Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

Alhamdulillah, Wan Mawar Adawiyah dah bercukur :)

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua :),

Semalam hari ke-12 berkesempatan mencukur rambut mawar yang sangat tebal,rambut masa dalam rahim...so kenalah cukur.Bersunat plak, hari kedua kat pusrawi wan mawar adawiyah da bersunat, alhamdulillah :)

Beberapa manfaat dari mencukur rambut bayi adalah:
  1. Pada saat bayi melewati jalan lahir, banyak lemak dan kotoran ibu yang menempel pada tubuhnya, termasuk rambutnya. Cukur rambut akan ‘mengangkat’ sisa-sisa lemak dan kotoran tersebut sehingga bisa mencegah timbulnya kerak kepala (dermatitis seboroik).
  2. Mudah mendeteksi adanya masalah di kulit kepala bayi, seperti bisul, iritasi, atau luka.
  3. Bayi mudah beradaptasi dengan lingkungan atau udara sekitar karena kulit kepalanya tidak berambut.

~ Semasa dicukurkan :) ~

 ~ lain muka mawar lepas bercukur, mula2 lahir ramai kata muka dia ikut papanya, dengan hidung macung macm papa dia, ni dah macam muka abangnya plak, adik abang katakan :P ~

oklah bye, mawar nak nenen :)

Friday, July 27, 2012

Diary Wan Mawar Adawiyah

Assalamualaikum..

17 Julai 2012 - 6.30 pagi

Macam kebiasaan aku bangun subuh bersiap sedia untuk ke kerja, dapat merasakan perut mengeras setiap setengah jam, dalam kereta dalam perjalanan mengadu dengan suami "perut saya sakit makin kerap plak, mcm rasa nak bersalin", suami aku kata "sure ke nak g keje, ke nak g pusrawi terus ni", aku tetap tabah nak g keje dulu...huhuhuhu...

Sampai park kete opis sakit perut makin menjadi2, dan apabila melangkah 2, 3 tapak rasa tak boleh nak teruskan langkah lantas terus ke hospital pagi tu....

Sampai2 hospital jam 8.30 pagi, nurse  tengok buku pink aku dah cukup masa dan macam biasa cek jalan, dan apabila cek bukaan dah 5cm!!!!....owh terus rasa gabra, telepon mak, sms kakak2 & kawan2 aku...

Dr. pesan jgn bg ubat berak kat aku sbb dia masih di rumah takut tak sempat nak sambut plak.....

Nurse2 tegur kata aku ni "senyum je", takkan aku nak ngagis kot :P, dr. datang dalam jam 9.30 dah buka 6cm dan terus pecahkan air ketuban.

Sakit contraction without induce tak sesakit mcm induce, mcm abang long dia dulu aku induce.

Dalam kul 10 pagi mak datang!!!!seronoknya dalam labour room dengan suami dan mak, tapi mak mula pitam bile nurse masuk jam 10.30 pagi cek jalan, dah buka 7cm...mak dan suami tolong urutkan bile dtg contraction..tapi lepas tu mak tunggu kat luar, lawak jugak orang kje hospital pun takut darah juga ye :)

Lama kelamaan aku rasa macam nak berak, aku bgthu nurse, nurse suh tahan dulu sbb dr. estimate aku bersalin kul 1 ptg.

Tibe satu masa aku dah tak tahan, sampai aku tahan dan cakap " saya tak boleh nak tahan, rasa nak berak" sambil pegang kuat2 tangan suami...nurse kata tunggu dr, dah otw, aku terus ckp "saya tak boleh tahan dah, saya nak teran jugak dengan air ketuban keluar mencurah2!!!!!!!!!!"...bile ingat2 lawak juga nak2 bile ingat macam ne gaya aku tahan:P...nurse tengok kepala baby dah keluar sikit, alhamdulillah dr. sempat sambut kelahiran wan mawar adawiyah pada jam 11.50 pagi :)

Terus tunjuk jantina mawar pada aku, masa tu aku tak ngagis lagi...tapi bile suami aku azankan terus berjurai2 air mata aku....syukur ya Allah atas kurniaanmu ini, akan kami jaga amanah ini dengan sebaik2 nya, insyallah.

