Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Wan Mawar Adawiyah. Show all posts
Showing posts with label Wan Mawar Adawiyah. Show all posts

Tuesday, April 22, 2014

Ke"obses"ian si Wan Khalish Haikal

Assalamualaikum...

Mood rajin dah sampai, ko memang kan..hahahaha..

Ok2, obses ok bukan obes.. hahahaha..

Anak aku memang suka sangat thomas, minat budak2 ni kita kena sokong baru dia seronok kan...dan lama2 jd minat kami laki bini plak, rasa ketagih nak mengumpul koleksi thomas :)





~ Ini antara koleksi thomas haikal yang mula2 dia beli, ni pun ada y dah hilang ~

~ Yang ni koleksi terbaru dia, tu pun satu hilang si james, kumpul sikit demi sikit lama2 jd banyak la....~




~ Yang ni plak dia baru beli, kat ikea, thomas ni jenis kayu best jugak, yang carpet tu mak dia yang excited nak beli.hahaha ~



~ Buku ni papa dia belikan, yang big book tu beli online, yang thomas beli smlm masa dia keluar berdua ngan papanya. budak laki ni dia kurang gemar dan fokus kalau membaca lama2, so cr nak memupuk minat dia membaca dengan beli buku y dia minat jelah kan.. ~




~ Selain thomas, dinosour merupakan obses dia yang kedua :P ~



Notakaki : Mawar belum menunjukkan minat kepada apa2 lagi tetapi lebih kepada minat abang dia...budak2 ni biarkan dia memilih minat dia sendiri, biar otak dia bergerak dengan sendiri tanpa apa2 sekatan selagi tidak melanggar hukum.

Tuesday, March 25, 2014

Anniversary 4 tahun Edisi 1 :)

Assalamualaikum....

Lama gila tak tulis blog mak aihhhhhhh...memang gambar dalam hp beratus2 tak sempat nak share moment dalam blog, dalam ig je mampu. Ceita holiday ke cherating pun tak sempat nak cerita. Nak cerita pasal anniversary kita lah...hahahaha...rasa canggung plak sbb dah lama tak menaip..hahahahaha.

Bincang dengan hubby nak g bercuti masa anniversary nanti, dan aku memang dah lama nak bawak budak2 ni terutama si haikal sbb dia kan peminat tegar thomas, jadi tempat paling sesuai untuk budak2 ni tentulah puteri harbour park, walaupun kampung aku kat johor masih tak sempat nak kesini lagi pun kampung dengan tempat ni lebih kurang sejam lebih.... dan kebetulan memang masa ni la yang sesuai dah lama tertangguh2 dan ikutkan hampir tak jd g holiday ni sbb hubby ada kerja urgent masa tu, tu la kalau nak bercuti memang kitorg bukan jenis rancang2, ada masa lapang terus terjah nasib la masa tu bukan cuti sekolah masih lenggang lagi....

Aku memang plan g hari jumaat untuk perjalanan je, sebab pk perjalanan tu 5 jam dah sampai2 terus hubby kata jom g JPO dulu (dalam hati loncat2) tapi muka cover maintain.

Malas la nak cite panjang...apa pun holiday + anniversary tahun ni best sebab dengan bergembira dengan anak2 dan mak bapak pun gembira..hahaha. Alhamdulillah.







~ Tak sangka hubby bagi beli h/beg yelah MK tu baru je beli aku pun tak de la nak beli apa sangat pun, beli kasut anak2 pun dah ok, clark murah gila ok smapi nak beli 10(ok tipu je) .wakakaka ~



~ Tqvm hubby...i tak mintak2 pun tapi dia yang murah hati nak belanja..hahahahahaha, kuar masuk kuar masuk ni jelah yang aku berkenan, niat di hati nak sambar MK pink tapi nan hado (pk banyak kali tau nak choose yang mana kalau tak menyesal dengan pilihan kan) ..bukan aku nak kata coach tak ok tapi dari segi kualiti kulit aku lebih berpuas hati dengan kualiti MK tapi tetap suka dengan HB baru sbb ni pilihan suami ai :P  ~


~ Kul 5 petang baru check in, mandi2 g cari makan malam kat jb...tempat berteduh di bayu marina resort..memang best !! ~


