Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Just Me. Show all posts
Showing posts with label Just Me. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

Hari Pertama bekerja :)

Assalamualaikum....

Semalam hari pertama ai bekerja, setelah 3 bulan bercuti dan duduk rumah.erm rasa macam biasa je cuma masuk2 kena gi traninig, tapi seronok la dapat jumpa kawan2....

Masuk2 je, diorg perli2 "kurus", kurus la sangat..biasalah lepas habis edah pantang memang badan camgini, nanti lepas sebulan dua bak kata along aku naik la bdn tu balik nak2 kalau bf ni cepat lapa pastu makanan sangat banyak...ngeee :)

Ada jugak yang bertanya "diet" ke?nak diet macamne ai ni bf...."makan ubat kurus ke", mana boleh makan ubat kurus kan ai bf lagipun mak pesan sekeras2nya nak turunkan berat kawal je permakanan, kalau ambik ubat2 ni cepat turun dan cepat plak naiknya, cuma ai ambik suppliment shaklee, kawal permakanan masa berpantang tu dan bf  itu saje...

Pumping di office plak cuba sedaya upaya kekalkan 3x sehari, if tak sempat 2x sehari....alhamdulillah takat ni masih boleh kekalkan 3x sehari, lepas ni depend on masa kelapangan....


Notakaki : Ntah berapa bulan la dapat kekalkan macam ni :P

Monday, October 1, 2012

Koleksi Terbaru....

Assalamualaikum...

Oktober sudah, lagi berapa hari nak naik keje.....Naluri ibu ni kadang2 pelik kan, nak2 cuti 3 bulan rasa sayang nak lepaskan anak bawah jagaan orang, mcm2 aku nak list bagi kat makcik tu contohnya lepas mawar minum susu kalau dia mengaruk maksudnya dia nak tdo dahla mawar ni aku tak ajar tdo buai macam ne la nak ke dia berbuai nanati????erm....tapi itu lah lumrah ibu berkerjaya, think positif :)

Bila nak masuk keje, mula la nak buka almari apa nak dipakai, apa nak dibasuh..nak2 tudung aku lama tak dry clean :P, ngeeeee..

Hobi baru skrg berinstagram , memang very the terkedek2, orang lain dh berkurun hehehehehe biasalah ai kan klasik :P, haruslah nama depan dalam instagram tu MUCHA, MUCHA_edora & MUCHA_Eyezan dah pesan siap2 masuk instragram nama depan letak MUCHA, dah kata sahabat :), gambar jd cantik tak yah nak edit susah payah (padahal aku ni bukan kaki edit pun).


~ Antara koleksi tudung, nak mintak bajet kat husband sehelai dua agaknya dia buntangkan mata tak  &:P ~
~ Koleksi handbeg terbaru pemberian suami, thanks sayang...muah2 :) ~

Notakaki : Baju kurung masih muat, kalu tak muat dpt bju baru, tapi rasanya buat jugak bju bru :P

Monday, November 29, 2010

Alhamdulillah =)


Penyanyi : Opick
Tajuk : Alhamdulillah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu 

Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu 

Semoga diberkahi Allah
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diriringi oleh rahmatnya

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Besyukur padamu ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah semua perbedaan

Alhamdulillah wasyukurilah
Bersyukur padamu ya Allah
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu

Sekarang minat kat lagu2 opick, bila dapat tahu perkara ini serach ada tak lagu yang related ngan post aku ini :P

Hari ini penat sangat, tapi bila dapat berita gembira ini terus hilang penat...sebab tak sanggup nak penat lagi menghadap benda tu lagi...hehehehehehehe=)....alhamdulillah ya allah.......

NoteKaki : Mungkin ini rezeki buat honey madu, moga selepas ini mempermudahkan pekerjaan hambaMu ini :)

Friday, November 26, 2010

Check Up Honey Madu Minggu2 Terakhir =)


Tarikh Check Up : 26.11. 2010
Doktor : Dr. Norkedah
Kandungan :39 Minggu (tinggal menunggu hari)
Next Check Up : 02.12.2010
Due Date : 03.12.2010

Actually tadi masa g check up dah risau sikit sbb ingat dah kena tahan or wut sbb tinggal seminggu je dari due date, 7 day from today je wei :0....tapi doktor kata takde tanda lagi, jadi khamis akan dtg dia suh dtg & akan buat C.T.G scan....owh doktor kata tinggal tunggu hari je, kalau dah ada tanda2 terus g hospital tak yah tunggu khamis depan...

