Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Monday, August 19, 2013

Pencapaian terbaik : Menu Raya #Rendang

Assalamualaikum....

Semalam kitaorg suami isteri decided nak duduk rumah menerima tetamu datang beraya sahaja memandangkan hari sabtu lepas kami beraya dari pagi sampai ke malam. Dari sungai buaya ke selayang ke shah alam dan ke klang, sakan bukan? :)

Balik raya dari shah alam dalam kul 11.30 malam, cakap dengan suami ada nasi impit kat umah nak rebus pastu nak cuba la masak rendang :P, sambil tengok running man sangat gigih aku merebus nasi impit dan potong segala bawang, lengkuas, serai untuk membuat rendang.

1st tyme aku buat menu raya sendiri dan di rumah sendiri, merebus nasi impit dengan periuk yang kecik so kena la rebus 2 kali, so terus pk nak beli periuk yang lebih besar.

Rasa menu raya masakan mak selalu, masakan ma pun selalu tp air tgn sendiri tak pernah. Kesedaran tinggi nak belajar masakan rendang ni sbb terpk jugak kdg2 bila haikal & mawar dah besar malam raya mesti sibuk tanya mak masak apa?????.Ya allah jauh memikio :P 



~ Bahan2 yang diblend, pesanan mak kalau nak sedap rendang tu kena letak bawang banyak2 jgn kedekut bawang, bawang, lengkuas, halia, serai, kunyit hidup,  cili kering, cili api ~


~Rendang ayam kalau kita tak goreng sikit ayam cepat hancur. tq mak bagi banyak sgt ilmu :) ~


~ Sambil mengoreng ayam sambil merebus nasi impit. Nasi impit kalau nak sedap letak dlm peti ais esok baru potong. :) ~


~ Merendang dari kul 1.30 pagi sampi 03.30 pagi uolss..ya allah terus rasa mak2 kita masak malam raya mcm gini la, :) ~


~ Biasa tengok mak aku buat rendang tp tak pernah buat sendiri, ini 1st time!repeat 1st time ok! :P..Berdebar jugak org nak dtg raya jd food taster untuk aku la ye:P.muahahahahahahaha ~



~ Lodeh aku masak pagi tu sbb lodeh ni paling cepat dan tangkas main campak2 je tp kalau nak kuah lodeh ni pekat letak su'hun ni banyak sikit so kuah akan pekat..  ~


~ Pagi2 master chef dah dtg nak jadi pengomplen, hahahahahahahaha. Bangga wei dapat masak semua ni untuk mak ok :P. Mak kata tak pandai masak takpe janji ada usaha nak masak :) ~

~ Mak kata rendang ok, cuma tak pedas dan kurangkan lengkuas, yang lain ok la. Hehehehe laki aku bagi nama rendang aku "rendang sulung", setiap kali org dtg dia tukang pemberi penjelasan menu2 aku.hahahahahahaha. LOL! ~



~ Aku tak buat pun open house, sj masak2 sp yang dtg hari tu kira rezeki dia la..hehehehehehehe...Along aku pagi2 dalam wasup aku tanya aku buat makan2 sbb tgk kat ig aku, aku kata tak la aku saja2 je buat. Abang sanusi pun datang sbb hari tu raya dia tak raya kat jengka so dia dtg raya umah ~


~ Qaisara pun datang umah auntie, tq qaisara. Yang lawaknya mak jijah dtg jugak, laki aku terus ckp "habislah awak, dia bawak masterchef dia".hahahahahahahahaha ~


~ Si kimi ni sama je dengan budak2 lain, hantu tablet.hahahahaha ~


~ Qaisara & mawar seumur nanti sekolah sama2 kan2 :) ~


~ Adik beradik ni :P ~

Gambar: Mawar ambik alih hobi mak dia ; p

~ Mawar sekarang dah ambik alih hobi mak dia.hahahahahaha ~


~ Malam tu baru boleh menikmati & melayani menu raya dengan air tangan sendiri ok, sampai 4 pagi memasak rondang :P ~



~ Seronok tgk habis masakan semlm :) ~

Notakaki : Terima kasih mak dari kecil sampai ke besar bila tiba raya buatkan saya makanan sedap2 bila raya kadang2 tak raya pun mak rajin buat menu raya, memang bukan senang :)

Monday, August 5, 2013

Pencapaian terbaru : Nasi Ayam Penyet :)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas mcm teringin (memanjang ayat ko teringin kan :P) nak makan nasi ayam penyet kat maju junction tu pastu jari jemari ni gatal menggoggle memandangkn sejak pakai unifi kat umah tahap kelanjuan ineternet terlalu memuaskan hati.

