Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 11, 2011

Percutian D' Kuching - My 2nd Day

Assalamualaikum...

Sebelum memulakan aktiviti perlu mengisi perut. Di kuching ni sarapan pagi terkenal dengan mee colok, mee jawa, laksa serawak, roti canai tetapi tidak popular dengan nasi lemak.


~Mee jawa kat sana tip top, aku lupa nama kedai tu tapi kat petrajaya ~



~ Mee kolok, sarapan wajib di kuching :) ~


Lepas je sarapan, terus je ke destinasi syurga membeli belah di sini, Pasar Serikin, daripada kuching mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah betul2  border dengan indonesia..... tapi hasilnya pasti puas hati dengan harga yang ditawarkan, berbaloi2 :), tapi untuk pengetahuan pasar serikin ini hanya beroperasi pada hari sabtu dan ahad tu pun sampai jam 2 petang...jadi kalau pergi hari lain tutuplah gamaknya :)..dinasihatkan pergi seawal pagi yang boleh kerana kawasannya panas & sepanjang perjalanan aku tak nampak pun kedai makan yang proper @ halal dan kemudahan surau...mungkin orang islam tidak banyak di kawasan ni, mungkin.


~ Belikan si mata bulat topi si nemo :) ~


~ Sekitar pasar serikin ~


~ Telekung dia gile2 cantik :) ~





~ Baju ni murah ok dari yang tengok kat online tu ..hehehehehe:) ~



~ Baju kebaya ni pun murah2 aja :) ~



~ Kain batik sarawak, tapi i tak berapa minat ~



~ Ok, anak2 buah yang masih terkawal:~



~ Terjebak, sebat la nanti rasa ralat plak bila dah balik hotel tak beli:) ~


~ Blause pun cantik, mak banyak rembat blause :) ~


~ Peace yaw :) ~



~ Ni kain batik indonesia, kat bandung berlambak jual...FYI peniaga2 di sini semua dari indonesia ~



~ Gile, gile, dan boleh jadi gile :) ~


~ Senyum lega sbb mamanya dah habis shopping :) ~

Hampir 2 jam kami menghabiskan masa di situ, aku shopping biasa2 je mengikut bajetyang mampu beli :)...lepas dari ke pasar serikin kami lunch sebentar dan meneruskan aktiviti ke Long Jong Crocodile Farm, Kali ini bagi budak2 pula happy2 plak, baru percutian yang adil bukan???:)












~ KAMI ~


~ Haikal dah start meroyan :P ~


~ Acara memberi makan pada buaya :) ~



~ Sangat teruja dengan binatang ~





~ Pastu dia nak bag ikan apa ntah makan~



~ Anak dara yang makin cun :) ~




~ Gembira mak saya :) ~




~ Sila jangan sentuh :) ~


~ Telur buaya ~








~ Ok, bye2 si bujang senang :) ~


Lepas je pergi tengok buaya, terus pergi cari masjid nak solat zohor & asar, nasib boleh jamak, mudah perjalanan si musafir2 ini :), terus pergi ke Kampung Gemersik, kalau dah sampai ke kuching ni tak sah kalau tak memborong kek lapis, betul tak??:)



~ Sampel yang diberikan, so rasalah sampai kenyang :) ~



~ Sesak okeh orang kat sini~


~ Hasil borongan :) ~


~ Mari memborong kek lapis :) ~


~ Lepas beli kek lapis terus makan depan kedai depan kek lapis, kat waterfront...jalan kaki aje dari kek lapis dayang salhah ~


~ Kat sini, ayam penyek memang menjadi makanan ruji mereka, mungkin:)...hehehehehe....nampak je biasa2 tapi sedap sangat!~


~ Ni la si apek, drebar kami...sangat saya suggestkan kalau nak ambik drebar kat kuching, sangat ramah sampai budak2 ni pun mesra ngan dia :) ~


~ Pemandangan malam di waterfront :) ~


~ Haikal si manja nenek :) ~



~ -_- ~





~ My happy family at kuching :) ~


~ Lepas makan terus je balik hotel, perjalanan hari tu sangat2 penat...tuhan jke tahu tapi sangat best:) , ini ole2 buat haikal :)~



~ Hasil rembatan di pasar serikin:) ~

Notakaki : Lepas kemas2 barang terus tdo, esok nak bangun awal nak melawat banyak lagi tempat :)

Monday, October 10, 2011

Hint :)

Assalamualaikum...

Sangat bersyukur dengan laporan pembentangan bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh PM pada jumaat lepas....

Perkara paling hangat buat masa ini tentang isu Kenaikkan gaji dari 80-320 mengikut gred menjadi tanda tanya ramai kakitangan di pejabat aku...setelah menelek blog blog ceupacs dapat hint2 mengenai perkara ini :)

Mengikut blog CEUPACS, di dalam blognya, menyatakan, kenaikan gaji tahunan yang pada masa kini minimum adalah RM50 setahun dinaikkan kepada minimum RM80 dan gred lain mengikut jadual dibawah

GRED 1-16 = RM80
GRED 17-26 = RM120
GRED 27-40 = RM160
GRED 41-48 = RM220
GRED 52-54 = RM260
GRED JUSA A,B,C = RM320

Walaubagaimanapun, sama-sama kita tunggu pekeliling yang bakal dikeluarkan selepas bajet ini diluluskan yang mana semua penjawat awam akan lebih jelas lagi tentang kenaikan ini.
Notakaki : Bulan 12 dapat bonus lagi, alhamdulillah :)


Thursday, October 6, 2011

Percutian D' Kuching - My First Day

Assalamualaikum....

