Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 27, 2013

Jom ke Petrosains, KLCC :)


Assalamualaikum...

Semalam aku ambik cuti rehat yang diambil dari cuti gantian ot, alhamdulillah ada la cuti2 akhir2 ni..Ni pun dah masuk bahagian baru tkle la nak main cuti mcm kat bahagian dulu kan, suami aku tak dapat cuti semalam so aku tak kisah sangat la sbb aku nak bawak haikal je g petrosains (aku penah pergi dengan suami aku dan nak masuk last2 full kena tunggu tiket lagi 4 jam, dia siap suggest kitorg booking sblm nak masuk sbb skrg cuti sekolah) so sebab cuti sekolah aku akan ambik cuti dan pergi awal pagi supaya aku dapat masuk tanpa perlu beratur panjang dan aku dah berjanji dengan anak buah si yasmin tu nak bawak dia kesini masa dia sedang cuti sekolah ni, ada dia si haikal ni berani banyak nak explore mcm2 dan kebetulan pakchu balik cuti maka dia dipertanggungjawabkan nak menjaga anak2 buah dan kakak dia semlam:P, klcc je pun.hahahahahha.

Nak tahu tak Petrosains ni dibuka pada 01 April 1999 masa tu aku form 1 dan aku bersekolah di KL dan aku tak pernah ke sini seumur hidup aku, bila ada anak mula la pk nak cari tempat2 nak bawak dia kan...nak bawak main2dah selalu sangat aku plak naik jemu nak bawak dia balik2 main kat JJ, KL Festival. So nak cari something new, learning & playing, so penyelesaiannya petrosains la kan yang terdekat :)

Tiket masuk utk dewasa RM15 seorang dan kanak2 dari 3 tahun hingga 12 tahun rm5 seorang tapi ada harga pakej rm30 untuk 2 dewasa dan 2 kanak2. 

Nak ke petrosains dalam tu kena naik sel mcm train dalm gelap la, memang menarik rasa macam angkasa lepas, maaf sy sangat jakunise :P



~ Haikal mula2 menangis2 tgk nak masuk dan naik sel ni, puas pujuk dengan kak min ckp best naik "james thomas" baru dia ok, TQ kak min ~


~ Yang ni kalau sapa2 nak rasakan angin puting beliung bagaimna kelajuannya sila rasakan di dlam ini ~




~ Tq pak ucu melayan karenah anak2 buah dia ~





~ Papa, hari ni mama dating dengan anak bujang, sorry mawar mama tak leh nak bawak sbb mama risau mama tak leh nak control pergerakkan abang nanti ~



~ Yasmin memang seorang yang minat benda2 mcm ni, semua benda dlm ni dia naik main. Aku rasa dengan RM30.00 tu tersangat berbaloi untuk pembelajaran dan perkembangan minda anak2 dan mak bapak juga :) ~




~ Naik helikopter simulasi ni best, cuba la naik rasai gegarannya.hahahaha ~



~ Kat sana setiap stage ada benda ni, macam eksperimen. Y ni kat pelantar minyak ~


~ Alex yoong sangat :P ~


~ Bagus haikal best kan pembelajaran dalam ni.main dan belajar ~




 ~Di taman dinasour ~






~ Yasmin memang pastikan takkan ketinggalan satu pun mainan  benda dalam ni ~









~ Seronok melayan diorg di sini ~



~ Ni plak masuk tayang 3d, alaalalala haikal comel la pose mcm tu, tak boleh blah puji anak ko sendiri :P ~



~ Sekarang dah boleh nak dating dengan haikal, tak bawak botol susu dah ~




~ dah dapat pas pekerja iolss, boleh berhenti kerja la camni ~



~ Masa untuk balik. Masuk kul 10 pagi keluar dari sini jam 0230 petang...lama kan???tu pun sbb haikal dah mengantuk2 kalau tak mau sampai ke petang dalam ni ~


