Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Coretan. Show all posts
Showing posts with label Coretan. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

KHASIAT DOA HAIKAL :)

Assalamualaikum...


Semalam berborak dengan hasben, bertanya sesuatu perkara...Dan dia kata amalkan doa haikal ini(mak mertua yang suruh amalkan doa haikal ni).Jadi mari kita sama2 berkongsi khasiat dan amalkan doa haikal...Insyallah :)



Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.
Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad
Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:
1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52

Friday, March 23, 2012

Senyum Kambing Sendiri :)

Assalamualaikum...



Nota kaki : Tibe2 tersenyum kambing sendiri, memang hakikatnya aku pun cmtu, selalu janji kat suami, kali ni je tapi suami pun selalu ckp "ckp je tu nanti beli jugak", kan2 en. husband yang dah lali & paham sangat tabiat isterinya tuh :P...

Friday, December 30, 2011

Zaman Kini???kenapa sekejam ni???Masalah STRESS kah penyebabnya???

Assalamualaikum...

Jiwa ibubapa mana yang takkan menangis melihat anak2 diperlakukan sebigini, tak tahulah apa punca & mana silapnya????serius aku tak boleh terima..apakah dosa mereka???mungkinkah STRESS punca utama bapa mereka melakukan sedemikian rupa.Sedih, marah, geram pun ada...tapi tuhan mengetahui apa yang tersurat dan tersirat..



~ Sumber : Metro, difahamkan adik beradik berusia 2 & 6 tahun ini merampas makanan dengan rakus kerana kelaparan :( ~

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin. 

Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.

Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.





Notakaki : ADakah masalah kewangan juga punca masalah sebegini????terus rasa bersyukur dengan apa yang tuhan berikan sekarang..

Monday, October 4, 2010

Arissa Yasmin 4 tahun sudah!!U big girls now baby =)


Tarikh  : Sabtu a.k.a 02 hb Oktober 2010 (02102010)
Bertempat : Rumah Angah la kan =)

Genap la umor anak buah aku yang pertama yang  mana ke-4 tahun, makin besar macam anak dara dah aku nengoknya =)..maklumlah anak buah tak ramai, jd excited gile nak celebrate bufday dia, mcm laki aku dah takde rasa dah sebb anak buah dia dah terlalu ramai...hehehehe...tengok jelah gelagat si yasmin ni, seronok nak sambut buffday =)

~ Ni papa dia yang prepared =) ~


~ Dia nak belon ada tulisan princess ~




~ Arriana terpinga2 kenapa kakak dia excited sgt2 :p ~

~ Yasmin ni tak sbr nak letak kek bufday dia ~

Sambutan ngan adik beradik angah aku dan adik beradik laki dia je....budak2 la yang excited lebih, best kan jd budak dapat banyak hadiah, belum potong kek dah dpt hadiah dr maklong =)....kita mulakan dengan maklong nya :)



~ Mak Long ngan Baby Hakimi ~


  ~ Sian Baby hakimi, demam balik dia ~


~ Mak Bapak! Paper beg Guess gituw, harap barang pun guess ye mak long =) ~


~ Kelas maklong ko, dapat skinny jeans ngan baby t-shirt guess ~


~ Takpe, maklong & paklong ko kaya :P ~



~ Terus memohon nak pakai =P ~


~ Macam anak dara ko yasmin :p ~


~ Perfect!pandai mak long ko pilih size tak yah nak g tukar2 size :P ~


~ Yasmin dah memekak nak potong kek dia ~

Ok, upacara beri2 hadiah ni akan disambung kemudian kerana  nak bg laluan kat upacara potong kek dulu !!mula2 dia nak kek ada princess tapi secret resepi kata kena tempah awal seminggu so kecewa sikit la dia..skrg dia gile princess sgt!







~ Mak uda pun nak join jugak =P ~


~ Papa, kak min, mama & adik nana =P ~




~ Kena colek ngan ecal :P~



 ~ Nakal betul si ecal ni taw , tgk jelah picture kat bawh ni : p~






Ok, kita sambung balik pemberian hadiah dari mak cik dia lagi satu...sapa lagi mak uda dia ni la...papa dia kata yasmin klon mak uda :p...ok dia sgt2 suke ngan present dr mak uda dia w/pun tak semahal guess =P..see, kehulur kehilir dia bawak beg barbie tuh =)














Ok. hadiah paling SADIS dan hadiah yang paling vouge dari nenek dia lah...along aku menunjukkan riak muka kecewa sbb anak dia lelaki kan, sambut la hari jadi smpi besar pun belum tentu boleh dapat melainkan baby kedua tu girl la :P


~ Jeng2 : P ~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~


~ Hadiah  untuk 4 tahun....bertuah cucu perempuan sulong ni....tahun pertama dapat rantai emas, kedua dpat gelang emas dan tahun ketiga dapat rantai kaki emas  dah macam mami jarum aku nengoknya ~


~ Kelakar dan SADIS acara memasang subang dia ni...dia ingat nak kena tembak padahal nak kena tukar je :P ~ 


 






~ At last, berjaya dengan jayanya..bukan sakit pun gedik je lebih :P ~


Hadiah mama & papa dia adalah aqurium ikan..hehehehe, dia yang nak mama dia kata :p

NotaKaki : Pak uda tak leh nak involve sebab dia diserang deman keracunan makanan... :)

Wednesday, September 29, 2010

Jangan Lupain Gue deh!


Sengaja buat entry tak tentu pasal gedik kat atas tu sebab nak merajuk ngan geng "Muchacheze", sesuai dengan trademark kami 3M...huahuahuahuahua.....setelah sekian lama tak jumpa ni, dari hari aku kahwin ni dekat 6 bulan jugak memandangkan kekangan masa aku sebagai wife org sekrg =P, idora plak masih lagi seorang pelajar =P, kyn & aizan pun dan sibuk dengan kerjaya masing2 =P.....so plan masa bulan puasa hari tu nak berbuka sama2 tak menjadi, jadi kami berkumpul di rumah idora jumaat lepas =)

Antara kami berempat, aku seorang sahaja dah berkahwin dan tgh preggy, gembira & excited geng2 "Muchacheze" ni mengalahkan laki aku je bila tgk pewut aku makin membesar...hehehehehehe=)

Dan bila dah berkumpul, alangkah jelesnya aku apabila mereka bercerita  nak g bandung today smpi jumaat ni nak bershopping2 dan berhola2 kat sana  oleh kerana mereka tak kahwin lagi so ada lah istilah "girls day out"!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!=(...mentang2 aku dah membuyung korang tinggalkan aku ye :P.....


~ Tengok muka kyn memang lebih excited, si aizan plak tak habis2 nak pegang honey madu =P ~


~ Ok idora aku tahu perot aku dah gemok, tak yah tunjuk2 :P ~


~ Dah besar2 ye kita, hilang dah muka sekolah masing2 =P ~


~ Bila masing2 dah matured ni, takde pose2 pelik plak :P ~

NotaKaki : Pesanana Keras ini ditujukan -> jgn lupain gue deh!!!!!!  bila kamu udah sampei di bandung tu dan jangan lupain gue mau nyopping buat gue ya!(hahahaha, agak2 nyala bahasa sana mcm ni =P)