Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Thanks Papaye :)

Assalamualaikum...

Actually entry yang lama tertangguh, bile ingat jd lupa, bila lupa update cite lain plak, lawak2 baru bersalin sekali je puan pza, urat putus sana sini plak...

Hari tu haikal kena masuk ward sbb kahak yang terok, actually kami mintak buat ulang alik tp doktor tak berani nak bg haikal balik...memandangkan minggu sebelum tu aku ambik cuti untuk menjaga haikal kena campak so papanya setuju nak menjaga dia plak ketika di hospital, cuma malam aku akan bergegas la ke sana...actually tak delah teruk mana dan alhamdulillah dah sihat kini :)

Thanks a lot papa sebab ambik cuti jaga haikal 2 hari di hospital :)


~ Manja dengan papaye nye :) ~

~ Alao2 abang long :) ~

~ yeah, gembira je dia !~

Notakaki : Papa la haikal, bukan papaye, dah bunyi macam papaya :P

CheckUp HM2 - 19 Minggu :)

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang perasan aku kurang bercerita tentang HM2, tapi bile diajukan soalan ini dengan orang lain jawapannya "normal" la tuh...bile kita ada pengalaman dan yang pertama mesti terover sedikit, itu biasa....:), sebab ceritanya lebih kurang sama.

Tapi pembawakan kali ini agak berlainan, biasalah tu kan. HM2 ini aku agak kurang selera makan, pagi2 pulak pasti muntah2 tp takde lah teruk sangat, alhamdulillah...dulu bila ingatkan masa mengandungkan haikal, selera makan hebat!!!, mengidam pun macam2..hahahahahaha, aku rajin keluar JJCM tapi suami pasti paham makan setakat 3, 4 suap...

Alhamdulillah HM2 baik2 sahaja dalam perot mama dia walaupun abangnya rajin menjadikan perut mama dia macam kuda :), dan nak tahu haikal rajin selak baju di bahagian perut & bercakap dengan HM2, pelik tapi comel....letakkan kepala dia kat perut mama dia...hahahahaha...abang2 :)

Jantina?????????doktor pun tak tahu...katanya masih malu nak tunjuk pada doktor:)

~ Aku di awal 5 bulan :), alhamdulillah :) ~

Notakaki :Agaknya angan2 tu boleh jd angin2 ke :P

Monday, February 27, 2012

Peristiwa 25 Februari 2012

Assalamualaikum..

Memanjat kesyukuran dan bisa mengucapkan alhamdulillah, musibah kecil sabtu lepas...betullah kata orang, kemalangan ini tak dapat dielak, ketika itu rasa kaget sebentar, nasib masa tu tengah pegang haikal...yang dirisaukan orang dalam kereta, setakat kereta itu apalah sangat...tp disebabkan kecuaian cina tu jd semuanya harus dia tanggung...malam tu terus suami ajak g klinik risau ada apa2 yang terjadi pada kandungan ini & si isteri mengadu pening2 kepala, alhamdulillah setelah discan adik haikal bergerak seperti biasa, degepuan jantung pun ok, uri tak tertanggal, cuma bdn mummy dia ni bengkak sikit, tapi alhamdulillah tak lah teruk mana....yang paling2 penting haikal & adiknya tiada apa2, alhamdulillah.

Sabtu tu pun sambut besday Mohd. Danish Hakimi yang ke-3 tahun sekali dengan pakcu nya....makin membesar anak2 buah mak uda ni....:), tengok haikal pun happy go lucky je dengan sepupu2nya so memang dia takde pape masalah, yelah takut dia terkejut ke apa kan..hadiah kimot pun mak uda tak sempat beli, nanti mak uda bagi ye :)


~ Budak2 memang enjoy dengan kek aiskrim ini, tak diragui lagi :) ~


~ Haikal, jangan sentuh kek abg kimi tu :)~


~ Macam biasa, kalau celebrate bufday ni semua nak tiup lilin :)~


~ Haikal tak tentu arah tu, baik aku angkat sebelum dia rosakkan kek orang :) ~


~ Nana nak potong!!!! ~


~ Ni baru betul bufday boy :) ~


~ Celebrate sekali ngan pakcu dia :) ~


~ Rambut haikal dah macam rambut papaye dia (panggilan dia kat papa dia), lawak je kitorg dengan ~


~ Hahahahaha, nak jugak! ~

Notakaki : Esok follow up check up HM 2, masih belum menunjukkan jantina:)

Thursday, February 23, 2012

Langsir Teratak Comel...Yeay!