Tanda-tanda Hampir Bersalin

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

* sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
* kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
* sakit perut, memulas
* kerap buang air besar
* kerap terkentut

Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

* Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
* Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit belakang

* Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
* Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
* Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
* Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban

Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi yang tetap dan berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel "Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"

Bila Perlu ke Hospital

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

* kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
* keluar air ketuban.
* pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
* keluar darah dari vagina.
* apa saja masalah yang dialami.



~ Kebiasaan, dalam toilet kat pusrawi tadi masa ambik ujian air kencing...asal boleh :P ~

Nota Kaki : Ya allah permudahkan la segala urusan hamba mu yang lemah ini....

Akhirnya ku temu jugak kamu - Opick :P


Actually dah lama sangat cari lagu ni untuk jadi background blog aku...rasa terjatuh hati sesangat bila dengar lagu ni...serius sangat jatuh hati okey...akhirnya ketemu jugak dirimu ini :P ....aku tak sure penyanyi dia malaysia atau indon, tapi lagu dan bibit liriknya sangat buat aku jatuh hati okeh :)


Penyanyi : Opick
Tajuk : Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Notakaki : Lagu yang sangat menginsafi di pagi jumaat yang mulia ini....:)

Thursday, November 25, 2010

Mari Mula Menggunakan Olay :)


Kalau dah nama wanita tu wanita jugak, mudah terpengaruh...hehehe, aku memang sangat mudah terpengaruh....Aku dah kata kulit aku kusam, bila tgk gadis ni pakai Olay White Radiance, terus jatuh hati nak mencuba...tak salah kan mencuba..at least cuba...kita kena la menghargai & menjaga anugerah tuhan ni, cewah!!

Semalam petang g la JJ Setiawangsa kena g secepat mungkin coz takut dah beranak :P, g la cari produk olay kat bahagian farmasi...alahai mak jakun aku & laki aku mencari produk olay mana nak pakai...maklumkan 1st tyme cuba...kalau produk Safi aku memang expert :P

Pilih punya pilih aku beli empat jenis produk olay white radiance ni:-


1.Cream clenser
- Harus Pakai sebagai mencuci make up, sesuai digunakan setiap hari :)

2.Foaming Clenser
- Memastikan kulit senantiasa kelihatan bersih :)



3. Intensive Brightening serum

Kegunaan : Membantu menyamarkan noda hitam pada wajah, mencerahkan kulit gelap & meratakan warna kulit.
Cara Pemakaian : Guna selepas membersihkan wajah dengan meletakkan mengoleskan dan meratakan pada wajah


4.Protective Cream

Kegunaan : Membantu mengawal daripada cahaya
Cara Pemakaian : Guna selepas memakai Intensive  Brightening Cream dengan meletakkan mengoleskan dan meratakan pada wajah

Nanti nak lihat kesannya dalam masa sebulan, sm ada berjaya atau tidak :P

 ~ My 1st day with Olay ~

NotaKaki : Harapan agar menjadi kenyataan :)

Wednesday, November 24, 2010

Kulit Kusam....nak berseri kan balik....


Sejak2 kebelakangan ni, kulit muka makin kusam tak berseri2....Pastu selalu la tgk2 blog gadis ni, rasa macam terpengaruh nak cuba produk ni sbb dia berjaya menserikan muka dia wei ....

~ Olay White Radiance ~
~ Cakap kat laki aku nak beli produk ni.....ckp kulit bini kamu sudah kelihatan kusam ~

Ngak percaya???tgk nih.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

~ Adus rasa kulit  apa ntah dah ni ~

P/S  TO HUBBY : AWAK (DENGAN NADA GEDIK),HAHAHAHAHA:P........ BALIK NI JOM G FARMASI NAK CARI INI PRODUK OLAY...

Wednesday, November 10, 2010

Selamat Pengantin Baru :)


Nak wish selamat pengantin baru kat Kak Sue, moga perkahwinan akak hingga ke akhir hayat dan senantiasa sabar & redha dengan dugaan alam perkahwinan ini ok :)...sorry sangat tak dapat nak datang sebab ada urusan keluarga masa wedding akak tu  la :)


~ Kak sue, dress sgt cntik & akak kelihatan cantik bangat okeh!!!!!!!!...i like...pza memang suka bile sanding2 ni  pakai dress moden macam gituw, teringat plak pza tyme sanding dulu...ahaks! ~

Then kak sue kata pasni akan alami PJJ kan (Perkahwinan Jarak Jauh)....Pza ada terbaca dalam satu blogger pasal tips ni pasal PJJ....sangat2 berguna akak yang PJJ dan ini dan juga pada yang dah berkahwin juga.....Tipsnya adalah????

-
-
-
-
-
-
-
-
-


JANGAN AMALKAN SEBARANG TIPS!!!!!!!!

