Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 15, 2011

Majlis Aqiqah Wan Khalish Haikal :)

Assalamualaikum,

Tengah mencari idea atau cara macam ne nak buat kad jemputan majlis aqiqah wan khalish haikal.sape ade idea boleh la bgtahu aku...blur2!!

Majlis Aqiqah : 24 April 2011
Masa : 11.00 Pagi hingga Petang
Tempat : Dewan Serbaguna, Flat Sentul Utama,
              Jalan Taman Dato' Senu 26,
              Sentul .

Notakaki : Minggu depan aku kena pergi kursus kat PD, tapi kena minta pengecualian kat unit latihan sebab majlis aqiqah wan khalish haikal

Thursday, April 14, 2011

Selamat Beramal Tok Ma :)

Assalamualaikum...

Ahad lepas lepas check out dari hotel @ genting terus bergegas balik jengka sebelum tu pergi kedai jual asam dulu :P, ahad tu tok ma khalish ada buat majlis doa selamat sikit sempena g umrah...makanya sbb aku lambat, smpi2 je dah siap masak..hehehehe...



~ Khalish muka mengantuk ya amat :p ~

Khalish kalau balik kampung memang dia suka, sbb ramai yang melayan dia...dia ni kan kategori mengada-ngada a.k.a manja :P..ambik udara kampung yang segar ni bagus untuk kesihatan anak kita ni sbb udara bandar sangat tercemar :)

~ Khalish like kampung very2 much:) ~



~ Tok ma & kawan2, selamat pergi dan selamat balik ye :) ~

Hanya tok ma je yang g umrah, tok wan ditinggalkan..hahahaha, tok wan tok seh g sbb dia tak berapa nak larat dah...so tok ma g ngan geng2 dia...hahahaha:)

Tersentuh hati ni tatkala teringatkan arwah adik munirah huda ketika aku baca post dari teman2 di KIM...mungkin jodoh, ajal & maut terletak di tangan tuhan, punca kematian hanyalah penyebab sahaja...maka, kuatkan lah semangatmu menjalani hidup2 ni...serius menitis air mata bila baca kisah dia....cuba merasa berada di posisinya, memang satu benda yang sangat berat dugaanNya....insyallah tempat adik dah di syurga :)..salam takziah dari kami sekeluarga...

Tok ma khalish insyallah akan balik ke malaysia pada 22.04.2011, alhamdulillah sempat nak tgk dan pergi kenduri akikah khalish pada 24.04.2011 ni....semua kawan2 dijemput hadir tau....nanti aku buat pengumumuan rasmi tapi sebelum tu pengumuman tak rasmi dulu, hehehehe:)

Notakaki : Kita sebagai hamba allah hanya mampu merancang tapi tuhan maha penentu segalanya :)

Sunday, April 10, 2011

Hunjung Minggu Khalish @ Taman Tema Genting Wif Papa & Mama :)

Assalamualaikum...

Semalam petang lepas je hubby habis meting, terus sms aku ajak naik kete kabel...huauahua, aku takde la gayat sangat sebab dah banyak kali  jugak naik genting ni, cuma gayat nak bawak khalish, first tyme yo!..tapi dia teruja sampai terkedu & banyak cakap dalam kete kabel tu...

Sepanjang kat taman tema tu dia takde nak tido or merengek2 mintak susu., so takde la aksi NIP kat genting :P, ha ni yang best BF ni, kelebihannya tak yah nak bawak susu, botol , air panas dan segalanya, just bawak ur body, hehehe yang penting kena bawak NC from Bhoonda (muka i masuk blog bhoonda, tq bhoonda :P ) dan pampers dia udah, senang kan nak travel kemana2, kalau rasa dia nak nenen, tarik je baju tu :P...4 jam jugak kat atas tu...relax je, cuma kadang kala lenguh duk dalam kete mewah dia tuh lama2..hahahaha...

Takde apa sangat pun nak dimainkan kat taman tema tu, khalish kan kecik lagi...mama dia yang sibuk main adalah, but mama dia adalah "penggalah"...hahahaha satu hadiah pun tak dapat kutip bawak balik :P..nanti khalish dah besar mama bawak main roller coaster ye:P

So khalish habislah hujung minggu kita di genting, today nak balik kampung jumpa tok ma & tok wan ! :P

 ~ Gambar sekitar di genting :P ~













Notakaki : Bengang semlam kedai asam tutup awal, kang before balik ke jengka nak pergi balik beli....:O

Saturday, April 9, 2011

Khalish @ Genting!

