Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 21, 2013

Dapur baruku :)

Assalamualaikum...

Dapur lamaku si Rubine tu buat hal, keadaan yang menyusahkan aku nak memasak apabila dapur takde...1st tyme hantar servis ok sekjp je la, pastu mmg out terus. Stress macam hilang rasa dengan dapur tu...

Kali ni tukar yang lain plak, tq hubby belanja dapur baru..yeay kembali memasak, saya suka memasak :P


 ~ yeay dapur baruku ~



~ Hai En. Morgan yang macho, sila berkhidmat dengan semachonya :) ~ 



~ Lauk pertama utk dapur baru, seharusnya lauk kegemaran...sekarang belajar buat sambal sedap utk nasi lemak :P, tanya kak ina macam ne nak bagi sambal ni cantik hitam dia kata tumis lama dan api kecik, tp still tak hitam mcm dikehendaki rupanya kak ina lupa nak suh letak "gula kabung", hehehehehehehehhe ~

Notakaki : tekakku teringan udang masak lemak dengan belimbing buluh..terkecuiqqq air liuqqqq :P

Mawar demam panjang...

Assalamualaikum...

Semalam aku EL, jaga mawar y dah masuk 4 hari demam, tapi demam on off dan tak la tinggi sangat, tapi malam2 mmg aku tak tdo...sabtu malam aku tak tdo, ahad malam laki aku plak tak tdo.Berganding bahu manjaga anak y demam. Khamis lepas haikal demam tapi memandangkan haikal dah besar dan cuti laki aku sangat banyak, maka dia la plak kena jaga haikal. 

Tapi mungkin ini anak ke-2 jd rasa relax dan yakin sikit...semalam mmg aku monitor dia betul2. Abang dia plak tgkl adik dia tak anta dia pun tak nak la g umah pengasuh. Makanya dua2 dengan mama smlm, heaven sgt kadang2 pk jd suri rumah kan :)

Semalam pgi nek pah dia col tanya keadaan mawar, aku ckp mawar cuti. Dia kata kalau still panas mandikan dua jam sekali, dan dia kata kalau aktif dan takde bintik2 jgn risau sbb tu bukan simptom denggi, kak sya n mas pun ckp maybe virus fever.

Mawar jarang sangat demam, bila demam balas dendam betul2 ye sayang :)

Mintak tlg kak sya cek kan cuti tinggal 14 hari je uolls, tolak semalam sehari, tolak minggu depan 2 hari dan kalau jadi tolak 2 hari lagi minggu satu lagi tu..hahahahaha sempat ke nak tunggu raya ni, betul la bila kita ada anak kecik mmg cuti ni mmg ke anak2 je kan ..ngeeee nak buat ot la claim cuti, hahahahahahaha :P



~ Malam ahad, suhu dia naik balik...Tiba malam je mula naik suhu.. ~



~ Pagi2 tu dah siap2 sahur & gosok baju, last2 tgk bdn mawar panas, so aku tak pk panjang terus ganti baju dan ckp nak laki aku nak el je dan jaga mawar...amboi mawar main lidah plak ... ~



~ Semalam bertiga dengan budak2 ni, heaven sgt2....Si mawar 3 kali aku mandikan sebb nak turunkan suhu dia ~



~ Alhamdulillah petang semalam keadaan mawar makin elok, malam pun tak demam, sbb kalau demam lagi hari ni dia kena g cek darah  takut kes denggi ~

Notakaki : Mawar cepat2 sihat ye, kan hujung minggu ni kita nak g makan "mangga harum manis" :P

Friday, May 17, 2013

Dating :)

Assalamualaikum...

Hari tu kami dating berdua melepas rindu seminggu terpisah :P, tgk movie & makan2 kat KLCC.




~ Tengok movie ni, best tengok kat wayang tp aku rasa kalau tgk kat umah sumpah bosan sbb dia tak banyak watak, pastu kan ada peristiwa kakak sblh seat aku kehilang handbeg sbb dia letak kat kaki. Pengajarannya adalah memang lepas ni aku TAKKAN letak kat kaki handbeg masa tgk wayang ~


~ Lepas tu cari2 makan ~


~ Macam orang bercinta ok :P ~



~ View ~


~ Aku pilih ini ~



~ Suami pilih ini ~



~ Besar dari tuan :), sorry to say makan kat chili's tak lah sesedap mana pun dah la harga mahaiiii !!!! ~

Notakaki : Parking kat KLCC 4 jam = RM17.00, apakah????

Mekar 10 bulan si bunga Mawar Adawiyah :)

Assalamualaikum...

Serius aku tak sedar anak dara aku dah besar dan terkejut akhir2 ni dia sebut "mama", "nenek"...macm ommaaagddddd "baby mama"...

Sekarang mawar dah boleh jadi teman sepermainan dengan abangnya, balik2 rumah kegemaran abang dia lego ni suka susun lego pastu dia dtg senyap2 pastu pecahkan..hahahahahhaha naughty dia usik abang dia je..

Badan dah sedikit "bam2", heee.Dah makan bubur nasi kan mana tak semangat kan, Alhamdulillah.



~ Geram tengok muka monot dia ni ~



~ Geram, ada jugak aku gantung tv ni nanti ~


~ My Wan Mawar Adawiyah ~

Notakaki : Abang sekarang pandai mengadu kalau adik dia buat nakal mesti dia ngadu..hahahahahahahahahaha...kamu Wan Khalish Haikal & Wan Mawar Adawiyah mmg nyawa mama & papa :)

Wednesday, May 8, 2013

5 tahun sahaja :)

Assalamualaikum...