INI KERANA JIKA MENGAMALKAN SEBARANG TIPS HIDUP KITA AKAN TERKONGKONG!DALAM BAB HATI & PERASAAN MANA BOLEH DIKONGKONG BEB!BE NATURAL JE OK!MANA BOLEH DIPAKSA, SEMUA PUN DATANG DARI DIRI SENDIRI JUGAK KAN????SO JADILAH DIRI SENDIRI...LAGI TIPS YANG TERBAIK BUKAN????:P


Notakaki : Sangat berguna tips di atas kak, tak yah nak guna tips2 ni....yang peting "kerjasama":P.hahahaha(acah je)...yang penting kita fahami apa yang dibacakan oleh tok kadi masa nikah tu.

Thursday, November 4, 2010

Tips Mudah Bersalin :P


Morning semua!!!....sekarang kandungan aku kira peringkat2 dah boleh nak bersalin la, hehehehehehe...so sekrg kena la rajin search2 mana2 blog yang ada tips yang memudahkan proses bersalin...antaranya :P

Tip mudah bersalin

"1. Selepas 7 bulan banyakkan berjalan. Saya ketika kerja dulu, akan naik tangga ke pejabat di tingkat 2(atau tingkat 3). Jarang naik lif. Semakin hampir tarikh bersalin, saya akan kerap berjalan. Namun untuk keadaan tertentu seperti uri di bawah, kerap berlaku kontraksi atau berlaku pendarahan, jangan banyak berjalan. Jangan juga lakukan terlalu awal sebelum 4 bulan.

2. Jaga makanan. Elak makanan yang tidak menyenangkan perut seperti makanan pedas atau terlalu manis ketika hampir bersalin. Ketidakselesaan ini mengganggu proses bersalin.

3. Ketika menunggu dalam bilik bersalin, jangan berbaring. Duduk. Saya sendiri masa anak sulung berbaring, dan mengalami sakit. Untuk kali ke-2 saya baca tip-tip, dan salah satunya adalah jangan baring. Untuk bersalin seterusnya saya berjalan-jalan dalam bilik bersalin. Bila tidak larat berjalan saya akan duduk. Baca tip mengurangkan sakit.

4. Berbincang dengan doktor cara mengurangkan sakit. Apa yang boleh diambil seperti ubat tahan sakit dan lain-lain. Semasa anak sulung saya memang mengambil ubat tahan sakit, untuk anak seterusnya saya tidak mengambil sebarang ubat dengan teknik yang betul mengatasi sakit secara fizikal.

5. Baca ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul dan ayat kursi. Si suami pula boleh bacakan Yassin untuk mengurangkan kesakitan.

6. Berborak-borak dengan teman samada ibu atau suami(jika dibenarkan masuk ke bilik bersalin). Ini akan mengalih tumpuan dari sakit tadi.

7. Penting mempelajari teknik bersalin yang betul, dapat elak berada lama di bilik bersalin dan meneran dengan lama. Ini boleh menyebabkan keletihan dan kehabisan tenaga untuk meneran.

8. Pengalaman saya, memang sakit ketika bersalin. Namun sakit tiba-tiba hilang ketika pertama kali melihat bayi saya. Dan ketika itu juga terasa mampu lagi untuk bersalin untuk seterusnya. Lupa rasanya sakit bersalin itu."


Ok!....bila baca tips2 di atas ternyata, aku tak salah kalau berjalan2 di shopping kompleks  sebabnya kan salah satu treatment untuk memudahkan bersalin :)

Selain itu, kerja aku sekarang boleh dijadikan treatment jugak!mana tak nya mak sarat2 pun rajin nak site visit....kalau setakat 1, 2 tempat sehari mak larat la...kalau dah bertempat2 aku undur diri la gamaknya...:P


~ Hahahahaha, lucu la gambar site visit ni...kak reen ni perli aku sbb suka sgt tangkap gambar kan :P ~


Today ada majlis perletakkan batu asas kat jinjang, actually we all harus g tapi mak dah tak larat la nak g :P

Notakaki : Esok nak cuti2 depavali kat perak...jalan2 family aje....harap2 dapatlah makan nasi ayam RHB kat IPOH ma!!!!!!!!!!!!!!!!

Tuesday, October 26, 2010

Checklist Part 3 - My Latest Update :)


Rentetan dari kuar berjalan2 masa my birthday hari tu dan ahad baru2 ni. g manjaku lagi..so makin susut la senarai barang2 aku yang tak dibeli lagi...ahad hari tu culik hakimi bawak g jalan2...hehehehe =), tapi dibawah pengawasan mak dia, tapi mcm biasa dia tersangat la manjanya ngan pak uda dia tgk jelah nak kepit je ngan pak uda dia aje...







