Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 31, 2013

Semuanya kartoon :)

Assalamualaikum...

Bila dah ada anak kecik ni secara automatiknya kita pun akan tertengok jugak cartoon yang anak2 kita tgk, itu lumrah...:)

Kelmarin g saja jalan2 kat kenangga tapi hati tak leh tahan tengok baju2 cartoon terus rembat utk haikal dgn mawar, selalunya baju2 mcm ni aku beli online je, senang tapi alang2 g sini dan harganya ok terus la sambar...:)



~ Dora untuk mawar ~




~ Spongebob ni sangat comel nak belikan haikal tp size paling kecik 2 thun, paham2 jelah bdn haikal tu cmne :P ~



~ Belikan tayo & mickey untuk si haikal, haikal ni peminat tegar mickey mouse clubhouse ~



~ Pakaikan terus, ngam2 soi!mama tak perasan anak mama dah bambam la skrg :) ~

Pastu semalam saja2 je tengok2 perabot pastu terus mcm tersambar almari baju untuk mawar, sbb baju mawar dah overload dah tak muat bakul baju dia..hehehehe



~ Tada, comel tak almari cik ton...hahahahaha..mickey mouse la :) ~




~ ok kan, besar tak sabar nak hangging dress2 mawar :) ~



~ Ini almari cik ton mawar, abang haikal dah ada almari dia sendiri ~


~ Macam dora mama nengok :P, skrg mawar je suka bergambar haikal punya susah ajak bergambo lagipun smlm dia tdo ngan nenek dia sbb nenek dia 3 hari nak balik kg.. ~



~ Baru dapat tangkap gmabr berdua, payah benor abang nak tgkp gmbr skrg :) ~


~ Seronok sangat haikal tgk mickey ni :) ~




Pastukan search2 tenet, mcm aim satu almari lagi..i tau hubby i baca blog ai, macam nak beli la almari ni :P

Notakaki : Cadar pun cartoon baru je order cadar cartoon nak tukar bilik haikal :P

Thursday, May 30, 2013

Apa yang menarik di Perlis, Jom terjah :)

Assalamualaikum..

Pelan asal kami adalah nak ke perlis untuk menghantar adik ke matriks changlon, tp dia tolak matriks sbb dpt upu dan dia prefer buat diploma, uda rasa itu satu keputusan yang bagus, tahniah adik dapat buat kejuteraan mekanikal :)

Ingatkan pelan terbatal sbb adik tak masuk matriks canglon tp suami kata tak pelah teruskan jelah cuti2 malaysia, terima kasih suami sbb sentiasa ingin tunaikan hajat saya sbbnya aku pun tak penah langsung pergi ke perlis, kesian kan :P, ada sekali dulu hantar angah masuk UUM tapi masa tu darjah bpe ntah mana ingat dan masa belajar kat ipoh dulu pun tak sampai ke perlis, jauh2 pun penang jelah penah pergi....

Memandangkan hotel semua dah booked so takde masalah walaupun masa tu cuti sekolah, jom ke perlis 3 hari 2 malam :)


~ bergambar dulu depan umah sblm bertolak :) ~


~ Gerak dari rumah mak dalam jam 9 pagi, tengok2 anak2 mmg manja dengan papa nya :) ~


~ Gelagat si haikal dalam kete, adik dia bangun tdo bangun tdo dia tak tdo2..heeee :P~


~ Pemandangan ke utara, mmg sangat menyamankan, sesungguhnya Malaysia banyak tempat yang cantik. Jadi mari cuti2 malaysia :) ~



Kami sampai di Hotel Brasmana Putra Kuala Perlis dalam jam 04.00 petang, just nice la nak check-in, mmg penat wei, jauh jalannya perlis ni upanya...angah aku suggestkan hotel ni sbb dia dekat dengan jeti, dekat dengan kedai makan...