~ Alhamdulillah sudah 10 hari :) ~

Notakaki : PERCAYALAH!Allah lebih tahu apa yang mengembirakan umatnya :)

Tuesday, July 24, 2012

Alhamdulillah, bunga buat keluarga baru kami:-)

Assalamualaikum, alhamdulillah dan bismillah :)

 ~ Alhamdulillah, rezeki baru kami :) ~

Wan Mawar Adawiyah binti Wan Mohd. Sanusi, itu la nama bunga untuk keluarga baru kami yang selamat dilahirkan pada 17 Julai 2012 jam 11.50 pagi :)

~ Sibuk menguruskan mawar buat masa ini, blog pun bersawang2 :) ~

~ Jutaan terima kasih pada semua ucapan pada keluarga kami, thanks buat keluarga, sedara mara dan sahabat2 yang datang melawat kami :) ~

 ~ Mari berpantang :) ~

Notakaki : Nanti story lagi pasal MAWAR kami :)

Monday, July 16, 2012

JJCM#Tat Nasi Ayam#

Assalamualaikum...

Sapa tengok JJCM smlm mesti tahu pasal kedai makan Tat Nasi Ayam ni.Pastu ada la si ikram ni makan sup kaki ayam, teringat kat kak zura yang memang minat kaki ayam, aku plak yang terliur tengok nasi burung puyuh :P. Pastu lunch tadi terus ke sini :)


~ Kat sini bukan setakat nasi ayam je, tapi ada nasi burung puyuh, nasi itik ~



~ Selalu je g sini dengan hasben aku, lalu je kedai ni tapi takde plak nak masuk.Bila masuk JJCM baru gedik2 nak try :P ~



~ Thanx masnida bawak aku, sempat jugak merasa nasi burung puyuh :) ~



~ Air jus timun untuk kak zura & air tembikai laici untuk aku :) ~ 




~ Kak niza order nasi itik, kak ina order nasi ayam kampung :) ~


~ Masnida order  air nenas asam boi & nasi burung puyuh sama macam aku & kak zura ~




~ Serius sedap nasi burung puyuh dia, harus cuba! ~

Check-up HMII 38 weeks :)

Assalamualaikum...

Ye, saya masih disini :), hehehehehehehe.Khamis & jumaat lepas dr. bg mc untuk merehatkan diri. Khamis lepas aku g hospital, khamis lepas buat CTG scan kan dr. norkaedah kata nak tahan wad khamis lepas(kalau baby tak membesar)...tp dr. kaedah pun mc khamis lepas...hahahahahaha

Cek dengan dr. lain, baby elok je tdo dalam perut mamanya, makin membesar tapi still bawah 3 kilo, tapi tak tahu la bersalin bpe kilo kan.Nyamannya dia tido dalam perut mama :), dr. kata uri dah matang, air ketuban banyak lagi, insyallah 25 hb ni kalau dia nak keluar boleh kuar, dia nak bersalin bulan "ramadhan" kot :)...maksudnya masa tu 40 minggu la.

Tapi sakit2 perut tu ada la, cuma tak kuat sangat.Ikutkan Khamis, jumaat & sabtu hasben ada bengkel kat cherating, aku cakap tak bersalin ni so g la sbb tuntutan kerja kan.Tapi dia g balik hari, risaukan aku....hari jumaat tu banyak kali dia col aku tanya "mama ok ke tak"....risau kan la bini dia:), aku hari jumaat tu laki aku hantar & duk umah mak aku, mak telefonkan bidan urut tu tengok2 kan baby, dia kata baby ok, takde pape masalah (jumaat lunch tu kak sha & masnida nak ambik tapi i bawak g lunch ada janji dengan bidan la :))...Jumaat tu pun BFF aku cuti temankan kawan baik dia siap bawak char kiew tiaw panas2 lagi mak dia goreng, sedap woooo!!!!...hehehehehehehehe, thanks lin :).Pastu BFF jijah baru balik kampung laki dia, bawak belimbing buluh yang gebu2, dia kata "teringatkan aku yang suka sangat makan belimbing buluh masa mengandung", terima kasih jijah!!!!!

