Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 23, 2012

Lepas Hajat di Kampung Manis Kampung :)

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya tak balik johor, time2 nak bersalin ni plak lah nak mengidam kuih tradisonal sana plak :P..tak tahu la rasa tahun ni dapat balik johor ke tak tengoklah pada usia adik haikal nanti :), tak telalu fikir sangat pun soal tu...

Balik johor pun ada urusan sedikit, kebetulan mak nak settelkan hal ni sebelum tunaikan umrah minggu depan dan kebetulan papa plak kena g kursus masa kami nak balik kampung tu, jadi kami balik kampung pertama kali tanpa papa & tumpang sekaki la dengan along (thanks mak long)...hehehehehehehe :)



~ Haikal keje asyik main jelah dengan abg kimi dia ni ~




~ Putu piring warna kuning, lepas jugak hajat aku :) ~




 ~ Tanah di kampung manis kampung, insyallah tahun hadapan adalah teratak kecil buat kami sekeluarga disini :) ~



~ Cucuk2 tepi pantai  idaman hati mak long :P ~




~ masa untuk pulang ke bandaraya:P ~

Notakaki : Hajat nak makan kacang pool tak tertunai, takpelah takde lah teringin sesangat :)

Tuesday, May 22, 2012

Akar Fatimah Kembang Semangkuk :)

Assalamualaikum...

Rasanya orang2 yang bakal bersalin atau pernah bersalin tahu kot akar fatimah kembang semangkuk ni.Pengalaman & amalan aku masa anak pertama, akan rendam akar ni dgn air, kemudian air tu hasben bacakan doa2 untuk dibuat air selusuh sebelum bersalin...

Tapi aku tak pasti samada akar ni betul2 terbukti daripada kaedah sainstifik mengatakan yang ia memudahkan proses bersalin kerana aku masih belum jumpa tentang fakta yang tepat tentang akar ini.Erm semuanya atas izin Allah, mungkin kita mampu mencuba dan berusaha selagi tidak terpesong dari akidah, betul  tak?

Just nak say thanks sangat kat kak shasya sebab beri akar ni pd aku, masa anak pertama nana pinjamkan kat aku....orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa :)


~ Ni masa kak sya bagi 2 minggu lepas ~



~ Aku rendamkan dia dengan air zam2 selama seminggu ~




~ Kembang mcm ni lepas seminggu direndam ~


Nak bincang lebih2 tentang akar ni pun aku bukan tahu fakta yang betul, salah bagi fakta naiya plak :), so lepas ni boleh rendam dengan air, dah mintak hasben buat Air Selusuh seperti sebelum ini :), tapi orang kata jangan minum awal sangat, masa anak pertama pun dah cukup bulan baru minum air selusuh, Insyallah dengan pertolongan dan iziNya :)



~ Thanks jugak ye kak bagi mangga ni kat pza, walaupun bukan harum manis tp mangga ni tetap manis :) ~

Thursday, May 17, 2012

KHASIAT DOA HAIKAL :)

Assalamualaikum...


Semalam berborak dengan hasben, bertanya sesuatu perkara...Dan dia kata amalkan doa haikal ini(mak mertua yang suruh amalkan doa haikal ni).Jadi mari kita sama2 berkongsi khasiat dan amalkan doa haikal...Insyallah :)



Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.
Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad
Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:
1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Tuesday, May 15, 2012

Lauk Malam tadi :P

Assalamualaikum...

Edisi tayang lauk, muahahahahaha....Semalam orang2 yang dapat anugerah cemerlang taja staff2 BPP sarapan pagi & makan tengah hari, terima kasih sangat membuatkan kami kekenyangansepanjang hari...petang tu sebelum balik ada lauk lebih sikit, si cemerlang ni tapawkan untuk ibu2 mengandung jelah, nak tapawkan semua sure tak cukup la...terima kasih sangat:), tak yahla nak masak banyak2 lauk malam tdi, cuma tekak ni teringin plak nak makan telur puyuh.


1. Ikan Keli Masak Cili - Tapaw oleh peyumbang
2. Daging masak lomak - Tapaw oleh penyumbang (sedap sangat dagingnya pun lembut)
3. Telur Puyuh masak sambal - Mama haikal yang buat, lauk senang je pun :)

Notakaki : Tekak macam nak makan ikan kembung masak lemak dengan belimbing buluh :P

Monday, May 14, 2012

Macam kat kedai makan :P

Assalamualaikum,


Weekend baru2 ni duk umah je, tak pergi mana pun lagipun dah lama tak rehat kat rumah bile weekend ni :). Sabtu tu memang hasben plan nak cuci banglo kami tu, last2 minute org cuci tu ada job lain. Hasben pun kata dia cuci sendiri je nak2 dia tengok anak bujang dia dah mula batuk2, thanks sesangat kat hasben yang rajin ni & adik sbb tolong cuci banglo uda kau ni:P

Pagi sabtu tu, buatkan mee goreng. Borink la kat opis asyik makan roti canai & nasi lemak..Hasben puji sedap!mcm kat kedai:), adik pun mengakuinya jugak sampai tambah berkali2 tu :P....terus kembang kecut je hidung ni bila hasben kata boleh buka kedai (muntah darah la kakak aku kalau dgr) hahahahahahahahahaha:)

Terus kobar2 ahad pagi tu pun nak prepare sarapan lagi :), kali ni buat keateaw goreng plak.1st tyme tauaku buat keateaw, selama ni beehun or mee goreng je, saja try belasah, menjadi la jugak, tapi hasben kata pedas sikit maybe cili kering aku beli yang jenis pedas...