Tipu kalau aku kata aku tak excited nak pergi ke kuching ni, nak2 pergi satu family aku of coz la teruja, berbulan2 menghitung hari nak pergi ke kuching al-maklumlah aku ambik tiket masa firefly  masa buat promosi besar2an & berminggu2 jugak kami servey2 dan beremail2 nak stay kat mana semua, 1 kepala 1 idea kalau 8 kepala 8 idea :)

Kereta aku parking kat KLIA je, sbb aku dah survey kalau naik teksi dia charge RM80.00 so kalau pergi dan balik RM160.00.Tapi kalau aku park kat KLIA lagi save & mudah, park satu hari RM43.00 dan hari ke-4 cuma RM15.00 so total baru RM144.00. Lagi jimat!!tapi kalau ada orang boleh hantar lagi jimat :)


~ Pusing2 KLIA dulu sebelum tunggu ahli2 yang lain ~


~ flight Mata bulat yang pertama :) ~


~ Ada org kata kami kembar, ???????????????????????~



~ Seronok dapat bawak mak jalan2 lagi :) ~



~ My sistar :) ~



~ Di Awan Biru ~


  ~ Untuk Infant tiket tetap RM50.00 walaupun ada promotion ~

Along aku yang banyak handle percutian ni, kitorg tadah je..hahahahaha..kat sana kitorg ambik tour guide cum driver so sampai2 je kuching airport dia dah terpacak , aku lebih prefer kalau 1st tyme g kuching ni baik ambik driver tak yah nak drive2 sendiri...dalam masa 4 hari tu memang pack berjalan ke sana ke sini tentu malas nak drive bagai lagipun nak ke satu2 tempat tu jauh la jugak lainlah kalau ada relative or dah biasa ke sana. Kat Kuching bersepah2 tour guide search je dalam mudah.com.

Sampai je terus check-in kat Merdeka Palace, nak kata dekat dengan waterfront tu boleh tahan la tapi kalau nak lagi dekat dengan waterfront aku prefer ambik Tune Hotel, Grand Margherita @ Hotel Hilton turun2 terus ko boleh shopping :) tapi pengalaman aku masa kat kuching ni memang pack dengan aktiviti balik untuk tido so aku prefer baik ambik homestay lagi jimat. Konon ambik hotel nak bagi budak2 mandi swimming pool la konon tapi bukan dan mana pun...hahahahahaha

~ Bergambar sebelum dapat kunci apartment, 3 bilik & 3 bilik air serta pantry ~






~ Ruang tamu sangat selesa siap boleh masuk 2 extra bed ~


~ Master bed room ada tandas sekali ~


~ Room ke 2 dan ke 3 macam ni la lebih kurang ~

Kat sana masa kan cepat so lepas asar tu aktiviti kami ke Pasar Satok dan kemudian makan malam, along dah pesan dgn khairul tu kul 9.00 malam ke atas  sebab tak nak ada aktiviti  sampai tengah malam coz ada budak kecik...

~ Ambik Gambar dengan kuching paling femes kat malaysia ~








~ Jalan2 di Pasar Satok ~




~ Belacan Bintulu macam ipad dah aku tengok :) ~


~ Kek lapis sarawak, tapi baik beli kat kampung kek lapis :) ~



~ Orang cina pun pandai jual apam balik :) ~

~ Makam Malam siput di Topspot, kat sini makanan siput sangat segar dan sangat murah ~



~ Lobster :) ~



 
~ Umai, lebih kurang macam kerabu la...ini dari ikan tenggiri, marveles sangat !~


~ Abg zek jangan tunjuk sangat muka teruja tu :) ~

~ Ni apa ntah, aku pun lupa..tapi aku tak suka sangat ~


~ Udang masak black papper, paling2 marveles !!!!!!!~




~ Manadangkan 02 hb esoknya Birthday min, terus la celebrate, dia ngan aku satu bulan yang sama cuma terbalikkan 0 je :), ini kira hadiah besday in advance la...muahhahahaha, dah tuek pun nak besday2 ke...hahahahahaha ~


 ~ Kek ni sangat sedap from SR , apa ntah namanya, white choc apa ntah..hahahahaha ~








Notakaki : Selesai sudah aktiviti hari pertama kami di kuching, lepas makan2 kek terus tido sebab subuh di sini jam 530 pagi dan 0730 pagi nak mulakan aktiviti:)

Percutian D' Kuching

Assalamualaikum...

4 hari 3 malam di kuching yang sangat seronok, serius sangat seronok mungkin percutian bersama keluarga kat mana pun seronok ye tak?..terlalu banyak cerita dan gambar nak di  kongsi & diupdate2 :) tapi tunggu mood datang dulu meh, al maklumlah dah lama bercuti banyak keje office nak update dulu :)


~ Meow , senget mak uda & pak uda aku ni :P ~