So, next check-up khamis ni :)

Semalam petang g jj (dan lagi :)), bak kata hasben aku "tabah betul, kalah iron lady:P", saja jalan2 bawak haikal main kete remote :)


~ 1st tyme rasanya kami tapaw makan kenny roger, malas makan kat sana.mak kat rumah relax sikit :) ~

Notakaki : Ramai tak sabar tunggu kelahiran kamu, terima kasih pada semua yang ambik berat :)

Monday, July 9, 2012

Saat-saat akhir sebelum menyambut kedatangan insan baru :)

Assalamualaikum...

Isnin datang lagi :), alhamdulillah.......Sabtu lepas sebenarnya ajak hasben g garden nak cari baju raya haikal.Along & kak sya kata baby gap tengah buat sale & lagipun mcm nak belikan kasut askar untuk haikal.Jumaat lepas ada macam air jernih keluar tapi tak kerap, dalam 2,3 kali sehari.Kak sya kata tu tanda nak bersalin, tapi kalau kerap keluar kena g hospital, balik tu plak bgthu mak...mak pun nampak risau, dia kata nak bersalin dah tu...

Niat di hati nak cari baju raya untuk haikal & papa, tak senang hati selagi tak siapkan untuk mereka sebelum bersalin, mama mithali katakan:P.Pastu bile macam dah ada tanda2 macam tu sure hasben tak kasi g pergi area2 sibuk tu, last2 g JJ je, dia tak berani kalau berlaku pape mana taknya  aku masuk bile air lama sikit dah ketuk2 "ok tak ni"....:), yelah suami mana tak sayang bini kan :P

~ Aktiviti bershopping raya untuk haikal ~


~ Haikal sekarang dah pandai, kalau cakap mana "hidung", dia tunjuk la hidung atau buat2 korek hidung :P ~


~ "baju mana aku nak paw bapak aku ni :P" ~


~ Hahahahahahahaha :P ~


~ Gigih cari baju anak ni :) ~ 


~ Mama ni asyik tangkap gambar ajek ~


~ Ni pun sudut kegemaran dia jugak ~


~ Shopping untuk persiapan akhir menyambut si dia, abang long sibuk capaikan barang adik dia :P ~



~ Baju raya haikal :Done :) ~

~ Aktiviti menghias rumah ~




~ Hasben aku kata "betul la kata orang, orang perempuan ni kata je nak beli baju raya, dalam2 tu boleh jeling2 beli balang kuih raya...hahahahahaha"...murah weh, RM4.90 sen je seketul!!!...nak samakan dengan alas meja baru beli :P, bunga tu mula2 letak kat lack tv, tp rasa tak sesuai warna bunga kat meja makan so tukar dengan bunga ni matching je ~



~ Alihkan alas meja ni & bunga meja makan kat lack tv ni:P ~


~ Letakkan alas baru kat meja tepi ni, samakan dengan warna kat meja makan :) ~


~ Alas baru juga meja tepi katil, matchingkan dengan warna cadar :P ~



~ Akhir sekali, sedia untuk menyambut kehadiran insan baru & doakan semuanya baik2 sahaja ye  ~


Notakaki : Macamne lah rumah kami bile didatangi insan baru, tak sabarnya la plak!!!~

Friday, July 6, 2012

C.T.G Scan Honey Madu II :)

Assalamualaikum...

Semalam ada follow-up check-up untuk 37 minggu dan C.T.G scan Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction. Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy)  denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau  electronic fetal monitor (EFM)

Teringat masa CTG scan haikal dulu, doktor kata takde tanda contraction lagi, malam tu laki bini ni gigih g makan burger king esokknya terus bersalin haikal :)

Kali ni buat CTG scan pun hasilnya sama mch haikal dulu takde tanda2 contraction lagi...selalunya CTG ni makan masa 45 minit, sempat la nak membaca ke berzikir ke  :)


~ Memang aku dah agak takde contraction sbb tak rasa sakit pun atau tanda2 nak bersalin  ~


~ Setia menunggu :) ~


~ Degupan Jantung baby masih ok dan takde tanda contraction  ~

Lepas habis buat CTG, jumpa dr norkaedah...dia kata berat badan tak naik adalah tanda2 dah cukup bulan dan masa tunggu hari bersalin, ikutkan dah cukup masa nak bersalin...khamis depan dia nak monitor balik kalau still tak naik berat badan kemungkinan kena tahan wad...