Assalamualaikum...

Kabus sangat tebal pagi ni walaupun baru di Seri Malaysia, kalau naik atas bagaimanakah rupanya :)
Pagi ni alish duk ngan mama dulu dalam bilik, papa g meting....nanti bila dah betol2 free mama bawa alish naik kereta kabel :P


~ Suka benar buat muka mcm tu :p ~

Ada lagi sorg kawan papa yang bawa family yang lain tak berapa nak nampak, maybe dalam bilik kot...

~ Kabus yang agak tebal di luar sana, mcm ne kita nak enjoy2 ni alish :) ~

Notakaki : Pagi tadi mandikan khalish dalam sinki..hahahaha:)

Thursday, April 7, 2011

Malaysia International Shoe Festival 2011 - Aku bukan Shopaholic -

Assalamualaikum...

Sekarang (07th - 10th April 2011) berlangsung "festival kasut"....td aku g kerja, tapak kasut aku macam lidah buaya makanya memudahkan aku untuk pergi ke festival kasut....aku terdesak ok bukan aku ni shopaholic....hahahahahah harus ke buat statement yang bakal dimaki hamun oleh kawan2 aku...hahahahaha :)

Tadi baru je perasmiannnya so tak la ramai org, esok jumaat maka & confirm penuh, sesak, padat & sendat!!...hahahaha..tadi cuma ramai wartawan, vvip dan pereka kasut terkenal...kitaorg pergi mcm pergi pertunjukan fesyen je, rasa diri ni kerdil je...hahahahaha...

Banyak jugak brand kasut dari brand yang mahal2 ke yang berpatutan..jimmy choo, carlorina, nose, rorine dll...boleh tahan la sale nya tapi takde la murah sgt, ok2 la...banyak koleksi yang akan datang sebenarnya nak ditonjolkan dlm festival kasut ni...


~ Replika kasut cokelat, nyum2  :) ~

 ~ Ehem2 :P ~

Notakaki : Aku bukan Shopaholic :)

Khalish Nak Naik Genting :P

Assalamualaikum...

Malam ni harus packing2 beg untuk bapak, mak & anak....banyak peralatan nak dibawa bersama ni,barang anak je dah 1 beg hahahaha :)

Esok khalish & mama nak ikut papa g genting...hahahaha, ikut la sangat kot2 duk dalam bilik je...papa ada kerja di sana....lagipun papa planning nak balik kampung terus  dari genting sebab dah dekat sbb nak tgk tok ma & tok wan memandangkan isnin ni nak berangkat  ke tanah suci bagi mengerjakan umrah...

Ikutkan minggu lepas2 lagi nak balik kampung tapi keadaan tidak membolehkan kami balik kg :)

Notakaki : Khalish bab berjalan memang suka bak kata papanya ikut perangai mama..harus! :)

Tuesday, April 5, 2011

Elak dari payudara bengkak

Assalamualaikum...

Minggu lepas penhasilan susu merudum, nasib ada stok EBM...penyelamat dunia....kalau tak kena catu la susu untuk khalish...hehehehe :)

Kes dari khalish tak berapa nak sihat, dia tak nak minum susu masa kat hospital...sampai bengkak2 cik B aku ni, pastu lupa nak bawak breastpump..dah bengkak baru suh laki aku balik ambik, benda yang harus jd pengajaran, bawak BP kemana sahaja...

Aku sampai demam2 la sebab payudara bengkak...yang aku nampak bila kita biarkan payudara bengkak kesannya pada penghasilan susu...susu aku minggu lepas  merudum sgt2 tapi masih bersyukur masih ada lagi...khalish smpi marah2 mungkin tak berapa nak kuar, tapi aku pekakkan telinga kuatkan semangat & tingkatkan azam agar susu kembali normal...

Kemudian aku amalkan semula jadual pump susu dimana mengepam susu setiap 3 jam, dan DF khalish sekerap mungkin dan juga berfikiran +ve dan takkabn mengalah ...ternyata Alhamdulillah penghasilan susu kembali seperti sedia kala....

Moral of the story, elakkan cik B kita bengkak/berat/penuh sbb kemungkinan perkata2 ni akan terjdi :-

1. kekurangan susu
2. jangkitan payudara
3. saluran susu tersumbat dan sebagainya

Notakaki : Ya allah jgn kau tarik nikmat ini dari ku ya allah, aku & khalish masih memerlukannya lagi ya allah...Amin