Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

4 Tahun bersama :)

Assalamualaikum...

4 Tahun aku dengan wrw 6752, dia kete pertama aku. Biarlah murah janji dapat bergerak ke sana sini, menabur bakti pada keluarga dan kete dari zaman anak dara hinggalah anak dah dua...Bak kata lin mcm2 kenangan kete lama aku ni, kete ni la berbakti masa aku nak ubatkan arwah ayah aku, berulang alik ke kl, haihh tak yah la nak ungkit apa yang kita lakukan kepada mak ayah kita sbb apa yang diorg lakukan untuk masa depan kita lagi tak terbalas kot kannn...

~ Bergambar dengan bff aku buat kali terakhir, bye2 sayang .kamu jangan nakal2 taw :P~

Kadang2 dulu2 orang dok tanya bila nak tukar kete, kami suami isteri buat dek je. Kami tahu tahap kemampuan kami dan matlamat kami masa itu dan aku bersyukur kerana suami aku bukan jenis gila kereta, kete bukan keutamaan kami masa tu, rumah untuk berteduh lagi penting dari tukar kereta.

Kadang2 kita kena upgrade benda  sesuatu mengikut kemampuan kita pada masa yang sesuai untuk keselesaan kita bersama..betul idok??

Actually hal tukar kete ni muncul bila kami dah ada umah sendiri(alhamdulillah) dan anak dan dua rasa nak tukar keselesaan, sbb memang kami ni jenis jalan jauh balik johor, pahang & terengganu tu mesti ada. Dan keadaan ekonomi rumah tangga kami dah  stabil sikit apa salahnya nak tukar benda baru lagpun wrw 6752 dah mula menunjukkan sesuatu petanda tidak baik(bunyi enjin yang sangat kuat)...hahahahahahaha

Tukar kete baru ni Win-Win situation la, laki aku minat honda (kebanyakkan laki memang minat honda), aku plak tak kisah janji MPV so kete baru ni kira tak de kalah & takde menang...huhuhuhu:)

~ Hai si biru yang tampam, sila la berbakti pada kami sehingga akhir hayat kamu :P ~

Wednesday, March 27, 2013

Pengaruh pelakon i miss you :P

Assalamualaikum...

Sapa yang suka tengok cite korea mesti sedikit sebanyak akan terasa nak kulit mcm pelakon korea kan :P, aku pun sama, tengok lee sooyeon tu cantik sangat tanpa secalit make-up pun, best kan. Jom cantikkan dan rehatkan kulit.


~ suka sangat tgk kulit muka dia ~



~ Rahsia diorg, diorg suka pakai mask. At least seminggu sekali. Boleh beli di guardian je ~


~ Relax sangat pakai benda ni, rasa nyaman bangat ~


~ Tada!!!setelah dibuka, comel tak kak ton.bukan magic camera 360 tau, LOL! muahahahahahahahahaha~

FootNote : Everbody is DIFFERENT, Don't get in the habit of COMPARING yourself to other people,BE YOUR BEST.

Tuesday, March 26, 2013

Wan Mawar Adawiyah sudah 8 bulan :)

Assalamualaikum...

Mawar dah 8 bulan...

Sekejap je, tengok dia dah besar...

Anak dara mama yang terkuat sekali :)

Perkembangan mawar lebih kurang je dengan anak2 kecil yang umur sama dengan dia...

Ada jiran kata, cepatnya mawar merangkak dan memapah sbb dia kata cucu dia merangkak pun tak pandai lagi...

Takpe makcik, tak semestinya lambat tu tak bagus, biar lambat asal selamat :)

Sedikit guideline untuk perkembangan bayi pada usia 8 bulan dan kebanyakkannya ada pada mawar :)

Duduk, merangkak dan berdiri

Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung. 

Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi. 

Menggunakan tangan

Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untukpegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya. 

Sifat semakin emosional

Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis. 

Apabila berpisah

Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tandakebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain. 

Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorangpengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya. 

Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak - ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda. 

