas takde yang dibawah, tp inshallah bila anak2 dah mula sekolah mungkin bilik mereka boleh letak ruang mainan dalam bilik sbb masa kecil2 ni biarlah dia main di ruang mainan di ruang tamu, maklumlah rumah comel lote je kan, apa pun alhamdulillah sbb selesa (dekat dengan rumah mak dengan tempat kerja :P).




~ Ni pun aku dah asing2 dan dah buang maianan2 yang dah rosak2 yang dah pecah2, bola aku simpan dlm stor bawah tangga, bola tak yah ckp ada 8 biji pilih nak mana.hahaha ~



~ Budak2 ni tgk mood la, ada masa tak usik langsung maianan, ada masa nak terbalik mainan ni dia buat, ada masa dok main gadjet je, ikut mood diorg ~

~ 3 thomas paling kiri tu haikal baru paw aku beli ahad lepas, ni koleksi baru, koleksi lama dia semua dia sumbat dlm rumah thomas dia, yang baru ni size dia sedang(besar sikit dr koleksi dia yang kecil2 tu) ~



~ Ni time diorg rajinnnnnnnnnnn sangat, tukang kemas si abang tukang main si adik hahaha ~








~ Panjat memanjat tu memang kepakaran budak ni, hahaha, biasalah orang ada abang ~

Aku memang rajin tgk2 deco2 ruang mainan@bilik maianan, memang mengidam, nanti2 inshallah,tp kalau sesiapa nak bilik mainan kemas cantik dan ceria pergi la ikea barang2 murah dan menarik. Jom cuci2 mata tengok ruang mainan yang aku rasa aku pun nak masuk dlm ni, cantik sangat!!




~Ini memang ruang mainan, dia letak di ruang tamu ~



~ Ok, aku sawan tgk warna pink dgn turqoise ni, lawa habis, peranan warna pun penting ~



~ Aku rasa kalau mcm ni la bilik mainan, mahu 24 jam anak aku duk dlm ni, bestnya ~




~ Ini lagi sawan tgk, hahahhaa bestnya ~



~ Ini napak kemas la, tp membosankan sbb takde mainan mcm kat atas tu. hahaha ~

Notakaki : Ruang mainan atau bilik mainan dlm wishlist :P

Tuesday, August 5, 2014

Sebelum Balik Kampung Beraya.

Assalamualaikum..

Masih mood raya. 

Makanya suka tengok gambar raya, baju raya, deco raya.Haha

Aku mula cuti raya jumaat tapi aku balik kg lepas berbuka puasa, sbb driver request sbb nak jalan jauh kalau bulan puasa mengantok tak panas, boleh berhenti2 minum kopi ke natijahnya memang baik sbb perjalanan kami dari KL ke Pontian hanya makan masa 4 jam lebih je tak jem langsung dan nak berhenti minum pun tak penuh R&R.

Aku ni sejenis sikit, kalau BOLEH la, kalau boleh aku nak tinggalkan rumah dalam keadaan kemas (kemas dimata la takde la kemas sangat sampai licin sangat kan), so bila aku balik dr kampung aku tak payah penat2 nak kemas umah. So memang aku nak ambik cuti seawal aku nak kemas rumah, kemas beg dan dikesempatan laki aku dapat balik awal, aku ajak dia ke IKEA..Hahaha nak deco2 raya, idokla sampai tukar sofa baru, almari baru semua. Cuma saja nak tukar cover sofa, tukar perhiasan, mencantikkan rumah sikit2 je.


~ Keadaan rumah sebelum raya, alhamdulillah cukup je, selesa je cuma nak tukar deco sikit2 ~


~ Antara barang yang aku beli kat IKEA, Jom tukar deco rumah :P ~


~ Aku terpikat dengan frame cermin ni, murah gila2 RM3.90 je sekeping wei, tu sbb aku suka g ikea nak deco dengan bajet yang murah sila la pergi sini ~


~ Cover klippan hijau ni memang menawan hati, aku mula2 nak cr warna kelabu, tp dah habis stok, warna hijau ni kira stok baru la..kan dah nampak macam sofa baru.hahahaha... bantal2 kat ikea pun cantik2 unik2 ~

~ Sebelum dan selepas, takde apa pun beza cuma warna dan frame je,hahahaha~


~ karpet kat meja makan ni RM99 je kat ikea ~

~ karpet litar hijau ni memang aku dah beli hari tu, aku beli satu lagi karpet litar yang baru ni besar sikit RM79 tak silap aku ~


~ Sambil2 tu kemas beg, nampak tak sampi nak meletop beg tu, padahal umah mak aku tu ada je mesin basuh, Aku ok lagi kalau aku tunjuk gambar beg angah aku mau korg gelak besar hahahhaha, besar beg dia 3 kali ganda besar beg aku, mana la ko beli angah...hahahaha~

~ Beg2 sampingan ~
Notakaki : Patah kaki pinggang aku semua dalam kereta aku Zzzzzzzz.hahahahah.

Thursday, July 25, 2013

Ambil cuti untuk persiapan raya ala kadar :)

Assalamualaikum...

Semalam kami suami isteri sepakat nak ambil cuti beli baju raya anak2 dan bapaknya sekali.kalau g hari biasa dengan keadaan anak kecil macam tu memang tak la, kesian dengan cuaca yang panas dan kesesakan orang tu terlalu ramai...

Takde la beria2 pun. Memandangkan baju melayu sedondon aku dan mawar warna purple dan pink, laki aku nak 2 pasang jugak. Purple dah tempah cuma pink memang nak cari dah siap je, diorg kata BAK jahitan dia elok, puas hati la. So ajak suami try g sana smlm kat jalan tar dan langsung ke sogo cari baju budak2 tu sekali.



