Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 17, 2010

Khalish kena demam kuning @ Jaundis


Erm , kelmarin khalish g check up....mesti pelik kan bukan cukup sebulan lagi kan nak g cucuk...khalish bukan  cucuk tapi g check up jaundis nya....alhamdulillah takde pe dan paling menarik khalish dah semangat, 3.77kg!!!!!!!!!!......terkejut mama khalish dah semangat sangat ni, alhamdulillah ya allah =)

05 Disember 2010 ( Hari Ke-3)

Aku dan khalish boleh discharge dihospital....3H2M jugak kami sekeluarga berkampung dihospital....

06 Disember 2010 (Hari Ke-4 )

Hubby aku pergi report kelahiran khalish kat klinik kerajaan ibu & anak....once bila kita dah report, nurse akan datang ke rumah untuk lihat ibu&anak...sangat bagus bukan.....nurse datang check aku dah ok, tapi khalish dia kata kena kuning so kena refer hospital......

Jadi kami membawa khalish ke hospital, bacaan jaundis nya 12.6, kesian khalish ngagis2 kena cucuk kat hujung jari kaki, aku maintain padahal nak ngagis tgk khalish tak sihat =(....doctor kata tak tahan pun takpe, tapi better tahan sebab takut naik....pastu nurse kata anak awak kena tahan wad....tibe2 air mata keibuan ni jatuh melimpah2 depan kaunter pendaftaran tu.....sedih la, anak sulong..berjurai2 air mata ni masa menyusu kan khalish kat  nursery sebelum balik tinggalkan khalish sorang2 & dia seakan2 paham tgk mama dia sedih nak tinggalkan dia =(, smpi kan nurse kat situ kata jgn la ngagis kak...siap pesan kat laki aku jgn bg stress...huhuhuhu...sedih la, kena tinggal pastu kena balut bawah lampu tu takpelah untuk kesihatan dia jugak...at least aku kena bersyukur, tgk baby lain ada lagi terok....masalah jantung la, otot la....kesian sgt tgk baby2 tu..

Masa tu takde beli lagi set breastpump lagi, cuma beli botol untuk simpan susu, boleh tak?hehehe....manual pun tak beli, elektrik pun tak beli...nasib la angah punya penyelamat keadaan....malam tu aku berusaha pump susu untuk si khalish.....so boleh papa dia hantarkan susu untuk dia minum....tu la 1st tyme aku pump susu, macam tak sangka susu boleh sebanyk tu untuk perahan pertama....mungkin otak aku terlalu pk kan khalish.....tengah2 pump pun boleh menangis....


~ TQ angah sebab bg pinjam & ajarkan pakai breastpump ni, sangat brjasa ok ! ~


  ~ Alhamdulillah ya allah yg permudahkan segala urusanku ~

Sepanjang 3H2M jugak la papa ke hospital ulang alik bagi stok susu kat khalish, dan mamanya akan bagi BF pagi tengah hari.....

08 Disember 2010 (Hari ke-6)

Bacaan jaundis khalish dah turun 10.4, maka khalish dah dibenarkan balik...alhamdulillah, seronok sangat...nurse kata kea banyak BF kat khalish untuk turunkan lagi kuning dia tu...

15 Disember 2010 (Hari ke-13)

Alhamdulillah, khalish dah makin sihat, harap2 tak berbalik kuningnya...3.77kg sekarang berbanding ketika lahir 2.98kg =)


Notakaki : Setelah menjadi ibu, baru la tahu bagaimana betapa sayangnya ibu kepada anaknya....betapa berbagai dugaan perlu ditempuhi selepas ini....

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)