Mengeksplorasi objek

Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kita melakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya. 

Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali. 

Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat - memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya. 

Penglihatan yang semakin baik

Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik. 

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi. 

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya. 






 ~ Sekarang waktu bangun mereka berdua jam 5 pagi, awal kan...tengah layan kartun la tu :) ~




~ Bab merangkak,memapah dan berdiri tu sangat mawar suka, kadang2 kita baring dia panjat2 badan kita, sangat lasak ~ 


~ Ni plak kerja abang dia, dia mana nak ngagis lagi gelak2 kalau abang dia usik dia ~


~ Ada baca tentang bahaya memakai hairband bagi  baby, mulai itu mmg aku tak berapa nak bg dia pakai benda2 mcm ni takut memudaratkan ~


~ Anak dara papa :) ~

Notakaki : Lagi 4 bulan nak setahun dan alhamdulillah antibodi mawar sungguh kuat sehingga kini :)

Nonton Gila-gila remaja 2 :)

Assalamualaikum...

Seperti yang telah dijanjikan bersama-sama kawan baik tu, dah janji mula2 tu nak tengok awan dania. Tapi bila tengok preview awan dania kat astro memang tak menawan hati ini langsung. Sabagai penonoton setia awan dania dari siri 1 lagi aku tak puas hati dengan pemilihan pelakon. Bukan ke sepatutnya movie ni kemuncak drama bersiri asal plak boleh muncul rushdi ramli sbg remy dan si elly mazlein sebagai rania. Sepatutnya bukan ke gambit dan jehan ke yang berebut sangat kalau nak sangat letak laki lain sepatutnya si iman la, laki yang dania gila2 kan dulu. Pastu yang ni dia balik ke firefly balik dan spatutnya si dania tu keje kat dnest kan??? pastu dania ni kurang rencah tanpa kehadiran bapa & abang2 dania yang gila2 tu.haiyak fail2!!Pastu agak kurang suka bila dania kurus sbb dania yang dikenali tu chubby2 sesuai dengan karektornya tu.haih panjang lebar ye ko!...

Last2 kami berdua decided pergi wangsa walk je, sbb masing2 tak sihat senang nak balik ke rumah :), kami pilih cite gila2 remaja 2, hairul dan fa berlakon :)


~ comel sangat fa & hairul dalam cite ni, tapi GGR2 ni takde kaitan tau dengan GGR1 ~



~ Best jugak cite gila-gila remaja 2 ni. ~


~ Encik Suami ijinkan Puan isteri dia g berdating2 ngan BFF dia :) ~



~ Cik lin berisi sebab dia bahagia :) ~



~ Lepas nonton, makan2 & chat2 kat bbq chicken, Act tak habis pun sbb dah mula sakit tekak ~



~ Lin pun sekarang dah amalkan suppliment,  chayok2 cantik untuk suami terchinta tau sayang :) ~


~ butik scha tak bukak lagi loh :(, sob2 ~

~ Shopping tyme, bff forever & ever :) ~

Notakaki : Ajar si lin ni minum each a cup last2 skrg dia pun dah addict, ambik ko!

Baru baik tonsil...

Assalamualaikum....

Hari ni baru pulih sepenuhnya tonsil aku ni, sepatutnya jumaat tu aku memang ambik cuti sbb dah janji nak mengdate ngan cik lin pastu dapat plak mc sbb tonsil begkak..hehehehehe. Tp masa tu baru2 nak tonsil so tak la rasa sakit sangat so ms tengok wayang tu tak rasa sakit sangat lagi...hehehehehe.

