Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 20, 2014

Ruang mainan ke bilik mainan ??

Assalamualaikum..

Kalau kita ada anak kecil, mesti beli mainan, tak banyak sikit pun mesti ada kan?betul tak?

Aku dan laki aku pun antara ibu bapa yang suka belikan mainan, mungkin ianya kepuasan dan paling tak boleh ingat masa haikal minat ngan thomas, mak bapak dia y excited nak kumpulkan koleksi thomas untuk dia...

Bila ada banyak mainan mesti nak bilik letak mainan, eh bilik ke ruang???aku pun tak pasti..

Aku kadang2 berangan nak adakan bilik mainan utk anak2 aku, yang ada skrg ruang mainan(lebih kepada ruang simpanan mainan, sbb aku ni bukan displin sgt nak ajar anak main kat sini kat situ, ikut la korg nak main kat mana janji jgn usik dapur)...bilik2 kat rumah aku semua di tingkat atas takde yang dibawah, tp inshallah bila anak2 dah mula sekolah mungkin bilik mereka boleh letak ruang mainan dalam bilik sbb masa kecil2 ni biarlah dia main di ruang mainan di ruang tamu, maklumlah rumah comel lote je kan, apa pun alhamdulillah sbb selesa (dekat dengan rumah mak dengan tempat kerja :P).




~ Ni pun aku dah asing2 dan dah buang maianan2 yang dah rosak2 yang dah pecah2, bola aku simpan dlm stor bawah tangga, bola tak yah ckp ada 8 biji pilih nak mana.hahaha ~



~ Budak2 ni tgk mood la, ada masa tak usik langsung maianan, ada masa nak terbalik mainan ni dia buat, ada masa dok main gadjet je, ikut mood diorg ~

~ 3 thomas paling kiri tu haikal baru paw aku beli ahad lepas, ni koleksi baru, koleksi lama dia semua dia sumbat dlm rumah thomas dia, yang baru ni size dia sedang(besar sikit dr koleksi dia yang kecil2 tu) ~



~ Ni time diorg rajinnnnnnnnnnn sangat, tukang kemas si abang tukang main si adik hahaha ~








~ Panjat memanjat tu memang kepakaran budak ni, hahaha, biasalah orang ada abang ~

Aku memang rajin tgk2 deco2 ruang mainan@bilik maianan, memang mengidam, nanti2 inshallah,tp kalau sesiapa nak bilik mainan kemas cantik dan ceria pergi la ikea barang2 murah dan menarik. Jom cuci2 mata tengok ruang mainan yang aku rasa aku pun nak masuk dlm ni, cantik sangat!!




~Ini memang ruang mainan, dia letak di ruang tamu ~



~ Ok, aku sawan tgk warna pink dgn turqoise ni, lawa habis, peranan warna pun penting ~



~ Aku rasa kalau mcm ni la bilik mainan, mahu 24 jam anak aku duk dlm ni, bestnya ~




~ Ini lagi sawan tgk, hahahhaa bestnya ~



~ Ini napak kemas la, tp membosankan sbb takde mainan mcm kat atas tu. hahaha ~

Notakaki : Ruang mainan atau bilik mainan dlm wishlist :P

Monday, August 18, 2014

Malam Cinta Rasul @ #Prayformalaysia :)

Assalamualaikum.

Jumaat lepas 15 Ogos 2014, ada acara untuk #prayformalaysia...nama asal program ni #malamcintarasul tapi diubah kerana menghormati mangsa #mh017 yang akan dibawa pulang ke malaysia...

Atucara majlis bermula jam 07 malam dengan mengadakan solat magrib berjemaah di dataran merdeka dan solah isyak dan solat hajat berjemaah untuk mendoakan kesejahteraan malaysia dan di akhiri dengan selawat ke atas nabi SAW.



