Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 30, 2010

Tahun 2011, Tutup buku lama, buka buku baru???Owh tidak aku tak akn tutup aku nak simpan je :P


Kalau ikut calender barat masih ada lagi 2 hari je nak masuk tahun 2011....setiap kali tahun baru mesti ada azam baru...normal la tu bagi setiap orang kan???Ada jugak kata tutup buka lama buka buku baru...tapi aku tak nak tutup buku 2010, aku nak simpan elok2 agar boleh tatapnya sebagai kenangan & pengajaran dalam hidup aku ni...

Setiap orang mesti ada pencapaian peribadi dia kan, begitu juga aku....aku merasakan tahun 2010 banyak pencapaian peribadi yang aku perolehi dri sudut kerjaya, personal & juga keluarga.....boleh katakan "PERFECT  2010"....mana ada dlm dunia ni perfect???tapi perfect bagi aku adalah bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekrang & cuba untuk menjadi yang terbaik =)

OK!bercakap pasal azam 2011 aku ni, actually banyak dalam list aku ni....erm adakah azam nak kurus??owh tidak, susah nak berazam macam tu...hehehehe:P
1. Berazam untuk menjadi khalifah yang lebih baik kepada TuhanNya..
2. Berazam untuk menjadi seorang Isteri yang lebih solehah & menyokong kerjaya suaminya....
3. Berazam untuk menjadi seorang Ibu yang sempurna untuk anaknya...
4. Berazam untuk menjadi seorang anak yeng lebih solehah & sentiasa berbakti untuk dia.....
5. Berazam untuk menjadikan sebuah keluarga yang lebih erat ......
6. Berazam untuk menjadi seorang pekerja yang lebih komitet & berdedikasi...
7. Berazam untuk menjadi saudara islam yang lebih baik & disenangi oleh saudara2 yang lain....
8. Berazam untuk memperbaiki hidup yang lebih baik & lebih tenang dengan lengkapnya hidup sebuah keluarga yang dimiliki sekarang...


Itu jela list untuk azam aku untuk tahun depan yang ada dlm otak aku buat masa ni, harap2 semuanya dapat aku buat untuk tahun 2011, AMIN =)

Notakaki : Tahun 2011 akan aku buka entry dengan cerita yang sangat menggembirakan kami sekeluarga & impian yang telah tercapai di saat2 akhir tahun 2010 ini, AMIN atas rezeki mu ini Ya Allah :)

Wednesday, December 29, 2010

Anak lelaki Wan Mohd Sanusi =)


Masuk Hari ke-27 aku berpantang, meniti saat2 berpantang dengan rasa sabar, gelak tawa & cembeng bersama-sama anak lelaki kepada Wan Mohd Sanusi =)


~ Dengan rasa penuh kesabaran saya berpantang dengan anak lelaki kamu sayang (thanks pada awak kerana bersama-sama sy menjaganya  & memahami situasi hati ini semasa hati tak menentu sewaktu awal berpantang) :P & tak lupa pd nenek kamu khalish :)   ~
;

Sapa lagi kalau bukan bersama-sama Wan Khalish Haikal :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Hati riang bila menatap aksi2nya :) ~

Notakaki : Sekarang bila tengok kat paper pasal buang anak pun boleh menitik air mata....betapa sucinya dan cukup menyayat hati bayi tak bersalah tu.....

Tuesday, December 28, 2010

Posisi nyenyaknya tidur si Khalish......


"Haikal skrg dah pandai buat akal" : Kata nenek =)

Mana tak nya skrg dia pandai dera mama dia, dia nak tdo pun nak berdodoi bagai...bila letak pandai buka mata....sangat!!!

Tengok jelah dia  tak lena tdo bila diletakkan selepas menyusu...



~ Mula2 dia buat2 mamai, pastu dia melalak =) ~


~ Kalau letak kat sini lagi segar mata dia :) ~

Rupa2 nya dia akan nyenyak tdo kalau dibuat macam ni :P

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Tengok!nyenyak tdo si kecil ini bila posisi dierengkan :P ~
Notakaki : Khalish dah makin berisi :)

Saturday, December 25, 2010

Sangat mendukacitakan =(


Hari ini 25 Disember 2010....hari ke-22 aku berpantang....

