Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pantang. Show all posts
Showing posts with label Pantang. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Berpantang anak ke-2 :)

Assalamualaikum...

Anak dah masuk 7 bulan baru nak story pasal berpantang, si aina sibuk suh aku share dalam blog, sorry aina tak sempat je...hahahahaha. Yelah ai baru je melanggar pantang minum ais, tp tak la selalu dalam seminggu ada la 2, 3 kali gagah kan aku kali ini :P, bukan apa aku ni jenis perut tebal senang buncit kalau minum ais banyak2.

Ikutkan berpantang anak ke-2 ni aku yakin nak jaga sendiri je. Lagipun mak aku keje, tak boleh nak jaga kesian plak dia nak cuti, mak mertua aku boleh je nak jaga aku masa berpantang sbb biras aku dia jugak yang jaga, tapi aku tak terbiasa la duk jauh2 dengan suami sbb aku rasa tyme pantang aku nak suami ada disisi.

Last2 suami upahkan orang jagakan aku sampai habis pantang...dia tolong mandikan baby, siapkan baby, siapkan air mandian aku, urutkan badan, bertungku, masakkan menu berpantang aku. Tq suami: ).

Kak ida la yang menjaga aku dari mula pantang sampi hari ke-36 berpantang sbb lepas tu aku duduk seminggu kat umah mak aku sbb masa tu pun raya. Penutup pantang la kena jaga betul2, so nak penutup tu mak aku jaga. Kadang2 hujung minggu mak & family aku ada dtg jagakan aku jugak, kira sabtu ahad tu kak ida tu cuti la. Tq mak, family & kak ida :)

Bila kita dijaga orang yang diupah automatik kita akan ikut ckp orang tu, ko bayangkan aku boleh gagahkan diri pakai bengkung 24 jam untuk 7 hari pertama dan buka bengkung bila nak mandi je dan hasilnya seminggu perut aku memang nampak perubahan nak2 kak ida tolak mentah2 set2 bersalin moden ni, dia tak percaya dan menggunakan kapur makan & limau untuk disapukan di perut aku, owh yeh hati gembira perut nampak perubahan yang baik...


~ Aku guna bengkung mcm ni, sumber pakcik goggle ~

Aku berurut 3 hari berturut-turut sahaja, kemudian bertungku selama 7 hari.. masa anak pertama aku tak bertungku. Best bertungku, anak ke-2 ni aku tak sembelit pun. Best sangat sbb panas, rasa sedap je perut sbb perut lepas bersalin kan sakit.



~ Kak ida guna batu sungai k, berat ya amat ~



~ Mandian herba, aku mandi mandian ni sampai dua minggu jugak, best rasa segar je~


Makanan untuk berpantang plak, aku dah 30 hari baru ambik ayam. Sebelum tu ikan, tak ikan merah ikan tenggiri, itu jelah..jemu????owh tidak kak ida masakkan macam2 jenis, grill kukus panggang semua ada.hahahahahaha:). Sayur kegemaran plak lobak putih, sawi dan pria tu untuk banyakkan susu dan bagi zat pada tubuh bdan..

Aku ni tyme pantang kan mawar tido je, so keje aku kalau tak tengok tv tgk internet dan kena bisingla dengan kak ida, mana boleh tengok tv main internet nanti mata locak rosak :P. Siaran kegemaran aku masa tu, pagi2 dengar bacaan al-quraan dari budak2 apa ntah nama siaran tu lupa la masa tu puasa ko, pastu dilema wanita, pastu diari rafiq, pastu cite korea, pastu drama "takdir qismah" sedih wo smapai ngagis, over kan, pastu korea balik pastu tunggu kul 5 laki balik, yeay!Tu sbb kalau org dtg jenguk aku masa pantang aku suka sangat2, sbb aku tak tahu nak buat apa.

