Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Bila Emosi Berbisik. Show all posts
Showing posts with label Bila Emosi Berbisik. Show all posts

Friday, April 20, 2012

Berita Gembira :)

Assalamualaikum,

Hari jumaat penuh keberkatan ini.....terima berita gembira dari hasben :)

Desas-desus yang memang hasben & aku dgr dua, tiga hari ini, tapi tak berani nak berharap  & terrlalu mendengar desas desus kerana kadang kala bukan semuanya betul sehingga ditentukan kesahihannya :)

Alhamdulillah mungkin ini rezeki buat anak kedua kami....

Ucapan "Alhamdulillah" mampu diucap ketika ini...

Tumpang gembira dengan berita ini, tahniah papa kerana melangkah setapak lagi kehadapan! , u deserve it!!!!:)

Notakaki : Yang baik itu semua datang dariNya :)

Friday, January 20, 2012

Maksud Surah Ayat Al-Falaq

Assalamualaikum



[1]
Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]
“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]
“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]
“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

Notakaki : Never use 'hate' againts hate....Be the bigger person...Its hard, its hard but sabar and solat is always the key...Setiap kesulitan ada kemudahannya, setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapannya, saya insan Allah yang lemah hanya menerima semua ujianNya tanpa mengeluh pape....thanks pada suami (merupakan the best BFF) dan semua BFF yang sentiasa berada di belakang tanpa berpaling arah mahupun mengaibkan diri ini...apabila kita membuka aib seseorang, tuhan pasti membuka aibnya satu persatu, itu janji Allah bukan janji manusia! :) :) :)

Monday, January 9, 2012

Masa lalu, Masa kini, Masa Depan jangan dihakimi

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, berkat sokongan kuat suami & kawan2 bisa saja menangkis segala dugaan yang diturunkan, lidah ni tidak bisa berkata2 secara "polite" nak2 bila hati di"havoc2" pihak tertuntu dengan isu  yang tidak betul, pertahankan diri adalah benda yang pasti!....tangan hanya bisa duduk diam2 semetara hati reda, sabar adalah kunci orang beriman...skrg hati sudah bersedia &  tenang untuk memulakan bicara semua...tertarik dengan entry ini, baca dengan hati terbuka untuk membuka hati2 insan yang tertutup, bukan niat untuk membalas dendam tapi untuk memberi kesedaran, tak semestinya yang muda tu logha yang tua tu baik, sama2 menyedarkan....:)

"Kawan lelaki aku yang agak 'ustaz-ustaz' juga mengaku di sekolah dulu dia kaki pukul, selalu belasah orang. Tak sangka aku dia begitu orangnya sebab aku kenal waktu dia sudah jadi 'ustaz-ustaz'.

Aku sedar sesuatu di situ.

Kau tak boleh nak judge budak tu nanti menjadi ke tak menjadi. Masa depan dia mungkin panjang lagi. Banyak lagi ruang untuk dia berubah.


Kalau kau jumpa budak nakal, atau 'budak jahat' kalau kau nak label macam tu, kau jangan menyumpah-nyumpah dia. Kalau dia mencuri sekalipun, dia masih budak-budak. Memang perlu diajar tapi membelasah hanya mengajarnya keganasan, bukan buat dia insaf.


Budak yang sepak bola dan pecahkan pasu kau mungkin besar nanti jadi doktor yang merawat kau.

Mungkin suatu hari kereta kau terbabas, budak tu lah anggota bomba yang selamatkan kau yang tersepit dalam kereta.
Mungkin bila kau dah meninggal, budak tu lah ustaz yang mandikan jenazah kau dan imamkan solat jenazah kau, yang doakan Tuhan ringankan azab kubur kau.
Sedangkan masa dia kecik kau menyumpah-nyumpah dia macamlah dia tu dajjal yang selalu meliwat kau. Padahal dia tak buat salah apa pun kat kau.

The thing is, bila kita nampak orang buat salah, atau buat dosa,
kita bercakap mengenai orang itu seolah-olah kita ini tak pernah buat salah atau dosa.

Kalau nampak ada couple naik motor berpeluk sakan, atau anak dara pakai seksi-seksi, ringan je mulut nak cakap orang tu rosak akhlak ke apa. Tapi hati-hati, kadang-kadang Tuhan tunjukkan pada kita melalui keturunan kita sendiri.

Kau duk kutuk anak orang sedap je, kau mana tahu anak kau takkan jadi macam tu?

Yang aku pelik kalau makcik yang mengata tu sebenarnya dia masa muda macam tu jugak dengan pakcik.


Samalah macam orang yang umur 40-an baru nak beramal, tapi ada hati nak kutuk orang muda yang tak solat, tak tutup aurat etc. Kau ada pengalaman jadi orang jahil, patutnya kau tahu bagaimana nak berdakwah, bukannya tahu kutuk macamlah kau tu selama-lamanya suci kalah nabi.



