Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 13, 2011

Jom Makan2 Ikan Bakar & Nasi Dagang :)

Assalamualaikum, hujung minggu sabtu & ahad aku dipenuhi dengan aktiviti makan je....sabtu lepas kami sekeluarga merancang nak makan ikan bakar nak makan di umbai macam tak terdaya nak meyusung bayi2 kami, lagipun nak cuba la plak tempat lain kan, terasa nak makan siput (seafood) ...kami mengundi sama ada di bagan lalang @ muara ikan bakar di tanjung harapan...lastley kami pilih makan di sini sabtu lepas :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-








 ~ Lastly kami majoriti memilih muara ikan bakar, tanjung harapan ~

Antara makanan yang manjadi pilihan kami...

~ Otak2, dua pinggan...dicadangkan sebab sebab sangat2, serius :) ~


~Udang goreng tepung x 2 pinggan ~


~Sotong goreng tepung x 2 pinggan ~



~ Ikan siakap 3 rasa + Ikan merah sweet & sour ~


~ Ketam masak black paper x 2 pinggan ~


~ Sup sayar, sayur campur x 2 pinggan, air sirap 2 jug, air kelapa 2 biji & air barli suam~

~Jom makan~






~ Mak ngah jangan tunjuk sangat lapar tu sangat :P~








Total harga untuk makan seramai 8 orang hanya = RM245.00, sangat berbaloi kan??makanan segar dari laut, makan sedap, service sangat cepat, sangat dicadangkan..4 star :P

-------------------------------------------------------------------------------------------

Hari ahadnya nya pula kami pergi makan nasi dagang, sangat terbaik dari ladang, takde sapa boleh lawan okeh nasi dagang ini, hehehehe!


~ Like mother like son :P ~


 ~ Terbaik nasi dagang :P ~



~ Ni nasi dagang jugak tapi yang putih dia berlemak sikit dengan gulai ikan aya :P~


~ Ubi pun ada!..hahaha, dah dapat agak makan dimana???~

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Made from restoran d'jengka 10,:P, thanks ma!!....balik jengka balik hari je, tu yang hari ini ngantuk semacam je :P~

Friday, June 10, 2011

Sumpah Saya Jatuh Cinta Ngan Kehebatan Pulau Nami!!!

Assalamualaikum....

Dah beberapa bulan impian & hasrat ni terpendam di dalam hati, impian ni wujud bila tgk drama "seruan pulau nami" di astro prima masa tu aku tengah pantang, cantik sangat & jatuh cinta dengan keindahan tuhan tu....dan lately ni asyik menghadap youtube tgk "winter sonata" walaupun dah penah tgk dulu...sumpah! aku jatuh cinta dan kepingan sangat nak pergi pulau nami tu dengan suami terchinta dan anak yang dikasihi :P (walaupun laki aku kata kat korea toilet dia mcm geli2 tapi please dong buat kali ini sahaja)


~Poster besar kedua-dua pelakon utama Winter Sonata juga menjadi kegilaan dan sasaran pengunjung merakam gambar kenangan. Bagi peminat setia drama popular itu, kunjungan ke Pulau Nami memberi kepuasan tidak terhingga kerana setiap langkah pelakonnya bagai boleh dirasa.~



~ Boleh tangkap gembar pastu buat aksi2 mcm ni, awww romantik u ..kahkahkah..:P ~


~ Teringin nak berdiri di sini (serius), pastu naik basikal ngan laki aku smbil pegang khalish, hahahaha...bile la dapat pergi kan?? ~


Info

Pulau Nami

* Kira-kira 63 kilometer atau dua jam perjalanan dari Seoul.

* Keluasan sekitar 460,000 meter persegi dan kelilingnya sekitar lima kilometer.

* Memiliki lebih 300 spesies pokok pelbagai jenis. 
* Satu lagi perkara menarik mengenai Pulau Nami ialah tiada sebatang pun tiang telefon di situ kerana semua kerja pendawaian dilakukan di bawah tanah untuk memulihara alam semula jadi.