Pastu dah habis pantang aku masak je sendiri tapi yang lawak nya aku masak 2 jenis lauk main untuk aku lain, suami aku lain, mula2 la. Sbb lauk aku kan rebus2 sampai hari  60 hari ko aku makan lauk rebus2, percaya tak??mata kelip2..hahahahahahaha. Sbb perut mawar sensetip pernah makan kari tak tido dia semalaman. Lepas tu aku dah belasah dah lauk pedas2 tapi tak terlalu pedas.

Selain kita berpantang untuk nak jg bdn selain tu menjaga kesihatan, sbb apa org tua buat berpantang2 ni mesti ada kebaikkan nya, jgn la terlalu memprtikaikan. Lagipun selagi tak melanggar hukum apa salahnya kan.

Notakaki : Ingat kata2 ustaz azhar idrus, perempuan ini untung, masa kecil sehingga kahwin ayahnya jaga, lepas kahwin suaminya plak jaga. Alhamdulillah :)

Wednesday, October 17, 2012

Hari Pertama bekerja :)

Assalamualaikum....

Semalam hari pertama ai bekerja, setelah 3 bulan bercuti dan duduk rumah.erm rasa macam biasa je cuma masuk2 kena gi traninig, tapi seronok la dapat jumpa kawan2....

Masuk2 je, diorg perli2 "kurus", kurus la sangat..biasalah lepas habis edah pantang memang badan camgini, nanti lepas sebulan dua bak kata along aku naik la bdn tu balik nak2 kalau bf ni cepat lapa pastu makanan sangat banyak...ngeee :)

Ada jugak yang bertanya "diet" ke?nak diet macamne ai ni bf...."makan ubat kurus ke", mana boleh makan ubat kurus kan ai bf lagipun mak pesan sekeras2nya nak turunkan berat kawal je permakanan, kalau ambik ubat2 ni cepat turun dan cepat plak naiknya, cuma ai ambik suppliment shaklee, kawal permakanan masa berpantang tu dan bf  itu saje...

Pumping di office plak cuba sedaya upaya kekalkan 3x sehari, if tak sempat 2x sehari....alhamdulillah takat ni masih boleh kekalkan 3x sehari, lepas ni depend on masa kelapangan....


Notakaki : Ntah berapa bulan la dapat kekalkan macam ni :P

Monday, August 13, 2012

Baju raya orang berpantang ^_^ ;)

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua dan mesti ramai dah bermood raya kan :)

Hamboi2 degil sungguh ye kau pza, nak jugak mengadap blog...ala dah masuk 27 hari berpantang hari ni, dah kuat dah.muahahahahahahahah...nak update sikit je, dah la banyak story tak dapat update sebelum ni, huhuhuhuhu....amboi ko pza mengira tarikh berpantang ke?????takdelah borink mana, anak ke-2 kan, so tak rasa sangat macam pantang, lagipun dilayan extra ordinary sapa tak suka ye??????hahahahahahahahaha..

Penat2 husband i pergi low yat tukar server broadband sbb mengingatkan wife dia suka berblog, nanti masa pantang kesian kalau server lembap nak berblog...my hubby sweet hubby:)...kalau aku bg alasan ni kat kak ida mau dia ketuk kepala aku...hahahahahahahaha. Blog je jarang main dan malas nak blogwalking sangat. Tetapi fb , bbm & whatsup rajin je, pakai BB kan, hujung jari jelah, nak2 berBB dengan BFF aku, sms dengan BFF aku, update banyak kat fb je....

