Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Bapa :)

Assalamualaikum...





Actually tak tahu pun hari bpe ni berapa hari bulan, sbb hari2 kot boleh celebrate hari bape, ye dok???:P, ikut lah masing..tapi aku still nak wish hari bapa kat arwah ayah, bapak mertua dan papa kepada anak2 aku ni dan kepada semua bapa2 di dunia ni :)

Sape2 akan sayang bapaknya, betul tak?????...sama jugak macam aku, aku bersyukur dianugerahkan ayah macam ayah, ayah mertua macam tok wan dan papa kepada anak2 aku mcm papa haikal...

Kadang2 papanya lebih cerewet & lebih teliti menjaga anak dari aku, papa yang sangat sempurna di mata aku:)....bersyukur sangat  sbb anak2 aku dianugerahkan papa macam suami aku tu...anugerah tuhan paling indah buat aku, terima kasih ya allah:)

Notakaki : Selamat hari bapa papa, kami sayang papa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Resepi Ketupat Sotong Tok Ma :)

Assalamualaikum...


Hujung minggu lalu balik ke jengka, saja melawat tok ma & tok wan sebelum bersalin ni :)...pastu semalam tok ma teringat ada sotong dalam peti so nak la buat ketupat sotong, dengan laju hasben aku cakap "ha pza nak belajar buat ketupat sotong tu"...memang nak belajar pun sbb hari tu mcm teringin nak makan masa tengok FB sepupu hasben...



Ketupat sotong ni makanan tradisi orang pantai timur...ma kata orang2 dulu banyak sangat sotong so cipta la ketupat sotong ni....hehehehehehe:)

BAHAN2
Sotong segar
Santan Segar
Tepung Beras
Garam
Batang Lidi


CARA2

1. Bersihkan sotong dan keluarkan kepalanya(jangan buang kepalanya)
2. Bersihkan beras pulut, rendam dengan santan dan campurkan sedikit garam


3. isikan beras pulut yang digaul dengan santan & garam
3. Kemudian tutup kepala sotong dengan badan menggunakan lidi supaya kepala tak tercabut 


4. Masukkan kedalam periuk berisi santan dan kemudian rebus sehingga airnya kering


5. Setelah kering boleh dianggkat dan dimakan.

Notakaki : Ma kata ada sesetengah orang suka (terutama org kelantan) suka berkuah dengan gula melaka tapi ma tak suka manis2..so macam ni jelah resepi nak buat ketupat sotong, memang mudah tapi sebenarnya kena pandai sukat beras & santan takut terlebih beras atau beras tak masak...tok ma kata ni kegemaran tok wan tapi aku pasti ni kegemaran anak bongsu dia jugak :P

Resepi : Che mek molek :)

Assalamualaikum....

Minggu lepas bgthu mak, "mak jom kita buat che mek molek nak??uda tengok dalam buku resepi mcm senang je :P", mak aku pun tak pernah buat che mek molek...aku ni lagi la, mana penah buat kuih tradisional so bile dengan mak confident la sikit :P

So jumaat lepas cari ubi keledek nak buat untuk minum petang, 2 biji baru RM1.50 :)

Bahan2
2 Biji ubi keledek (hidangan untuk 2-4 orang)
Tepung Gandum
Gula Putih (untuk dibuat inti)
Minyak (untuk mengoreng)


~1. Rebus ubi keledek sampai empuk ~


~2. Lenyekkan ubi keledek tu dan masukkan tepung gandung sikit demi sedkit (jangan banyak sangat nanti tak sedap) ~


~ 3. Kemudian uli sehingga menjadi doh dan leperkan dengan tangan dan letak gula ikut selera kemanisan masing2, dan bentukkan menjadi bujur ~


~ 4. Taburkan sedikit tepung sebelum letakkan che mek tadi ~



~ 5. Kemudian gorengkan dalam minyak yang panas ~




~ 6. Sentiasa terbalikkan supaya tidak hangit ~



~ 7. Siap untuk dimakan, puas hati ko!...sedap tu dihidangkan dengan kopi panas...umpppppp ~



Friday, June 15, 2012

Check-up HMII @ 34/36 Weeks :)

Assalamualaikum dan alhamdulillah...


~ Mama Wan Khalish Haikal yang masih segar bugar, alhamdulillah :) ~

Semalam jumpa dr. kaedah smlm, doktor kata scan 34 minggu tapi kiraan 36 minggu tapi dia suh standy je awal bulan 7, period tak teratur maklumlah sbb sebelum ni kamu bf.saya tak kisah la dr. janji cahaya mata ini lahir dengan selamatnya, amin :)...

