Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 27, 2010

Checkup Honey Madu =)

Memang tiap2 bulan memang ada check up, tapi rutin kebiasaan aku adalah check up di Klinik Pusrawi Jalan Ipoh je, tapi mulai hari ini aku dan kena g check up honey madu kat Hospital Pusrawi Jalan Tun Razak...

Owh!!!!!!sangat malas memikirkan nak2 bila tgk staff kat opis ni check up kat sana mesti kata kena tunggu lama dan aku dinasihatkan agar sampai awal pagi =)

 ~ Tengok!, kaunter pun tak bukak lagi aku dah smpi =) ~

Memang agak lama menunggu tak seperti di klinik tapi apakan daya aku dah direferkan terus ke Doktor Pakar....

Alhamdulillah doc kata honey madu sangat sihat dan bergerak dengan baik, kedudukan dalam perot pun ok jadi next temujanji doktor kata lambat sikit dalam 5 minggu pasni sebab takde masalah apa2 dan berat aku turun seh!!!turun 1kg!!!hahahahahahaha ok lah kan dr asyik naik je, laki aku kata boleh la sebab bulan puasa...

Alhamdulillah ya allah dengan khabar yang baik ini=)....baru je dapat rezeki raya, bertambah lagi satu rezeki  plak untuk kami.....ucapkan terima kasih & tahniah pada papa kamu honey madu atas rezeki yang "nyata" ini=)...>>>>>>>>Pstt : Awak jgn lupa ye janji awak nak me"reward"kan bini awak ni bila dapat rezeki ini =)

NotaKaki : Hoorey!! malam ni kita buka pose kat kelab darul ehsan ye honey madu =)

Tuesday, August 24, 2010

Buffet Ramadhanku Tahun ini =)...


Menjadi kebiasaan setiap tahun akan try mana2 buffet ramadhan tak kisah la dimana2 pun , tahun ni kena berjaga2 mencuba set buffet ramadahan setelah JAKIM mengatakan kebanyakkan hotel ada yang halal dan ada yang tidak, jd silalah berhati2 dalam keghairahan anda memilih "buffet ramadhan" di hotel2 kerana mereka hanya menggunakan dan menyalahgunakan perkataan "buffet ramadhan" itu..jadi,untuk jalan mudah dan selamat aku pilih restoran sahaja...memandangkan kita yakininya kan dan murah sikit kan =)...sebenarnya bile tengok ramadhan buffet sebenarnya banyak, cuma kita je buat pilihan yang mana berkenan di hati...

Jadual nak g buffet ramadhan aku tahun ni yang betul2 dah set up:-

i. 27 Ogos 2010 - Kelab Darul Ehsan wif Kawan2 Hubby

ii.04 September 2010 - IstanaBambu wif kawan2 aku      (Timah, Linda & Aina wif them hubby : p )......sgt best ok!sbb timah join d'club, lama jugak kitaorg tak buka puasa sm2 last tyme before di terbang ke perth tahun 2007 kot =)

iii.05 September 2010 - Dewan Perdana Felda Wif family aku (Sama tempat dengan tahun lepas sbab kitaorg sgt puas hati buffet ramadhan disini)

Kelab darul ehsan & istana bambu aku tak penah try lagi untuk buffet ramadhan kalu sedap aku akan advisekan =)...tapi dewan felda memang  sgt best & variaty boleh la mencuba kalau berminat =)

Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berlalu, dah masuk 15 hari umat islam berpuasa...tinggal 2 minggu cuti sabtu ahad je nak beraya....So 2 minggu terakhir ni memang dah pack dan digunakan dengan sebetul2nya, sebab weekend ni nak balik kampung laki aku, buat2 persiapan raya untuk kali terakhir (sebenarnya semua barang beli kat kl je bawak g sana)=P....

NotaKaki : Pejam celik,Pejam celik  2 jenis kuih berjaya disiapkan tp kuih simple2 je =)..