BAJU-BAJUAN
 
1.Baju lengan pendek Newborn(NB) - 5 Done
2.Long sleeves NB  - 5 Done
3.Seluar pendek NB  -5 Done
4. Seluar pjg NB   - 5 Done 
5.Baju outing ke clinic - 2 Done (WangsaWalk)
6.Barut baby – 8 Done (Terfikir nak tambah lagi)
7. Handkerchief   - 4 done
8.Rompers - 2 Done (Wangsa Walk) 
9.Mitten+Booties - 7 done 
10.Socks    - 7 done
11.Hat - 3 Done


FEEDING
1. Breast pump - Done (pinjam angahnye pump spectra electrik kalau tak ok baru nak beli baru)
2.*Termos
3.Bottle 20z - Done ( Avent )
4.*Teat
5.Sterilizer * (x beli pon,kalo nak beli boleh je…)
6.Teat brush - Done

NURSERY

1.Baby cot/playpen (x yah beli, ada turun temurun dari cousin dia, ngeh2)
2.Mattress - Done
3.Pillow &Bloster - Done
4.Mosquito net
5.Blanket and receiving blanket - Done

BATHING

1. Bath tub
2.Toiletteries-travel pack - Done
3.Cotton balls - Done
4.Cotton buds - Done
5.baby comb/brush
6.Baby manicure set
7.Nasal aspirator -PENTING!!

DIAPERING

1.Changing mat - Done
2.Baby wipes – Done.
3.Diapers NB
4.Napkins  - Done    
5.Balm - Done     
    
OTHERS
1.Nappy Kleen - Done
2.Myk telon - Done
3.Toy
4. Towel - Done
5. Hooded towel - Done
6. Penyangkut kain utk baby

MOM’S

1.Socks
2. Nursing bra-  Done (MomsLittleones
3. Nursing pad - 3 Done (MomsLittleones - Washable)
                     - 1 Done (Anakku - Disposible)
4. Maternity pad - Done
5.Disposable panty
6.Nipple cream- Angel Baby 
7. Barut 
8. Myk panas utk confinement
9. Minyak selusuh
10.Air selusuh
11.Jamu set selepas bersalin

OUTING

1.*Car seat
2.*Stroller *
3.*Baby sling
Note:-
* Maybe beli after bersalin je
* Dah mula membeli


 NotaKaki : Dah survey car seat & stroller, cantik2 tapi tak boleh pilih PINK =P...perot & badan mula rasa sakit2 & malam ku tidak lena lagi, sgt susah nak tdo mlm skrg & kaki ku mula rasa kejang.....



 ~ Baru je dibeli untuk buat kat alin :P, nana & aidah kata kecik2 pakai suar jeans :P ~

Terima Kasih Chinta =P


Biasalah "air dicincang takkan putus"...betul tak????,hehehehehehe:P...Thanks to all the member's of family coz belanja buffday girls makan malam sabtu hari tu...tapi selera ikut tekak diaorg okeh!....benci mak gituw!!!...kihkihkihkih....tapi agak tak lengkap sebab abg kamal takde sbb dia kena g site visit di tengah lautan sana, hehehehehe....kimi & yasmin plak kepenatan tdo....bagus jugak, kalau tidak asik bercakar aje kojenya...

Makan la western food kat area taman bukit cheras tu tapi boleh order makanan lain selain dr western food........biasa aje rasanya, tapi thanks la sbb belanja ye...


~ Konfius sebb angah aku selalu buat lawak tp dia yang ketawa sendiri ~


~ Nana je yang bangun, yasmin dan kimi ketiduran ~


~ My hubby :P ~


~ Tengok! sedapnya dia tdo ~


~ Ok ramai kata muka kami sama dan mcm kembar!!!adakah aku yang nampak tua, atau dia yang nampak muda??cettttt!!!!... ~


Notakaki : Latest update...***** tlh metukar tarikh tunang, insyallah masa tu aku tak  habis pantang lagi, benci lagi mak :P

Monday, October 25, 2010

Seri itu sudah nampak =P


Hari tu OKB kak jijan dah berbesar hati nak belanja kami2 makan pizza, then turn OKB lagi satu sangat2 berbesar2 hati nak belanja kami2 ni makan...nasib badan lu la der, ala 1% pun tak terjejas =)...thanks to hanan coz sangat baik hati nak belanja kami makan...nini siap pesan kalau setakat KFC ke MCD ke tak yah...hahahahahaha...gila nakal kami....tgk la nini, turn ko tahun depan siap la kena tekan plak =P

