Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Friday, June 25, 2010

My Last Day & AAN

Dear Diary Just Me=)

Akhirnya masa yang ditunggu2 sudah hampir, tak sabar mahu menunggu jam 2 untuk menanti hubbyku ambil nanti!yahooo!


~ Muka Tak Sabar Nak habis Kursus ~



~ Terlalu excited smpi jd orang pertama la g kelas =) ~

Topic 4 Today =) 



Habis la sudah sesi kursus Analisis Penyata Kewangan Dan Asas Kewangan ini...rasa heppi sesgt sebab dah habis, dan tak sabar nak nantikan kedatangan hubby =)

NotaKaki : Kepada adik2 yang tengah kursus induksi tu, akak balik dulu ye, kamu belajar rajin2 ya=)...hehehehehe bila tgk telah budak2 kursus induksi ni teringat zaman2 hingusan tp tak berapa hingusan la masa berkursus tu rasanya 2 tahun lepas kowt =) Tp aku & hubby kursus induksi khusus tak sama ye cuma induksi umum je kursus sama tapi masa tu dah berbunga2 hati ini ketika itu, alahai jiwang, sila jgn muntah =)
Psst : Ada satu ayat al-quran yang penceramah tu bagi betul2 membuka mata ku....nanti nak cr la, ayat al-quran sungguh suci sesungguhnya semuanya sudah tercatat didalamnya.....=)

4rd Day @ AAN

Dear Diary Just Me =)

Saat memblog ini aku telah berada di office dan telah berjumpa dengan suami tercinta....hehehehehe....betul la rindu masa bercinta lain dengan rindu dah kahwin ni, mungkin hubungan yang dah diredhaiNya mungkin=)

Dua hari seblum habis kursus rasa tak larat nak memblog al maklumlah bila pembawa budak ni kadang2 ada masa2 nya meragam....hehehehehe=)...apapun semua nya masih terkawal =)





~ Macam biasa, Puan pza akan melaram depan chermin dahulu sebelum pergi ke kelas =) ~


Topic untuk hari ni yang aku pelajari =)


 


Next Class oleh En Hafizi Ab Majid, dari fakulti yang sama iaitu dari ukm...Classes yang banyak mengajar tentang analisis pelaburan...memang seronok sangat dan best kursus yang dianjurkan, macam rasa nak sambung degree on finance plak =).....

Beliau banyak mengajar tentang melihat & menganalisis kewangan, sangan menarik sebenarnya dan agak best lah=)........dan beliau ada blog kalau sape2 yang berminat nak melabur atau meminta pandangan oleh En. Hafizi =).....

Selamat beramal...

Nota Kaki : Malam tu pas habis kelas memang sangat penat sampai tak sempat nak layan cite orang minyak tp cite "Slumdog Millionaire" memang sangat2 best =) disamping tak boleh tdo sebab tengok filem tu sampai 3 pagi =)

Wednesday, June 23, 2010

3rd Day @ AAN

Dear Diary Just Me =)

Diariku, ketika ini aku ngah kengantokkan sebab kekenyang melampau...baru je balik dari dewan makan bg makan malam dan tika ini aku rindukan suamiku sangat2 termasuk ibu aku la kan =)...cepatla masa sila berlalu dengan tanda kusedari =)

Diari Puan Pza pd hari ni =)
Seperti semlam bangun awal untuk bersiap2 ke kelas (macam zaman blajar la plak) =).Makin bersemangat mahu pergi kursus sbb seronok sgt penceramah dan modul nya.....Jom kita bersiap2!



~ Ok! Siap nak ke kelas today~

Pagi ni jadi orang pertama plak masuk kelas...hehehehe, catat rekod...zaman blajar dulu pun tak penah aku masuk awal2 ke kelas =)

Modul untuk hari ni banyak pasal isu2 investment...dulu masa blajar ada ambik, lect sgt pandai =)....Modul yang aku blajar today The Value Of Money, Common Stock & Bonds.....Best topic ni tapi agak rumit sedekt coz banyak sangat formula yang kena blajar...semuanya banyak berkaitan dengan investment...today memang melibatkan formula investment....seronok jugak....masa study dulu ada gak ambik benda ni tapi ni lagi mendalam la, tak la kekok sangat bila term2 yang disebutkan kan? =)....Tapi pening la jugak, mana tak nye bila dah keje mana la guna formula sangat bak kata orang otak dah tepu ni yang kena kikis balik ni =)...
Apa pun modul pada hari ini sangat menarik dan berkesan pada prespektif individu aku =).....