Monday, August 23, 2010

Checklist Part 1 # Honey Madu So Expensive =P



Ok, fine sekarang kan bulan ramadhan senang kata sibuk orang memperkatakan  isu raya, kenapa tak pk dan memperkatakan isu raya je...sebab isu raya dah settel!....so sekarang memikirkan isu honey madu plak yang dijangka akan melihat bumi pada disember ini moga2 insyallah....aku seoarang ibu yang teruja?????kenapa tidak?semua orang pasti teruja nak dapat baby kan???Lagipun aku & hubby bukan berpendapatan mewah bak kata pn. arina, kami berpendapatan sederhana, jadi belilah perlahan-lahanan dan sedikit demi sedikit...hehehehehe

Sekarang ini kalau search internet, wajib lihat barang2 baby...kadang2 tak tahu nak start beli apa untuk si kecik ni...yelah takde pengalaman, cuma tgk kakak2 aku jelah...

Aku memang perlukan pertolongan sangat nak cari checklist untuk barang baby, dan telah jumpa ok ! dalam blog mama ni http://chesupetite.wordpress.com Tapi ini cuma checklist pertama kali masih boleh diperbaharui dan diadjustkan...

BAJU-BAJUAN
 
1. Baju lengan pendek Newborn(NB) 

2.Long sleeves NB  

3.Seluar pendek NB  

4. Seluar pjg NB     

5.Baju outing ke clinic

6.Barut baby – penting! 

7. Handkerchief      (utk lap susu -penting utk elakkan rashes kat muka baby)

8.Rompers   

9.Mitten+Booties (nak beli lebih pun blh,sbb selalu hilang and masam ni baby suka hisap)

10. Socks    

11.Hat       


FEEDING

1. Breast pump
2.Termos

3.Bottle 20z

4.Teat

5.Sterilizer * (x beli pon,kalo nak beli boleh je…)

6.Teat brush

NURSERY

1. Baby cot/playpen *

2.Mattress

3.Pillow &Bloster

4.Mosquito net

5.Blanket and receiving blanket

BATHING

1. Bath tub

2.Toiletteries-travel pack

3.Cotton balls

4.Cotton buds
5.baby comb/brush

6.Baby manicure set

7.Nasal aspirator -PENTING!!

DIAPERING

1.Changing mat

2.Baby wipes – beli yg ada ada penutup,nnt x kering.

3.Diapers NB

4.Napkins       

5.Balm        
    
OTHERS
1. Nappy Kleen 

2.Myk telon

3.Toy

4. Towel -byk pun x pe

5. Hooded towel 

6. Penyangkut kain utk baby

MOM’S

1.Socks

2. Nursing bra

3. Nursing pad

4. Maternity pad

5.Disposable panty
6.Nipple cream- Angel Baby 

7. Barut 

8. Myk panas utk confinement

9. Minyak selusuh

10.Air selusuh

11.Jamu set selepas bersalin

OUTING

1.Car seat

2. Stroller *

3.Baby sling
————————–
* utk item yg boleh beli later…x wajib…ikut budget masing2…

Notekaki : Nah honey madu, tgk barang untuk kamu pun kalah barang mama tau =), nanti checklist ni akan disemak semula =)

Monday, August 16, 2010

Aktiviti hujung minggu di minggu berpuasa =)


Di awal pagi isnin berpuasa, mata sungguh meletihkan akibat aktiviti hujung minggu pada minggu berpuasa yang sangat meletihkan, apa pun enjoy! =)

Aktiviti yang paling dihajati adalah mengecat bilik memandangkan bulan lepas aktiviti laki aku sangat penuh untuk mengarahkan dia mengecat bilik =)....dengan kursusnya, bengekalnya, balik kampungnya lagi, jadi takde masa langsung untuk itu...bilik aku pun nak raya jugak! =)...dengan itu boleh la aku meng "ungu" kan bilik aku dengan langsir dan cadar yang baru beli hari tu =)


