Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 14, 2012

Pak Arab Cilik =)

Assalamualaikum....

Rezeki dari orang2 balik mekah :), alhamdulillah dan terima kasih sangat2 pada semua pemberi....hari2 dapat makan kurma, kismis & kacang pandai :), aku ni dah la gila kurma....




~ Mama, uncle jep kata macam "imam muda" :P, auntie sya kata "waraknya", amin sayang :) ~



 ~ Boleh ikut papa g surau la pasni :P ~



~ Ok baju ni mama suka sangat2, tapi macam pakistan plak :P ~




~ Dia mula menyabutkan kopiahnya :) ~



~ Ha,suh bukak la tu.terima kasih nenek :) ~

Wednesday, June 13, 2012

Resepi Ayam masak merah :)

Assalamualaikum..

Kenapa la skrg ni gigih update pasal masakan, hahahahahahahahaha:), gigih la sangat :P

Hari jumaat hari tu adik beradik hasben nak dtg rumah sebab nak ambik mereka2 kat KLIA, tak tahu la nak masak pe, dengan tangkas memikirkan menu yang ringkas2 dan pandai sikit masak :P, adik beradik hasben ni campur anak buah dia ramai woo, seekor ayam ko aku buat ayam masak merah, berpeluh2 mak!

Aku kalau masak ayam masak merah suka goreng dulu ayamnya, so boleh ketepikan sikit untuk anak sedara yang tak makan pedas sangat pastu tumis jelah sayur bayam masak air...

BAHAN2
1.Ayam
2.Bawang Merah (Blend)
3.Bawang Putih (Blend)
4.Halia (Hiris2 je)
5.Serai
6.Cili Kering (Blend)
7.Sos tomato
8.Sos Cili
9.Garam
10.Kunyit


CARA-CARA MASAK
1. Ayam perap dengan kunyit dan garam kemudian goreng dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang merah, bawah putih & halia
3. Tumiskan cili kering sehingga garing
4. Masukkan sos tomato & sos cili dan air mengikut banyak ayam supaya berkuah
5. Masukkan serai dan garam
6. Masukkan ayam dan siap!!!mudah kan?:)


~ Satu periuk ko:) ~

Notakaki : Tekak ni tibe2 teringin makan kuih che mek molek, penangan tengok master chef  la ni:P

Tuesday, June 12, 2012

Pandai masak : Ayam masak paprik :)

Assalamualaikum,

Entry tak ingat, "pandai masak"...hahahahahahahaha, gigih tau memasak skrg :P, actually selalu jugak buat menu ni sbb hasben memang minat ayam masak paprik ni, tp benda baru dalam menu ni ada belajar contohnya ayam direbus terlebih dahulu, sebelum ni aku goreng sikit ayam tu dulu...

Nak2 terdengar ayat dari mulut suami smlm, "masak sendiri lagi sedap sebenarnya"...maksudnya bini dia masak boleh tahan sedap la pada selera tekaknya, awwwwwwwwwwwwwwwwww :P.tapi tak tipu masak  ni seronok sangat, bak kata serina kalau kita masak ni ada kepuasan taw nak2 bagi keluarga makan, setuju sangat!

Jom share resepi ayam masak paprik yang simple ni :), baru bertatih2 nak belajar masak so simple2 pandai la mak :P

BAHAN2
1. Ayam
2. Bawang merah & putih (yang aku guna selalunya yang aku dah siap2 blend nak masak senang)
3. halia
4.Cili kering (pun dah siap2 blend)
5. Sos tomato
6.Sos Cili
7.Kicap
8.Sos Tiram
9.Limau nipis
10. Daun Limau purut
11.Serai
12.Sayur Jagung
13.Carrot
14.Kacang Panjang
15.Tomato
16. Gula & garam

CARA2

1. Ayam direbuskan terlebih dahulu, jangan terlalu lama dan biarkan dahulu
2.Tumiskan bawang blend & halia sehinga naik bau
3. Tumiskan cili kering hingga garing
4. Masukkan Sos cili, sos tomato, kicap & sos tiram, gula & garam,
5. Perahkan limau nipis untuk dapatkan air limau nipis tersebut
6.Masukkan ayam & juga air rebusan sekali & biarkan mendidih seketika
7. Masukkan sayur2an, serai dan daun limau purut
8.Bila dah nak masak masukkan tomato



~ Tada!!!!senang je kan. ~



~ Tambahkan lauk telur dadar :P ~

Notakaki : Goreng mungkin lebih sedap sikit daripada rebus kot :)

Wan Khalish Haikal @ Snowalk I-City

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, rombongan mak & keluarga mentua selamat sampai malaysia jumaat lepas...Ikutkan plan hasben, sabtu lepas nak balik jengka tapi mak usu hasben & family nak stay rumah kitorg sbb sabtu tu mak usu ada konvo kat pwtc.

Lepas je habis konvo, anak2 mak usu nak cuti2 malaysia kat I-city, memandangkan sampai icity awal, kul 5 so pergi terjah snowalk dulu.kitorg memang penah pergi icity sebelum ni, tp tak kesempatan nak pergi snowalk sebab dah penuh sangat. 