~ Makan di JB, apa ntah nama kedai ni tp best jugak, mawar tdo masa ni keletihan betul..makan2 terus balik bilik penat kot kl jb pastu terus g jpo, esok nya baru g jalan2 ke puteri harbour park :P ~
 
Puteri harbour park ni memang aku reserve untuk masuk ni sehari sbb aku pk kalau dah masuk sini memang tak larat nak jalan tempat lain dah, maklum lah bawak budak2 kan tak nak la bg diorg penat2 sangat.. masuk sini 930 pagi aku dah terpacak tunggu kaunter tiket bukak, aku org 1st beli tiket ok.. aku masuk sini dari kul 10 sampai hampir jam 3 petang ok...memang seriusly extremly best, puas hati sangat2 dapat bawak anak2 g sini:)

















Notakaki : Ada masa sambung lagi edisi 2, mood malas datang kembali (malas nak transfer gambar hahahaha) :P

Friday, August 2, 2013

Untuk Mawar

Assalamualaikum..

Perempuan dengan emas memang tak boleh dipisahkan. Dan bila dah ada anak perempuan ni bila ada duit lebih boleh nak pertimbangkan nak belikan anak tu barang kemas.

Memandangkan mawar dah ada rantai dan gelang tangan, kebetulan bulan ni aku dapat kutu so mama decide nak belikan mawar gelang kaki untuk hadiah hari jadi tahun ni. Ni duit mama tau tak mintak sesen pun peruntukkan papa :P


~ From mama to mawar :) ~



~ Geram sangat skrg pandai merajuk. rasa nak cubit je pipi dia tu :P ~



~ Bergusti 3 beradik..muahahahahahahahahahahahahahahahhaha ~

Notakaki : Mama pun terbeli emas, ampun papa. cannot tahan :P

Wednesday, July 17, 2013

Setahun lepas lahirnya anak yang terlalu istimewa untuk kami :)


Assalamualaikum...


17 Julai 2012. Masih lagi segar dalam ingatan aku sampai bila2 tarikh penting untuk puteri kesayangan yang kami nanti2 lahir ke dunia ini Wan Mawar Adawiyah.

Nama mawar tu dah lama aku simpan sbb dari dulu aku teringinkan anak perempuan. Cukup bertuah aku mudah diberikan rezeki anak, tetlalu bertuah alhamdulillah.

Selepas kelahiran mawar, semasa menyusukan dia aku mengalami kesulitan sbb dia mcm tak boleh nak "suck" aku punya puting dengan baik. Tapi aku tak pk apa, sbb aku rasa benda tu normal pada bayi kerana ada yang pandai ada yang kena diajar.

18 Julai 2012. Selepas mawar mandi dan rehat dan tiba masa menyusu nurse akan bawa masuk ke bilik aku, dan apa yang membuatkan aku terkejut apabila nurse bagitahu dalam tekak mawar berlubang, masa tu suami aku balik umah sekejap, jantung aku tak boleh nak cakap la sbb aku tak pasti apa masalah yang mawar hadapi sekarang dan tanpa berkenggah aku terus aku capai hp dan telephone suami dan dia bergegas ke hospital.

Nurse tersebut tak boleh nak buat apa2 penjelasan sehingga diperiksa oleh dr pakar esok. Dr. K(paed) maklumkan yang mawar mempunyai "soft cleft palate" atau bahasa melayu sumbing lelangit lembut. Ok memang tak dinafikan aku dan suami tak penah tahu ada sumbing di lelangit yang aku tahu di bibir sahaja.

Terkejut sangat sbb aku tak boleh nak bayangkan bagaimana kehidupan dan bagaimana menjaga seorang anak yang mempunyai sumbing lelangit.

Aku bertuah dikurniakan suami yang ada dikala senang dan susah, tanpa pengetahuan aku, dia dah mendaftarkan mawar di bawah persatuan CLAPAM pada malamnya di hospital selepas Dr. K (paed) mengesahkan dia mempunyai sumbing lelangit dan dia yang banyak mencari info tentang penjagaan bayi cleft. Apabila tuhan kurniakan anak ini pada kami baru kami belajar segala2nya terutama cara mengendalikan anak sebegini.