~ Selain anak aku, aku pun puas hati masuk sini, kalau aku tahu sini best takdelah masa sekolah aku melencong ke parkson je :P ~
Notakaki : Cuti sekolah ada lagi seminggu, kalau tak tahu nak kemana2 mari la ke sini, seronok :)

Tawan Puncak Broga :P

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya aku dengar cerita pasal brogahills ni, memang cantik tgk gambar2nya..pastu tgk adik aku naik broga gambar2 dia lawa2 belaka, pastu kawan opis plak naik broga, macm nak try je walapun macam tak percaya je:P, almaklumlah aku ni bukan kaki sukan, aku tak suka sukan, boleh :P, aku suka aerodance atau exercise kat shoppping mall...hahahahahahahahahaha:P

Rabu cuti umum, aku bincang2 ngan laki aku nak g mana, memang ada suara2 laki aku ajak naik broga, tp kena tanyakan nenek dulu boleh ke jagakan jap cucu2 dua org dia ni, dan alhamdulillah dia tak kerja dan tak kemana2 rabu lepas so boleh jagakan budak kecik dua orang tu....

Aku gerak dri rumah kul 730 pagi, tak nak la gerak lambat2 sbb takut panas plak kan :P

Sampai kat broga dalam 830 pagi, brogahills ni kat jalan broga, semenyih je...

Naik ke brogahills ni dalam 1.7km, tengok mcm dekat tapi nama pun "hiking" uolls dia mencanak ke atas so tak tipu mengah mak ok!!

1st time ok aku panjat2 ni, mcm tak caya tapi kena percaya..wakakaka...aku siap tanya adik aku apa ada atas tu, pantas je laki aku jawab "ada mall atas tu", wakakakakakaka, memang mengenali sungguh bini mu ini...hahahahaha..soalan sengal orang tak penah panjat gunung.hahahahaha..





~ Ni gambar kat bawah tau, tak nampak apa2 lagi tapi berapa kali rehat ko tahu sampai ada la seorang ni baya2 arwah ayah aku memang hebat la tak mengah ok naik siap tgk aku gelakkan aku, dia kata orang muda mana boleh penat..baik pokcik sy akan sahut cabaran pokcik ~


~ Ini baru nampak atas, belum sampai la uolss, ok ngap ngap kakak ko cungap adik.hahahahaha ~


~ Wa dah dapat naik atas ni cukup cantik, ni belum atas lagi tau tp dah cukup cantik, feeling2 la mcm org tak de anak :P ~






~ SubhanAllah, ciptaan tuhan..memang tak nafi broga sangat cantik ~





~ Romantika di broga, the best moment, best tau nikmati pemandangan dengan si cinta hati atas ni :) ~







~ Sambung lagi perjalanan, adik bawak kami naik atas :),adik aku ckp kalau uda tak larat uda relax je kat sini. aku jawab gila tak nak naik smpi atas bila dah nampak dari sini puncak broga, pastu adik n laki aku snyum kata "kannn, rugi tak naik alang2 dah sampai & alang2 dah mengah "


~ Berhenti lagi, nasib laki dan adik aku layankan je aku berapa puluh kali berhenti berehat :P,  gambar curi dari hp suami :) ~




~ Last stage berhenti sebelum sampai puncak yang betul2, tak silap aku ada 3 perhentian sebelum ko sampai atas sekali ~





~ Yang ni paling mencabar sbb nak naik puncak atas sekali kena naik dengan batu bata besar ni, tapi best tak sangka aku jatuh hati dengan mendaki broga ~




~ Akhirnya sampai ke puncak, puas hati...well done. kagum dengan suami sbb relax je dia ber"hiking" takde, aku je macm apa nak naik benda ni. tp puas hati dan tepuk bahu sendiri sbb kagum mampu tawan puncak broga, naik ke puncak lebih kurang sejam lebih turun sekejap je setengah jam, tp best sangat tak tipu :) ~

Notakaki : Aku rasa aku nak jadikan hobi "hiking" brogahills ni hobi 1 keluarga bila haikal & mawar dah sekolah nanti sbb best, baik utk stamina, baik utk kesihatan, tempat yang cantik, nyaman dan romantika :) ~

Friday, December 20, 2013

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Assalamualaikum...