Selalu aku suka rujuk resepi kat  My Resepi ni sbb dia ringkas dan mudah. Pastu search tak delah payah sangat so terus rasa nak buat. Kebetulan pagi tu suami ajak g giant nak beli lampu raya so ajak beli bahan buat nasi ayam penyet terus... Nak Resepi rujuk je sini!!

Step 1 : Perap ayam dulu, sila ikut respi mcm ne nak perap ayam, aku perap pagi2 kalau nak sedap semalaman, petang tu baru goreng.


~ Rebus ayam tu dulu, airnya buat untuk masak nasi dan sup. Aku perap ayam dan tempe ~

Step 2 : Masak Nasi Dulu, apa2 hal senang. nasi dah masak.



~ Ikut resepi cara dia masak mcm nasi ayam, selalu aku tumis atas dapur dulu ~



~ Dah kembang beras tu baru transfer dalam periuk nasi ~

Step 3 : Masak sambal 



~ Sediakan bahan2 ni ~




~ Pastu goreng semua bahan tu ~



~ Pastu blend dan masak semula atas dapur, pastu aku simpan dalam peti dulu nanti panaskan balik bila nak makan. Sambal dia aku nak baiki lagi lepas ni kalau buat, nak buat sm mcm ayam penyet maju juction tu, hehehehehehehe ~

Step 4 : Masak Sup


~Ambik tumis adik beradik buat sup tu, masukkan air rebusan ayam tadi, kaki ayam, kemudian garam dan sup bunjut. Senang! ~

Step 5 : Goreng Ayam, Nak2 dekat buka baru goreng makan panas2 baru sodap :P


~ Aku golek2 kan ayam dengan tepung beras pastu baru goreng  ~


~ 5 Special step that all u need (macam agent oso plak :P), sebenarnya renyah masak nasi ayam penyet ni sbb banyak sangat rencah smpi otak jahat ni pk baik beli je, hahahahahahaha ~


~ Tambah dengan sambal kicap kentang dan cempedak lagi, puas hati :) ~


~ Suami ai makan sampai tambah 3 kali uolssss :P, so terus pk nak buat sendiri je lepas ni ayam penyet. hahahahahahahahahahaha :) ~

Notakaki : Bila puasa makan pun secara sederhana secara automatiknya baju2 aku  dah banyak longgar ni, lepas raya jgn ketat balik plak :P

Tuesday, May 21, 2013

Dapur baruku :)

Assalamualaikum...

Dapur lamaku si Rubine tu buat hal, keadaan yang menyusahkan aku nak memasak apabila dapur takde...1st tyme hantar servis ok sekjp je la, pastu mmg out terus. Stress macam hilang rasa dengan dapur tu...

Kali ni tukar yang lain plak, tq hubby belanja dapur baru..yeay kembali memasak, saya suka memasak :P


 ~ yeay dapur baruku ~



~ Hai En. Morgan yang macho, sila berkhidmat dengan semachonya :) ~ 



~ Lauk pertama utk dapur baru, seharusnya lauk kegemaran...sekarang belajar buat sambal sedap utk nasi lemak :P, tanya kak ina macam ne nak bagi sambal ni cantik hitam dia kata tumis lama dan api kecik, tp still tak hitam mcm dikehendaki rupanya kak ina lupa nak suh letak "gula kabung", hehehehehehehehhe ~

Notakaki : tekakku teringan udang masak lemak dengan belimbing buluh..terkecuiqqq air liuqqqq :P

Wednesday, November 21, 2012

Woorless Wednesday #Mengidam yang melampau#

Assalamualaikum...


~  Lauk feveret ai kalau pergi kedai feveret we'all kat bangsar, tak bandar la wei makan singgang, jering, budu&tempoyak :P (aku anak kampung) ~


~ Saya suka makan lempeng, tiap2 petang saya makan lempeng (terlalu taksub dengan lempeng buat masa ni), nak nak try buat dalam pan taffel yang kecik barulah rasa macam makan pancake :P~

Notakaki : mengidam tak bermaksud mengandung, mungkin sbb lepas pantang jd kuat makan(sbb ai kan ibu menyusu so jangalah pelik sangat) :)

Friday, October 12, 2012

Sotong masak blackpapper:-)

Assalamualaikum...

Semalam husband col, tanya dah makan ke?, cakap msak stong sbb lunch smlm kat jj dengan hubby n haikal makanan dia kurang sedap, last2 makan sesudu dua pastu tolak tepi dan terus ajak hubby cari barang mawar, pastu beli big apple:), lepas hubby anta ktaorg anak beranak sbb dia nak g cherating dan  aku apa lagi ajak haikal g kedai beli sotong, dia kalau aku ckp kedai suka sgt, biasalah budak s yurga dia kedai ni :)



Bila mana aku cakap aku masak sotong masak blackpapper Dia kata "tahu, baca dlm blog", ngeh2...pertama kali ayang masak ni sedap gilak!, tak tahan puji diri sendir lagi la ko!....semalam suapkan haikal, suka je dia!maknanya mama masak sedap kan haikal :)




Thursday, October 11, 2012

menu kegemaran sekeluarga:-)

Assalamualaikum...