Kebetulan hasben nak pergi anta ayah su kat shah alam dulu, so hasben suh bawak mak usu jalan2 dulu, tp icity mana ada pape lagi petang2 tu selain snowalk je yang bukak.Nasib farhan ada, dia yang jaga haikal....

Actually, wanita hamil tak digalakkan masuk, if nak sangat masuk risiko tanggungan sendiri la :P.Snowalk ni buka dari kul 10am-1am, tapi harga untuk 10am-5pm murah sikit RM25/adult & RM20/child, kalau 6pm-1am rm35/adult & RM30/child.



~ Nenek su haikal & pakcik farhan haikal :) ~



~ Farhan melayan haikal ~



~ Nenek su & pakcik amar ~




~ Wan khalish haikal, ala2 comelnya sayang mama ni :P ~







~ Sepanjang dalam ni, mak su pegang je aku risau dia tgk aku...dlm ni agak licin ~




~ Cantik dow ~



~ Haikal sejuk mama, -5 darjah celcius ok dalam ni ~


~ Aku, haikal, mak usu & amar keluar dulu.farhan & adik2 masuk balik dan sewa kasut, sejuk tapak kaki ok pakai selipar, kasut sewa RM10 je ~



~ Ustaz yang minat artis korea :P ~







~ Pastu main2 kat luar plak ~





~ Hamboi2 haikal, peace ye ko !~


~ Pastu baru tengok lampu2 ~
Notakaki : Rasa2nya haikal demam semalam sebab masuk snowalk ni kot, sejuk sangat, kesian kamu sayang :)

Thursday, June 7, 2012

Ikan Bawal Masak Sos :)

Assalamualaikum...

Malam td masak ikan bawal masak sos :), senang je buatnya, meh kita sharing2 ye :)....

Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal, kunyit & garam

Bahan untuk sos: 
bawang merah (diblend)
bawang putih (diblend)
2 cm halia (dihiris halus)

cili kering (diblend)
sos tomato
sos cili
sos Tiram
1/2 cawan air

Garam dan gula secukup rasa 


Cara: 



~ Perap ikan dengan kunyit & garam, kemudian Goreng hingga masak. Ketepikan.~

Cara memasak sos :

- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia
- Tumiskan cili kering sehingga garing.
- Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendidih. 
- Masukkan garam dan gula
- Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yang telah digoreng tadi. 



~ Sebelum tuangkan sos ke ikan, hiaskan ikan dengan salad dan tomato di potong dadu dan tabur je atas ikan tu ~


~ Kemudian tuangkan sos yang dimasak berasingan tadi, mudah kan?





~ Goreng sayur sikit, ok sedia untuk makan malam :) ~

Notakaki : Hasben siap kata "siap hias2 tu :P", yelah baru menaikkan selera sikit :)....

Wednesday, June 6, 2012

Hadiah dari hasben :P

Assalamualaikum...

Tengah hari td baru je tanya dia nak masak apa la untuk dinner ni....Pastu td dia col "buku dah sampai", aku ckp "buku apa, bila masa plak suh beli"????, hasben i memang gemar membaca dan selalu beli online ajehehehehehehehe:P


~ Awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!, sumpah tersentuh ok!~


~ hahahaha, hadiah dari hasben sejak dua menjak bini dia rajin memasak...bila rajin maka jadi lah pandai kan, memang saya akui saya bukan jenis orang yang pandai masak :) ~


~ Tebal ko!!!, kalah novel cinta kak niza :P ~

Notakaki : Thanks sangat2 ye, nanti bila i cuti bersalin, u pun boleh pakai jugak buku ni :)

1 Tahun 6 Bulan Wan Khalish Haikal :)

Assalamualaikum,

Pejam celik, pejam celik macam tak sangka anak sulong kami ni dah besar...nak dapat adik pun :P, tapi manjanya MASIH!...nak2 dengan papanya, mungkin merajuk mamanya ada adik kot :P


~ Haikal memang nampak macam dah besar tau ~

04 Jun lepas kami mama & papa haikal bawak haikal nak cucuk dia yang ke 1 Tahun 6 bulan. Dr. cakap ni cucuk wajib yang terakhir.Nanti masa dia umur 7 tahun tu pun kat sekolah..yang lepas2 ni cuma optional je.



~ Tengok la, belum kena cucuk dah meraung mintak simpati papnya.Anak bapak yang comel lagi manja...hehehehehe ~


Perkembangan haikal sepintas lalu yang mecuit hati

- Suka tiru aksi dan percakapan orang..
- Panggil mama dengan panggilan "MEMEY"
- Kalau nak buat susu pandai ambik botol susu letak kat sinki..hehehehehehehe
- Kalau nak tdo suka mengamuk dulu, kadang2 gigit karpet, hahahahahahaha
- Kalau tanya mana baby?dia tunjuk perut dia..hahahahahaha

Notakaki : Terlalu banyak perkembangan haikal sepanjang ni, dari cuma terbaring sampai boleh berlari2 sekarang, Alhamdulillah :)