Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 28, 2010

APC Vs. AKJ

Bila melangkah ke alam kerja actually aku tak pun terfikir langsung unsur2 yang mana aku dapat masa blaja akan ada masa keje...masa belaja ada la dapat AKJ (Anugerah Ketua Jabatan) yang mana setiap student akan berusaha keras untuk mendapatkan anugerah itu =)

Bila kerja tak sangka plak ada APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) yang mana meraikan para karyawan yang berkhidmat dengan cemarlang...untuk tahun 2009 aku & hubby masing2 dpt perkhidamatan penghargaan...ok la tu...takkan la setahun jagung kerja nak terus dapat cemerlang kan???kira ok la tu...=) dan tahniah pada teman2 lain dan kak jijan sebab dapat cemarlang k!**tapi bila dah agak lama sikit tak naik pentas masa zaman student jd malu2 kucing tak tentu pasal***


~ Gambar yang sempat ambik, aku agak mabuk & malas nak mengeletis ambik gmbr, skrg kondisi yang kurang baik, gambar ngan laki aku pun tak sempat nak ambik =) P/S : nini jgn jelous ok! ~







~ Thanks alot MAIWP, kalau sudi undilah sy lagi =) ~

Wednesday, May 26, 2010

Alamak! lupa plak entry untuk dua mei ^_^



Dua mei 2008 hingga Dua mei 2010 genap dua tahun aku di sini...hehehehehe..tak tahu nak decribe macam ne...just layan je la gambar2 sepanjang dua tahun aku bekerja di sini =)

~ Masa tgk Futsal ~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
~ Kalumpang kali pertama tahun 2008~










---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~ Masa kenduri kahwin fairuz kat ipoh meh ~





---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

~ Masa kenduri kahwin hadi kat putrajaya ~








Nota kaki : Selamat ulang tahun deh to nini, jeffry, abol dan seangkatan yang lain deh =)

Tuesday, May 25, 2010

Renungan untuk dikongsikan, syukur dengan apa yang kita miliki ^_^

BACA SAMPAI HABIS
         Jadikan pengajaran apa yg berlaku di sekeliling kita....

BUAT RENUNGAN BERSAMA & PENGANJARAN…. JANGAN SESEKALI BANDINGKAN SUAMI KITE DENGAN SUAMI ORANG LAIN…. BERSYUKURLAH

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI   !!!!


SUATU PERJALANAN
Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri.. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.


Teringat pesan ayah di suatu petang...
Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

Friday, May 21, 2010

Congrate to my list "mak buyung" - no. 3....








~Tahniah Daus & Lin dapat baby yang comel macam cina lor!~


NotaKaki : Rasa tersenyum lebar tgk slot drama indon "benci bilang cinta",asyik deh!

Wednesday, May 19, 2010

Ngomong Tentang Cinta ^-^

Kali ni Tag yang harus dijawab agak berlainan....tag yang mana tentang cinta...ceweh...jiwang karat...dear Narz , i jawab your tag ye dear=)


1. First time jumpa your hubby bila dan kat mana?

Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq ^_^.....hahahahahahaha(tu pun sebab ada meting ok!)

 2. Love at first sight?

Ntah....masa tu tak pk pun nak cintan2, meting kan (lagipun masa tu ada pk2 kalau dia hak orang kan tak kan aku nak mengatal kot, i'm not that type p/s) =)

3. Who is he when the 1st time you met him?

Pegawai Undang-Undang MAIWP yang baru masuk keje . ^_^

 4. How long it takes for him to ask you out for a date?

Berbulan2 kot (6 bulan rasanya)....hahahahahaha(ternyata aku adalah susah didekati sebab aku garang seh ^_^)...

5. First place dating?

Haloo2 Restaurant =)...hahahahahahahaha

 6. How he proposed?

 Malu la nak jawab kot =)....cukup la aku je yang tahu...hehehehe=)

7. Special date with your hubby?

          
          030309 (tanpa tanrikh ni tiada la hubungan ini ^-^)

8. Changes that he asked you to do?
Jangan garang sangat( dah dasarnya aku bukan jenis segala tok nenek yang gedik, tapi dah nikah aku ubahla kan tapi ngan orang lain still macam ni ^_^,)...hahahahaha. ^_^

9. What is about him that you love so much?

I love everything about him.... ^ _ ^


10. What is about him that you wish he would change?

nothing!!!!!...sy tak nak awak berubah, saya cintakan awak seadanya dan sy tak nak ianya berubah sama sekali =)
11. You will lose your mind and crack your head when he..