Sebelum buat CTG bertalu2 kawan2 hantar email, whatssup tanya status aku dah bersalin ke belum...buat masa ni memang takde tanda nak bersalin, sakit2 pun takde, tapi tak tahu la nak buat kejutan macam haikal dulu ke...hehehehehehehe:)

Notakaki : Doakan selamat semuanya ye:), Amin....

Wednesday, July 4, 2012

Perbezaan mengandungkan haikal dan adik haikal :)

Assalamualaikum...

Bukan nak membanding2kan kan tapi nak cerita pengalaman mengandung setiap anak ni tak sama bak kata orang, YES! saya mengakuinya, memang ada sedikit lain tapi sama pun ada juga :), seronok sangat bila ada banyak pengalaman kan.


~ Abang long adik, dah besar dah... betapa nakalnya muka dia mcm tu la nakalnya dia, tp itulah namanya anak kan :) ~


~ Haikal pada usia 1 tahun 7 tahun akan bakal dapat adik..yahooo!!!excited kami sekeluarga nak menanti kelahirannya :) ~

1. Masalah loya, dula kan masa mengandungkan haikal takde loya2 pun...kali ni setiap pagi pada bulan pertama samapai ke-4, mesti akan loya2 sampai muntah warna kuning yang pahit payau tu (tapi best rasa itu) & masalah kurang selera makan sampaikan nak masuk nasi pun susah :P

2. Bila dah loya2 & kurang selera makan kali ni, mula2 mengandung berat badan pun agak turun, kalau masa haikal tak yah cakap la, selera makan tuhan jelah yang tahu...hahahahahahahahaha:)...sampaikan naik berpuluh2 kg sampai nak bersalin, kali ni takde la smpi angka puluh tu...

3. Masa haikal dulu suka sangat2 minum susu anmum, kali ni takde selera nak minum susu anmum, last2 ganti dengan susu dutch lady atau HL tu pun campur dengan coco crunch (sedap wooooooooo)...

4. Masalah kaki kejang yang sangat ketara kali ni mungkin disebabkan kurang minum susu@kurang pengambilan kalsium.

5.  Semasa mengandungkan haikal, i kan sangat2lah mengada2 ngan hasben i(teringat peristiwa teringin popia, lawak sangat)...awwwwwwwwwww!!!!kali ni indipendent sikit, kalau rasa nak pape beli je sendiri@ajak kawan2 @ takdelah beria nak sangat, tak kisah sangat la pendek kata :)

6. Kali ni i rajin sangat memasak, buyot2 pun rasa tak letih nak masuk dapur, buku resepi atau blog resepi menjadi kegilaan buat masa ini :)

7. Ada kakak opis kata kali ni mengandung nampak makin aktif dari dulu, dan ada yang kata aku mengandung aktif je, alhamdulillah semua ini atas izinNya :)

8. Mengandung kali ni saiz perut lebih besar dari dulu (orang kata la)

9. Kali ni beli banyak barangan baby warna "pink", insyallah juga atas izinNya nanti :) & kali ni takdelah terlalu terperinci bab membeli & membeli pun teratur, yelah dah ada pengalaman kan...

10. kali ni mengandung kulit muka licin je (orang kata jugak)...tapi kalau kita bawak baby memang berseri2, yelah pembawak rezeki kan :)

Erm tu jelah ingat buat masa ni yang boleh dikongsi, yang pasti aku sukakan pengalaman mengandung  sbb bukan semua orang Allah anugerahkan untuk merasa pengalaman macam ni, so bersyukur lah :)

Notakaki : Yang pasti , kali ni pasti nak aku akan berusah nak breastfeed mcm dulu jugak, atas IzinNya jugak insyallah :)