Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 19, 2012

Antara Iphone Dan Note

Assalamualaikum...

Hp BB kesayangan ai tu mula nak tunjukkan kejatuhannya, hari tu hang, pastu speaker rosak..Husband tawar nak handphone baru, tanpa berfikir panjang terus jawab "iphone" sbbnya masa tu aku gila main instagram...ngeee.

Husband kata note ok jugak, note kan u pakai so tau je function nya...lagipun bila search intenet ada pro and contra nya...kalau ipong kurang hang dari samsung tp samsung senang nak download pape...



~ Kalau note aku admire yang ni...suka bangat ~


~ AKu suka iphone sbb casing dia cantik pastu scha al-yahya pun pakai & jual casing ipong ni, boleh tak??????????...gila syko la ko ni ~

Nota kaki : Pastu bile BB dah ok, tibe2 speaker dia elok plak bila rasa nak hantar kat nik untuk baiki sayang oooo pakai BB tak sampai setahun. Dan semalam saja survey2  iphone 4s =1.9k, iphone 5=3k, galaxy note=1.8k maaakkkkk aiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! baik aku kumpul duit beli emas...sekian :P

Thursday, October 18, 2012

Untuk Mawar

Assalamualaikum..

Minggu lepas kak shaya tanya nak pinjam tak carrier aleesya untuk mawar pakai, pakai la dulu sbb aleesya tak pakai lagi buat masa ni sbb nak beli mahal kan nak2 brand yang kak sya punya tu, lagipun pakai benda ni paling lama pun setahun pastu tak pakai dah...aku pun jawab la "segan lah", ngeee...dia kata jgn mengada2 la.

Semalam kak shaysa bagi, thanks kak.Balik2 tu pakaikan kat mawar, suka dia siap borak2 masa dalam carrier tue, yang haikal punya carrier ntah mana ntah...



~ Ngee, abaikan la anak bujang tu memang tengah syok bermain :) ~


~ Hye mawar ~

Pastu pagi tadi pump susu selalu pagi2 tu dapat 2 botol je, tp pagi tadi terlebih plak rezeki mawar dapat 3 botol.Memang aku bawak 4 botol je, memang bajet2 sbb botol semua dah habis, ingat nak beli nanti.Paket tu plak lupa nak bawa, tanya2 nana ada bawak paket tu, so dengan baik hati dia memberi saya sepeket, aku suka pakai peket sbb jimat ruang.


~ Susu untuk mawar, peket kat umah tu pun tinggal sekotak je so memang wajib beli lagi ~

Wan Mawar Adawiyah pada usia 3 bulan :)

Assalamualaikum...


Semalam 17hb, maka genap si bunga harum kami mekar selama 3 bulan :P, alhamdulillah so far hantar pengasuh, pengasuh takde pengeluh sgt membesarkan mawar kami :)...moga2 baik2 sehingga besar nanti, insyallah :)

Bila mana kita dah mula hantar pengasuh, sekejap je masa berjalan kan....sekarang ni kalau dia nak berborak kita suh tdo mengamuk sakan dia, yelah org nak bercerita disuruhnya tdo...hahahahahahaha.Balik keje je tau2 mama & papa nak balik tak tidur, berjaga sampai ke malam nak bermain2 dengan abang sekali tu :)

Anak ai ni sampai skrg berbedung, kalau tdo nak berbedung, kalau nenen nak berbedung...sampaikan pengasuh kata budak lain mengamuk tak nak berbedung, si mawar ni plak mengamuk nak berbedung,ngeee....

Insyallah raya haji ni bakal buat majlis aqiqah si wan mawar adawayiah di jengka....hari tu masa wan khalish haikal buat kat sentul kali ni buat kat jengka baru adil serta saksama:P.


~ Haikal dan mawar, mawar dah macam haikal....kata adik beradik :), haikal skrg pandai bila mawar tdo "baby tdo", kalau mawar ngagis "baby air"...good abang long!~

~Fotogenik macam mama :P ~

Notakaki : Adawiyah si penawarku, insyallah :)

Wednesday, October 17, 2012

Hari Pertama bekerja :)

Assalamualaikum....

Semalam hari pertama ai bekerja, setelah 3 bulan bercuti dan duduk rumah.erm rasa macam biasa je cuma masuk2 kena gi traninig, tapi seronok la dapat jumpa kawan2....

Masuk2 je, diorg perli2 "kurus", kurus la sangat..biasalah lepas habis edah pantang memang badan camgini, nanti lepas sebulan dua bak kata along aku naik la bdn tu balik nak2 kalau bf ni cepat lapa pastu makanan sangat banyak...ngeee :)

Ada jugak yang bertanya "diet" ke?nak diet macamne ai ni bf...."makan ubat kurus ke", mana boleh makan ubat kurus kan ai bf lagipun mak pesan sekeras2nya nak turunkan berat kawal je permakanan, kalau ambik ubat2 ni cepat turun dan cepat plak naiknya, cuma ai ambik suppliment shaklee, kawal permakanan masa berpantang tu dan bf  itu saje...