Nasib la husband aku ni jenis mintak kesana sini mudah je dan menjadi suri rumah ni buat masa ni, terima kasih bebanyak :).Cakap je apa tak cukup dan nak pe, list down je pandai la dia cari kat kedai ke,  giant ke, manjaku ke, one baby world ke. pergi  pasar dengan mak aku beli lauk2 aku ke, sekarang pun dah pandai g parkson sendiri, tahu2 hari tu balik keje bawak balik plastik beg tengok2 baju haikal, lawa plak tu :).Kakak2 aku pun senang je nak suruh beli itu ini, cakap je ko nak apa. Membe2 pun senang je nak mintak tlg, ko text je sms kat kak sya ke, hanan ke, masnida ke, kak niza ke cepat je diorg balas & tolong (nak2 mintak bawak balik harta karun aku kat opis tu) :)

Dah kelaut plak cite aku, yelah rangkum kan je semua...tapi pasal story berpantang nanti story later ye, apapun enjoy sangat pantang ni :)

Dah lama hubby tanya "mama dengan mawar tak nak baju raya ke", beli la baju raya....masa raya tu aku pantang hari ke-33, laki aku cakap pakai je baju raya....ok bos, saya menurut perintah :) (padahal suka dapat baju raya)... ready made ni fesyen dia limit la sikit, menyesal plak tak buat hari tu, bukan apa aku risau je kalau tak muat ke kan..hehehehehe


~ Ni la baju raya bunga mawar tahun ni, thanks papa :), tapi mcam besar, anak mak kan comel je badannya...hehehehehehe..takpe biar besar boleh simpan :) ~


~ Kalau tak muat kita pakai baju yang kak zimah (cousin hubby) bagi ~


~ Ataupun dress yang mak ngah bagi ~


~ Ataupun skirt polkodot yang auntie masnida bagi ni ke~


~ Atau baju yang mama belikan ni, hehehehehehe...kalau tak muat jugak kita pakai masa ambik gambar pagi raya ye sayang ~

 
~ Ni plak baju mama tahun ni, thanks sesangat papa :)...wah tahun ni orang pantang pun dapat pakai tdung fareeda pagi raya(bukan kena pakai pilis ke, mak minta pengecualian untuk hari raya, hahahahahaha) . Baju ready made kan limit sikit, ni je kot warna yang sama dengan tema tahun ni :)~

Hujung minggu lalu husband balik jengka, baju raya dia dengan haikal mak teh dah siapkan, thanks kat tok ma, bagi kerepek pisang buatan sendiri dia tu, pisang kat kebun dia & lompat tikam tu(rasa sikit je) & siap kirim duit raya kat cucu2 dia, hehehehehe..hari sabtu ahad memang selalu mak aku tdo umah aku, so kakak2 aku pun buka puasa umah aku jugak selalu hujung minggu...Sabtu tu mak long beli bunga api, macam kt kecik2 la, raya dan bunga api memang sinonim dengan budak2 nak2 yasmin dan hakimi dah pandai nak mintak main bunga api, lepas ni haikal & mawar pun mcm ni la jugak...Kadang2 duk dengan hubby berborak dan cakap "dah anak 2 dah kita kan, sekejap je masa berlalu", alhamdulillah :)

 ~ Haikal ada hati nak main ~


~ Tengok, tak takut pun dengan api tu ~



~ Yeay dapat main, thanks pak ngah ~



~ tengok betapa excitednya anak sulung kami ni :) ~

Notakaki : Jangan lupa service kete nak pulang ke kampung, walaupun kami nak balik kampung 5 minit je tahun ni tetap service kete....Selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin semua, berhati2 di jalan raya :)

Wednesday, August 1, 2012

Anak-Anak "PAPA" :)

Assalamualaikum..

Kak ida yang jaga aku masa pantang ni dah warning jangan menghadap tab, tak elok untuk mata tapi aku degil :P..ni pun curi2...muahahahahaha.Dalam pantang dia kata kena rehat secukup2nya baru dalaman cepat sembuh...ok kak ida!ni last!hehehehehehe.