1.Bercakap pasal isu semasa dan hal undang2...hahahahahaha

     2.Bila dia tiada disisi =)..ahahahahahaha, jiwang tak 
        tentu pasal ^_^... 

     
 12. You will smile through your eyes for the whole day when he....

"Saya Cintakan awak", "Awak sangat cantik", "Saya sukakan awak"......(ops lupa masa meting dia ada cuba sengih2 kat aku...hahahahaha, teringat2 jugak la masa tu dia sengih2 kambing=)...LOL

 13. Complete below sentences,"My love towards your hubby is as big as....

Erm malu jugak nak jawab...macam haram aku ni semua nak malu...hahahahahaha=)

        "Cinta saya untuk suami yang tercinta seperti cinta pada 
         Nya =)Amin...


Ala dah habis ke soalan, baru je dah tersengih2 kambing mengingati detik itu =)..jadi aku nak berkongsi tag ini pada teman2 tersayang...

Friday, May 14, 2010

Tag Ke - 02 # Selongkar Apa Ada Dalam Bag


Entry ke-02 aku untuk menjawab soalan yang telah di tag kan oleh nini....padahal macam la dia tak tahu apa yang ada dalam h/beg aku tapi aku tetap akan jawab "Selongkar Apa yang Ada dalam beg"... Dan barang yang ada dalam h/beg saya adalah ....



~ Rasa apa yang ada dalam handbeg aku ni ye?~

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Benda yang ada dalam handbeg aku :-

1. Purse = Benda yang paling penting dalam hidup aku, kalau takde macam ne nak belanja  & IC                  pun ada kat dalam ni...

2.Pas Kerja = Kalau takde pas ni susah nak masuk kuar opis sebab access ofis memang guna pas ni.

3.Perfume (sean john) = Tanpa benda ni aku akan rasa rendah diri pasal aku pikir orang akan bau busuk kalau aku tak pakai benda ni =)

4. Bedak Estee Lauder = Memang diperlukan oleh setiap wanita, aku suka bedak ni sebab dah hampir 7 bulan pakai tak habis2 lagi =)

5.Lipstik Bodyshop, LipIce & Eye Liner = Rasa bertambah yakin apbile memakainya=)

6.Handphone E63 = Dulu masa bercinta benda yang paling penting, tp dah kahwin agak kurang penting =)

7. Acid Folix = Kira macam vitamin untuk aku sekarang tapi agak malas nak makan kadang2 =)


So sekarang aku nak dedicate tag ni untuk kawan2 aku, so kalau ada kelapangan sila lah jawab ye =)



Thursday, May 13, 2010

Angka Tiga Belas....



Ada Apa dengan Angka???...hahahahahahaha=) mentang2 la ambik akaun, nak sebut semua pasal angka...ngee~~~....Actually takde apa pun dengan angka, tapi angka tiga belas adalah tarikh keramat dimana misi angka tiga belas mac dua ribu sepuluh telah tercapai dimana aku selamat dinikahkan dengan suamiku sekarang...so dah dua kali aku melalui angka tiga belas ni means sudah genap dua bulan kami bersama sebagai suami isteri...banyak lagi benda yang harus dipelajari dan mendalami kerana angka nya masih terlalu muda =)...doakan kesejahteraan perkahwinan ini...amin..





~ dua bulan yang lepas - tiga belas mac dua ribu sepuluh =) ~
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
~ Sekarang - tiga belas mei dua ribu sepuluh : keadaan diri yang mula mengembang =) ~

Just nak dedicate this song to my hubby, act lagu ni pun best buat lagu tema kahwin...hehehehehe...video kahwin dah siap tapi lagu tema yang aku nak la kan "aku dan dirimu", tapi video tu berat sangat la...hehehehe....


Lirik Cinta Ada - Karen Kong, Sheila Majid, Jaclyn Victor

andai aku buta kan mata
dapatkah kau mendengarkan jujurnya
andai engkau tutup telinga
dapatkah kau melihat keikhlasannya 


aku cinta bukan dibayang mata
jauh dari bahasa
dekatkan ertinya
aku cinta bukannya disengaja
jauh dari wasangka
dekatkan hatinya
memang cinta ada dalam jiwa kita

andainya cinta itu buta
dapatkah kau mengubah pesonanya
andai mengalir air mata
dapatkah kau membezakan jelingnya

oh mengapa ada saksi yang tak memahami
oh mengapa ada saksi yang disalah erti
oh aku cinta
oh jauh dari bahasa

P/S : En Jamilmadu3....jgn lupa try masukkan video tu ye =)

Monday, May 10, 2010

Selamat hari ibu =)


~ Sayang kamu sangat2 ~

Mesti ramai yang sambut hari ibukan, begitu juga aku..tapi act, tak perlu hari ibu pun hari2 kita boleh celebrate....ibu yang merupakan ibu tunggal sekrang sunggu tabah melihat kecekalannya membuatkan aku cekal bersama.... 

