Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 11, 2013

Wordless Wednesday : Yay or Nay?

Assalamualaikum..

Sambil berangan...

Notakaki : Kaki di hati ni mula jatuh hati dengan pandora :) 

Tuesday, September 10, 2013

3 Kali Raya Di Ofis

Assalamualaikum..

Lately ni bz bangat so tak berkesempatan nak menaip se"abjad" pun...

Sekejap je dah masuk bulan islam zulkaedah, dah habis da sebulan beraya...

Ada 3 function majlis raya..

Malas la nak type, layan gambo jelah :P

 Raya MAIWP





~ Tahun ni menu bahagian kami rojak singapore ~



~ Bergambar dengan pengurus, BPP.Mungkin ini raya terakhir kami di BPP ~



~ Kumbang seekor ~



~ bahagian pembangunan dan pelaburan ~




 ~I will miss this superm family ~




~ Tahun ni kami buat baju tema ala2 penanggah gitu, border lace je ikut kepala sendiri nak warna apa ~




 ~Gerai kami simple je, tapi ok la dapat gak nombor :) ~





~ Unit Sewaan ~



 Raya BPP 




~ Memandangkan unit sewaan kena buat western kami decide nak buat spageti dan nugget, aku buat kuah je  ~




 ~Menu hari tu, by unit...setiap unit 1 menu ~


~ Semangat nak mendeco meja ~


~ Orang2 dapur, dapur la sangat ~



~ bab bergambar ober ~




~ staff2 yang akan dan bakal ditukarkan bersama2 bos2 BPP, tinggal aku dengan hanan je yang masih disini untuk sebulan mungkin ~



 ~ Paling best bila makan ramai2 kat bawah, pegawai atas smpi bawah kami semua makan di bawah bersama ~


~ Unit sewaan, semuanya bunga..seharusnya unit ni memerlukan bonzer ~


Raya penutup, Potluck BPP 


 ~Yang ni kami saja2 nak buat makan2, yang ni takde order2 tau ~



~ makan dan makan lagi ~



~ Makan dan BPP memang tak boleh dipisahkan ~


 ~pegawai2 bpp ~

Notakaki : BPP dihati ku :) 

Monday, September 2, 2013

Open House lagi :P

Assalamualaikum...

Semalam aku saja buat masak2 spageti carbonara & bolongnese, kebetulan ada kawan2 nak datang dan kebetulan khamis tu kak gayah baitumal col nak dtg ahad ni nak bg baju kat laki untuk majlis baitumal hari ni...

Sejak jadi macam mak2 ni segan la plak bila org kata nak dtg nak sediakan kuih kering, at least bagi cekodok pun rasa macam lega...



~ Ni jelah paling senang buat, saje2 post kat wassup group bpp dn ajak dtg umah ~


~ Orang dekat wajib la dtg kan ~

~ Mek nani post gambar mawar dlm fb, pastu uncle wawan kata buat open house tak ajak dia, ala wawan ai tak buat open2 house la, umah ai sentiasa open, nak dtg bgthu je :P ~


~ Tak sempat tgkp gmbr dengan geng mucha2, sofa cadar kuning haikal dah mencemarkan so kena la ganti alas baru supaya umah ni sentiasa tersedia menerima tetamu..hehehehehehehe ~

Nota kaki : Lepas ni dah tukar bahagian, umah iolss sentiasa open buat uolss ok :)

Thursday, August 29, 2013

Terlalu Excited :)

Assalamualaikum...

Hampir 1 minggu menunggu si mk, hari2 suami tanya tentang beg kot2 sesat jalan :P. Semalam si nini email bagitahu tracking number. Excited aku!

~ Laki aku punya perangai, hahahahahahah. siap tlg checkkan lagi :P ~

Cepat betul barang sampai, aku mmg suh anta opis sbb kalau kat umah takde orang kan. apa lagi :P



~ Dah sawan nak pakai ~



~ Tak tipu, seronok sangat2 :P~



~ Tq thesuppernini kerana sy puas hati dengan barangan anda :P ~


~ Semalam g dewanperdana felda jumpa diana amir, sawan dan excited aku dengan nana nak bergambar dengan dia, lawa gila dia...lawa lawa lawa 

Notakaki : Lepas ni boleh lah melawa mcm artis :P


Wednesday, August 21, 2013

Happy wednesday #Beli handbeg melalui online sehebat membida lelongan rumah #ketahuan #kantoi dengan suami :P

Assalamualaikum..