Selepas balik hospital, terus pengerusi kelab ini datang untuk memberikan kaunseling dan sokongan pada kami dan memberi penjelasan tentang apa2 yang kami perlukan. Dinasihatkan kepada ibubapa yang dikurniakan anak istimewa ini terus mendaftar di bawah kelab ini untuk di"guide" dengan betul dan sentiasa berfikiran positif. Sokongan suami, keluarga dan keluarga mertua sangat2 membantu dan membuatkan aku sekuat dan setabah mungkin.

Mula2 tidak dinafikan aku selalu mempersoalkan kebolehan aku untuk menjaga anak istimewa ini, dan alhamdulillah menjaga mawar bukan perkara yang merumitkan di mana mawar tidak mempunyai masalah kesihatan tetapi hanya mempunyai sedikit masalah penyusuan yang mana agak menjejas pertumbuhan berat badan dia. Mawar tidak pandai menyusu badan dia hanya pandai menyusu melalui puting botol sahaja. Dan mempunyai kesedaran yang tinggi dan merasakan susu ibu adalah terbaik untuk antibodi anak2 aku tanpa penat lelah menjadi EP Mom dalam bahasa melayu ibu pump 24 jam...hehehehehehehe.

Penat aku tolak jauh2 & yang aku tahu aku nak bagi yang terbaik untuk anak2 aku. Setiap masa di rumah aku akan pump untuk pastikan mawar sentiasa mempunyai stok susu. Dan alhamdulillah walaupun tidak lama tapi cukup membahagiakan apabila aku dapat memberikan mawar susu aku sepenuhnya sehingga dia selesai operation dan sihat. Alhamdulillah.

Mawar dibesarkan oleh nenek pah, dan awal2 aku dah ajar cik pah untuk meberikan susu kepada mawar kena tegakkan sedikit kepala dia supaya susu tidak terkeluar dihidung. Dan alhamdulillah nenek pah menjaga mawar dengan baik sekalis sehingga kini. Terima kasih nenek pah.

Dr.K merujuk kes ini ke Dr. Ahmed Hussin iaitu Dr pakar bedah plastik. Selain itu kami dirujuk kepada Dr. Amir iaitu DR. ENT untuk pastikan mawar tidak dijangkiti kuman di bahagian hidung dan telinga yang mana bahagian yang senang dijangkiti apabila kurang penjagaan. Dr. Ahmed dan Dr. Amir sangat2 membantu kami sekeluarga dari awal sehingga dia selamat dioperate dan sehingga kini sihat. Dan mari saya tunjukkan dan memberikan sedikit maklumat tentang ini. Jangan bersedih bagi ibubapa yang dikurniakan anak2 sebegini, cuba berikan semangat pada anak2 seperti ini kerana mereka satu anugerah Allah yang sangat2 istimewa.

"Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang diantara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar daripada ujian itu bagaikan emas kuning berkilat.Maka itulah orang yang diperlihara Allah daripada bermacam syubhat. dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah. " (hadis Riwayat Thobrani)

" Dan ketahuilah bahawasanya harta dan anak itu sebagai ujian bahawa sesungguhnya Allah pada sisi-Nya itu adalah ganjaran yang besar ."( surah al-Anfal, ayat 28).


Apa itu klef (Cleft)?

Klef ialah fenomena kongenital yang melibatkan 1 dalam 700 kelahiran bayi baru di Malaysia. Ketika peringkat awal kehamilan, bahagian muka terjadi di tempat yang berasingan, kemudian akan bercantum menjadi muka. Jika pencantuman ini gagal, klef akan terjadi. Klef bibir dan lelangit boleh terjadi berasingan atau keduanya sekali.

Klef bibir:

Ianya mungkin sedikit rekahan di bahagian bibir atas atau rekahan sepenuhnya di sebelah atau kedua belah bibir atas. Kekadang rekahan ini mungkin terus ke dalam hidung. Klef unilateral ialah rekahan di sebelah bibir sahaja dan klef bilateral ialah untuk dua rekahan di bibir tersebut.

Klef lelangit:

Apabila bumbung mulut (lelangit) tidak bercantum, akan terdapat rekahan/lubang di lelangit. Ini mungkin di bahagian lelangit lembut (bahagian belakang dekat tekak) atau di bahagian lelangit keras (bahagian lelangit dekat mulut) atau kedua-duanya.