Pejam celik dah masuk hari ke-15 aku berpantang.Ramadhan pun dah ke-12,Ramadhan pertama adik beradik berkumpul buka puasa rumah aku, walaupun aku pantang diorg bawak makanan macam2, penuh satu meja...hehehehehehehe

~ saja post dalam fb gambar mawar, diorg komen macam muka "papa"nya, aku akui mawar memang ikut muka papa :) ~


~ Abang long ni baik dengn "baby mawar", tak kacau n usik pun mawar, mungkin tak paham...tapi sangat manja dengan papanya, hari2 WAJIB bawak dia g bazar ramadhan, tu yang selalu terserempak dengan orang MAIWP tu :P ~


~ BFF papanya sekarang, di mana ada papa di situ ada haikal.Borink wo kalau takde haikal ni :) ~

Notakaki : Jumpa lagi lepas berpantang, nak berehat secukup2nya.Nanti story pasal pengalaman berpantang anak ke-2 plak ye:)

Thursday, March 15, 2012

Persiapan berpantang - Part 1

Assalamualaikum.....

Persiapan untuk HM2 tak lagi disediakan apa2 lagi, erm dah masuk 5 bulan, takpelah husben dah pun tahu & diajar tempat2 mana nak beli barang2 baby, incase tak sempat nak beli barang2 adik haikal, husben mak pandailah nak mencari kat mana...hehehehehehe. Tapi bile pk2 kesian adik haikal, tapi bile pk2 barang haikal ada lagi yang boleh digunakan, beli yang mana perlu je nanti:)

Actually set2 berpantang pun mak yang akan carikan, dia mesti cari yang kampung punya, jamu pun bancuh k, takde pil2 tapi sedap je....takdelah persiapan berpantang pun, cuma ada orang nak bg kita ambil jelah, lagipun aku memang guna param & pilis masa berpantang.....Lagipun dia kata banyak tak habis masa dia pantang dari tak digunakan camtu baik bg kat aku, terima kasih sangat2 mas  :)



~ Agak2 boleh jd mcm anak dara ke lepas ni...hahahahahahahaha:) ~


~ Param ~

Notakaki : Actually tak sabar sangat2 nak tunggu check up 28hb ni, tak tahu kenapa :)

Saturday, January 22, 2011

Khalish @ Jengka Part 2 :)

Hai....

Bengang btl la kenapa blog ni tak boleh nak upload picture ni, tak dapat nak abadikan gmbr khalish kat kg bapak dia ni :P

Hehehe, sepanjang khalish masuk 3 hari kat kg dia tak meragam, dah masuk hari ke-3 ok jerk...tapi mule2 sampai dia asyik ngagis je, mungkin penat jalan jauh....nasib ada tok ma dia ada boleh pujuk2, orang tua kan master bab2 budak kecik ni..hehehe....
 
Khalish dah pandai nak berbuai kt kg ni ha(benci tak leh nak upload pic khalish dalam buai, sweet sangat :P), balik kl ni siapla mesti dia mengamuk kat aku nak buai...hehehehe..takpe umah pengasuh dia ada buaian...tok ma dia siap kata "kalau dekat tok ma jaga sampai keras sikit baru bagi pengasuh jaga"...hehehehe..kalau dekat boleh la mama bagi tok ma jaga kalau jauh mama tak sanggup :)

Masalah FM masih tak settel..aku kena tukar susu FM tu la sbb tak serasi...dia tak berak dengan lawas...hari ni suh bapak dia g bandar jap cari FM baru....budak kecik ni bukan semudah ABC @ 123 je nak jaga...baru tahu susahnya mak ayah aku nak jg aku dulu mcm ne (tahu tapi buat2 degil tak tahu)..hehehehe....


