Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 27, 2013

Jatuh Hati dengan Ephyra :)

Assalamualaikum...

Nak story mory pasal ephyra. Hari ini dah ambik paket yang ke 55 kot..belum habis kotak ke 5 la. dalam 10 paket lagi habis la pastu boleh bukak kotak ketiga..

Nak sebut pasal kulit muka tu agak payah la sbb nak dikatakan aku ni ada masalah kulit yang teruk tu idoklah...cuma kusam sikit dan ada eyeback kadang2 timbul la jerawat2 manja tu. 

Tapi dari segi dalaman memang tak boleh nafikan, memang bertenaga la tubuh badan ni. Nak2 kita ni bekerja kemudian balik rumah nak bekerja lagi kan. So ephyra sangat baik untuk tubuh badan kita.


~Ni sebelum ambil ephyra, kulit aku nak kata ok biasa2 je.nak kata teruk tak jugak kan.Tapi memang lepas kahwin aku suka produk kecantikkan ^_^ ~



~ Aku suka duta ephyra ni, dan sejak dia kawin makin manis plak..kuasa suami kot :P, nak kulit secantik dia tanpa secalit krim pun, masih dalam proses memperbaiki nya lagi,ngeh ngeh ngeh ~




~ Nah ini dia perubahan dari segi kulit la, tak ketara sangat tapi ada jugak perubahannya jugak. sbb ada org tegur aku pakai blusher ke, aku tak pakai. aku pakai serum, krim  siang ngan bedak pixy sahaja. hehehe ~



~ Tanpa bedak cuma pakai serum je, tipu la perempuan mana tak suka ada kulit y senang diuruskan. Alhamdulillah :) ~
 
~ Saya dah jatuh hati dengan ephyra dan saya akan meneruskan meminum ephyra :) ~


~ Ada seorang budak bahagian baru aku masuk ni tegur aku, sbb dulu kitaorg lain bahagian. Dia kata aku lain sangat masa mula2 masuk maiwp ni. Pastu aku tgk2 gambo lama, gambar ni tahun 2009 nak tergelak je. Tapi aku ok je, sbb muka ni la laki aku terpikat, cewah yelah sangat kan. Hahahahahahaha. Aku pun penah alami masalah kulit yang teruk dulu, aku atasi dengan make up yang tebal.so aku paham perasaan orang yang mempunyai masalah kulit muka ni. Yang aku boleh cakap, sabar dan cuba cari produk skincare yang sesuai dengan kulit muka pastu makan suppliment murah2 pun jadilah tp yang penting untuk kulit dan kesihatan dan minum air masak. Aku nak sembuhkan kulit pun bukan makan masa sebulan dua, 2011 baru kulit muka aku ok sikit. Yang penting niat :)

Notakaki : Apa pun produk makanan kesihatan yang kita ambil, kena konsisten dan sabar :)



Wednesday, November 20, 2013

Tempat baru :)

Assalamualaikum...

Ya allah lamanya tak hupdate, nampak tak kebizian di tempat kerja baru di situ:), Rasa nak update ni pun sbb tetiba ada orang tanya lamanya tak update blog.ahkak ada pembaca rahsia ghupenya :P

Baru tak baru tu dah dekat sebulan lebih jugak la aku kat sini, tempat baru seharusnya suasana baru. Kadang2 kerajaan tetapkan 5 tahun tu sbb kalau kita terlalu lama kat tempat tu pun dah tak efisyen dah kan???betul tak??main2 je buat kerja sbb dah boring dengan kerja tu, betul tak???betul kan???muahahahahahaha...

Pepatah ada berkata "dont judge a book by its cover"..duluorang kata tempat baru aku nak masukni mcm ni la mcm tu la tp bila masuk tempat baru ni best je, enjoy je. Kenal dulu baru tahu mcm ne dan baru ko nak judge2 kan, gitew....pokok pangkalnya kita ni, kalau kita pandai bawak diri kemana di letakkan pun ok je, betul tak dan yang penting jangan buat lorat kan.

