Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 8, 2013

Kulit yang sihat idaman setiap wanita...

Assalamualaikum...

Betul tak semua perempuan nak kulit yang cantik, sihat dan bersinar2 kan??? tak terkecuali bagi aku jugak dan bagi aku masa aku duk memikirkan hal itu kalau boleh tak nak pakai foundation bagai dah...aku ni masa anak dara dulu dikategorikan sebagai kulit yang ada masalah jerawat yang serius jugak, memang make-up masa tu tebal tak hinggat, anak dara kan.Bukan tak cuba tapi tak ada yang berkesan atau aku suka jump2 produk yang menyebabkan kulit muka makin jadi teruk.

Pastu lepas bersalin, kulit muka aku makin sihat, alhamdulillah mungkin masa tu aku dah mula amalkan pemakanan supplement shaklee masa tu.

Lepas bersalin mawar aku makin berminat tentang kecantikkan ni dan aku aku ada terbaca tentang satu fakta kolagen ini.

"Kolagen ialah struktur protein paling terdapat dalam badan manusia. 

Kajian mendapati bahawa kandungan kolagen dalam badan manusia merosot pada kadar 1.5 peratus setiap tahun seawal usia 25 tahun. 

Sebagai sebahagian daripada proses penuaan, kulit akan beransur-ansur hilang keanjalan dan kejelasan berikutan kehilangan kolagen. 

Kolagen membentuk sehingga 75 peratus struktur kulit dan bertindak seperti blok binaan juga pelekat yang membina dan menghubungkannya dengan tulang, di samping melindungi dan menyokong tisu lembut."



~ Ini gambar sebelum ambik kolagen, hati2 memilih kolagen kalau boleh biarlah ada kelulusan dari KKM supaya tidak memudartkan kesihatan. Masih dengan foundation dan tidak menggunakan kamera 360 dan takde la masalah kulit yang serius sangat tp aku rasa kulit agak kusam.~



~ vco dan collagen dari catalyst ni kawan aku edora yang kenalkan, barang baik kena kongsi kan, aku tak boleh simply je suggest kat org kalau khasiat tu aku tak dapat lagi kan , so bila dh nampak hasil boleh bgtahu khasiat tu kat org kan ~


~ Aku dah lama amalkan vita c shaklee ni(aku pengguna setia shaklee). Manaka vita e dan kelapa dara dan collagen dari catalyst aku baru amalkan 3 bulan secara konsisten so far alhamdulillah rasa segar dan sihat luar dan dalam ~


~ 2 bulan lepas pakai vco & collagen catalyst dan vita e shaklee, tanpa secalit make-up lepas basuh muka, asal putih sangat ni.hahahahahahahahaha ~


~ 3 bulan selepas menggunakan vco & collagen catalyst dan sedikit penggunaan bedak asas ~





~ Sekarang nak g mana2 pakai pelembap dan bedak asas dah memadai, dan selepas solat zohor kat opis tak pakai make-up pun dah confident nak2 depan cik abang :)~


~ Aku memang minat gila dia ni, kadang2 rasa tergugat nak cuba collagen yang lain plak:P ~

Notakaki : Produk collogen ni masing2 ada kelebihan dan kesesuaian pada individu so terpulang nak cuba produk daripada mana asalkan ianya selamat dan paling penting mendapat kelulusan KKM :)

Majlis Tahlil Arwah Ayah...

Assalamualaikum...

Rasanya tahun ni kali pertama adakan majlis tahlil dan di rumah, selalu hantar ke surau je...Seronok plak rasa mcam ada kenduri masa aku tunang dulu plak, bak kata hakimi :). Tahlil arwah diadakan selepas zohor dengan menjemput ahli2 surau untuk bacaan tahlil, yasin dan sedikit doa kesyukuran (sempena mak & adik nak menunaikkan ziarah umrah esok, alhamdulillah)

Rasanya sudah 4 tahun arwah ayah tinggalkan kami, kalau dia balik ke rumah mungkin dia sudah senang hati sbb anak2 perempuan dia dah dijaga oleh laki2 yang bertanggungjawab seperti arwah ayah juga dan ank bujangnya alhamdulillah dah habis spm (result yang sangat baik, tahniah adikkk) dan bakal lanjutkan pelajaran nanti inshaallah dan alhamdulillah arwah ayah meninggal tanpa meninggalkan apa2 hutang puitang untuk mak. AL-fatihah.