Notakaki : Sekarang sekejap je masa berlalu, bulan 6 ni khalish dapat kawan baru lagi :)

Thursday, January 13, 2011

40 Hari berpantang :)

Sebenarnya takde tempoh yang tepat tentang berpantang ni...ada yang 40 hari, 44 hari, 60 hari & 100 hari...ikutlah masing2 & tiada teori saintifik ttg tempoh berpantang ni...aku duk ngan mak jd ikut jelah teori mak aku...makan ni tak boleh, itu tak boleh...after 1 bulan baru boleh makan sup ayam, tu pun hari ke-36 silap aku...hehehe....takpe untuk kebaikkan badan aku jugak...luar dan dalam...so tempoh berpantang ni depend pada individu....jadi ikut pada mak aku 40 hari dah memadai....tapi mcm ais, makanan pedas2 kena elakkan dulu sebab aku BF khalish kan...takut perut dia tak tahan....dahla aku ni peminum ais tegar, kena slow down la pasni :P

Pantang adalah suatu masa yang aku rasa perlu aku puji pada ibu2...ibu yang bersalin dan ibu yang menjaga orang bersalin =)....bagi aku waktu pantang adalah waktu yang agak sukar bg ibu yang 1st tyme bersalin macam aku....nak berpatang dengan pilis, param, bekung....makan pun hari2 sup ikan & sup ayam....hehehehe...dari segi emosi tak yah cakap la mudah tersentap, so aku lebih prefer kalau berpantang suami ada dengan aku...sbb aku rasa tenang bila suami ada disisi  sbb masa tu emosi aku tak stabil sangat nak2 la  masa baby buat perangai kan & suami aku jenis membantu, nak jugak la basuh baju baby, basuh kencing berak baby, buatkan aku air kira boleh diharap la jugak...

Orang yang paling aku nak ucap terima kasih masa berpantang adalah mak aku...mak aku masih bekerja, sanggup ambik cuti 2 minggu, pastu ambik syift petang smpi aku hari ke 40...dia la berempas pulas masak untuk aku, mandikan khalish, pakaikan bekung aku...tapi anak pertama kitaorg je dia jaga...anak kedua upah org jelah, lgpun dah ada experience kan...

Berat badan tu boleh la kata berkurangan tapi takde la langsing beria sgt, lgpun masa pantang aku tak diet sbb aku BF..jd mesti akan rasa lapar selepas BF khalish....tapi ok la kan....hehehehe, akan disusutkan secara perlahan2 :P

Apapun saat berpantang adalah saat paling istimewa, saat dengan khalish..rasa suka, geram, nak ngagis, rasa gembira sgt...macam2 rasa lah..hehehe

~ Khalish dah pandai tidur meniarap ~

Notakaki : Besok  maybe nak meraikan kemerdekaan aku ngan family aku esok, syioknya kita nak berjalan khalish :P

Wednesday, January 12, 2011

Love You Mom! ^_^


Pemberian susu ibu bekerjaya kepada anaknya menjadi sesuatu yang perlu difikirkan 2 minggu atau 3 minggu sebelum naik kerja....aku ada lebih kurang 3 minggu untuk naik kerja, masa aku kat Pusrawi hari tu aku ada beli buku-panduan-penyusuan-susu-ibu-bagi-ibu-bekerja ni....aku belek2 jadual pemerahan dan pemberian susu ibu dan ia perlu dimulakan dari sekarang...aku dah mulakan dari hari sabtu lepas, means masuk 5 hari melatih dia memberi susu perahan ibu guna botol susu mengikut jadual dlm buku tu, so far khalish nak minum tapi mcm ada masalah kekeliruan la plak....


 

Persediaan Penjaga Bayi - Berlatih Memberi Susu Ibu kepada Bayi

1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.

2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.

3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.

4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.

5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.

6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).



Ok, balik dengan cerita bf aku ni...semlam, khalish mcm dah mula tak  sukamenghisap dia sebelah kiri, mengamuk2 bagi seblah kiri, buat muka tak puas hati pun ada..hehehehe(tipu je aku ni)...aku tak pasti sebab apa...adakah pemberian melalui botol menggangunya???aku dah naik kerja haruslah melatih dia kan...ada jugak g forum susu ibu,com tapi still takde jawapan yang tepat lagi....