~ Warna yang dipilih oleh aku, dan redha diterima oleh laki aku =) ~


~ Macam buruh kasar dah aku ngok =) ~


~ jom mengecat =) ~

~ Selamat tinggal si "Putih" ~


~ Siap satu part =) ~


~ Aku & Honey Madu hanya mampu memberi galakan je =) kahkahkahkah ~

dan hasilnya =) ....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


~ Siap sudah, jom pasang langsir =) ~


~ Langsir masa sale hari tu, nak jugak purple =) ~


~ Ok pandangan sikit bilik aku yang ungu ni =) (Abaikan bantal barney tu) ~

Setelah selesai mengecat bilik, berehat2 sebentar kerana petang sabtu tu angah aku buat makan2 sempena dia habis pantang (habis pantang la sangat)... just kami sekeluarga je, antara adik beradik, angah aku la pandai sikit masak dr aku (dan sebenarnya pandai banyak)..hehehehehehe=)....so tak yah la mak aku nak sediakan juadah buka puasa petang tu sebab membawa perot sahaja ke rumah angah...kesian laki aku sakit tulang belikat sebab lenguh mengecat =)....

Laki aku ada tanya jugak, kenapa tak pink...sebab aku kan suka pink...ntah la tibe2 mahukan ungu =)... tapi agak jeles tgk bilik anak buah aku yang serba pink tu kat umah baru angah aku =)


~ Bilik si Arrisa Yasmin ~


~ Arriana Yasmin ~




~ Arrisa Yasmin (salah satu gaya bebas aku) =) ~








~ Yasmin dan Yasmin (mak dia ckp kakak suka tiru gaya mak uda =) ~




~ Si kakak, kalau bab bergambar kalah mak uda dia =) ~






~ Yasmin & Hakimi ~



~ Macam nak sambut raya je, sekuali kuah kacang daging tetel =) ~


~ Antara juadah berbuka puasa hari tu =) ~ 


~ Paus yang terdampar kekenyang, pic diambil oleh yasmin =) ~ 

Hari sabtu yang agak memenatkan, esok hari ahad mahu rehat2 tapi pada sebelah pagi jelah sebab sebelah petang mahu berbuka pose di rumah sepupu laki aku plak =)....penat tu memang penat tapi sabtu ahad jelah ada masa untuk majlis buka puasa ni kan =)....ada lagi 3 weekend dan kena rancang dengan baik sebab tak balik kampung laki aku lagi, dan last weekend bulan puasa dah pun menempah buffet ramadhan yang mana tahun lepas pun family aku buka puasa kat situ....kami pilih situ lagi sebab makanan dia best dan sangat variaty =)..so  2 lagi weekend puasa ni kena digunakan dengan sebijak mungkin =)

Nota Kaki : Tahun ni mak aku ajak buat kuih raya plak, kemalasan sentiasa ada...bila pk2 balik best jugak...hadiah oven masa kahwin tu boleh dirasmikan membuat kuih raya tahun ni =)

Friday, August 13, 2010

Sudah 5 Bulan Cinta ini tercipta =)


Hari ini genap 5 bulan aku menjadi isteri dia...."dia"???hehehehehe, hubby aku la si en.wan mohd sanusi tu la...=)5 bulan hubungan ini masih terlalu awal nak dibandingkan dengan kakak2 otai kat opis aku yang dah berpuluh2 tahun mencipta alam perkahwinan ini, cewah jiwang plak =)

Aku bersyukur dengan apa yang ada setakat ini, cukup bersyukur, aku ada sanusi dan aku dah ada honey madu (cukup alhamdulillah)...nak kata kaya tu tidak jugak.. hidup sederhana macam orang lain yang hidup sederhana.. ada tempat perlindungan.. ada pengajaran & pembelajaran agama yang cukup....ada kasih sayang melimpah ruah dari keluarga sini dan sana... ada makan pakai yang cukup....Laki aku bukan la jenis yang romatik atau kaki memujuk sebab aku mmg tak suka merajuk coz aku ni jenis terus mengamuk je...hahahahahahahaha=)....tapi mengamuk2 manja kata org =)....aku percaya, ini yang terbaik untuk aku.. belum tentu yang kau sayang akan melengkapi antara satu dengan lain.. tu lah maknanya hidup ni biarlah sederhana...jadi hargai la apa yang ada sekarang=)

Ok Stop jiwang2, skrg perkembangan honey madu makin memberangsangkan....dia dah mula menyepak2 perot mama nya, tak tahu la btl ke tak, tp dah rasa beralun2 je perot aku yang makin heavy membuncit....aku mula dah tak suka nak minum susu ok!tak suka nak makan vitamin ok! tapi kena dipaksakan juga la kot....makan tetap suka ok!hehehehehehehe....