~Urusetia bahagian kewangan, manis2 je semua pakai jubah hitam shawl hitam.hihi ~




~ Pose dulu sebelum menjalankan tugas ~




 ~ Pose kena la sopan2 kan, ~



~ Keadaan semasa jam 6 di dataran merdeka, tak semestinya umat islam, bangsa dan agama lain jugak dialu2kan ~




~ Jam 6 suku dah menjalan kan tugas memberi buku selawat  ~




~ Cuaca dah mula gelap, dah mula nak masuk waktu maghrib ~




~Lepas solat magrib, semua urusetia makan dulu lepas tu mulakan tugas balik ~




~ Dah masuk jam 8 masa ni, orang ramai dah mula memenuhi dataran merdeka ~





~ Masih lagi bertugas ~


 ~ Orang makin penuh dan padat, alhamdulillah ~



~ Rakan kongsi hahahah ~



~ Solat y diimamkan oleh imam mekah ~




~ 1st time aku involve dalam acara begini, dan aku dapat rasakan benda mcm ni harus diterapkan dalam budaya di malysia selain konsert2 ~




~ Jam ni, kami rehat dan bersemangat menonton pak habib berselawat ~



~ Jam hampir tengah malam dah upacara berakhir dalam jam 1130 malam..semuanya berjalan lancar dan yang memuaskan hati apabila acara ini diterima ramai ~

Nota kaki : Ada yang kata majlis ini adalah bidaah, bidaah lebih baik dari laghra. Biasalah manusia bila buat konsert kpop @psy kata lebih baik buat acara keagamaan bila kita dah buat mcm ni pun still ada yang tak puas hati. Apa pun dengan niat yang baik dan bersangka baik, Inshallah ianya tetap diterima Allah S.W.T. 


Wednesday, August 13, 2014

Raya di Jengka

Assalamualaikum..

Macam rutin biasa2 mcm raya2 sebelum ni, kalau aku raya di johor  mesi minggu berikutnya mesti aku balik jengka tapi aku takde la direct2 balik kan.

Macam biasa kalau repeat raya mesti mcm raya, adik beradik ipar majoriti balik juga masa tu(tu yang tak kisah berkejar2 nak balik sana dan sini sbb raya2 adik beradik ipar duduk kat pahang), nak2 dah ada wasup group "kerabat pak noor" lagi laju je wasup maklumkan apa2.

Kalau kat jengka memang kurang beraya sbb saudara mara suami semua kat besut, kalau balik besut baru banyak jalan beraya, so balik raya ni dah pesan siap2 kat ma suh masak nasi dagang, haha..dah kata raya kan dia pun buat ketupat palas n rendang utk anak2 dia yang balik beraya ni kononnya.haha





~ Family selfie dalam perjalanan ke jengka, hahahah haikal pelik tgk bapak dia tengaj=h mengajuk org yang kuat selfie :P ~



 ~ Ni baru anak dia balik 5 orang lagi 2 tak balik, kalau semua balik penuh padat depan rumah..hihi..ni sepupu mawar paling sulung dalam family ni, sama baya aku kalau nak balik kg pun takde mak ayah diorg pun diorg balik je kampung, anak buah laki aku ramai so kalau raya kat rumah ni pun dah cukup meriah :) ~


~ Ketupat palas MIL memang terbaik ~


~Ok MIL aku bo percaya suh aku mengacau rondang, hahaha nasib den penah jugak buat rondang, sebenarnya buat rendang ni senang je tp makan masa nak tunggu dia masak ~


~ Mak aku selalu pesan, masakan apa jenis pun nak2 bertumis akan sedap kalau gunakan bawang yang banyak ~


 ~ Dah hampir siap..kan den kata sonang ajo masak rendang, cewahhhhhh, cuba mak ko tak ajar pza terkial2 ko kat dapur MIL ko, tq mak :P ~




 ~ Aktiviti wajib setiap kali berkumpul ramai2 aktiviti ni tak kira raya ke idok, membakar ayam, sekali bakar 4 ekor ayam..hahaha tu anak beranak je makan ~


~ Hai papa sy nak tangkap ikan keli ~




~ Sepupu ~


~ Sesi menangkap ikan keli, jangan pengsan tgk ikan keli besar2 mcm tu ~



~ Ini la mak teh mawar, tailor tetap baju kurung mawar, murah je jahit baju kurung ngan mak teh hahaha ~


~ Seronok ye kamu berlari2an ~



~ Sarapan pagi, sebelum anak2 pulang ke rumah, air tangan MIL (nasi dagang dan pulut panggang) ~

Nota kaki : So not big deal raya belah mana dulu pun sbb masing2 mesti repeat nak raya sama2, minggu ni nak repeat raya sm2 ngan along plak, raya tu tak la berapa penting tapi ukhwah kekeluargaan tu perlu dikekalkan, dan ukwah kekeluargaan suami aku mmg aku puji tinggi.