*Ada juga Tasik Cheongpyeong yang amat sesuai untuk perkelahan keluarga, namun anda dilarang membawa bersama peralatan memasak bagi memelihara keindahan alamnya.

Notakaki : Bangun2 pza, jangan asyik nak berangan2 je :P,hahahahahah!!!!!!!

Sunday, June 5, 2011

My BFF Engagement :)

Assalamualaikum...

Selamat sudah salah seorang my bff yang selamat menjadi tunangan orang, sapa lagi kalau bukan orang kanan aku tu Nur Zelinda....anyway congrate dear, perasaan tu sayup2 jugak la...rasa tu mesti kau dah rasa sebelum ni kan masa aku dulu nak tunang tu :P

Majlis diadakan sebelah malam dan secara tertutup, hanya kenalan rapat sahaja yang dijemput..ini permintaan dia..so malam tu hanya ada aku, jijah, natrah yang hadir, jijah & natrah bakal jadi pengantin tahun ni :)..kawan2 lain tu terpaksa tak datang atas sbb2 tertentu..malam tu aku kena tinggalkan khalish ngan papanya,  kalau bawak sekali paham2 jelah malam2 mahu mengamuk nak tdo...aku siap2 tinggalkan susu & papa dia yang jaga kan dia...alhamdulillah dari kul 8 malam smpi 11.30 malam balik tu, khalish sgt behave dan tdo je...:)..alhamdulillah semuanya berjalan lancar...tak boleh cite lebih2 & gmbr sikit2 je, sbb tuan punya badan tu pun ada blog dia...biar dia ceritakan hari bahagia dia tu ye :)

Ko nampak cantik wei, dah cantik make up memang cantik jugak kan??hehehe...apa pun make up kak mimi memang terbaik....ok la, layan jelah gambar sekitar majlis tunang kawan aku sorang ni...:)















Notakaki : Semoga sabar dan berbanyak sabar menempuh alam baru ni :)

Friday, June 3, 2011

Khalish 6 Bulan & Mummy Khalish dapat diploma in breastfeeding :)

Assalamualaikum dan alhamdulillah...

Hari ini khalish dah genap 6 bulan dan khalish masih lagi meminum ASI sepenuhnya...alhamdulillah, walaupun sebelum ni mengalami kesukaran tapi berjaya ditangkis dengan semangat suami dan kakak2 yang berBF jugak tak lupa pada kak alin yang paling banyak membantu menguatkan jugak iman ni nak BF si khalish :)...semoga Wan Khalish Haikal makin membesar dengan jayanya dan dapat minum ASI lagi dan lagi :)


Sekejap je masa berlalu kan, khalish dan makin membesar dan tak nampak lagi macam baby2...hehehehe....alhamdulillah khalish sekarang makin aktif dan meragam sikit bila nak tidur tapi kalau dilepaskan ke bawah smpi ke bawah meja makan dia merayap, habis bersih satu rumah la...mainan berlambak2 beli tapi remote tv jugak pilihan hati dia..hehehehe...paling suka tgk dia buat mulut dia comel2 tu, geram sangat..hehehehe


~ Muka maintain nak kena cucuk sebelum menangis mengegarkan klinik...hahahaha, khalish 6 bulan @ 7.8kg :) alhamdulillah ~

Thursday, June 2, 2011

Orang Kanan Aku :)

Assalamualaikum....