Tahun bila anda merasakan paling praktikal nak masukkan anak masuk ke sekolah???

4 tahun??tak awal sangat ke??

5 tahun??

6 tahun???lambat sangat la...

Actually sekarang tadika tak macam dulu, sekarang dia ada "day care" jugak...so tak sepenuhnya dia belajar karang belajar awal2 bosan plak kan, dia macam duduk taska jugak tapi ada sesi pembelajaran kan bagus mcm tu...

So semua ni depends sebenarnya pada ibu bapa masing2.

Laki aku sampai tanya aku banyak kali, betul ke nak masukkan haikal ke sekolah ni, dah besar anak kita...aku mcm haaa???memang dah besar 4 tahun dah tahun depan...

Apa yang membuatkan aku nak masukkan dia dalam PASTI ni sbb dia adalah satu2nya sekolah tadika berbayar yang dekat dengan rumah aku, bukan aku nak kata tadika kemas tak ok, ok sangat sbb aku dengan kakak2 aku semua tadika kemas semua belajar tinggi je dan keje bagus2 je. Rasanya tak salah kita berbelanja lebih untuk anak2 kita, betul tak??Semua ni depends pada ibu bapa takde masalah pun masuk mana2 pun.

Lagi 1 aku nak dia belajar bergaul, tak dinafikan cik salmah jaga dia baik sampaikan smlm cik salmah ckp "lepas ni nenek takde la kawan", ok i is sad, tapi aku kena bagitahu jugak la kan yang haikal masuk PASTI sbb dia dah 4 tahun nak dia belajar sikit2, bergaul sikit2. Inshallah moga Allah permudahkan jalan kami :), Kalau haikal tak nak jugak walaupun dah sebulan masuk sini aku kena bagi pada cik salmah balik la :P...hahahahahahha. 


Untuk pendaftaran = RM 868.00
Untuk bulanan = RM325.00 (kalau smpi petang)


~ Aku dan bayar booking semlm dengan suami aku, so 2hb ni untuk pembayaran yuran pendaftaran dan 3 hb januari ni utk hari orentasi.. Mcm ne la gayanya Wan Khalish Haikal berorentasi :)..Anak aku nak sekolah dah, makin besar haikal :P

Thursday, December 19, 2013

Sentiasa menginginkan menjadi yang terbaik..

Assalamualaikum...

Setiap isteri di muka bumi ini tentu ingin kelihatan cantik dihadapan suami kan???opcoshhh aku pun macam tu, walaupun di mulut suami ada benda yang dia tak kisah spt tubuh badan dan luaran tapi as a wife aku rasa benda tu wajib dijaga setelah menjaga rumahtangga.

Mana ada perempuan dalam dunia ni nak gemuk dan tidak cantik kan, tapi kadang2 ada sesetangah faktor mengakibatkan benda ini terjadi antaranya faktor bersalinkan anak. Dan tolong la jangan nak sound2 orang yang lepas bersalin ni tak pandai jaga pantang kalau bdan dia naik, kau betul2 nampak ke cara dia berpantang dan sebagai wanita kita patut lebih sensetif menjaga hati tentang isu2 ini. Nak tegur ada caranya dan bukan cara menyakitkan hati orang.

Aku suka tgk2 org yang berfikiran +ve dalam menjaga penampilan dan suka bergaul dengan diorg pendek kata aura postif tu boleh menyerap kat kita.

Ada kawan2 aku yang lepas pantang banyak mengadu berat badan naik, memang aku pun sama jugak dulu tp slow2 la kayuh, cuba cara diet yang betul, makan suppliment, bersenam dan isnyallah lambat laun turun la berat bdn tu, biar lambat asalkan selamat....