Klef bibir dan lelangit:


Keadaan ini ialah apabila bibir dan lelangit terdapat rekahan/lubang

Ibu-ibu boleh cuba menyusu bayi klef bibir. Tanyalah doktor bagaimana cara yang terbaik. Bagi bayi klef lelangit, masih boleh cuba susuan ibu tapi dengan keadaan lelangit yang terbuka, agak sukar. Dapatkan nasihat doktor yang yang merawat. Bayi klef yang tidak dapat menyusu seperti bayi normal, bolehlah menggunakan botol susu dan puting yang khas. Jenis puting berbeza mengikut keperluan bayi klef. Puting dan botol ini boleh didapati di pejabat CLAPAM dan juga di farmasi tempatan serta kedai barangan bayi. Anda boleh juga mendapatkan khidmat nasihat dari CLAPAM.

Ketika penyusuan, bayi klef perlu ditegakkan sedikit ketika menyusu dan tidak dibaringkan. Ini untuk mengelak air susu daripada mengalir masuk ke telinga.

Untuk panduan, beberapa jenis botol dan puting khas untuk bayi klef di tunjukkan di sini.








Pada usia mawar 7 bulan, Dr Ahmed Hussin mengesahkan Mawar sudah bersedia untuk menjalankan pembedahan, perasaan kami suami isteri sangat2 tak boleh diperkatakan lagi. terlalu risau walaupun diyakinkan oleh Dr. ianya hanya pembedahan minor sahaja.



~ menitis air mata aku apabila melihatkan gambar ini semula, muka yang riang ketawa si anak kecil ini seoleh2 dia tidak tahu apa yang sebenarnya dia akan dibedah, ternyata sungguh kuat semangat anak mama. Semoga kekuatan yang ada diberikan hingga dewasa ye sayang ~





Sejam selepas dibedah dia dimasukan ke icu semantara untuk pastikan dia berada dalam keadaan stabil. Hampir dua jam dia tidak sedar. Darah yang keluar dari mulutnya juga tak berhenti.Selepas sedar dia agak trauma, mungkin takut apabila dibawa masuk dan dibedah. Agak memilukan tetapi kami tahu apa yang terbaik untuk dia.

Alhamdulillah selepas 5 bulan operation iaitu kini setelah mawar diperiksa semula oleh Dr. Ahmed dan Dr. Amir kini dia sudah sihat 100%. Alhamdulillah.

Cuma kini kami kena pastikan dia bertutur dengan baik supaya dia tiada masalah dalam pertuturan.Inshallah :)


Mawar kini 17 Julai 2013


~ Pandai berdiri dan mula untuk berjalan ~


~ Mempunyai 4 batang gigi ~


~ Tiada lagi masalah penyusuan ~


~ Lincah selincahnya ~



~ Happy birthday my lovely pricess. Kami terlalu sayangkan kamu Wan Mawar Adawiyah. Papa, mama & abang haikal akan lakukan yang terbaik untk mawar ~

Notakaki : U one in a million sayang :)

Wednesday, July 3, 2013

Wordless Wednesday #tempahbajuraya#

Assalamualaikum...

Tentu yang mana dah tempah baju raya kan sbb tempahan biasanya tutup pada awal puasa...

Sabtu lepas ajak suami g medan mara sbb kain dah lama hantar nak g ukur tu tak sempat2, excited nak raya la uollssss :)



Notakaki : Tengah gian buat video anak2 kat ig :)

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday # Mawar Vs. Anggun #

Assalamualaikum..

Belek2 ig terjumpa gambar si anggun sedang berpose2 dan seluar kotak2nya sama sebijik dengan mawar. Aku memang suka suar kotak2, tengok la si haikal tu dah berpuluh kot suar kotak2 dia. Mama kan pengemar pesyen :P.

~ Dua2 nama unik. Mawar dan anggun :P ~

Notakaki : Aku upload dalam ig gambar ni anggun ni anak sapa.hahahahahahahaha:P Anggun ni anak Rebeca Nur Al-islam la:P..muahhahahaha tak agak2 kan nak jugak ko feling2 retis :P