Sabtu baru ni baru balik jengka, mak ai sakit tonsil dia tak hinggat mcm kena hiris2 pastu demam satu badan, menggigil aku...Telengkup badan dengan kain telekung dalam bilik ma, ma masuk tanya kenapa tak pasang kipas aku cakap sejuk then laki aku cakap dia kena tonsil, terus dia masakkan bubur & sup sayur untuk menantu dia pastu suh makan madu la, anak2 memang laki, ma & kak yam je;ah yang tengok2 kan. lap u'all so much:P

~ Terbaik, laju aku makan. Dari pagi sabtu tu memang tak berapa nak masuk apa. Laki aku belikan kuih pun tak makan ~

Ahad malam baru balik kl, cakap kat suami kalau tak sihat lagi memang nak cuti isnin(smlm), lega dapat cuti smlm. 3 Hari ko aku diet sbb takde selara langsung nak makan!hahahahahahaha.Dah kurus mcam scha alyahya dan ni.wakakakakakakakakakakakaka:P

Notakaki : Kalau nak cepat baik tonsil makan madu banyak, inshallah cepat sembuh :)

Monday, March 18, 2013

Our 3rd Anniversary, Alhamdulillah :)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah genap 3 tahun kami menjadi suami isteri, alhamdulillah ya allah :)

Macam kebiasaan, ambik cuti dan menghabiskan masa berdua2an macam orang baru2 kahwin :P, bangun lambat, makan tengah hari di tempat best2, tengok wayang, shopping ringan sudah cukup untuk kami berdua meraikannya :)=

Sekarang kalau ada budak2 opis yang usik2 kami, aku tetap malu dan mereka akan tegur "muka pza merah mcam la baru kahwin", yes aku rasa mcm tu mcm rasa baru je kahwin , so kalau orang usik2 kami memang merah padam muka tu :P



~ Masih rapi dalam simpanan ~




~ Tempat menjamu selera secara private dan agak romantik :) ~





~ Dekat sahaja, janji berdua :) ~




~ Suka sangat design hotel ni ~





~ Kami memilih buffet, RM59.00 sekepala ~



~ Pening memilih makan, actually menu beffet di sini agak terhad dan kurang memuaskan hati, kena pertingkatkan selari dengan taraf hotel ini :P ~



~ Menu pertama aku haruslah roti nan, aku memang penggemar roti nan ~




~ Nasi suku, lauk penuh :P ~




 ~Spegeti ~




~ Suami yang kurang puas hati dengan makanan di sini, pendek kata tak berapa best ~




~ Hotel dia best, privacy ~





~ Sangat puas hati dengan suasana di sini, macm rasa berhoneymoon plak padahalnya anak dah 2:P ~


~ Lepas tu g alamanda, layan movie ni, best la jugak, awan dania tak keluar lagi la plak ms tu ~


~ Kalau dah ada anak, g kemana pasti ingatkan mereka jugak, ole2 untuk si haikal :P ~

Nota kaki : Alhamdulillah masih sempat meraikkan anniversary dengan WRW lagi, agak2 nya mungkin kali terakhir sambut anniversary dengan WRW :P

Monday, March 11, 2013

Puas Hati :)

Assalamualaikum...

Hari ini mula bekerja semula setelah seminggu bercuti menjaga puteri kesayangan kami ini, alhamdulilllah keadaan dia makin baik, makin aktf dan makin ceria. Mawar memang anak yang sangat kuat, Alhamdulillah Ya Allah...

Puas hati sangat dapat melihat anak yang tidak sihat sembuh dan ceria depan dan dengan usaha tangan kita sendiri, hari ni dah boleh serahkan dia pada pengasuh semula...

Kerja di opis pun berlambak la jugak, ada masa nanti ceritakan pengalaman mawar jalani pembedahan buat pertama kali dalam hidupnya (padahal minor operation je pun :)

Sangat gembira duduk dan ketawa bersama dengan mawar seminggu lepas, seronok sangat...

 ~ G salon2 sama2 :) ~



~ Anak dara mama mencebik.hahahahahah ~



~ Meow, gelak sama 2 ~



~ G hospital sama2 ~


~ Makan nasi arab sama2 ~

~ Dan dah boleh main bersama2 abang, haihhh anak dara main anak patung la yang ~

Notakaki : Tq semua kepada semua yang datang dan ambil berat tentang keadaan mawar, tqvm :)