Aku teringat masa aku berborak dengan lin dengan laki aku, lin pun mengeluh pasal berat bdn dia dan aku teringat kata2 laki aku "nak ukur berat badan kita ukur mcm umur, ukur dengan sama umur dengan kita jangan bandingkan dengan umur yang muda dari kita"...well said sayang :)....

As long menjaga kesihatan bukan utk kurus adalah lebih baik, sbb kesihatan bukan diukur dengan size badan. Dan yang penting apa sebenarnya matlamat kita jangan nak ikut orang. Ikut kehendak hati kita, walaupun laki aku tak de kata apa tp aku rasa aku perlu buat untuk diri aku sendiri, betul tak sbb matlamat aku ingin menjadi yang terbaik utk diri aku sendiri.



~ Alhamdulillah hati mana tak melonjak bila matlamat yang diinginkan berjaya, yang penting istiqamah dan ikhlas ~

Wednesday, November 27, 2013

Jatuh Hati dengan Ephyra :)

Assalamualaikum...

Nak story mory pasal ephyra. Hari ini dah ambik paket yang ke 55 kot..belum habis kotak ke 5 la. dalam 10 paket lagi habis la pastu boleh bukak kotak ketiga..

Nak sebut pasal kulit muka tu agak payah la sbb nak dikatakan aku ni ada masalah kulit yang teruk tu idoklah...cuma kusam sikit dan ada eyeback kadang2 timbul la jerawat2 manja tu. 

Tapi dari segi dalaman memang tak boleh nafikan, memang bertenaga la tubuh badan ni. Nak2 kita ni bekerja kemudian balik rumah nak bekerja lagi kan. So ephyra sangat baik untuk tubuh badan kita.


~Ni sebelum ambil ephyra, kulit aku nak kata ok biasa2 je.nak kata teruk tak jugak kan.Tapi memang lepas kahwin aku suka produk kecantikkan ^_^ ~



~ Aku suka duta ephyra ni, dan sejak dia kawin makin manis plak..kuasa suami kot :P, nak kulit secantik dia tanpa secalit krim pun, masih dalam proses memperbaiki nya lagi,ngeh ngeh ngeh ~




~ Nah ini dia perubahan dari segi kulit la, tak ketara sangat tapi ada jugak perubahannya jugak. sbb ada org tegur aku pakai blusher ke, aku tak pakai. aku pakai serum, krim  siang ngan bedak pixy sahaja. hehehe ~



~ Tanpa bedak cuma pakai serum je, tipu la perempuan mana tak suka ada kulit y senang diuruskan. Alhamdulillah :) ~
 
~ Saya dah jatuh hati dengan ephyra dan saya akan meneruskan meminum ephyra :) ~


~ Ada seorang budak bahagian baru aku masuk ni tegur aku, sbb dulu kitaorg lain bahagian. Dia kata aku lain sangat masa mula2 masuk maiwp ni. Pastu aku tgk2 gambo lama, gambar ni tahun 2009 nak tergelak je. Tapi aku ok je, sbb muka ni la laki aku terpikat, cewah yelah sangat kan. Hahahahahahaha. Aku pun penah alami masalah kulit yang teruk dulu, aku atasi dengan make up yang tebal.so aku paham perasaan orang yang mempunyai masalah kulit muka ni. Yang aku boleh cakap, sabar dan cuba cari produk skincare yang sesuai dengan kulit muka pastu makan suppliment murah2 pun jadilah tp yang penting untuk kulit dan kesihatan dan minum air masak. Aku nak sembuhkan kulit pun bukan makan masa sebulan dua, 2011 baru kulit muka aku ok sikit. Yang penting niat :)

Notakaki : Apa pun produk makanan kesihatan yang kita ambil, kena konsisten dan sabar :)



Wednesday, November 20, 2013

Tempat baru :)

Assalamualaikum...