Baru2 ni aku follow ig TheSupperNini, aku memang hari2 tgk ig dia, tgk je nak beli kena pk banyak2 kali. Ig dia ni pun kawan aku si nurul asmad ni yang bagi, dia kata budak ni memang jual handbeg tak tipu memang dari us dan murah sbb dia memang selalu beli dengan budak ni, kalau ko beli butik ko akan beli dengan harga y lebih tinggi....sbb susah jugak nak caya bab2 ori ni dan aku tak pernah beli beg oversea ori2 ni selalu gred2 je, nak la jugak merasa sbb bila aku beli beg gred kumpul 2 beg boleh dapat 1  beg ori tapi kelemahan online ni dia tak banyak dan sapa cepat dia dapat...


~ Malam kelmarin dia post dlm ig dia, asmad dah ckp awal2 kalau ko mmg minat nak beli tak leh ckp nak booked ko kena bank in deposit sekali, aku sawan tgk hbeg yang aku betul2 jatuh hati ni nak2 tinggal satu je wi pftttttt sumpah aku tekad!, ini mk y size kecik dan mk aku skrg agak besar, dan penting warna ni memang aku dah aimmm lama, pfttttt
....~

Aku memang aimmmmm lama sangat beg ni, sejak kawan si asmad tu pakai. Bernanah aku nengok, hati aku tak boleh nak tipu yang aku ttp suka apa yang dia pakai, so bila idzany ni buat durian runtuh kelmarin dalam ig fikir tolak tambah kali bahagi dan aku smpi bersekang mata bayar melalui maybank2u sbb ipad buat hal loading lembap sangat transfer wang, sbb sapa cepat dia yang dapat beg tu. kalau aku lambat teransfer duit,  hb tu jd igauan aku lagi la :P

Ye memang aku baru beli 2 handbeg , MK & Furla. Tapi aku ada alasan kenapa nak beli handbeg ni dan laki aku tahu apa alasan tu setelah ketahuan dan kekantoian membeli melalaui maybank2u dia.muahahahahahahahahaha. Bila kantoi kan memang panjang la alasan aku bagi tapi berasas tau aku teringin sangat tapi kan kalau ko bercakap dengan tuan penasihat ni memang ko kalah la :P :P :P, dan telah berunding dengan anak buah belah laki aku dan dia nak 1 handbeg aku tu, so tak la membazir kan :P.Aku percaya ramai perempuan kat luar ada hobi yang buruk macam aku ni :P. Sumpah awak, kalau dapat handbeg ni 5 tahun sy tak beli lain. Ini janji!

Actually aku takut nak bgthu laki aku, aku biarkan smpi dia sedar baru aku ckp, sorry bukan bermaksud sebegitu, rakan sekongkolan penyimpanan mohor2 rahsia besar aku si asmad la.hahahahahahahahahahahaha. Sehari je bertahan simpan rahsia sbb semalam sudah ketahuan tapi dia ok je paham perangai bini dia :P.."awak ada guna maybank2u eh", aku dah berdebar "ada", pastu laki aku tanya lagi "beli apa", aku ckp beli "handbeg", pastu dia kata "handbeg lagoi??????????????????????handbeg yang awak nak sgt untuk besday tu ke", aku jawab "bukan", pastu dia ckp "handbeg yang awak like kat ig warna hijau tu ye", hahahahaha. Sah awak memang seorang lawyer :P


~ Berdebar2 aku tau, nak tau aku disenaraikan dalam reserve list ke idok, puas aku menunggu email or wasup dari dia, penantian satu penyeksaan ok. Pastu dapat email pagi td, happy sangat sbb beg tu jd milik aku, yeay babeh!!..wajib la excited 1styme ko beli handbeg obersea y ori ko!!!pastu kalu ko best aku beli kat ko je ok ! ~


~ Tq asmad buat aku membeli jugak beg sedondon dengan ko, ^_^ , sumpah mk ko lawa sangat, amboi datin pun pakai mk oren ko :P ~


~ Lagi bernanah tgk sariyanti pakai :P ~

Notakaki : Maka bertabahlah seminggu menanti kehadiran si ijooo, sumpah 5 tahun  aku pakai, tq suami !!!