Pumping di office plak cuba sedaya upaya kekalkan 3x sehari, if tak sempat 2x sehari....alhamdulillah takat ni masih boleh kekalkan 3x sehari, lepas ni depend on masa kelapangan....


Notakaki : Ntah berapa bulan la dapat kekalkan macam ni :P

Tuesday, October 16, 2012

Dating dengan anak bujang kami :)

Assalamualaikum...

Fuhh, today dah mula keje dan today plak ada training untuk stor tak sempat nak sentuh kerja2 tertangguh....

Semalam ai tak masuk keje lagi & hubby plak apply cuti dan nak membawa anak bujang kami tu berjalan, kesian dia lama tak berjalan..anak dara kami tinggalkan, kesian??owh lagi kesian bawak dia yang masa kecil sebegitu itu kehulur kehilir....

~ Mawar rehat je kat rumah nenek pah ye, dah besar nanti boleh mama bawak ~

Semalam pagi2 dah keluar rumah & breakfast mcdonald, owh setelah 3 bulan tak sentuh sarapan fast food ni.


~Menu biasa family kami ~


~ Breakfast kegemaran aku sampai bila2 :) ~



~ Seronok anak bujang kami :) ~

Lepas tu, terus pusing2 dan ke mid valley...saje jalan2 nak cari beg untuk haikal, beg lama terlalu kecik untuk dia ...pastu ada hajat lain, bila dah dengan anak lupa hajat tu, tu pun ingat balik sbb hubby ingatkan :P, lepas tu makan kat belanga!yeay restaurant kegemaran aku!!!!


~ Kali ni nak cuba nasi tumpang :) ~


~ Setia dengan nasi kerabu :) ~



~ Sayang yang sangat lasak, exercise free je mama skrg :P ~



~ Mulakan nak carikan beg animasi kegilaan anak bujang kami "boiboy" tapi takde ada "ben 10", tengok patung elly suka sangat ingat nak belikan untuk mawar tapi sure dia tak pandai main lagi kot :P ~

Lepas tu terus g mahkamah syariah, teman husband jap ada keje...si bujang kami kat sana bukan main ligat, penat aku mengejar ke sana dan kesini, tapi enjoy....

Notakaki : Pagi td anak bujang kami ingat kami nak bawak dia jalan lagi, hujung minggu nanti ye sayang dengan mawar kita celebrate buffday kak min :)

Friday, October 12, 2012

Sotong masak blackpapper:-)

Assalamualaikum...

Semalam husband col, tanya dah makan ke?, cakap msak stong sbb lunch smlm kat jj dengan hubby n haikal makanan dia kurang sedap, last2 makan sesudu dua pastu tolak tepi dan terus ajak hubby cari barang mawar, pastu beli big apple:), lepas hubby anta ktaorg anak beranak sbb dia nak g cherating dan  aku apa lagi ajak haikal g kedai beli sotong, dia kalau aku ckp kedai suka sgt, biasalah budak s yurga dia kedai ni :)



Bila mana aku cakap aku masak sotong masak blackpapper Dia kata "tahu, baca dlm blog", ngeh2...pertama kali ayang masak ni sedap gilak!, tak tahan puji diri sendir lagi la ko!....semalam suapkan haikal, suka je dia!maknanya mama masak sedap kan haikal :)




Berlalu sudah 3 bulan:-)

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik dah habis 'cuti bersalin' ai selama 3 bulan.....Erm selasa depan, aku mula la kerja semula.Husband ai x de kena g cherating, malas nak ikut sian mawar kecik lg, td husband col ckp isnin depan dia cuti boleh bawa haikal jalan2, tak yah anta pengasuh,hoyeh!

Mawar plak aku dah mula anta umah pengasuh, nenek pah...supaya sesuaikan diri dan routine mawar dan ajar handle ebm, tp dia sebelum ni jg anak doktor memang pki ebm
Tpi budak tu menyusu ebm x lama sbb dia x mo susu dia minum ribena je...

Alhamdulillah so far ok, dan mula2 aku bekalkan 5botol×3oz, tp luak 3 botol.sebelum anta mawar,  subuh2 tu aku perah dan letak siap2 so pagi2 tu dia minum yang fresh la...so skrg aku anta 1 botol fresh dan 3 botol yang stok  yang tak beku, yang beku tu belum guna lg dan ia tahan selama 3 bulan bg peti ais 2 pintu o k...kdg2 balik tu ada sebotol x minum....depends la.

Alhamdulillah lega la sikit hati ni bila mana mawar dah mula sesuaikan diri di rumah nenek pah dia:)

Alhahdulillah rezeki mawar, aku mula buat stok mawar 3 minggu sebelum aku naik keje.

Notakaki : alhamdulillah cukup buat si wan mawar adawiyah buat masa ni, dan anak kedua aku tetap pengamal setia produk kesihatan shaklee anak pertama makan multivitamin shaklee so wajib la anak yang lain untuk kesihtan dalaman dan luaran , memang cergas dengan shaklee nak2 bila beranak dua ni kan, awww best plak bila beranak dua ni :)