~ Kuih-muih sumbangan jiran tetanga, tq makcik2 & tq jijah ~



~ Sate kassim, memang menu wajib keluarga kami ~



~ Nasi tomato dari mak dan juga pulut kuning & rendang (tiada dlm gmbr ), memang masakan mak terbaik ~


~ Laki2 yang bertugas di luar, melayan tetamu dan mengemas, kami wanita tugas di dalam..:P, ni la tempat membesar aku dan aku teringat kata2 sesorg jgn lupa dari mana asal kita :) ~



~ Mak dan anak laki bongsu dia, hahahahahahaha. Haikal panggil nenek dia mak (kadang2) ~



~ Bersama mawar & nana ~


~ Mak ngh dan nana ~




 ~ Alamak seksi plak mawar ni ~



~ Budak sombong ni terus baik dengan aku lepas aku basuhkan poo-poo dia :) ~


~ Besar dah anak dara mak ngah ~


~ Kakak2 aku ~

Notakaki : Seronok macam hari raya plak, ramai sepupu2 dan jiran tetangga yang hadir dan kawan2 opis jugak yang datang sampai ke malam, terima kasih ye :)

Thursday, April 4, 2013

Putih-putih melati, Merah-merah Delima :)

Assalamualaikum...

Masa dekat kampung, rumah ma kat jengka tu memang dekat dengan masjid. So kalau hari ahad memang ada ceramah haji kat situ, mmg akan dengar apa yang dia cakap. Sekali terdengar ustaz tu cerita khasiat buah delima. Terkejut dan tak sangka buah delima mmg banyak khasiat dan bila borak2 dngn ma mmg ma pun cakap dalam al-quran pun ada cakap khasiat buah delima tu...

Di dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua mata air yang memancar (tanpa henti memancutkan airnya).
Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satu yang kamu hendak dustakan?
Di dalam keduanya ada terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma serta delima.  
:arRahman 66-68 
Info yang banyak di sini
Pastu hanan ada cakap nak beli jus delima ni sbb dia pun elok utk kesuburan dan dalaman wanita, so pesan kalau dia beli nak order jugak sbb mak aku sakit lutut tp alhamdulillah skrg dah ok sikit sbb makan jus gamat so mana tahu makin ok, kita usaha jelah kan dan aku pun boleh tumpang sekaki minum pati delima ni.

~ Rupanya search kat internet mmg femes pati delima dari gulsan ni ~


~KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN~

Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  12. Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Wednesday, April 3, 2013

Misi 30 Hari sebelum 100 hari menempuh bulan paling mulia :)

Assalamualaikum...

Hari ini hari kedua aku ganti puasa, al-maklumkan aku bersalinkan wan mawar adawiyah pada bulan ramadhan makanya, sebulan aku ponteng puasa...:P...hahahahahaha

Dari bulan Safar ke rabiul awal ke rabiul akhir sampailah jamadil awal baru terhegeh2 nak ganti, esok lusa dah rejab kakak oiiii...huh!


~ Bersahur, dengan shaklee berpuasa dengan penuh tenaga, chayok2! ~

Alhamdulillah dengan bersahurkan bancuhan esp & cinch ke dlm 1liter air dan dua keping roti kismis dan vita e dari shaklee cukup memberi tenaga & wajah ceria sepanjang berpuasa hingga buka puasa smlm, alhamdulillah walaupun semalam pergi site visit takdela letih sangat dan perut tak rasa  krek krek krek krek krek,hahahahaha. So makin mudah kerja untuk misi mengganti puasa sebanyak 30 hari dan bakal dipartikkan semasa mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan nanti :)


~ Mari mengganti puasa, peminat hairul mesti tiru trademark dia jugak..hahahahahahaha ~

Notakaki : Lagi 100 hari nak ke bulan ramadhan, cepat je masa berlalu dan baru je rasa ramadhan tahun lepas. Harap2 ramadhan tahun ini bisa mengerjakan ibadah dengan lebih baik, Amin :)

Tuesday, April 2, 2013

Pengasuh asing-asing.

