Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 5, 2012

Alhamdulillah, lepas rindu :)

Assalamualaikum..


Pagi ni tgk FB, tgk page sepupu hasben, ada gambar mak dan keluarga mentua!!!.....rindu kat mak....dapat jugak tgk gmbr terbaru mak, lepas rindu :)


~ mak dan keluarga mentua ~

Notakaki : Mak jgn risau ye, anak bongsu mak hari2 uda bagi makan :)

Rakan bilik tidur masa PUO kawin :)

Assalamualaikum...



~ Gambar lama wei, nak tergelak aku tengok la :P (tak silap aku tahun 2006 kot :P)....zaman dolu2,hahahaha, timah muka tak boleh blah :P, yang kawin tu si cantik baju biru tu la :) ~

Setelah macam2 dugaan yang datang akhirnya kahwin tanpa tunang2, tak yah sakit2 kepala nak pkkan cik zura :P, ye dan juga sabtu lepas dapat jumpa mak buyong2 kesayangan aku :)



~ Haikal ni dengan sapa2 nak manja skrg...:) ~




~ Nasib la kau aina tak alah sangat, aku dengan timah boleh gelakkan aina sbb kitorg dah habis alahan, nakal tak kitaorg :P ~



~ Cik tim, jgn buat muka pelik camtu eh!, hahahahaha, kitorg makan punya la lama, suami2 semua dah dok tepi padang tahu sgt kalau bini2 diorg ni kalau bertembung banyak cite nak di citekan :P ~



~ Seriusly warna pelamin ko cantik mek!!, dapat jumpa nage je yang lain awal sgt dtg :) ~



~ Dan juga asmad rakan bilik aku jugak dulu, makin cantik ko mek!!! ~


~ Dan lastly, Alhamdulillah aina pun dah preggy...jg kandungan elok2 tau....i luv my mak buyong geng :P ~


~ Haikal dan papa masa kenduri ahadnya plak...fuh banyak kenduri cuti sekolah ni ye :) ~

Notakaki : Ahad tu pun ada classmate PUO kawin tapi tak dapat g sbb banyak sgt kenduri ahad tu...apa pun selamat pengantin baru pada semua ya :)

Monday, June 4, 2012

Nasi Lemak Sambal Telur Puyuh & Udang masak lomak :)

Assalamualaikum...

Wah bestnya hari isnin cuti...hari ini aku & hasben cuti  saja nak rehat kat rumah manis rumah, lagipun nak cucuk haikal 1 tahun setengah.

Bila cuti ni boleh la pk nak masak, mula la nak pk nak makan pe sarapan pagi.Nak beli nasi lemak rasa mcm rugi, kalau sedap takpelah jugak, ni 1 bungkus rata2 RM3 sebungkus kalau nasi lemak berlauk..aku & hasben suka makan telur puyuh, kalau beli nasi lemak kalau aku lauk telur puyuh dia pun nak sama, kalau beli telur puyuh baru RM 5/30 biji ha pastu makan la puas2!.so terfikir nak buat nasi lemak :), tanya hasben ok tak masak nasi lemak esok???...hasben kata "OK".

Pagi2 tadi terus semangat nak masak nasi lemak ok!, 1st tyme ok masak nasi lemak, sambal2 ni aku dah "expert" dah :P


~ BAHAN2 MASAK NASI LEMAK SIMPLE ~
1. Beras
2. Santan kotak (santan segar habis) tp sedap jugak!
3. Daun Pandan
4. Garam


~ BAHAN - BAHAN SAMBAL TELUR PUYUH ~
1. Telur Puyuh 
2. Bawang Besar & Bawang Putih (bland)
3. Cili Kering (bland)
4. Sos cili & sos tomato
5. Gula & Garam



~CARA MEMASAK NASI LEMAK SIMPLE~
1. Rendam beras dengan air dan santan
2. Letak garam & daun pandan
 

~CARA MASAK SAMBAL TELUR PUYUH~
1. Tumis bawang
2.Tumis cili kering
3. Letak Garam & gula
4.Letak Sos cili & tomato


~ Tada!, makan ulang2 kali ckp ko, puas hati!.Adik aku siap bawak kawan dia plak pagi td, haikal pun suka je makan nasi lemak mama dia...:P ~

  
~ Lepas siap masak, bawak si haikal jalan2 depan rumah sementara papa, paksu & kawan dia sarapan pagi ~


~ Suka haikal dapat lepas :) ~


~ Jom sayang balik, nanti nak date dengan doktor plak :) ~

Malam tadi sebenarnya teringin2 sangat nak makan udang masak lemak dengan belimbing buluh, merata petang tadi aku & hasben cari belimbing buluh tapi hampa, so masak jelah dengan sayur yang ada...


~BAHAN2~
1. Bawang Merah, bawang putih, Halia, Kunyit & cili api
2. Santan segar
3. Udang, serai & asam keping (kalau ada belimbing buluh tak yah letak)

~ CARA2~
1. Tumbuk bahan2 1 sehingga lumat
2. Panaskan air hingga mengeleggak kemudian masukkan bahan yang ditumbuk
3. Masukkan santan (kalau guna santan segar kena selalu kacau)
4. Masukkan udang, serai & asam keping
5. Masukkan garam
6. Masukkan kacang panjang


~ Siap untuk dimakan :) ~ 

Notakaki : Juri masakkanku Hasbenku:)

Saturday, June 2, 2012

Mee Goreng ala2 Bhonda :)

Assalamualaikum,

Banyak2 mee goreng aku paling suka mak aku yang buat, hasben pun mengaku mee goreng mak mertua dia sedap :P

Hari tu suami dah puji mee goreng bini dia sedap hehehehe, tetiba tekak rasa nak makan mee goreng plak....dah bosan makan roti canai & nasi lemak je pepagi :)..cara masak dia sama je dengan keatiaw goreng...