Today ada sesi tangkap gambar bagi peserta kursus, aku nak jugak tgkp gune kamera tapi agak segan memandangkan peserta kursus rata2 bukan dari jabatan yang sama dan bukan dari negeri yang sama, yang sama ada jawatan kami =)....Lebih kurang 2, 3 orang peserta kursus yang mengandung sama ngan aku da menginap juga disini so maybe kekuatan ini tidak melemahkan semangat orang yang baru2 mengandung ni...dan sy sihat disini =)

So berakhirkan modul hari ini maka berakhirlah masa kami dengan Tuan Haji Mohammed Zain, coz esok dan lusa akan ada modul dan penceramah baru , so see u tommorow never die =)

Note Kaki : Allah tidak akan mengubah kita sekiranya kita sendiri tidak mahu mengubah nasib dan diri kita...jadi jika hidup kita tak berubah jangan menyalahkan takdir....Saya banyak berusaha dalam mencapai siapa saya hari ini dan ini atas usaha saya dan bukan bergantung pada takdir semata2....usaha adalah kunci pada diri kita =)

Monday, June 21, 2010

My 2nd Day @ AAN

Dear diary Just Me =)

Saat ini aku baru je masuk bilik dari dewan makan (makan lagi) untuk makan malam, jam ditangan sudah 08.30 malam, miss my hubby rite now ;(

Diari:

06.00 pagi : awalnya aku bangun padahal turun makan kul 07:30 pagi tapi memandangkan baju nak dipakai tak bergosok lagi so kenala bangun awal sikit plus nak solat lagi, mandi lagi, solek2 lagi =)


~ Jom anak mama, kita g dengar kursus harap2 minat la ye akaun macam mama ye =P ~

~ Buat muka sengal dulu sebelum g kursus ~

07: 30 pagi : Time to my breakfast =)...pastu terus masuk dewan kuliah , yeah today ist my 1st courses!!! =)

Masuk2 je bilik kuliah, penceramah dah ada, awal sungguh =)....1st day kursus ni belajar pasal "Financial Managemnet And Financial Statement Analysis" =)...aku blajar pasal "Financial Statement" ni pun masa diploma dulu, tp aku blaja dasar je, bukan sampai nak analisis bagai smpi kena tahu symptom, solution & problem...hahahaha..masa blajar dulu tahu balance or not je statement2 tu! Agak menarik kursus ni sebab agak mencabar minda nak kena tahu dan selidik statement tu =)...apapun penceramah "Tuan Haji Mohammed Zain Yusof" sangat gerek, cool & nice person =)

Paling suka dia ada anak kembar, dia kata kalau nak anak kembar makan pisang kembar...psst hubby mana nak cari eh????????????????????????????????????????????????????????????=)=)=)

04:30 Petang : Tamat la kursus untuk hari ini, esok penceramah yang sama tapi topic pasal lagi menarik debom beb !.....See U tomorrow never die =)

Notakaki : Kenapa mata kita dua biji diletakkan olehNya dihadapan bukan salah satu dibelakang????jawapan nye : Tuhan mahu kita melihat ke hadapan, anggap yang dah lepas sebagai pengajaran & ikhtibar...selamat beramal!

Sunday, June 20, 2010

My 1st Day - Check in time =(

Dear diary Just Me =)

Saat bertinta ini adalah aku telah berada di dalam bilik di Akademi Audit Negara tanpa si hubby =(

Hubby Baru je balik lepas hantar aku & Barang2 check in bilik.....

Jam 02.00 petang : Makluk tuhan yang diberi nama Hafiza Abdul Latiff rasa sangat malas sebenarnya nak pergi kursus ni, dah la tu hubby ckp "tempat tu kat ladang sawit, takde kedai2 yang happening"...rasa down sikit masa tu pastu nak kena jauh ngan hubby...urm 4 malam plak tu...bohsan2 =(....macam2 la aku sumbatkan dalam beg aku tu...streka la, sejadah la, tuala la...yela dalam otak aku ni akedemi tu macam asrama je....kaki berat je nak g, tp memandangkan pk kursus gagahkan jelah =)

Jam 04.24 terima khidmat pesanan ringkas dr abg z a.k.a abg ipar aku yang ke-2 : "Salam, alhamdulillah.....it's a baby girl!Safely delivered today 20th jun/3.44pm @ Ampang Puteri Hospital, 3.24kg, both mother & baby in healthy condition, tq"

OMG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!aku dah dapat anak buah no-3 but aku tak bo nak tgk by today =(

~ This is adik Arrisa Yasmin ~

Benci2, tak leh nak tgk baby kat hospital, balik kursus aku akan bergegas mencari dia =)

Erm terpaksa lupakan baby ni sekejap pabila jasad dan diri telah sampai di depan pintu masuk AAN=)

Menunggu Cik Nurul Huda, hubby kata pe kata g check in dulu....check in pun tak ramai org terus di bagi access kad dan remote air cond????Psttt bukan asrama ke?.....masuk2 macam hotel. bilik di asrama akademi audit negara ni....hehehehe, jiwa ternyata lega sgt tgk faciliti yang disediakan, ada streka, sejadah & tuala...hahahahaha..buang masa je bawak, hubby kata "takpe la kan naik kete"...lupa sudah!!!..apa pun aku agak lega untuk hari ni...yahoo!!!!!!!!!!paling penting makan sudah cukup...itu paling penting..hahahahhaha..si kuat makan =)


~ Eh macam nak masuk akademi fantasia plak =) ~

~ Tyme to check in & bye2 hubby =( ~

Lepas check in lepak ngan hubby jap then terus je g makan malam.....=)....hubby tak terus balik umah tp dia ke Ampang Puteri nak tgk baby, jeles nya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ok, sampai sini saja tinta aku untuk hari ini, nak layan mentor plak =)

NotaKaki : Selamat Hari Bapa untuk ibu ku sayang =)