Assalamualaikum,

Ini la akibat bile beli langsir bila rumah dah siap, jangan la ko nak excpect dia boleh siapkan dalam masa 2,3 hari je...hehehehe:), itu pun night curtain yang siap dulu, bila dipasang2 rasanya day curtain tu tak dok pun takpe....hehehehehehehe:)

Dah lama tak jumpa cik lin, so bile ada kesempatan haruslah berjumpa, dia pun nak tengok teratak rumah baru kawan dia ni...takpe lin, umah aku masih dekat dengan umah parents ko:)

Aku ni tak de lah terror sangat bab hias2 rumah, tapi aku rajin baca blog eric leong, dia kata langsir perlu sama colour tak kisahlah samada cair atau pekat sedikit dengan warna cat dinding dan jangan sedondonkan dengan perabot...tapi aku ni tak kisah sangat kadang2 suka sangat sedondon2 ni, tapi kadang2 terikut2 jugak cakap si botak cina ni :P. tapi aku belasah je satu warna satu rumah, malas nak pk2 ikut bilik ni....hehehehehe:)


~ Day curtain kat living hall je siap...:)~


~ Si lintot, thanks lin...~


~ Kena betul balik tu, terlebih sudah :P, langsir ni sampai raya aku pakai..hahahahahaha~


~ Ehem, rasanya tak yah ada day curtain pun takpe, bo simpan pakai nanti plak...yang penting langsir ni murah, kainnya tebal dan cantik tu buat aku puas hati...hehehe betul tak kak shasya:P ~


~ Gambar kasih sayang...hahahahaha:)

Notakaki : Bila dah pasang lampu banyak2, tak rasa pekat plak warna feature wall aku, takpe 2,3 tahun nanti suruh la si suami tukar warna plak, bukan susah pun :P

Tuesday, February 21, 2012

Team Building BPP :)

Assalamualaikum,

Baru kesempatan meninjau2 blog orang lain, semalam sambung cuti akibat dek kepenatan tak dapat tdo malam kat team building tu (cite lawak, malu nak cite :P, biarlah rakan sebilik je tahu).....

Team building BPP dni aku nengok dah mcm family day dah!pergi sana bersuka ria, maklumlah BPP ni campak la ke tempat mana walaupun tak best mana (lembah azwen) tetapi event tu tetap best gile, aku pun tak paham betul ke ni kursus team building???hahahahahahahaha...bile tengok gambar2 yang diambil terus mengukir senyuman, teringat saat2 gembira kat sana...3 hari 2 malam cukup bermakna bagi semua kakitangan BPP, overall program memang best sangat!....gambar yang diambil terlalu banyak, memandangkan mood nak menulis takde, so nak letak gmbr banyak2 sampai muntah hijau(rasanya ini 1st entry gambar paling banyak, so ada gmbr tak sempat nak ulas, layan jelah smbil gelak2)...hahahahahaha:)

 ~ Dalam bus pun harus posing:) ~


~ Sampai2 pun kena posing jugak :) ~


 ~ Dalam kelas, BPP ni g team building tak tahu apa motif :P ~


~ Aktiviti ni best, kalau la pasangan anda tak bekerja di MAIWP, apakah pekerjaan dia..nak tahu mak diteka keje apa????~


~ Hahahaha, budak2 opis pun tahu  hobi mak ni...i luv JJCM :) ~


 ~ APa lah masalah ko ni mazli???~


~ Kita minum dulu ~


~ Big bos & fasi ~ 


~ Ni group aku untuk TB tu, 5 orang ibu mengandung ok!...kesian group kami :)~
 

~ Untuk malam pertama cuma indoor je, esoknya baru total outdoor :) ~


~ Pagi2 semangat ni nak buat outdoor :)~


~ Gambar dulu baru bersenam :)~
 

~ Kesian makcik2 kat depan ni, hehehehe..sorry kak cc & kak shila :P~



~ Untungnya menjadi ibu mengandung :)~


~ Gigih betul :P ~


~ Peace yaw!~ 


~ Dah nampak perut mama :)~


~ Kita minum dolu ~





~ Kita mulakan dengan acara membuat bangunan mengunakan straw :)~


~ Muka je yakin lebih :P~



~ hehehehehe~


~ Excited ok~


 ~ Ni over sangat nih~


~ Kumpulan 2 ~

~ Kumpulan kami, acara membaling telur, jgn kata org lain, kitorg pun tak yakin dengan bangunan kitorg :P ~


~ Kumpulan 3, untunglah~


~ Rehat jap...mengah ok!~


 ~ Kumpulan 4~

Bermulalah acara outdoor, walaupun hujan tetap redah...enjoy sangat...









~ Ibu2 mengandung dikecualikan, mula2 duduk kat dewan, tp tak tahan nak tengok jugak, hujan pun hujan la...enjoy beb!!~

















~ Hari last hanya dalam kelas, sebelum check out tgh hari dengan masing2 tak sabar nak balik jumpa keluarga :) ~


 ~ Group kami :), terus aqiqah hamper kat situ jugak :P~




 ~ BPP, bahagianku syurgaku :)~


Notakaki : Letih ok nak pilih gambar mana, berpusing mata aku!!!hahahahaha., apapun team building BPP memang best, sbb anak buah & bos sama2 sporting!