Masa hari2 mula perah dapat sikit je, 2 oz kadang 1 oz pun ada, tp bila dah pump hari2 dia merangsang otak kita yang baby nak susu banyak, so ada la kdg2 dapat 4 oz tapi tadi dapat 5oz!!!full botol tu...dia tulis kat tmpt 5 oz tu "Love U Mom"...hehehehe..love u too khalish..   
 
                                          
~ Alhamdulillah, semakin kita pump, semakin banyak hasilnya :) ~
 
Alhamdulillah, aku dah nak habis pantang dan sepnjang pantang ni mmg susu ibu sepenuhnya aku bg kat khalish...aku harap smpi umur dia 6 bulan still  dpt bg susu ibu sepenuhnya  al maklumlah hantar umah pengasuh & aku bekerja plak tuh...kalau smpi umur 2 tahun lagi bagus !!!!!!!amin :)
 
Notakaki : betul kata kak syida, bf ni banyak betul ujian :)....
 

Tuesday, January 11, 2011

i LovE Daddy :P


Senyum, tak perlu kata apa2 :), tp cuma nak kata ''i love u daddy'' :P....balik2 keje je daddy dia terus sambar si khalish ni :P




Notakaki : Baju ni baru 1st tyme pakai tp dah sendat mendat, dah mcm sarung nangka mama tgk ko la khalish :P

Saturday, January 8, 2011

Susu dalam botol :P


Hari ini masuk hari ke 34 aku berpantang, dalam 10 hari aku habis la pantang, yipee...mcm2 permintaan aku nak kat laki aku, smpi laki aku kata tak habis pantang mcm2 plan dalam otak...hehehehe..haruslah!!!

Kalau diikut2kan lagi 3 minggu je aku nak naik kerje, so aku nak practice bagi susu dalam botol kat khalish.....smlm aku dah start buat perahan setelah lama tak perah lepas khalish kuar wad dr kena Jaundis dulu. tapi hasil perahan tak sebanyak mcm hari tu, just dpatla      2 oz je tapi tadi perah dapat plak 4 oz!!!hepi sangat!!! insyallah kalau ada rezeki adalah air susunya lagi kan....tapi aku suh laki aku kirim kat aida beli manual breastpump sebab bila aku guna elektrik tu macam sakit je....


~  Brand anakku, okeh je guna dia okeh, sedap je.....w/pun tak semahal madela, tapi masih selesa menggunakannya....kang beli mahal2 tak guna membazir jugak kan, nasib spectra tu angah aku nye :) ~

Betul kata angah aku, budak laki ni dia tak demand pasal menyusu, dia main telan je...tak kisah la botol apa, puting apa....kalau nana dulu bukan main susah nak bgi susu perahan dlam botol, melalak2, botol pun memilih jugak...si khalish ni sekali suap je habis dia telan :)...hehehehe, alhamdulillah senang bagi susu dalam botol pada si khalish ni...

 ~ Pagi tdi nenek dia try bagi susu dalam botol kat khalish ~

Notakaki : Aku dah berjaya mandikan khalish sendiri tanpa bantuan nenek dan suami :P

Wednesday, January 5, 2011

Cucuk 1 bulan =)


Today nak pergi bawak Wan Khalish Haikal untuk g cucuk 1 bulan....hari ni hanya aku g ngan laki aku, nenek tak dapat nak ikut....aku kena belajar uruskan khalish tanpa nenek, nanti lepas habis pantang senang nak ronda2 :P......................

 ~ Nasib tak kena tunggu lama, alamatnya terjah bilik solat dia la nak menyusu :P ~

Nasib Klinik pusrawi dekat ngan rumah, so tak la travel jauh2 sgt...hehehehe...lagipun aku amat malas nak g hospital pusrawi, g klinik dia je senang, sekejap pun sekejap.....khalish cucuk dia ngagis sikit tapi lepas kena pujuk dengan doktor dia senyap la...cute!!!!!!!!!