~ Sampai hotel terus rehat2 kan bdan skjp pastu petang tu nak jalan, memang kami ini tak de istilah duduk bilik lama2 kalau bercuti, haruslah pusing 1 perlis :) ~


~ Seronok main eh sayang ~

Petang & malam hubby plan cuma bersantai2 depan pantai dan makan seafood je, esok baru jalan2 ke wang kelian, gua kelam, padang besar & harummanis :)



~ Petang tu minum petang laska perlis dan cucur udang perlis :) ~


~ Bergambar depan dataran kuala perlis di petang hari ~


~ Makan malam layan seafood, betul kata azuwan seafood kat sini murah. Bayangkan la aku ambik seekor ikan siakap masa 3 rasa, ketam 3 ekor masak blackpapper, sotong goreng tepung 4 orang makan, sup sayur, ikan kembung bakar 2 ekor cuma RM110.00, sangat berbaloi2 isi ketam dia pun padat & segar sangat, memang puas hati ~

Kalau ditanya apa yang menarik di Perlis yang sempat aku pergi adalah :-
i. Wang kelian
ii. Gua Kelam
iii. Padang Besar
iv. Harum Manis(Hanya musim dari bulan 4-6 sahaja)

Esoknya pagi2 lepas breakfast di hotel, kami pergi bershopping di wang kelian(thailand), cuma ada pada hari ahad sahaja dan tanpa memerlukan passport..Kawasan sangat panas so g la awal2 pagi.


~ Sekarang lebih gemar mengenakan "shawl", minat plak pakai shawl skrg rasanya nak tambah koleksi shawl lg :) ~



~ Pemandangan nak ke wang kelian, indah!~


~ Jalan ke wang kelian agak "patuk ular" jugak, sangat pusing2 ~


~ Akhirnya sampai ke destinasi ~



~ Pintu masuk wang kelian ~


~ Sangat panjang, sangat murah, sangat panas & sangat penat ~



~ Peace yaw ~


~ Pasar wang kelian, pergi mampu berjalan kaki, tapi nak balik ke kereta memang kena naik teksi motor ni cuma RM2.00 je  ~

Lepas ke wang kelian, kami ke gua kelam...Gua kelam ni tempat reakreasi je...





Lepas tu kami ke padang besar iaitu tempat bershopping lagi, sebelum ke padang besar masuk thailand dulu :P. Padang besar ni tempat shopping dia lebih selesa dari wang kelian. 


~ Thailand sgt panas dan carca marba, lebih selesa duduk di malaysia.Alhamdulillah :) ~
Hampir setengah hari sahaja menghabiskan masa dengan melawat tempat2 ini dan destinasi terakhirnya tentunya, harummanis :). Ladang harummanis ni dekat dengan pusat reakrasi taman ular.


~ Senarai harga di cafe ladang harum manis ~





~ Sedap sangat, terlalu sedap! ~


~ Belikan hampir 20kg untuk keluarga,jiran & sahabatm sekarang dah hujung musim so tinggal sikit je, poko2 pun dah tak berbuah dah:) ~

Balik ke hotel hampir pukul 6, rancanganya mlam tu nak makan kat changlon tapi malam tu anak2 dah pengsan masing2, terlalu kepenatan agaknya sbb panas kan. kesian mereka nasib tak merengek dan tak demam, alhamdulillah. Jadi makan malam di bawah hotel sahaja.


~ Kesian haikal, kepenatan teramat sangat ~

Sekejap sangat kan 3 hari 2 malam dah nak balik kl balik..hukhuk..sebelum balik suami kata nak singgah kedah, ikut je mana jumpa singgah!...dia ni memang kaki jalan, mana boleh terjah dia terjah. Memang sporting hbs.


~ Mawar pagi2 dah bangun, tak sabar nak jalan eh sayang ~


~ Selamat tinggal perlis, perlis sungguh nyaman ~

Sebelum balik kl tu suami ajak singgah pekan rabu, pekan rabu pun aku tak penah g :P, pelan asal nak sambung bermalam 1 malam di kuala kangsar tp memandangkan keadaan kereta yang agak padat dengan barang kami buat keputusan untuk terus balik ke KL.

 

~ tengok kete ai, penuhkan :P ~


~ Pekan rabu ni ala2 pasar siti khadijah, tapi biasa je tak semeriah PSK :) ~


~ Kawan opis pesan serunding ~


~ Shopping lagi, tapi mak pesan jgn byk2 dia risau tgk kete dah padat sgt ~

Notakaki : Suami tanya puas hati tak jalan2 ke Perlis, aku cakap "sangat puas hati" :)

Wednesday, May 29, 2013

Fast & Furious 6 yang sangat best :)

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang ambik kesempatan sambung cuti sempena wesak day jumaat lepas. Tak terkecuali kami laki bini. Ikutkan kami sambung cuti isnin & selasa, sbb kamu cuti2 malaysia cadangnya 4 hari 3 malam, tp last2 tukar 3 hari 2 malam. So balik ke KL hari isnin, laki aku tu plak kalau cuti mana boleh duduk diam ada je nak buat, last2 dia nak ajak tgk Fast & furious 6 semalam.