Ya allah lamanya tak hupdate, nampak tak kebizian di tempat kerja baru di situ:), Rasa nak update ni pun sbb tetiba ada orang tanya lamanya tak update blog.ahkak ada pembaca rahsia ghupenya :P

Baru tak baru tu dah dekat sebulan lebih jugak la aku kat sini, tempat baru seharusnya suasana baru. Kadang2 kerajaan tetapkan 5 tahun tu sbb kalau kita terlalu lama kat tempat tu pun dah tak efisyen dah kan???betul tak??main2 je buat kerja sbb dah boring dengan kerja tu, betul tak???betul kan???muahahahahahaha...

Pepatah ada berkata "dont judge a book by its cover"..duluorang kata tempat baru aku nak masukni mcm ni la mcm tu la tp bila masuk tempat baru ni best je, enjoy je. Kenal dulu baru tahu mcm ne dan baru ko nak judge2 kan, gitew....pokok pangkalnya kita ni, kalau kita pandai bawak diri kemana di letakkan pun ok je, betul tak dan yang penting jangan buat lorat kan.

Tapi bila masuk bahagian baru ni rasa canggung sikit la sbb lama tak sentuh bab kewangan ni, bila masuk rasa mcm aku praktikan apa yang aku belajar akaun dulu....cewah!!!!:P

Tak tipu keje memang terlalu banyak disini, boleh katakan ada la sehari dua dalam minggu tu aku balik lambat tp tak berapa kisah pun sbb aku ada energy dengan ephyra, tetiba!!tak de la nak penat2 balik umah tu kan dan yang penting muka tak usah nak moody kan :)


~ My new workstation, wajibnya semua barang daiso...ahkak kan peminat tegar daiso si kedai RM5 tu :P ~



~ In & Out, everyday & everytyme..hahahahaha...kerja dan kerja kadang2 tak sempat nak makan tu sbb badan ahkak kurus sikit sekrang, wah gitu menipunya di situ :P ~




~ Haruslah ceria2, kerja kat mana pun sama tapi cara kita mengatasinya kena la bijak kan.yang penting jangan bodoh sombong sbb kat sini banyak benda aku kena belajar :) ~




~ Geng wanita pulau, hahahaha sebab tempat duduk kami betul2 4 orang di sudut terpencil dan susah dikesan, hahahahahaha.termasuk si kanan kami tu :) ~






~ Antara budak2 kewangan, memang happening diorang ni...kerja gelak je dengan diorang ni.masa ni gambar minggu lps masa kursus kat langkawi ~

Notakaki : Geng lama dan geng baru tetap geng, yang penting enjoy.yeahhaaa..ok nak sambung OT :P 


Friday, October 11, 2013

Ephyra idaman hati :)

Assalamualaikum...

Agak lama tidak menyentuh blog, bukan tiada masa, tp tidak berkesempatan :P, macam2 cerita nak dikongsikan.

Sebenarnay dah lama juga saya berhenti minum cologen dari cayatlst bukan tak elok tapi kesukaran mendapatkannya membuatkan saya berhenti meminumnya.

Tapi bila tgk ramai kata ephyra ni amat bagus nak2 untuk ketahanan badan ni saya pun berfikir2 nak mencuba dan seperti sedia tahu saya memang sukakan produk kecantikan :)

Tapi yang paling mengembirakan bila suami bersetuju menaja si isteri minuman kesihatan yang saya agak berpk dan berkira2 berpuluh2 kali untuk saya membelinya sbb harganya boleh tahan mahalnya bagi saya, tq sangat sbb belanja produk kesihatan untuk saya (memang bukan selalu dia belanja pun kan :P :)....

Rasanya mesti dah ramai dengar minuman kesihatan ephyra ni kan, saya tak tahu kenapa saya nak sangat ephyra ni sedangkan banyak lagi minuman kologen lain di pasaran.berfikir2 mungkin ia salah satu produk yang disenaraikan di halalfest dan ianya bukan sekadar untuk kulit tp untuk kesihatan.

~ di pasaran 1 kotak RM197 30sachet, kalu beli 3 kotak ni dia bagi promosi RM520.00 so tahan la 3 bulan :) ~

Notakaki : Nanti bila ada kesannya baru saya kongsikan disini :)