~ Tara!!!panas dari kuali lagi, aku memang suka mee goreng & keateaw goreng yang jenis basah2, sbb mak aku suka masak macam ni, tapi masih tak dapat menandingi resepi mak aku :) ~

BAHAN-BAHAN
1 Paket Keatiaw
Bawang besar, bawang kecil & bawang putih diblend (mak ajar blend banyak2, senang bila dah balik keje penat2, tumis je terus :) ~

Cili Kering diblend (pun sama blend terus je, kalau nak tahan lama letak sebiji bawang besar)

Sos tiram
Kicap
Sos Cili
Sos Tomato

Udang, kerang, ayam, kek ikan atau apa yang diminati

Taugeh

CARA-CARA
Tumiskan bawang terlebih dahulu, mak ajar kalau nak sedap masakan tu lebihkan bawang

Tumiskan Cili kering sehingga garing

Masukkan air, ikut tahap kebasahan masing2 :)

Masukkan so tiram, sos kicap, sos cili & sos tomato

Masukkan udang, ayam, kek ikan dll

Masukkan Keateaw 

Masukkan Taugeh

~ Tara, sarapan untuk hasben, sempat bungkuskan sikit tayang kat mak :P ~

Notakaki : Practise make perfect, pelan2 kayuh betul tak:P

Friday, May 11, 2012

JJCM # Nailis Sentul Kegemaran hasben :)#

Assalamualaikum,


Tempat : Naili's Place Sentul (Belakang rumah aku je, jalan kaki pun takpe:P)
Cadangan : Sangat dicadangkan nak2 pada yang nak makan malam romantik, romantik la sangat!muahahahahahaha & makanan pun sedap jugak.

Actually dah banyak kali pergi sini tapi cuma tak masuk dalam blog je:P, masih dalam list kegemaran hasben, memang dia suka sgt pergi makan kat Nailis ni, aku pun tak tahu nape. Tapi memang sedap nasi goreng nailis ni :)



~ Menu di sini macam2, tapi western food dia memang sedap la :) ~


~ Suasana kat sini memang best, romantik je :P ~


~ Sentiasa pasang lagu romantik je kat sini ~


~ Nak melamar atas bot pun boleh.ahaks! ~



~  1st tyme bawak hasben datang sini 03.03.2010 kot :P ~


~ ABC Nailis :) ~


~ Burger yang superb...besar wo! ~


~ Nasi goreng Nailis kegemaran Hasben :) ~


 ~ Ada telur, sambal udang, ayam goreng & jelatah ~

Notakaki : Nailis Ampang je tak try lagi...hehehehehehehe:)


Tuesday, May 8, 2012

JJCM # Kunang-kunang #

Assalamualaikum :)

Semalam tertunai jugak hajat nak makan kat kunang2, sebelum ni dengar kunang2 ni best sangat, so nak try la kan :P

Lokasi : Kunang-kunang, Taman Melawati
Waktu Operasi : 5.00 Pm - 1.00 Am


~ Jom tengok menu yang best :P, best la sangat ~


~ Memandangkan kelmarin baru makan makanan laut, rasa nak makan western plak:) ~


~ Thanks hasben, moga rezeki makin murah :) ~


~ Macam adik beradik, kalau nak lihat muka saya masa tua lihat muka mak saya :P  awwwww!!!! ~


~ tengah gila dengan fareeda yang mahal gilak tu :P ~


~ Ala anak mama ni manis je muka bila senyum :) ~


~ Pak long kita :P ~


~ Jom makan :P ~


~ Mak je order nasi goreng kampung :) ~


~ Pak long, pak ngah, mak ngah, pak usu & pak uda order steak :) ~


~ Mak uda, mak long & yasmin order chicken chop ~


~ Korang boleh ganti pengacara JJCM skrg ni yang amat membosankan tu ~


~ Gila kentang :P ~



 



Nota JJCM :  Kunang2 indah kadar dari rupa, maaflah secara jujur sangat kecewa dengan masakan yang tak setanding dengan harga yang ditawarkan tapi sekurang2nya dapat merasa makan kat kunang2 apa pun thanks kepada si penaja & sorry sbb i yang suggestkan tempat ni, huhuhuhuhuhu :) ~