Tapi bila masuk bahagian baru ni rasa canggung sikit la sbb lama tak sentuh bab kewangan ni, bila masuk rasa mcm aku praktikan apa yang aku belajar akaun dulu....cewah!!!!:P

Tak tipu keje memang terlalu banyak disini, boleh katakan ada la sehari dua dalam minggu tu aku balik lambat tp tak berapa kisah pun sbb aku ada energy dengan ephyra, tetiba!!tak de la nak penat2 balik umah tu kan dan yang penting muka tak usah nak moody kan :)


~ My new workstation, wajibnya semua barang daiso...ahkak kan peminat tegar daiso si kedai RM5 tu :P ~



~ In & Out, everyday & everytyme..hahahahaha...kerja dan kerja kadang2 tak sempat nak makan tu sbb badan ahkak kurus sikit sekrang, wah gitu menipunya di situ :P ~




~ Haruslah ceria2, kerja kat mana pun sama tapi cara kita mengatasinya kena la bijak kan.yang penting jangan bodoh sombong sbb kat sini banyak benda aku kena belajar :) ~




~ Geng wanita pulau, hahahaha sebab tempat duduk kami betul2 4 orang di sudut terpencil dan susah dikesan, hahahahahaha.termasuk si kanan kami tu :) ~






~ Antara budak2 kewangan, memang happening diorang ni...kerja gelak je dengan diorang ni.masa ni gambar minggu lps masa kursus kat langkawi ~

Notakaki : Geng lama dan geng baru tetap geng, yang penting enjoy.yeahhaaa..ok nak sambung OT :P 


Friday, October 11, 2013

Ephyra idaman hati :)

Assalamualaikum...

Agak lama tidak menyentuh blog, bukan tiada masa, tp tidak berkesempatan :P, macam2 cerita nak dikongsikan.

Sebenarnay dah lama juga saya berhenti minum cologen dari cayatlst bukan tak elok tapi kesukaran mendapatkannya membuatkan saya berhenti meminumnya.

Tapi bila tgk ramai kata ephyra ni amat bagus nak2 untuk ketahanan badan ni saya pun berfikir2 nak mencuba dan seperti sedia tahu saya memang sukakan produk kecantikan :)

Tapi yang paling mengembirakan bila suami bersetuju menaja si isteri minuman kesihatan yang saya agak berpk dan berkira2 berpuluh2 kali untuk saya membelinya sbb harganya boleh tahan mahalnya bagi saya, tq sangat sbb belanja produk kesihatan untuk saya (memang bukan selalu dia belanja pun kan :P :)....

Rasanya mesti dah ramai dengar minuman kesihatan ephyra ni kan, saya tak tahu kenapa saya nak sangat ephyra ni sedangkan banyak lagi minuman kologen lain di pasaran.berfikir2 mungkin ia salah satu produk yang disenaraikan di halalfest dan ianya bukan sekadar untuk kulit tp untuk kesihatan.

~ di pasaran 1 kotak RM197 30sachet, kalu beli 3 kotak ni dia bagi promosi RM520.00 so tahan la 3 bulan :) ~

Notakaki : Nanti bila ada kesannya baru saya kongsikan disini :)


Tuesday, September 24, 2013

Cuti-cuti Malaysia : Langkawi lagi :)

Assalamualaikum...

Hari tu suami ckp nak g langkawi ada meting katanya, selalunya kalau dia outsatation memang aku takkan ikut tp sbb dia kata ada meting sahaja so aku ikutla, dia meting jumaat malam sahaja so boleh sambung sampai ahad. Lagipun aku suka langkawi, cuaca elok, pemandangan nyaman, suasana aman sesuai untuk anak2 berjalan. AKu memang berjalan tak pk aku, aku pk keselesaan anak2 aku.

Masih teringat2 lagi masa  Cuti2 Langkawi rasanya lebih kurang dua tahun yang lepas.