Assalamualaikum...

Semalam lepas je sampai, kami parking kereta di bawah blok rumah mak macam biasa ambil anak2 dulu dan tiba2 ada seseorang menyapa aku "eh dah berapa anak sekarang", aku akap la "dua, sepasang", dia senyum lebar dan ckp "alhamdulillah". Aku tak ingat sapa nama kakak tu yang pasti nama suami kami sama "sanusi" tu yang akak tu ingat sangat nama laki aku..hahahahahaha

Dia tanya lagi, anak hantar mana??aku cakap "yang abang hantar umah cik salmah "yang adik anta "Cik pah tingkat 2", dia kata eh kenapa asing2 kan...Aku cakap "dulu haikal ada sekejap hantar kat cik pah masa tu suami cik salmah masuk icu dekat 3 bulan, once suami dia dah meninggal dia mintak nak jg haikal balik sbb dia kata dia dah jg haikal dari kecik lagi dekat 2 tahun masa tu tentu dia sayang kat haikal".

Dia cakap berapa, aku cakap la "bla..bla..bla...". dia kata memang harga anta anak mcm tu, aku ni jenis tak kisah dan berkira sangat kalau pengasuh pun tak berkira sangat.

Tapi mmg nampak ketara la si haikal manja dengan cik salmah, kalau budak lain kalau hantar mesti melalak, dia relax je siap sombong lagi dengan kitaorg dan kadang2 balik tu boleh tak nak balik, haihhh. Tapi kalau dia duk umah cik pah nampak sangat berdikari sikit dia tu, nampak la dia kalau lepas isap botol dia letak kat sinki ni dah duk balik umah cik salmah jadi manja balik maklumlah dia seorang je kat umah cik salmah tu so manja berganda2...

Si mawar plak pun manja jugak dengan cik pah tp cik pah ni tegas dan displin sikit, pagi2 mesti si mawar dah depa tangan nak kat nenek pah dia...

So far pasal pengasuh ni walaupun dua orang, seorang tingkat 1 seorang tingkat 2 pastu pisah2 takpe selagi pengasuh tu ok,  balik nanti pun jumpa jugak kan..Lagipun masing2 ada kelebihan dan mawar tu bukan sembarangan org boleh jg dan alhamdulillah sepanjang sebelum mawar operate takdelah kes tersedak susu apa. Memang puas hati...

Tu sebab aku kalau g mana2 kalau beli apa2 especially makanan mesti belikan diorg sekali, sampaikan kak lin tegur banyaknya  aku beli donut, yelah 1 kotak umah cik pah, 1 kotak umah cik salmah dan 1 kotak ngap sendiri, kalau balik pahang tu ikan patin tu memang akan beli dan pengasuh memang suka pun.

Selalunya, aku akan ambik mawar, laki aku akan ambik haikal. Laki aku cite masa bagi donut minggu lepas kat cik salmah dia kata "terima kasih la ada je korg ni, acik doakan murah rezeki korang", dan cik pah plak kata  "apa lagi la ko ni, terima kasih banyak"..hehehehehhehehe. Amin makcik2.


~ haikal sekarang dah pandai buli adik dia, tengok muka haikal nakal kan, ada je dalam kepala otak dia pk nak buat apa, haih anak2. Sapa kata duduk pengasuh asing2 tak rapat :P ~


~ Tengok mana nak berenggang, nak main ikut abang dia je :) ~

Notakaki : Pengasuh diorg pun dah jd mcm nenek2 diorg, maklumlah kawan2 mak aku jugak yang jaga diorg :)

Monday, April 1, 2013

Produk dari Hansaegee Nature :)

Assalamualaikum...