Thanks to hanan coz belanja kami kenny rogers...gila bapak demand kan kitorng...huahuahuahuahua



~ Semangat pilih tu :P ~






~ Hehehehe, senyum ikhlas ke terpaksa tu :P ~


~ Bapak kenyang ok! ~


~ ok, ucap terima kasih kawan2 pada Cik Hanan =P ~


Lepas je kekenyangan makan kami pun bergerak la ke wangsa walk, hajat di hati nak tgk movie tpi tiket untuk film tu tak de ok!!hampa!=P


~ Huhuhu, sabar jelah ye :P ~

Biasalah, kalau ada masa yang terluang tak kan disia2 kan, then berkunjung la ke sini...al-maklumlah ada bakal TuuuT ngah cari barang tuuuttttt =P


~ Mcam biasa, aku dan kamera tak dapat dipisahkan =P ~


~ Ish2 bakal tuuut ni sibuk mengira bajet nak beli ye =P ~


~ Tgk nini tu, hahahaha...mcm biasa kalau masuk kedai emas aku ngan dia yang selalu teruja =P ~



~ Ni pakar perunding, dia yang tlg rundingkan harga  =P ~


~ Amboi dan nampak seri tu cik hanan oi, gumbira ye kamu dapat barang tu ye =) ~

NotaKaki : Seronok sgt sebab dpt berita kawan aku masa kat PUO ada kata nak bertunang...hehehehehehe=) Kalau honey madu kuar lambat, sahabat2 aku masa belajar ada ni 2 orang la nak tunang 01.01 tahun depan....aku nak g!!!!!!!!!!tapi kalau aku ngah pantang jangan marah tau....aina kahwin insyallah aku boleh hadiri dengan baju yang mengalahkan ko melk..huahuahuahuahua =P

Wednesday, October 13, 2010

Saat ini =(




Saat kalau aku nakkan dan merengekkan(mengada2) nakkan makanan yang digelar mengidam pasti lelaki ini akan dapatkannya sedaya upaya....teringat saat aku nakkan sangat popia, masa tu bulan puasa bayangkan sesak barat jem diredah & berebutkan dengan pelanggan semata2 tunaikan apa yang aku nak.....belum list2 makanan lain yang pelik2, terlalu banyak agaknya tapi tragedi paling tragis popia la kot :p

Saat kalau tibe mereng aku nak kuar shopping, lelaki ini walaupun penat balik kerja tetap melayan aku untuk pergi kesana sini tnpa rungut lelah....

Saat ini tibe2 datang gila aku nak makan burger kat bustop depan rumah, pasti lelaki ini dengan sepantas kilat kat "jom"....smlm kena turun sendiri beli sebab teringin sangat =P

Saat badan2 ni sakit2, dan kaki rasa kejang, lelaki ini la yang mengurut2 aku...

Saat ini aku teringat bila aku mengada nak perfume baru, padahal baru beli perfume dah baunya sangat busuk.....terus lelaki ini gantikan yang baru sebab dia pun tak tahan bau perfume aku yang sebelum ini, masuk tong sampah je perfume tu sbb memang busuk, so gantikan dengan perfume ini,    sangat wangi =)


Saat ini jugak aku teringat bila aku mula rasa baju mengandung yang aku ada dah membosankan dan nak yang baru, lelaki ini juga yang selalu melayan kerenah aku....bukan sepasang dua yang diturutkan tetapi tak terkira dah....



Saat ini aku teringatkan lelaki ini, dia pergi berkursus tak tahu di hutan rimba mana yang takde line telefone dan terasa nak guna surat pos laju, agaknya boleh tak?? =(....
 


~ Aku & honey madu teringatkan lelaki ini yang bergelar suami a.k.a hubby, cepatlah hari esok (sila jgn muntah) =( ~


Nyata tiada setanding
Walau ku rentas benua
Terbentang luas angkasa
Tak seluas cintaku
Come on my baby
Let’s get it on

Terbang
Cintamu buatku layang
Renyuk
Resah bila kau pujuk
(Ow ow woh)
Mama
Bilang jangan ku percaya
Lelaki
Akan memuja hanya pada mulanya

Nasib kita
Bukan semua sama
Tapi ku kan sedia
Agar tak merana

Tiada
Apa dapat menghalang
Tiada
Kau aku gila bayang
Tiada
Cintamu ku tak senang
Cemburu
Resahku tak menentu
Dirimu
Segalanya sempurna
Oh kanda
Kau Pujaan Malaya

Cemburu
Ai yai yai yai
Resahku tak menentu
Dirimu
Pujaan Malaya

Sungguh ku tergoda
Bahagia