Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Majlis. Show all posts
Showing posts with label Majlis. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Majlis Tahlil Arwah Ayah...

Assalamualaikum...

Rasanya tahun ni kali pertama adakan majlis tahlil dan di rumah, selalu hantar ke surau je...Seronok plak rasa mcam ada kenduri masa aku tunang dulu plak, bak kata hakimi :). Tahlil arwah diadakan selepas zohor dengan menjemput ahli2 surau untuk bacaan tahlil, yasin dan sedikit doa kesyukuran (sempena mak & adik nak menunaikkan ziarah umrah esok, alhamdulillah)

Rasanya sudah 4 tahun arwah ayah tinggalkan kami, kalau dia balik ke rumah mungkin dia sudah senang hati sbb anak2 perempuan dia dah dijaga oleh laki2 yang bertanggungjawab seperti arwah ayah juga dan ank bujangnya alhamdulillah dah habis spm (result yang sangat baik, tahniah adikkk) dan bakal lanjutkan pelajaran nanti inshaallah dan alhamdulillah arwah ayah meninggal tanpa meninggalkan apa2 hutang puitang untuk mak. AL-fatihah.



~ Kuih-muih sumbangan jiran tetanga, tq makcik2 & tq jijah ~



~ Sate kassim, memang menu wajib keluarga kami ~



~ Nasi tomato dari mak dan juga pulut kuning & rendang (tiada dlm gmbr ), memang masakan mak terbaik ~


~ Laki2 yang bertugas di luar, melayan tetamu dan mengemas, kami wanita tugas di dalam..:P, ni la tempat membesar aku dan aku teringat kata2 sesorg jgn lupa dari mana asal kita :) ~



~ Mak dan anak laki bongsu dia, hahahahahahaha. Haikal panggil nenek dia mak (kadang2) ~



~ Bersama mawar & nana ~


~ Mak ngh dan nana ~




 ~ Alamak seksi plak mawar ni ~



~ Budak sombong ni terus baik dengan aku lepas aku basuhkan poo-poo dia :) ~


~ Besar dah anak dara mak ngah ~


~ Kakak2 aku ~

Notakaki : Seronok macam hari raya plak, ramai sepupu2 dan jiran tetangga yang hadir dan kawan2 opis jugak yang datang sampai ke malam, terima kasih ye :)

Thursday, November 1, 2012

Raya Korban 2012 serta Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Wan Mawar Adawiyah

Assalamualaikum...

Bestnya baru balik cuti panjang, 6 hari duk kampung rasa malas nak balik kl...ngeee


Actually raya korban hari tu memang husband dah plan nak buat aqiqah mawar kat kampung, ma plak nak jugak panggil group marhaban dan buat belah mulut & cukur jambul tu pun ma kata mula2 nak tempah buaian tapi harga mahal sangat, memang mahal kot dari mak andam masa buat buaian haikal dulu sampai RM3rat dia nak charge.ai tak kisah je janji yang wajib diutamakan, yang sunat tu nak buat pun ok lagi meriah nak2 kat kampung pastu family husband ai ramai tu yang meriahnya...

Kira adil la masa majlis aqiqah haikal kat kl, mawar kat jengka...ngeee :)

Raya korban kali ni meriah la sikit sebab ada kenduri kan, sibuk sikit la...pastu jamuan semua masak sendiri...kesian family husband masak tak henti2 dari raya sampai majlis aqiqah, tq so muchest.

Aku balik kampung khamis petang lepas husband ai balik keje, jalan tak jem sangat.Alhamdulillah...Balik2 tu family sibuk2 bakar membakar, juadah raya banyak dah siap.ngee :)


~ Tradisi keluarga husband aku, malam raya rajin buat BBQ, ayam sampai 4 ekor, sotong, udang semua...tapi ai kan jg body wajiblah makan sikit..muahhahaha..yeke??bukan makan berketul2 ke jaga sangat la body!!..ahaks ~ 


~ Menu pagi raya, mcam2 ada.Ketupat palas, ketupat biasa, rendang daging, kuah kacang,  serunding ikan, tapai pulut pun buat sendiri u'olls belum kunyah2han lagi ~

Rasa sayu dengar takbir raya tanpa mak disisi..agagagagagaga.poyo lah. Serius sayu la sikit...Lepas sembahyang raya, terus g sembelih lembu:)


~ Suami ai, aww tak sangka pandai juga dia siat lembu2 ni :)~




~ Pak aji2 felda :) ~


~Langsing tak lembu mawar :P ~

Majlis Aqiqah Mawar buat pada raya ketiga, ari ahad tu...Pagi2 tu dlm kul 10 pagi group marhaban datang. Pastu tetamu mula datang kul 11 pagi.Thanks pada mak & keluarga yang datang dari KL untuk memeriahkan majlis Aqiqah Wan Mawar Adawiyah, siap bawak sate kassim & pulut kuning kegemaran ramai.Thanks Mak!!!& Abang kamal walaupun kena g kemaman sempat singgah jengka dulu :)



~ Doorgift ikhlas dari kami kepada kumpulan marhaban, orang dapur, keluarga dan tetamu ~