Kawan2 aku ada yang bertanya lama..kenapa gelarkan dia "honey madu"...sebab anak ni kan macam madu pada mak2 & ayah2 kita tak kira la perangainya mcm ne...hehehehehehe=) & aku sukakan aktress "hunny madu"....aku minatkan nama dia sejak dia mula berlakon 5 jingga lagi....

NotaKaki : Hari ini dah masuk 3 hari berpuasa dengan honey madu, masih boleh bertahan, cayok2!


Monday, August 2, 2010

Lawatan Diplomatik ke MAIS =)


Lawatan diplomatik (hehehehe, lawatan kerja sebenarnya) anjuran bahagian BPP ke MAIS....lawatan tu act 26 Julai 2010, aku baru berkesempatan nak update hari ini memandangkan ada kelapangan (yelah tu =P)

Rombangan berangkat pada jam  : 0930 pagi


~ Rombongan dari MAIWP ke MAIS =) ~

Rombongan Sampai ke MAIS : Lebih Kurang jam 10.30 Pagi

~ Para pegawai dari MAIWP =) ~

~ Taklimat dari MAIS =) ~

~ poyo je khusyuk dengar =) ~

~ =P ~

Selepas tamat taklimat di MAIS, kami disediakan jamuan makan tengah hari di sana sebelum berangkat ke KUIS (Kolej Universiti Islam Selangor) yang mana merupakan milik MAIS =)




~ Di kampus kejururawatan ~

~ My Faveret picture =P ~

Selepas habis melawat dalam jam 04.30 petang kami berangkat pulang ke MAIWP =)

 ~ Muka aku yang keletihan =P ~

NotaKaki untuk Si DIA : Bahawanya smlm aku memang MERAJUK ngan laki aku ...sy nak "BENDA'' tu smlm!tak kira!!!!.....tapi pk2 biarla bajet tersebut disimpan untuk beli barang persiapan honey madu lebih afdal kot...=P

Saat-saat terakhir Beliau......

Tinggal beberapa je hari lagi Pengurus Bahagian Pembangunan & Pelaburan (BPP) a.k.a bahagian aku la kan =) akan dipindahkan memandangkan pengurus aku hanya pinjaman dari jpa.....walaupun dia bukan staff maiwp tapi dia rasa macam dah darah daging maiwp sebab dah lama di maiwp....

Staff BPP bercadang nak adakan jamuan perpisahnnya sekali ngan hari jd nya semlam....sambutan memang best la, sebab dia pun Pengurus yang best...ramai staff yang senang berkerja ngan dia....

Baru je hari tu ada family day BPP, dan kiranya family day BPP terakhir la yang dia join...pasni family day jabatan lain la kot =)

Dalam Ucapan terakhir dia mengatakan berat hatinya nak tinggalkan BPP ni, kemesraan di BPP ni buat dia rasa sayang.....=)....aku pun rasa mcm tu....=)

Apapun bak kata org setiap yang dtg akan pergi, setiap yang ada akan bersilih ganti=)...Selamat berkhidmat untuk negara di tempat baru En. Ibrahim Hj. Ismail....


~ Ikhlas dr Badan Kebajikan BPP ~


~ Unit Pentadbiran nye =P ~


~ Kek Hari jadi =) ~


~ Ir karim menyerahkan hadiah dr. staff BPP yang nak kena bg RM5/lot (senapang patah) =) ~


~ Cute gile potong kek =P ~



~ Gambar tempelan =p ~


~ 3 bunga serangkai unit sewa =) ~

  ~ Celok dr laman web MAIWP,kecik la plak =P~