Sekarang HMII makin aktif, kalau lepas dinner kalau baring2 tu berenang2 dia dalam perut mama dia, smpikan hasben gelak je tgk HMII tendang2...tadi pun masa ada perbincangan dok menendang2 dalam perut, hahahahahahaha (suka ye topik wakaf & zakat tu honey madu mama :P)

Perkembangan Bayi Minggu 34
Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna.
Nota Hamil : Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasaan dan emosi pada peringkat ini.

Perkembangan Bayi Minggu 35
Tulang kepalanya lembut dan mudah lentur. Manakala kulitnya mula berubah menjadi kemerah-merahan. Kini, dia tahu waktu tidur dan berjaga.
Nota Hamil : Banyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.

Perkembangan Bayi Minggu 36
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Jika berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Itu adalah tanda kandungan anda semakin mencapai tahap matang. Bayi mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan.
Nota Hamil : Pernafasan kini menjadi semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.
 Notakaki : Check-up berikutnya lagi 2 minggu, nanti dr. pantau lagi perkembangannya...ya allah seronoknya sambut bulan ramadhan yang sangat dimuliakan kali ini dengan rezeki baru ni :)

Mak buyong yang teriningin makan "sambal goreng nenek" :)

Assalamualaikum...

Mentang2 mak dekat, anak kesayangan yang sarat mengandung ni mula la nak mengidam itu ini...owh #matakeatas#:P...Kelmarin kata kat mak "mak teringin sangat nak makan sambal goreng mak", muka konon2 macam orang nak bersalin esok lah....hahahahahahahaha :P

Dengan pantas semalam nenek haikal ajak buat sambal goreng...sukasukasukarasanaklompattinggi2:P...sebenarnya nak buat sambal goreng ni  senang sangat tapi nak sediakan bahan2 nya renyah(remeh).

Bahan2 



1. Bawang merah satu ulas & bawang putih 3 ulas dan hiris nipis2 (mak kata kalau arwah ayah dulu suka letak bawang banyak2) 



2. Cili merah & cili hijau (hiris nipis2)
3. Kacang panjang


4. Udang
5.Kobis
6.Petai


7. Su'un (Goreng dulu)
8.Tauhu kering (goreng dulu)
9.Tempe (goreng dulu)
10. Tauhu (goreng dulu) 

CARA2 MASAK
Panaskan minyak, minyak letak banyak sikit
2. Tumiskan bawang yang dihiris
3. Masukkan udang
4. Masukkan cili merah&hijau, kobis, kacang panjang, petai
5. Masukkan su'un goreng, tauhu goreng, tauhu kering goreng & tempe goreng
6. Masukkan garam secukup rasa
7.Siap!!!!!


~ Sambal goreng nenek & ikan bawal masak sambal (masterchef aku adalah mak aku, masakan yang tiada tandingan!!!!)...sambal goreng ni punyalah aku suka sangat2 makan boleh je ratah macam tu habis satu pinggan ni tau :) ~

Notakaki : Hasben tanya kenapa panggil sambal goreng???takde sambal pun...hehehehe, orang johor memang panggil lauk ni sambal goreng...selalu lauk ni nenek masak tyme raya wooooooo!


Thursday, June 14, 2012

Nasi Goreng Seafood pemudah cara :P

Assalamualaikum,

Makanan lagi, dan lagi....:P, semalam tanya hasben la nak makan pe.Dia kata macam kenyang & goreng nasi jelah...dalam peti ais ada telur rebus dapat masa kenduri kahwin boleh la buat sambal telur lawan nasi goreng seafood mak!


~ Sambal telur ~


~ Hahahahahaha, hasben kata mcm mickey mouse:P ~



~ makan malam kami berdua yang sangat pemudah cara:P ~

Pak Arab Cilik =)

Assalamualaikum....

Rezeki dari orang2 balik mekah :), alhamdulillah dan terima kasih sangat2 pada semua pemberi....hari2 dapat makan kurma, kismis & kacang pandai :), aku ni dah la gila kurma....




~ Mama, uncle jep kata macam "imam muda" :P, auntie sya kata "waraknya", amin sayang :) ~



 ~ Boleh ikut papa g surau la pasni :P ~



~ Ok baju ni mama suka sangat2, tapi macam pakistan plak :P ~




~ Dia mula menyabutkan kopiahnya :) ~



~ Ha,suh bukak la tu.terima kasih nenek :) ~