~ Flight jam 08.30 pagi. so dari rumah kami gerak dalam 05.30 pagi anak dara ai dah siap2 mandi ok, dia paling ecxited.ngeeeee ~



~ Sampai2 KLIA dalam jam 06.45 pagi, so just nice la. Solat2 dan terus check in ~


 ~ Gelagat mereka:) ~




~ Ai like MK, aku gila dengan MK. Aku rasa mk sangat berkualiti tinggi...erm.hahahahahahaha :P ~



~ Aku tak dapat tempat sebelah suami dan haikal sbb tiket aku dan anak2 suami beli sendiri bukan melalui opis, so masa check in tak dapat tempat sekali, tapi bukan masalah besar pun dan mawar siap tdo lagi :) ~



~ Sampai2 langkawi dalam kul 10.30 pagi, terus g check in hotel makan2 dan rehat sbb penat tak tdo dan turun petang tu untuk beriadah di bawah, nampak tak kegembiraan mawar di situ :P ~



~ Swimming pool dia best gila ada gelongsor bagai ~


~ Petang tu keluar jalan2 cari makan la sbb malam tu suami ada meting so rehat di bilik shaja malam tu, simpan kuasa sebab esok nak shopping habis2an :) ~


~ Pagi2 sabtu dah terpacak kat cable car tu, i like fashion! :P ~
 ~ Ok sejujurnya aku gayat sikit, masa dulu aku g ngan haikal cable car ni ttp, betul la orang kata budak2 baya haikal ni baru seronok bawak dia jalan2 bukan apa masa dia g dulu dia tak seteruja mcm sekarang, seronok tgk dia seronok :) ~


~ Serius langkawi sangat panas ~




~ Hahahahahaha ~




~ Terlalu panas, kesian haikal. So decide tak nak duduk lama2 kat sini ~



~ Masuk taman burung dahulu, best kat sini. Sejuk je. RM 15 per person :) ~



~ Rugi tak ambil gambar di sini, cable car aku sebat kat sini pun aku sebat, bila tengok gambar mcm ni teringat kan masa tu aku mengandungkan mawar :P ~




~ Berdua, berempat lebih baik :) ~



~ Mawar tido bangun tido bangun..hahahaha ni bangun balik :) ~







~ Inilah cewek sah suami saya :P ~




~ Haikal memang suka bird, angry bird :P ~


~ Nak melekap kat boyfriend dia je mawar ni :P ~



~ Haikal memang minat bird so dia terlalu teruja bila masuk sini ~




 ~Dia suh bird terbang :) ~



~ Selesai hari ini, shopping, cable car & wild bird park, balik hotel. malam kang sambung balik :P ~




~ Boyfie2 saya :) ~








~ Nite walk @ Pantai Chenang , Kimono dari colourcyle ~



~ Jalan2 shopping lagi di pekan kuah, siang malam shopping :) ~



~ Balik jalan2 baru g makan, kalau g pulau langkawi tak sah la tak makan seafood best2, heaven :) ~



~ Pagi ahad, ke aquaria plak... saja pilih flight malam ahad so boleh lama2 lagi di langkawi, heee ~






~ Bergaya dukung anak dara dia yang sibuk memunggah tong sampah.hahahahahaha ~








~ Balik tu singgah lagi shopping di langkasuka, bukan main bermain dengan anak2 mat saleh budak2 ni ~


~ Petang tu singgah chenang lagi, shopping kali terakhir. hahahahaha ~

~ Petang tu lepak dulu minum2 dengan makanan langkwi sebelum balik ~


~ Nasi lemak dia sedap gila wei ~


~ Ok mawar kita nak gerak balik kl dah :( ~


 ~ Dua beradik bermain di airport langkawi sementara tunggu check in dan berlepas pada 10 mlm ~


~Sikit je ni :P ~



~Yeay balik boleh duduk sama2 ~


~ Nite View, mashallah :) ~

Notakaki : Hari ni suami terbang ke langkawi lagi...