Kau bayangkan ustazah tadi, masa kecilnya mungkin ada orang berkata "Ya rabbi buruknya perangai anak si polan tu, dah besar nanti jadi sampah masyarakat...." atau ada orang yang mulutnya lebih longkang
"Budak macam ni mati lebih baik,  besar kang menyusahkan orang je".Tapi bila dah besar beliaulah yang ajar orang beribadah."

Konklusi : Buatlah konklusi sendiri, anda bijak mentafsir orang bukan???takkkan benda mudah macam ni tak boleh ditafsir dek akal :)
Sebagai contoh nyata pada hidup aku, gembira sangat dapat jumpa aizan (muncacheze) hujung minggu lepas, dia ajak teman dia:), tak terkejut pun tapi gembira dengan imej baru ni, alhamdulillah, masa lalu dia, biarlah antara dia dan tuhan, yang kita nak sibuk2, masa lalu dia buat pe, kita kenal sangat ke dia, kita takde masa lalu ke????:)


~ Ya rabbi, cantik dan manis kau aizan, mcm erma hasmi pun ada :) ~


~ Dan, tahniah kerana bakal mendirikan rumah tangga, memperbaiki hidup menjadi makluk tuhan yang makin baik, aku akan sentiasa menyokong keputusan kau mendirikan rumah tangga :) ~


Contoh nyata lain, masa lalu aku tak setuju salah satu BFF aku ni nak bertunang(rasanya BFF lain pasti boleh mengagak siap bukan???), sbb aku tak berapa gemar apa yang dia buat pada BFF aku dulu (thanks memberi kebenaran untuk berkongsi cerita kamu) tapi siapa aku nak menghakimi dia????ustazah pilihan????nabi???tuhan???semua tak, aku jugak makluk tuhan yang tak terlepas dr kesilapan, mana tahu masa akan dtg dia berubah ke kan????masa tu aku pasrah membiarkan BFF aku bertunang, dan masa kini ternyata dia makin bahagia, aku terus menjadi redha...:)

Notakaki :  Teringat kata2 "sesorang" boleh dikatakan taraf ustaz la pada aku....masa lalu seseorang tiada siapa layak mempertikaikan melainkan di atas sana sahaja : )

Friday, January 6, 2012

Sabarlah Wahai Anakku :)

Assalamualaikum...

Kalau rasa dah meluat @ tak berminat baca blog i, jangan nak tinjau2, intai2, baca2, ini blog i, so hak i nak cerita apa pun selagi tidak menghina orang lain...yang dok sibuk2 nak baca lagi buat pe, i pun tak ingin pun blog ni dilihat & diulas(jgn ingat i tak tahu ok apa yang diulas thanks kawan2 :), jangan harap i nak tutup blog semata2 ulasan2 berunsur dengki sbb ini adalah minat i:)). i can see sapa yang tinjau blog i :P

Sabarlah anak dalam perut mama ye, belajar untuk sabar ye sayang....anak adalah anugerah tuhan, sempurna atau tidak hanya kuasa allah :)..papa, mama & abang sangat sayang pada kamu :)




~ Bila tengok muka anak kecil ni menitis air mata mengenangkan sumpahan dia kat adik si khalish haikal ni & melibatkan insan2 yang tak bersalah dalam hidup aku,kesian mereka.....serius aku menyesal sangat2 berkawan dengan orang mcm tu, hidup ni memang pengajaran yang berharga, PLEASE STAY AWAY FROM ME!!!! ~

Wednesday, January 19, 2011

SEDIH =(

Hari ni masuk hari ke-47 wan khalish haikal be my son., terasa tenang & bahagia memberi BF kepada khalish secara eksklusif......hari ni buat kali pertama aku terpaksa campur FM kat dia....tuhan jelah tahu perasaan ni, hanya ibu2 yang merasakan dapat mengerti perasaan ni,nak menitis air mata sebenarnya....tapi apakan daya, ujianNya harus kita hadapi dengan tabah...demand & supply tak seiring sejalan, jadi takde cara & alternatif lain....

Dua hari lepas dah khalish menunjukkan supply BF dari mamanya mcam tak cukup, pasal dia asyik merengek2...aku biarkan dulu...aku bgthu laki aku, aku ckp tak smpi hati nak bg FM kat dia....aku mama dia, susu itu harus dari aku la kan?????tapi apakan daya aku terpaksa menidakkan hak dia....sedih sangat tak terucap ketika ini.....aku sedih!...tadi bagi FM minum  ssmpi 4oz & sekrag dia terus tdo, memang dia lapar...