 ~ Belikan ayah dan anak lelaki dia yang ini...gerek seh :) ~


~ OMG terus jatuh hati dengan kain & jahitan serta harga yang diberikan kerana merasakan sangat berbaloi, tahun depan memang aku tak tempah dah tahu nak beli siap kat mana dah. :) ~



~ Suka dengan baju mawar, baju budak lelaki memang biasa dan sama kebiasaan haikal aku suka beli suar kotak2 ~


~ Ngam2 ngan mawar :) ~

Pastu terus ke ikea lepas g ke jalan tar sbb mencari sarung klippan (sofa) yang baru. Best sangat sofa ikea mcm2 warna boleh tukar2..


~ Beli rak yang baru ni sebab dah tak tahan tgk anak2 tgk tu depan mata takut rosak plak mata dia, tinggi sikit so masing2 memang tak sampai nak tgk depan2 dan panjat nak ambik barang kat lack tu ~


~ beli cover clippan ikea ni, cung jugak,contra sikit ~

~ Beli extra yng ini ingat nak pakai raya nanti :P, wah best kan ikea tak perlu nak tukar sofa setiap tahun cuma tukar cover sofa je :) ~



~ Ngeh2 sebat beg furla & mk :P ~



~ Dan keadaan rumah yang masih ditukar taraf warna :) ~

Notakaki : Dah separuh bulan kita berpuasa, rasa seronok di bulan puasa. Mungkin ini nikmat di bulan yang mulia :)

Thursday, June 27, 2013

Cat luar rumah #part 1#

Assalamualaikum...

Lama tak hupdate blog, cite yang ni dolu la :P

Setiap kali nak raya nak cat umah, nak cat umah tunggu nak raya....takde la kami sampai tahap mcm tu, tu mengada2 sangat tapi memandangkan cat luar rumah kami mula luntur dan mula berkulat, suami decide nak cat luar umah, ofcoz la ai happy horey2 je....

Bagi yang extend umah, pastikan kontraktor yang buat rumah tu kering2 kan dulu btl2 binaan tu baru cat kalau tak akan jadi mcm luar rumah kami la....

Ataupun mungkin masa dia cat dia tidak menggunakan cat khusus untuk luar rumah so dia akan cepat menjadi luntur & menjd. berkulat..

Bagi aku la, biarlah cat luar rumah tu tahan paling2 3 tahun, ini baru setahun setengah..haiihhhh:)

Memandangkan cat luar rumah kami sedia ada warna pastel so aku decide nak buat blocking colour :P

Quatation dah dapat dengan kontraktor dan suami luluskan nilai yang diberi, so nanti kontraktor boleh mula buat kerja :)



Notakaki : Continue part 2 :P

Tuesday, January 22, 2013

Wallpaper dari Pacific Ocean Marketing

Assalamualaikum...

Sebenarnya kamera hitam aku tu dia terjatuh dan lens dia rosak(dijatuhkan oleh haikal), actually takde la ralat sgt sbb pk kan anak sendiri yang buat jugak kan...pastu suami dia offer camera samsung galaxy, bila pk2 balik timbang kati semua baik aku reppair je kamera hitam tu dan menyatakan hasrat nak pasang wallpaper je la...dan suami setuju, TQ sayang. Yelah kita ni bile ada duit buatla sikit2, takde duit buat2 diam jelahkan, tu yang best duk kat umah sendiri ni...

Suami yang survey2 company wallpaper Pacific Ocean Marketing ni, dia search je kat mudah.com je...

Mula2 mcm nak cancel je dengan dia, sbb bila suami sms dia kata nak dtg patutnya isnin malam lepas tapi dia tak dtg2 & buat2 diam dan last2 dia dtg pada rabu lepas. Korang tak yah g kat showroom dia, dia dtg rumah korang terus bawak sampel sekali...

Kami buat kat living hall (feature wall) & Master bedroom (feature wall) je, ikut bajet la kan...kalau ikutkan nafsu dengan tangga2 aku nak pasang wallpaper.huhuhuhu. Pastu alang2 dia ada roller blind tu terus tempah kat dia nak letak kat tingkap kat dapur...

Harga dia lebih kurang je, mana2 korg survey act sama je, melainkan korean paper la..Korean paper amanda tak suggest sgt kat kiorg sbb dia besar, so nanti mesti membazir je, kalau rumah besar sesuai la buat korean paper. 1 Roll RM200.00, kalau korean paper 1 roll RM750.00 tapi dia boleh cover 3 roll wallpaper biasa nye. Install lain plak kira, 1 roll RM50.00 untuk kos pemasangan.


~ Amanda yang datang umah masa ni ~


~ Pilihan di master bedroom ~


~ Pilihan di living hall ~

Roller blind 


~ Sebelum pemasangan ~

~ Selepas pemasangan, kemas! ~

~ Nak masak tarik roller dia je ~

Living hall 

  • Pilihan suami wallpaper untuk living hall (tepat sungguh pilihan kamu, memang cantik sangat2)
  • Bagi ruang yang kecil, dicadangkan ambil warna yang terang untuk menampakkan ruang yang besar

~ Sebelum pemasang ~



~ Semasa pemasangan ~



~ Siap dipasang ~

~ Instagram :P ~

Master bedroom

  • Pilihan si isteri
  • Suami kata nak cat balik warna kelabu tu sbb cat dia dah macam terkopek2, tapi aku cadangkan tukar ke warna putih sbb warna merah cantik dengan putih.
  • Merah itu Garang!!! :P
~ Instagram ~



~ ingat nak cat tepi dia warna putih baru cung kena dengan perabot..hahahahaha..boleh tak :P ~

Notakaki : Rumahku tempat kasih sayangku :)