Monday, August 19, 2013

Pencapaian terbaik : Menu Raya #Rendang

Assalamualaikum....

Semalam kitaorg suami isteri decided nak duduk rumah menerima tetamu datang beraya sahaja memandangkan hari sabtu lepas kami beraya dari pagi sampai ke malam. Dari sungai buaya ke selayang ke shah alam dan ke klang, sakan bukan? :)

Balik raya dari shah alam dalam kul 11.30 malam, cakap dengan suami ada nasi impit kat umah nak rebus pastu nak cuba la masak rendang :P, sambil tengok running man sangat gigih aku merebus nasi impit dan potong segala bawang, lengkuas, serai untuk membuat rendang.

1st tyme aku buat menu raya sendiri dan di rumah sendiri, merebus nasi impit dengan periuk yang kecik so kena la rebus 2 kali, so terus pk nak beli periuk yang lebih besar.

Rasa menu raya masakan mak selalu, masakan ma pun selalu tp air tgn sendiri tak pernah. Kesedaran tinggi nak belajar masakan rendang ni sbb terpk jugak kdg2 bila haikal & mawar dah besar malam raya mesti sibuk tanya mak masak apa?????.Ya allah jauh memikio :P 



~ Bahan2 yang diblend, pesanan mak kalau nak sedap rendang tu kena letak bawang banyak2 jgn kedekut bawang, bawang, lengkuas, halia, serai, kunyit hidup,  cili kering, cili api ~


~Rendang ayam kalau kita tak goreng sikit ayam cepat hancur. tq mak bagi banyak sgt ilmu :) ~


~ Sambil mengoreng ayam sambil merebus nasi impit. Nasi impit kalau nak sedap letak dlm peti ais esok baru potong. :) ~


~ Merendang dari kul 1.30 pagi sampi 03.30 pagi uolss..ya allah terus rasa mak2 kita masak malam raya mcm gini la, :) ~


~ Biasa tengok mak aku buat rendang tp tak pernah buat sendiri, ini 1st time!repeat 1st time ok! :P..Berdebar jugak org nak dtg raya jd food taster untuk aku la ye:P.muahahahahahahaha ~



~ Lodeh aku masak pagi tu sbb lodeh ni paling cepat dan tangkas main campak2 je tp kalau nak kuah lodeh ni pekat letak su'hun ni banyak sikit so kuah akan pekat..  ~


~ Pagi2 master chef dah dtg nak jadi pengomplen, hahahahahahahaha. Bangga wei dapat masak semua ni untuk mak ok :P. Mak kata tak pandai masak takpe janji ada usaha nak masak :) ~

~ Mak kata rendang ok, cuma tak pedas dan kurangkan lengkuas, yang lain ok la. Hehehehe laki aku bagi nama rendang aku "rendang sulung", setiap kali org dtg dia tukang pemberi penjelasan menu2 aku.hahahahahahaha. LOL! ~



~ Aku tak buat pun open house, sj masak2 sp yang dtg hari tu kira rezeki dia la..hehehehehehehe...Along aku pagi2 dalam wasup aku tanya aku buat makan2 sbb tgk kat ig aku, aku kata tak la aku saja2 je buat. Abang sanusi pun datang sbb hari tu raya dia tak raya kat jengka so dia dtg raya umah ~


~ Qaisara pun datang umah auntie, tq qaisara. Yang lawaknya mak jijah dtg jugak, laki aku terus ckp "habislah awak, dia bawak masterchef dia".hahahahahahahahaha ~


~ Si kimi ni sama je dengan budak2 lain, hantu tablet.hahahahaha ~


~ Qaisara & mawar seumur nanti sekolah sama2 kan2 :) ~


~ Adik beradik ni :P ~

Gambar: Mawar ambik alih hobi mak dia ; p

~ Mawar sekarang dah ambik alih hobi mak dia.hahahahahaha ~


~ Malam tu baru boleh menikmati & melayani menu raya dengan air tangan sendiri ok, sampai 4 pagi memasak rondang :P ~



~ Seronok tgk habis masakan semlm :) ~

Notakaki : Terima kasih mak dari kecil sampai ke besar bila tiba raya buatkan saya makanan sedap2 bila raya kadang2 tak raya pun mak rajin buat menu raya, memang bukan senang :)