Sekarang khalish tak lena nak tdo, aku risau dia tak cukup susu....so aku tanya doktor, dia kata normal pasal dia dah mula nak aktif....doktor kata as long dia berak & kencing selalu maksudnya cukup susu, tengok berat dia jelah sebulan dah seberat 5kg!!!...hahahahahahahah, patutla lenguh tgn pn pza mendukungnya:P..naik 2.02 kg, masa lahir 2.98kg..

Actually dalam hati masih risau masalah tak cukup susu, sebab khalish kdg2 ada jugak mengamuk2 kalau menyusu.....adakah tanda tak cukup susu?...risau dia lapar je...

Alang2 klinik dekat ngan office, makanya laki aku ajak singgah office jap mahu isi borang cuti....makanya ramai la mengerumun dia, hehehehe...rasa rindu nak keje dan bersosial ngan teman sekerja  bila lihat mereka:P


 ~ Lena khalish di tilam VONO :P ~

Notakaki : Ada yang mengatakan aku sudah kurus :P

Monday, January 3, 2011

Khalish dah sebulan...


Today 03 Januari 2011...khalish dah sebulan, makanya aku dah berpantang dah 30 hari..

Makanya tinggal 14 hari je nak berpantang , yipeeeee!!!!!!!!!!!!!:P


~ Khalish wif nana..haiyak Mr. Pumkin tgk kamu dah hampir sm besar ngan si cumel nana :P~


~ Khalish tak suka kena bedung, dia akan mengeliat bdn dia smpi bedung tu terbuka :P ~

Ops, kesempatan nak berblog ketika mr. pumpkin lena tdo, aku nak wish slamat bertunang Cik Natrah,Confirm kau kawin aku, suami aku & mr pumkin akan hadir okeh :P 


~ tahniah Auntie Nat, makin bertambah kawan2 aku nak kawin ni :P ~

Notakaki : Kenapa hari2 asyik nak pk ais batu je????dulu ms preggy suka gigit air batu :P

Wednesday, December 29, 2010

Anak lelaki Wan Mohd Sanusi =)


Masuk Hari ke-27 aku berpantang, meniti saat2 berpantang dengan rasa sabar, gelak tawa & cembeng bersama-sama anak lelaki kepada Wan Mohd Sanusi =)


~ Dengan rasa penuh kesabaran saya berpantang dengan anak lelaki kamu sayang (thanks pada awak kerana bersama-sama sy menjaganya  & memahami situasi hati ini semasa hati tak menentu sewaktu awal berpantang) :P & tak lupa pd nenek kamu khalish :)   ~
;

Sapa lagi kalau bukan bersama-sama Wan Khalish Haikal :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Hati riang bila menatap aksi2nya :) ~

Notakaki : Sekarang bila tengok kat paper pasal buang anak pun boleh menitik air mata....betapa sucinya dan cukup menyayat hati bayi tak bersalah tu.....

Tuesday, December 28, 2010

Posisi nyenyaknya tidur si Khalish......


"Haikal skrg dah pandai buat akal" : Kata nenek =)

Mana tak nya skrg dia pandai dera mama dia, dia nak tdo pun nak berdodoi bagai...bila letak pandai buka mata....sangat!!!

Tengok jelah dia  tak lena tdo bila diletakkan selepas menyusu...



~ Mula2 dia buat2 mamai, pastu dia melalak =) ~


~ Kalau letak kat sini lagi segar mata dia :) ~

Rupa2 nya dia akan nyenyak tdo kalau dibuat macam ni :P

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Tengok!nyenyak tdo si kecil ini bila posisi dierengkan :P ~
Notakaki : Khalish dah makin berisi :)

Thursday, December 23, 2010

Masalah Sembelit selepas bersalin....