Hari yang agak mendukacitakan atas 2 sbb :-

Sebab pertama :-

My Bestfriends kat PUO bertunang hari ini, sapa lagi kalau bukan "Cik Faatimah Zahra"!!!!!!!!!!!!!!!!!...owh timah mula2 kamu kata nak bertunang, sangat menerujakan & memeranjatkan....dalam diam2 ye, bagus2, i like =)....diam lagi bagus dari bercakap benda yang mengarut & kelaut2.......tapi yang mendukacitakan aku tak dapat nak duk seblah kau teman kan kau disarungkan cincin oleh ibu mertuamu...hahahahahaha, selamat menjadi tunangan org ye :).....apa pun cik tim, kau kahwin aku mesti datang & aina sila pastikan dan rancang agar tak beranak masa tu okeh :P


~ U look gorjes dear!, nice gile baju tu...tq cik panjang coz melawat td sempat bg gmbr ni =) ~


~ Tahniah timah & taufiq...so sweet u'olls, teringat plak aku tyme tunang2 dulu, heehehe tak sangka dah ada khalish, cepat2 la ye boleh bg khalish kawan :P ~

Sebab Kedua :-

Aku ditinggalkan =(....
Mereka bersuka ria di PD =(



~ Amboi korang sakan ye bermandi manda, min situ bukan swimming pool la :P ~


~ Nana tinggalkan khalish ye:( ~

Notakaki : Better jugak aku dlm pantang, kalau tak mesti dalam dilema nak pergi yang mana satu :)

Thursday, December 23, 2010

Masalah Sembelit selepas bersalin....


Masalah sembelit selepas bersalin sering dialami oleh ibu-ibu, termasuk jugak aku :)....macam2 petua aku tanya dari kakak aku suh makan buah oren/prun, kak izan plak suh beli ubat picit kat kedai ubat cina, mak mertua aku suh minum air suam dulu lepas bangun tido, suami aku plak urutkan kat bahagian betis sbb dia kata kalau sakit perot urut situ dan siap buat air penawar lagi =) & aku search kat internet untuk mengatasi masalah tersebut....ini kali pertama aku kena sembelit, sakit ya amat tak yah cakap la dicampur plak rasa ketakutan sebb takut jahitan tu menetas....rasa tak bermaya je badan ni bile dilanda sembelit....

Dipetik dari artikel my bengkung,com :-
Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:
  • Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
  • Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak  boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.
Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:
  • Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
  • Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan  meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
  • Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
  • Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Notakaki : Sila amalkan meminum air suam bagi mengelakkan sembelit dan juga untuk menjaga badan :)

44 hari perpantang....


Hari ini masuk 20 hari aku berpantang..berpantang dengan memakan jamu, memakai pilis, param, barut berubat & bengkung, memakan makanan sup2 tanpa bergoreng2 & ais batu, bermandi dengan mandian daun2 hijau, apapun yipee!!!!!!!!!!!!!!.....tinggal 24 hari je lagi Pn. Pza....harap bersabar la ye dengan semua pantang larang di atas...hehehehe=)

Berat badan?uh biarlah rahsia buat masa ini...hehehehehehe, harap dapat turunkan berat badan yang diimpikan pada hari ke-44 =)....



~ khalish pada hari ke-20  ~


NotaKaki : Result PMR dah keluar today...alhamdulillah, pak usu khalish dapat result yang agak baik!!!tahniah syafiq!!!..nanti bila khalish & mama khalish dah habis pantang, we all belanja makan besar kat luar ye :)

Psst => : weekend ni adik beradik, ipar2 & anak buah aku nak berhola2 di PD, memandangkan aku ngah berpantang (dengan nada bengang) dengan mak2 aku tak dapat nak ikut..sian mak, nanti kita plak g hola2 ye :P

Tuesday, December 21, 2010

Air Longan Kering Alternatif termurah untuk banyakkan susu ibu


Actually aku dengar pasal benda ni masa angah aku ngah berpantang, dia suruh carikan longan kering...puas aku & laki aku carikan kat giant tapi takde  jual kat situ, tgk2 supermarket la kalau ada, adalah.....rupanya kakak office aku kata jual banyak kat kedai ubat cina...apa lagi masa hari aku  berpantang kt umah aku suh laki aku beli, tak mahal sekilo around RM48.00 tapi boleh banyak kali minum.....

~ ini longan kering yang belum direbus ~


~ Ini la air longan kering yang dah direbus, cuci dulu ye longan kering tu ~

Air longan kering ni rasa dia macam air buah mata kucing....mula2 aku minum sekali, hasilnya memang baik, susu memang boleh tahan banyak....kalau nak banyakkan susu sangat2 kena rajin minumla, minum waktu pagi, petang & malam.....khalish sangat kuat menyusu, every 2 hours memang dia akan bangun mintak susu...so aku kena la cari cara nak banyakkan susu...alhamdulillah longan kering ni pun dah cukup nak banyakkan susu buat masa ni...
Bagi ibu-ibu yang nak cuba, boleh cuba...hasilnya sangat berbaloi dengan kos yang dikeluarkan....dah ianya pun diperbuat daripada buah2an...sangat bagus bukan...
Notakaki : Sharing Is Caring