~ Layan cite ni kat tgv wangsa walk, seriusly best gila, best sangat2, hubby tolong la beli  fast & furious 1-5 :P ~


~ Dating berdua, dating lepas kahwin lagi best :) ~



~ Sorry anak2 mama & papa, cite ni 18sx tak leh bawak lah.agagagagagagaga, kami tgkp gmbr peluk2 org pandang2, hello kami suami isteri ok :P ~

Notakaki : 5 bintang aku bagi , kalau org tanya aku, aku akan cakap "pergi tengok takkan rugi" :)

Thursday, May 23, 2013

Novel Pertama aku

Assalamualaikum...

Sapa2 yang kenal aku dia tahu aku ni mmg tak minat novel..paling2 aku akan baca sinopsis kt belakang novel je, muahahahahaha gila pemalas :P...

Tapi sejak drama bersiri di TV3 bertajuk teduhan kasih adaptasi novel...tiba2 hari meronta2 nak baca novel ni, sbb nak tahu jalan cerita dia macam ne...Serius cite ni betul2 buat aku jatuh cinta tak macam cerita adaptasi novel y lain....sumpah best!



"Mengisahkan Iffa yang telah diceraikan Rizal yang curang dengan kawan baik Iffa sendiri Ayu.Sebab penceraian Ayu nak kahwin dengan Rizal dan dia tak nak bermadu.. Kejam!Dah la rampas suami orang,pastu nak robohkan kebahagian orang lain pulak!

Ketika itu pulak, Iffa tengah mengandungkan anak sulung mereka. Bertambah kejam lagi,Rizal sanggup suruh Iffa gugurkan kandungan.Pergh!
Mak Rizal pula menyokong tindakan anaknya Rizal(yang ni tak tahu nak cakap) sebab dia memang tak berkenan dengan Iffa dari mula-mula diorang kahwin lagi.
Iffa pun bawak diri tinggal bersama Mak tiri dia. Pastu,jadi  pula  macam kisah Cindrella, Iffa kena dera dengan mak tiri dan kakak tiri.
Pada hari Iffa nak bersalin,boleh pulak  sorang pun takde.Keluarga mak tiri dia bercuti ke Langkawi.Hari yang sama jugak Rizal dan Ayu kahwin.
Dengan  Izin tuhan, datanglah sorang mamt ni membantu Iffa- bawak Iffa ke Hospital.Sampai diorang ingat Ehsan dan Iffa ni suami isteri. Siap namakan baby Iffa -Adam Ehsan Bin Rizal. Boleh pulak letak nama dia pada baby Iffa.
Tak lama kemudian,diorang pun kahwin.Ehsan ni memang cinta bangat dengan Iffa tapi tak nak bagitahu,bagi alasan nak kahwin dengan Iffa demi Adam(kononnya).
Kisah silam Ehsan penuh dgn gelap gelita-dia kekurangan ilmu agama,suka berpoya-poya,tak solat,minum arak.Tapi bila berkahwin dengan Iffa-dia berubah.Ye la,mana taknya Iffa dah ugut nak tinggalkan dia.Datang pulak ex Ehsan.Itu tak pe lagi, Ayu bila dapat tahu je Iffa kahwin dengan Ehsan, bos diorang-terus nak digodanya Ehsan. Nasib baik, Ehsan tak mudah cair.Tak macam si Rizal. "



~ Bagi tahu suami aku nak beli novel ni, dia kata nanti dia orderkan online sbb dia ada ahli MPH, tp tak sabar punya pasal cari sendiri kat popular tadi dan dsini aku istiharkan aku ada novel sendiri pada umur 26 tahun setengah :P,  muahahahaha ~

Notakaki : Huhuhuhuhu harap2 boleh baca tanpa menangis sbb kalau cerita tv mmg sedih  :P