Selamat hari ibu =)

Note : Selamat hari ibu kepada aku jugak...hehehehehe=)


Congrate to B2B -II Intan & Khai II- Wedding Day -

Tarikh : 09 May 2010
Tempat : Area Bangsar (Agaknya kot, lupa la tempat..hehehe)

Majlis Pertama perkahwinan kawan aku yang mana aku telah bergelar "Puan Hafiza"....tidak banyak yang berubah, cuma kena mintak izin dan ditemani oleh suami sekarang tp still masih boleh "gile2" ngan kawan2 aku dan masih "vouge" ok...ngeee....sebab aku memang jenis yang gila2 tp hati2 mulut aku "puaka" sikit...hahaha, kawan2 aku je tahu perangai aku..ngee~~

                                                                         http://hafiza.abdullatiff.blogspot.com
~ Kami (aku yang muka normal ketika ini..heheh) ~

                                                       http://hafiza.abdullatiff.blogspot.com

~ Aku yang tak penah berubah, hehehehe =) ~

Apa pun tahniah buat intan & khai semoga kekal ke akhir hayat, hadapi hakikat perkahwinan dengan baik, jangan cepat melemting bile terjadi apa2, cool je ok! biarkan je mereka2 itu yang tak tentu hala nak menyibuk hal orang k...chill beb!...cepat2 dapat baby ye =)amin~~

                                                            http://hafiza.abdullatiff.blogspot.com
 
 ~ Tak sedar diri, kesian laki aku kena duk tgk aku bergambar =) ~


                                                    http://hafiza.abdullatiff.blogspot.com
~ Thanks 4 this Doorgift..hehehe..sweet k! ~

Note : Banyak plak kenduri kawin bulan 6 ni harap2 tak bertembung coz aku nak g semua kenduri kawan2 aku ! ~



Thursday, May 6, 2010

Malam Pertama


Lusa baru2 ni aku dan hubby bergegas ke balai polis di kota damansara coz nak ambil abg ipar aku a.k.a abg kandung hubby aku...masalah kecil je, accident dengan lori dan abg ipar aku membuat report di balai untuk tuntutan insurans...

Dipendekkan cerita, kebiasaan bile kereta accident, mesti ada je orang dari bengkel yang standy kat tempat kejadian....dipendekkan cerita lagi dari cerita yang pendek orang yang incharge kereta tu adalah bekas staff MAIS yang dah pencen, bila kami sebut kami dari MAIWP terus cerita2 islamic muncul, as usual =)

Dalam perbualan kosong kami, aku tertarik dengan satu soalan yang ditanyakan kepada hubby aku dan abg ipar aku...

Uncle Rahim : Apa yang korang buat masa "malam pertama"

Abg Ipar : Tido la apa lagi (sambil senyum)

Hubby : Solat jemaah masa magrib, malam kemas umah pastu tido...(pun smbil senyum melalut)

Aku : Senyum (dalam hati apa punya soalan la)..hehehehehehehe, dah kahwin otak expert sikit..kikikiki

Uncle Rahim : Hahahaha, kalau aku tanya mesti orang tak dapat jawab dengan betul..meh aku ajar apa yang harus buat, belum terlambat lagi...

Ajaran Uncle rahim amat sesuai untuk pasang yang akan berkahwin atau yang dah berkahwin kerana aku rasa ia sangat berguna...Perkara yang perlu dilakukan pada malam pertama :-

i. Perkara pertama adalah solat berjemaah;

ii. Kemudian selepas sahaja solat terus berbincang ;
- Apa yang disukai oleh pasangan masing2
- Apa yang tidak disukai oleh pasangan masing2

Note : Semua ini penting untuk memperbaiki dan mengetahui apa yang disukai atau tidak oleh pasangan tersebut.

Kemudian uncle rahim mengajar supaya menguji isteri tersebut dengan menyuruhnya membaca surah al-fatihah...sekiranya isteri ingkar kali pertama, minta sekali lagi membaca sehingga kali ketiga, sekiranya masih ingkar itulah tanda2 awal dimana isteri akan ingkar pada suami itu suatu hari nanti.

Note : Apa yang disampaikan oleh uncle rahim sangat menyedarkan aku dan aku akan berusaha untuk memperbaiki diri ni & Sama-sama la kita menuntut ilmu yang berguna untuk kegunaan di masa depan...alhamdulillah dengan ajaran yang sangat berguna tersebut.