Demand khalish sehari mencecah 24 - 28 oz sehari....ni makin besar mungkin mencapi 30 0z sehari, sedangkan supply tak sebanyak itu....tak tahu apa lagi nak dibuat...nasi aku makan, sayur tak yah cakap, susu bertin2 habis, longan kering pun sama...

Wan khalish haikal maafkan mama :(

Monday, August 2, 2010

Saat-saat terakhir Beliau......

Tinggal beberapa je hari lagi Pengurus Bahagian Pembangunan & Pelaburan (BPP) a.k.a bahagian aku la kan =) akan dipindahkan memandangkan pengurus aku hanya pinjaman dari jpa.....walaupun dia bukan staff maiwp tapi dia rasa macam dah darah daging maiwp sebab dah lama di maiwp....

Staff BPP bercadang nak adakan jamuan perpisahnnya sekali ngan hari jd nya semlam....sambutan memang best la, sebab dia pun Pengurus yang best...ramai staff yang senang berkerja ngan dia....

Baru je hari tu ada family day BPP, dan kiranya family day BPP terakhir la yang dia join...pasni family day jabatan lain la kot =)

Dalam Ucapan terakhir dia mengatakan berat hatinya nak tinggalkan BPP ni, kemesraan di BPP ni buat dia rasa sayang.....=)....aku pun rasa mcm tu....=)

Apapun bak kata org setiap yang dtg akan pergi, setiap yang ada akan bersilih ganti=)...Selamat berkhidmat untuk negara di tempat baru En. Ibrahim Hj. Ismail....


~ Ikhlas dr Badan Kebajikan BPP ~


~ Unit Pentadbiran nye =P ~


~ Kek Hari jadi =) ~


~ Ir karim menyerahkan hadiah dr. staff BPP yang nak kena bg RM5/lot (senapang patah) =) ~


~ Cute gile potong kek =P ~



~ Gambar tempelan =p ~


~ 3 bunga serangkai unit sewa =) ~

  ~ Celok dr laman web MAIWP,kecik la plak =P~

Sunday, July 25, 2010

Ketika Hubby Tiada =)

Macam kebiasaan kalau hubby aku takde, sm ada g kursus atau bengkel tapi kali ni dia g team building kat sungkai perak, dari jumaat smpi hari ini...so hari ini dia balik lah =)..next week plak dia ada kursus plak..banyak program kami melepas, baru plan nak balik kg dia kutip buah2 an kat dusun belakang tu , hari tu balik baru je gugur so tak dapat kutip banyak =)...melepas lah lagi nampaknya nak makan buah mata kucing, rambutan,manggis,durian dan macam2 le =) & plan untuk deco2 pun tak jalan2 lagi =(

Bila dia takde tu aktiviti makin luas la, sebab tinggal single balik kan =).....Tapi aktiviti rutin hujung minggu bermain ngan anak buah =)....hehehehehehe...arriana & arrisa dah seminggu kat umah aku sbb nak pindah umah baru so umah berhabuk2 tak sesuai untuk baby yang baru je lahir dan smlm angah buat kenduri doa selamat sikit sbb naik umah baru, just family angah & abg z je....



~ Dia jelah anak buah aku yang kuat melaram dan melawan =), lucu bila dia cakp "nenek, pak uda takde, min temankan mak uda tdo ye =P" ~

Hubby aku dapat surat mengejut, aku dah plan  ngan kawan2 aku nak kuar dr seblum hubby dpt tahu nak ke sungkai, so bila dia takde lagi la plan makin jd =)...Petang sabtu smlm aku berholla ngan lin & yan., dan your wife smlm balik lewat sbb ralat berborak ngan teman2, we all jarang jumpa ttp selalu berhubung, aku & yan kawan dr sek men lagi dan lin dari kecik =)...hubby aku tak kisah sgt sebb kebanyakkan kawan aku dia kenal dan bf kawan2 aku pun dia kenal....so dia mengizinkan, thank's b =)


 ~ honey madu ngan auntie lintot =) ~

 ~ Tak sia2 angkut dia ni, thanks yan sebab bawakkan barang aku =) ~

~ Dua2 makanan itu kepunyaan aku =) ~ 

 ~Lin kata dah aku kawin sm je kuat bergambar, lin dah kawin ke belum aku tetap aku, aku tak kan &  tak ingin menjadi org lain=) ~

~Muka teruja dapat hadiah hari tua dia =P~

Bila dah enjoy sakan dah tak tgk dah jam kul bpe, tp memandangkan kuar ngan anak2 dara sunti ni kena la balik awal nanti mak ayah diorg cr =P

NotaKaki : Auntie Lin sabar ye ngan apa yang jd, insyallah ada jalan penyelesian tentang masalah itu =P