Aku sangat suka pakai masker sekarang bila mana aku merasakan khasiat masker ni sangat besar bila kita sering gunakan...Perempuan mana tak nak cantik??nak2 nak sentiasa nampak cantik di mata suami kan...awwww..

Aku sebelum ni ada pakai masker dari guardian, ada member suggest produk dari daripada korea ni sbb dia sangat2 bagus...hahahahahahaha

Aku pun dah daftar kat sini dan beli masker arang itam legam ni...hahahahahaha.Hitam bukan sebarang hitam ok, kuasa luar biasa..hihihihihi:P


~ Order hari rabu, dapat tempahan hari jumaat, seronok sangat nak cuba ok!, kak lin pun aku berjaya pengaruh nak beli...muahahahahahahahaha ~


 ~ Try satu dulu kalau ok, mmg aku beli brang ni jek ~


~ Kejadian smlm, 10.30 mlm. Mawar dah tdo, haikal sibuk kacau papa dia kat bilik air, dia duk kata muka aku "ultraman", muahahahahaha. Satria baja hitam la haikal, laki aku keluar je dari bilik air terkezut tengok muka aku sambil macam jakun2 nak sentuh masker aku, hahahahahahahaha ~

~ Hitam bukan sebarang hitam, dia sejenis masker arang bila buka wah best nya muka jd glowing2 sangat, bila buka tu tak yah basuh2 @ lap2 tdo je dengan kelembutan masker tu! ~


~ Bila kulit sihat, say bye2 pada make up..skrg ni peneman setia hanya bedak dan lipstik sahaja, hoyeee! ~

Notakaki : Bila umur meningkat, kesihatan dalaman dan luaran paling dititik beratkan buat masa ini:)

Friday, March 29, 2013

4 Tahun bersama :)

Assalamualaikum...

4 Tahun aku dengan wrw 6752, dia kete pertama aku. Biarlah murah janji dapat bergerak ke sana sini, menabur bakti pada keluarga dan kete dari zaman anak dara hinggalah anak dah dua...Bak kata lin mcm2 kenangan kete lama aku ni, kete ni la berbakti masa aku nak ubatkan arwah ayah aku, berulang alik ke kl, haihh tak yah la nak ungkit apa yang kita lakukan kepada mak ayah kita sbb apa yang diorg lakukan untuk masa depan kita lagi tak terbalas kot kannn...

~ Bergambar dengan bff aku buat kali terakhir, bye2 sayang .kamu jangan nakal2 taw :P~

Kadang2 dulu2 orang dok tanya bila nak tukar kete, kami suami isteri buat dek je. Kami tahu tahap kemampuan kami dan matlamat kami masa itu dan aku bersyukur kerana suami aku bukan jenis gila kereta, kete bukan keutamaan kami masa tu, rumah untuk berteduh lagi penting dari tukar kereta.

Kadang2 kita kena upgrade benda  sesuatu mengikut kemampuan kita pada masa yang sesuai untuk keselesaan kita bersama..betul idok??

Actually hal tukar kete ni muncul bila kami dah ada umah sendiri(alhamdulillah) dan anak dan dua rasa nak tukar keselesaan, sbb memang kami ni jenis jalan jauh balik johor, pahang & terengganu tu mesti ada. Dan keadaan ekonomi rumah tangga kami dah  stabil sikit apa salahnya nak tukar benda baru lagpun wrw 6752 dah mula menunjukkan sesuatu petanda tidak baik(bunyi enjin yang sangat kuat)...hahahahahahaha

Tukar kete baru ni Win-Win situation la, laki aku minat honda (kebanyakkan laki memang minat honda), aku plak tak kisah janji MPV so kete baru ni kira tak de kalah & takde menang...huhuhuhu:)

~ Hai si biru yang tampam, sila la berbakti pada kami sehingga akhir hayat kamu :P ~