~ Sebelum majlis bermula, tdokan mawar dahulu ~



~ haikal & papa ~



~ Anak2 buah husband, ada yang satu umur dengan aku..ngeee ~




~ Makcik2 marhaban jengka 10  ~




~ Anak papa ~


~ Bahan2 untuk cukur jambul & belah mulut ~




~ upacara belah mulut, belah dengan air zamzam & kurma ~




~ Semangat makcik ni, dia kata mawar suka rasa kurma tu ~





~ uPacAra Cukur Jambul, tak cukur habis sbb masa hari ke-10 Mawar dah cukur jambul & rambut sekrg rambut baru dia.Ma risau je tengok org cukur jambul cucu dia ~



~ Harith :) ~



~ Along pun turut cukur jambul ~




~ Basah dah rambut mawar ~



~ ANak2 buah husband lagi ~


~ Nenek & cucu mengada dia ~



~ Kesian mawar habis basah lenjun ~





~ Sesi menjamu selera ~




~ Faiz yang nakal ~




~Terima kasih makcik2 kerana sudi hadir majlis anak dara saya ~




~Masa untuk balik kl semula, terima kasih semua sebab majlis aqiqah berjalan lancar...~




~ Papa kecik hati sbb mula2 lahir mawar ikut muka dia, skrg habis ikut muka mama dia...ala u ni, dengan ai pun u nak jeles ke??ngeeee~


~Durian kampung, nyum2 ~


~ Bekal dari ma, semua ma buat sendiri.Kerepek pisang, serunding daging, dodol, serunding ikan , kuih gunting..~

Notakaki : Ruih rendah seketika masa kenduri aqiqah Wan Mawar Adawiyah dengan mengejutkan kami menunjukkan gaya meniarapnya untuk pertama kali, god job sayang  :)

Friday, April 20, 2012

Majlis Perasmian Oleh Perdana Menteri

Assalamualaikum....


Wah, seronoknya hari ni jumaat!!!!!!!!:).Dua hari balik lewat, nasib baik hasben ada & takde urusan kerja jadi boleh tolong jagakan si abang sementara mamanya pulang.thanks hasben!


Rasanya ini kali ke-2, aku terlibat dengan perasmian melibatkan jabatan/badan lain...kali ini MAIWP takdelah terlibat sangat.banyak pada pihak KKM, maklumlah hospital bersalin berisiko rendah 1 Malaysia MAIWP-KKM :)

Minggu lepas masa majlis pecah tanah jd ajk makanan je, memang rilex habis.kali ini kena jadi ajk hadiah...g cr hamper untuk si cilik yang baru lahir:), aku pulak melekat lama kalau kat tempat baby tu :)

Sebelum majlis perasmian 

Aku, kak lin & kak reen jadi ajk...memang lawak habis la.last minute baru bgthu, kebanyakkan supermarket tak boleh nak bungkus ikut kehendak kita ni...so cari la sama harga, dan sama brand.

Alhamdulillah la, masih larat ke sana sini.semua kesihatan yang tuhan berikan cukup aku hargai, tapi kebelakangan ini asyik sakit pinggang je, hasben suh berurut dengan makcik bidan kat rumah mak.Insyallah weekend ni la.

Mula2 g giant bt caves, hampa...tak banyak choice, pastu terus ke care4...nasib banyak jugak pilihan :)


~ Antara hamper yang dikauk di care4 ~

Alang kepalang tu terus lunch kat care4




~ Kak lin tanya aku memang selalu bawak kamera ke, aku ckp memang selalu ada dlm handbeg...sebab ini minat aku & aku sangat sayangkan kamera ni :) ~






~ Air bandung laici & teh o ais limau :) ~



~ Wantan sup ~


~ Nasi goreng ketam ~


~ Nasi goreng daging ~


~ Boleh tahan la makanan kat jom bali ni...masa kat sini ada orang agro bank siap interview kitorg, agaknya diorg tengok kitorg asyik mengeletik tangkap gambar je , dia nak bg loan kat jom bali ni so tanya pandangan kami ok ke tak?, nak datang lagi ke tak???? semestinya kami takkan menutup periuk nasi orang :) ~



~ Yang lawak masa balik tu, memang naik hilux tapi  hujan lebat turun....last2 sumbat semua dalam kete.bising je kak reen sepanjang jalan, aku selamat dah, ibu mengandung kan duduk dpn :P ~



~ Last minute jugak bgthu kena tambah lagi lapan pack, nasib masnida ada.boleh tolong buatkan sticker, kami g cr hamper di tesco plak, nasib tak berapa jem sangat :) ~


~ At last siap jugak hamper, geram tgk pampers comel2 :P ~

Semasa Perasmian Majlis




~Mak buyong dah tak muat uniform BPP :) ~



~ Wif bos yang sgt sporting & macho :P ~




~ Kak sha ngan mek nani :) ~




~ Masalah betul budak ni :) ~




~ Mak buyong hanya duduk ditempat sahaja :) ~




~ Ex-CEO kami, sporting ok!peace yo...ko hada?????!:) ~






~ Gambar para penyambut tetamu :) ~




~ Ketibaan PM, gambar RM tak dapat snap la :) ~




~ Berdiri & menyanyi :) ~




~ Tahniah MAIWP, JAWHAR & KKM :) ~