Aku mengakui aku ramai kawan baik (BFF)....best taw ada ramai BFF baru hidup ni enjoy ok....BFF ada kategori2...masa sekolah rendah, masa sekolah menengah, masa di PUO, masa kerje di Maybank, masa kerja di MAIWP dan paling terbaik adalah keluargaku sendiri....BFF lain tu nanti kita talk2 masa entri lain...ni nak talk pasal BFF sorang yang paling aku sayang ni ni dan boleh kata orang kanan aku la...hehehehe...sape agaknya ye  orangnya :)...
-
-
-
-
-
-
-


~ Yang sentiasa menjadi orang kuat dalam apa2 majlis yang melibatkan aku :) ~

Aku kenal dengan dia saat kami tadika, tadika ok!!!!!!!!!!!!...lepas tu kami sekolah rendah di sekolah yang sama cuma berlainan sesi tapi ketemu semula bila masuk sekolah menengah puteri wilayah...saat tu kami mula rapat semula....rumah dia jadi rumah aku, rumah aku jadi rumah dia, keluarga dia jadi keluarga aku, keluarga aku jadi keluarga dia....kami selalu shopping bersama, tonton wayang bersama dan selalu beli baju mesti sama cuma aku akan pilih PINK dan dia BIRU....gambar tu kat dia, nak mintak dia sekrag dia sibuk dengan hari bahagia dia nanti :P...dia lembut, aku kasar tu bezanya kami tapi dua2 cute mute!!!hahahahahahaha...

Lepas spm dia ada bg aku "hadiah", confirm BFF korang pun aku garenti tak penah bg "hadiah" tu kat korang....nak tahu dia bg aku ape????dia bagi aku sebuah buku  buatan dari kreativitinya sendiri dan isinya tertulis tentang "KAMI" :)...how sweet she is?????.. sumpah kau comel!!!....buku tu masih ada lagi, aku ingat lagi...jangan bagi dia buku tu balik selagi aku tak berjaya...so besday dia yang ke-21 aku pulangkan buku tu balik...tapi aku photostat untuk dia la...yang original aku punya ok...hehehehe...isinya tak perlu la diperkatakan ia rahsia kami berdua.. :)

Gaduh???of course la pernah tapi jarang2...tak silap aku ada la sekali tu..kuang2..masing2 ego!!..lama2 masing2 tak tahan berjauhan so berbaik la balik..hahaahahaha
Lepas je SPM kami terpaksa buat haluan sendiri...aku belajar di ipoh dan dia  belajar di KL,  tapi tentunya jarak tak pernah memisahkan kami, percaya atau tak boleh katakan tiap2 hari kami ber"sms"...mengalahkan gf/bf kami ni...aku cerita hal aku di ipoh dan dia di KL sampaikan kawan2 aku di ipoh tu pun kenal dia...

Masa dia grade mak ayah dia tak sihat, aku jadi mak ayah dia ok untuk temankan dia terima diploma dia!hahaha, memang betul2 aku ni orang penting dia ok..hehehehe


Nak tulis sebenarnya tak cukup panjang lebarnya, tapi nak tulis gak!!..hahaha..kena ptong2 ni...hahahahaha...

Sebelum aku kahwin, kami sempat berparty2 bersama...seronok gile ok masa Bachelor party tu :P


Masa aku tunang, dia jadi orang penting, masa kahwin lagi la...dia & mak dia yang siapkan goddies aku, dari malam sebelum aku menjadi isteri orang sampai nak menghantar ke belah lelaki dia ada disisi aku :)..thanks Nurzelinda Nahari 

 
~ Tengok aku pakai inai, dia pun sibuk nak pakai inai :P ~


Walaupun aku dah kahwin pun kami selalu berhubung smpikan laki aku ckp mcm gf/bf.....bapak lin pun kalau aku kuar dengan anak dara dia, dia tak kisah la kami balik kul bpe :P...masa majlis aqiqah anak aku pun dia begitu baik menolong walaupun kekangan masa dia bekerja kini...

Sekarang, dia pada 04 Jun ini akan menjadi tunangan orang....minta maaf ye sayang tak sempat nak menolong kamu itu & ini....tapi insyallah pagi sabtu tu, aku & khalish akan bertungkus lumus menolong kamu apa yang patut :)..hahaha...kamu seorang kawan, kekasih dan saudara pada aku...cinta kamu sangat!congrate dear :)....

Nota Kaki : BFF kat tempat kerja bakal menjadi ibu..hehe, khalish ada kawan baru la lepas ni :)