Alhamudulillah PRU 13 berjalan dengan lancar, soksek soksek isu pru13 masih hangat diperkatakan terutama di FB.Maaf saya katakan saya mula jelak dengan mereka yang tak habis2 bergaduh2, salah menyalahkan dan menabur kata2 fitnah, terima ajalah dengan redha sbb semua ni keputusan rakyat sendiri. Dan pada yang tak tahu apa2 jangan la membuta tuli "copy& paste" je apa2 kesian SPR penat2 diorg buat keje dari pagi sampai tengah pagi korang asyik hentam diorg. Apa kata 5 tahun akan dtg korang jd kerani SPR (orang SPR pun ada pembangkang jugak lah) atau tengok undian tu dikira mcm ne baru tahu ketulusan tu macam ne, ini tak asyik nak komen2 merapu2 mcm org sawan. Lawak plak tgk mereka2 yang bodoh sombong ni.

Kali pertama aku menjalankan kewajipan 5 tahun lalu masa tu berumur 22 tahun , muda remaja. Sekarang dah berumur 27 tahun 5 tahun ni. Seronok sangat mengundi kat malaysia ni aman damai takde provokasi buat masa ini, Alhamdulillah :)


~ Alhamdulillah, keluar seawal 8 pagi untuk mengundi sbb suami nak mengundi di jengka plak lepas tu, keprihatinan wakil SPR menyebabkan proses pengundian dijalankan dengan segara tanpa perlu beratur kerana aku membawa bayi, TQ SPR ~


~ Aku di saluran sepuluh ~

Sesudah selasai tanggungjawab aku, tanggungjawab suami plak, pecut ke jengka untuk mengundi plak...senelum tu singgah R&R dulu sarapan dulu, undi2 jugak perut haruslah diisi dulu :)


~ Kesayangan hamba, rindu la. Dulu outsatation dekat2 kali ini ke padang pasir nun jauh sangat ~


 ~ Saya belum mengundi, anda???:P ~


~Sarapan aku, roti plata ~




~ Anak dara ni pun wajib sarapan jugak, nasi lobak memang kegemaran dia :) ~



~ Yeay sampai jugak dijengka jam 12.00 tgh hari ~

Notakaki : Tak kira parti apa pun kita, kita tetap satu, kita malaysian :)

Thursday, May 2, 2013

Cuti hari pekerja untuk hari bersama keluarga :)

Assalamualaikum...

Semalam hari cuti buruh, bak kata hanan kami ni kategori buruh lembut :P, lunch semalam angah nak belanja buffet lunch kat sini milik rubiah suparman :). Al- makklumlah orang tu dapat naik pangkat jadi bos besar2 :P, Alhamdulillah kitorg tumpang happy :), tq so much ye angah & family :)



~ Kami lunch di sini, gigih tau mencari ini tempat :P ~




~ Khusyuk mak ai makan ~




~ kat sini memang femes masakan kampung ~




~ Kuih muih tradisional, smpi licin makan puteri berendam :P ~




~ kanak2 zaman kini...haihhhhh :P ~



~ Loncat2 gembira bila ada laksa johor ~


~ anak2 ~


~ Harga dia agak mahal sekepala RM33++ tapi orang belanja makan jelah :P ~

Lepas makan tenghari tu angah nak bawak anak2 dia main kat ikano pastu aku pun ambil kesempatan la nak ikut sama last2 along pun ikut sama, hahahahahaha so semua g ikano tu bawak anak2 main kat kid e-world tu...masuk sini satu kepala rm50 hinggit atas 3 tahun, so mawar free.1 kanak2 boleh bawak masuk 2 org dewasa. Stokin plak kena rm5.






~ Main la anak sepuas2 nya ~




~ Dengan mak2 kena pakai stokin ~



~ Abang dok acah2 mawar ~




~ Nenek yang relax melayan kerenah cucu2 ~




~ Mawar dah pandai memapah dia pun boleh tahan lasak main kat sini..haihhh adik ~


 ~ Lompat , aksi ngeri ni ~




~ Hahahahahahahahaha, sampai nak makan bola si haikal ~



~ Sampai tertdo anak mama main..sian :) ~


Ha ko memang puas dr. kul 3 sampi kul 6 lbh budak2 ni dalam ni, pastu nenek ajak ngeteh kat Rasta TTDI tempat makan yang femes tu sbb banyak milik artis kat sini...hahahahahahahahaha :P



~ Anak bapak kepenatan bermain ~




~ Sotong goreng kangkung ~




~ Kerang rebus & otak2 itu MEMANG :) ~




~ Adik dapat matrik kat changlon, kalau2 jadi dia nak g kitorg bercuti la kesana bulan 5 nanti :P ~



~ Anak bapak dan bagun ~


~ Kacang pool, agak hampa sbb tak sama dengan kacang pool larkin, JB :P ~


Notakaki : Bila tengok negara kita aman, anak2 boleh bermain2 dengan sepuas2nya  manakala kalau tgk kat fb anak2 di negara lain sibuk berperang so kdg2 terdetik dimna rasa tahap kesyukuran kita jika kita asyik nak mempertikaikan semua yang ada skrg, jgn bila mana negara kita pun tak aman baru nak rasa bersyukur :)....