Masalah sembelit selepas bersalin sering dialami oleh ibu-ibu, termasuk jugak aku :)....macam2 petua aku tanya dari kakak aku suh makan buah oren/prun, kak izan plak suh beli ubat picit kat kedai ubat cina, mak mertua aku suh minum air suam dulu lepas bangun tido, suami aku plak urutkan kat bahagian betis sbb dia kata kalau sakit perot urut situ dan siap buat air penawar lagi =) & aku search kat internet untuk mengatasi masalah tersebut....ini kali pertama aku kena sembelit, sakit ya amat tak yah cakap la dicampur plak rasa ketakutan sebb takut jahitan tu menetas....rasa tak bermaya je badan ni bile dilanda sembelit....

Dipetik dari artikel my bengkung,com :-
Jika anda terus mengalami masalah usus anda selepas itu, penyebabnya adalah seperti berikut:
  • Narkotik systemic yang diambil ketika mengurangkan kesakitan semasa atau selepas bersalin boleh melambatkan sistem penghadaman anda
  • Mengalami luka pada perineum kerana buasir, episiotomi, atau terkoyak  boleh menyebabkan sembelit jika takut kesakitan pada jahitan jadi anda menahan tidak membuang najis.
Kebanyakan sembelit akan hilang dalam beberapa hari jika anda mengambil langkah- langkah berikut:
  • Tidak membiarkan keinginan untuk membuang walau anda berasa tidak selesa untuk beberapa kali yang pertama. Lagi lama anda tunggu, lagi keras najis itu dan menyebabkan sakit yang lebih buruk.
  • Makan makanan yang tinggi fiber seperti bijiran ‘whole grain’, roti ‘whole grain’ dan buah-buahan segar dan sayur-sayuran setiap hari.
  • Minum banyak air - sekurang-kurangnya 6 – 8 gelas air sehari.(lebih air diperlukan jika anda menyusu badan). 1 gelas jus buah-buahan sehari terutama jus prun. Setengah orang mendapati memulakan pagi dengan  meminum air suam pada setiap hari turut membantu.
  • Berjalan-jalan, mungkin sakit pada mulanya terutama yang menjalani pembedahan atau episiotomi, tetapi pergerakan yang sedikit dapat membantu pergerakan usus anda.
  • Tanyalah doktor jika anda memerlukan ubat untuk melembutkan najis. Ia juga patut anda lakukan jika anda mengalami buasir atau anda mengambil pil yang mengandungi zat besi yang tinggi untuk anemia atau narkotif untuk melegakan kesakitan kerana sembelit juga boleh berpunca dari kesan ubat-ubatan ini.

Notakaki : Sila amalkan meminum air suam bagi mengelakkan sembelit dan juga untuk menjaga badan :)

44 hari perpantang....


Hari ini masuk 20 hari aku berpantang..berpantang dengan memakan jamu, memakai pilis, param, barut berubat & bengkung, memakan makanan sup2 tanpa bergoreng2 & ais batu, bermandi dengan mandian daun2 hijau, apapun yipee!!!!!!!!!!!!!!.....tinggal 24 hari je lagi Pn. Pza....harap bersabar la ye dengan semua pantang larang di atas...hehehehe=)

Berat badan?uh biarlah rahsia buat masa ini...hehehehehehe, harap dapat turunkan berat badan yang diimpikan pada hari ke-44 =)....



~ khalish pada hari ke-20  ~


NotaKaki : Result PMR dah keluar today...alhamdulillah, pak usu khalish dapat result yang agak baik!!!tahniah syafiq!!!..nanti bila khalish & mama khalish dah habis pantang, we all belanja makan besar kat luar ye :)

Psst => : weekend ni adik beradik, ipar2 & anak buah aku nak berhola2 di PD, memandangkan aku ngah berpantang (dengan nada bengang) dengan mak2 aku tak dapat nak ikut..sian mak, nanti kita plak g hola2 ye :P