BAHAN-BAHAN
1 Paket mee
Bawang besar, bawang kecil & bawang putih diblend
Cili Kering diblend
Sos tiram
Kicap
Sos Cili
Sos Tomato
Udang & fish ball 
Limau kasturi
Garam & gula

CARA-CARA
Tumiskan bawang terlebih dahulu
Tumiskan Cili kering sehingga garing
Masukkan garam & gula
Masukkan air, ikut tahap kebasahan masing2 :)
Masukkan so tiram, sos kicap, sos cili & sos tomato
Masukkan air perahan limau kasturi
Masukkan udang, ayam, kek ikan dll
Masukkan mee


~ Tara!!!!!!!!!!mee goreng ala2 bhonda :) ~
 
Notakaki : Tengah hari ni tak yah pening2 nak masak apa, sbb nak g makan nasi minyak..daaaa ~~~~~~~~

Percubaan pertama memasak kari ayam :)

Assalamualaikum,

Semalam masa tunggu waktu asar di bilik solat, termenung dan terfikir2 nak masak apalah malam ni...kat dalam fridge ada ayam, erm....nak masak sup ayam baru je buat, ayam masak merah macam dah muak...terus bbm hasben "malam ni masak kari ayam ok tak?", hasben balas "ok":P....hasben tanya " boleh ke nak masak kari ni", aku jawablah "tak cuba tak tahu, kalau tak sampi bile2 tak pandai masak kari :)"

BAHAN-BAHAN
Bawang besar dan bawang putih
Bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis
serbuk kari 
cili kering
santan segar
asam jawa
garam
ayam
kentang & tomato

CARA MEMBUAT
1. Blande bawang besar dan bawang putih, kemudian tumiskan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau.
2. Masukkan kari dan cili kering,tumis hingga garing .
3. Rendam asam jawa dengan secawan air.
4. Masukkan ayam kemudian tutup sementara hingga bahan sebati.
5. Masukkan santan.
6. Masukkan kentang dan garam, biarkan sehingga kentang empuk, campur air ikut tahap kesukaan masing2.
7. Masukkan tomato


~ Tada, luaran dah nampak macam kari dah :P ~


 ~ Mula2 ingat nak goreng sayur, hasben request nak telur goreng dengan cili potong :), siap makan malam kami sekluarga, alhamdulillah :) ~


Nota kaki : Hasben kata "LULUS" kari ayam pertama aku dengan menaikkan ibu jari dia...yeah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mamy & Baby Expo @ PWTC ~ 01-03 Jun ~

Assalamualaikum...

Asal ada expo je kat pwtc kalau memang aku berminat mesti pergi, nak2 baby expo...niat di hati nak balun beli semua barang2 yang aku dah list untuk HM2 ni :)


~ Expo ni kat hall 1 sbb hall 2 ada renovation expo ~


~ Antara brand2 yang ada, abaikan minah kat sebelah tuh :P ~


~ ada butik mum dreams, nak cr baju bf ke, pump ke, ada kat sini ~


~ Tipu lah kalau bila Dr. maklumkan anak bakal lahir ni perempuan, mamanya wajib rambang mata dengan warna ini :) ~



~ Mak buyong sibuk memilih baju ~



~ Ini je yang dapat rembat, niat nak beli pampers, tilam, pencuci tp banyak brand takde la :( ~


~ bedung dan barut untuk adik ~


~ Si abang tolong mama kemaskan barang si adik :P ~

Notakaki : Masih berkesempatan lagi bagi sesiapa nak pergi ke expo ini :)

Friday, June 1, 2012

Nikmat "sakit perut" pada hujung kehamilan:)

Assalamualaikum...

Semalam seharian aku sakit perut, macam orang nak bersalin tu.20 minit dtg dan pergi sakitnya, masa sarapan tu diorg kata mcam tanda nak bersalin, better pergi check kat hospital.Terus je col hasben ajak g hospital pagi tu, sebab tak reda2 sakitnya...

G hospital nasib ruang sakit puan tu tak penuh, scan & jumpa doktor pun cepat je.Doktor kata mungkin disebabkan air ketuban dalam perut yang sangat banyak sbb baby tak besar lagi, masa anak 1st aku tak rasa mcm ni sbb dulu takde ruang sekarang dah ada ruang hasil buatan abang dia, so itu normal....mungkin kena banyak rest masa akhir2 ni.

Doktor terus buatkan 4D untuk aku, terus baby kata "tengok pipi baby awak tembam, dia tengah tdo nyenyak tu!!!!!!', owh iye memang sangat tembam, aku terus rasa hilang sakit perut tengok baby, ya allah besarnya kuasamu....hasben pun excited tengok anak dia...nikmat sakit tu tak setanding dengan nikmat dapat melihat baby dalam perut ni, ya allah, ya allah, ya allah!!!!

Masa anak 1st tak berkesempatan buat 4D, baru sekrg dapat buat 4D...alhamdulillah ya allah....tapi best jugak kena talbiah dengan doktor pasal aku malas makan "kalsium"!panjang bebelan dia, tq doktor :p

Notakaki : Hari ni ada expo baby & mummy kat PWTC, wajib pergi nak borong barang2 adik haikal...takut tak sempat dah(boleh cari pinky2 :) )