Menu kegemaran aku adalah sambal telur puyuh dan kentang goreng berlado!memsng feveret sangat2 lah dan suami ai dia suka menu sup tak kisahla sup apa, kalau masak sup dengan sambal kicap memang berkali2 tambah katanya:)

Kentang goreng berlado ni memang bo katakan seminggu tu kerap jugak la buat, kalau kat opis kat kedai makcik kelantan tu wajib ambik menu ni:)


Monday, October 8, 2012

Nasi ayam kembali:-)

Assalamualaikum...

Rasanya ada sekali je kot aku bt nasi ayam lepas belajar dari elin.Hari ni tibe2 nak masak special plak:), kali ini aku bt nasi ayam dengan sebelah mata je, senang la bt nasi ayam ni....patutlah elin kata kalau tetamu datang tetibe bt je nasi ayam, memang mudah pun dan sangat sedap, ayat ko tak bole belah puji dir sendiri.muahaahaaha:)

So harini si bini masak nasi ayam bt keluarga tesayang, aceh...:)







Thursday, October 4, 2012

Sebab kenapa aku suka tefal :)

Assalamualaikum...

Sejak jadi suri rumah sepenuh ms bile betul2 ada masa baru rasa nak update blog, tu jadi entry marathon tapi singkat2 je, walaupun gilakan instagram tapi minat menulis tetap ada. Ingat jadi suri rumah ni goyang khaki jek, pagi2 dah pk nak masak pe, pastu keluarkan lauk, pastubasuh baju, pastu mandikan mawar, pastu lipat baju, mop lantai, vakum rumah,  pastu masak plak belum lagi menyusukan anak lagi, memang jd supermak la..hahahahahahaha

Aku sekrang suka masak guna tefal berbanding kuali bontot legam aku tu sebabnya :):-
1.takkan melekat
2.susah nak hangit
3.guna minyak sikit je(boleh kuruskan bdn)
4.bontot kuali tak hitam sbb memang semula jadi hitam :P




Tuesday, September 25, 2012

Ai suka sangat buat trifle :)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas tengok rancangan chef cilik dia buat trifle!nampak sedap, baru perasaan lama sangat tak buat trifle, kang skill tak tajam plak..ececeh!ayat....

Betul kata kak shasya ai, bila anak dah membesar dan pandai nak makan itu ini, kita pun suka buat resepi untuk dia, tak la dia bosan makan nasi lauk sup je kan :P

Sama jugak bahan buat cam hari tu, cuma kali ni guna susu segar, nak banding mana sedap :)

Cuma kali ni ai happy sangat sebab, kastrad betul2 menjadi, rupanya2 senang je petua nak ilangkan ketul2 tu, jangan masukkan terus kastard dalam air mengelegak tu, kalau tak ketul pun mesti kena kacau lama, ko bancuh dulu dengan AIR SEJUK, gaul tak sampai seminit cantik tekstur dia (macam masterchef plak ko ni), pastu panaskan susu tu, jgn sampai mendidih pastu tuang dan gaul bersama2 kastard tadi...

~ Suka ai!~

 ~ Kali ni guna swiss roll strawberry, jelly strawberry & buah peach. Hari tu tak letak, sedap letak sebab teringat trifle kak shasya :) ~


~ Rasanya dah kewajipan beli mangkuk kaca macam kak shasya tu memandangkan lepas ni selalu buat trifle :, ok siap bekal haikal ~

Notakaki : Tengah gigih buat bekal untuk si mawar, sekejap je nak naik keje...erm



Monday, September 24, 2012

Roti Sosej Gulung bersalut oat untuk si cilik :)

Assalamualaikum...

Sabtu lepas ingatkan nak buat bfast nasi lemak tp hubby plak ada program pg tu, so cancel menu nasi lemak sbb masak2 sapa nak makan sbb petang tu nak beraya, eh raya ke lg???hahaha....

Pastu teringat nak buat roti sosej mesti haikal suka :), maknya pun suka sangat makan ni...teringat roti sogo..:)

~ Bahan2nya, dah besar nti nak ajak haikal & mawar main masak2..pasti seronok! ~


~ gam dengan kuning telur, yang hitam tu aku tumbuk papper ~


~ potong tepi biar nampak kemas, kalu ada keju lagi sedap ~


~ salut roti dengan telur pastu golek je kat oat tu ~


~ siap pastu goreng jelah ~

Notakaki : Haikal makan sampai 2 :P

Tuesday, August 14, 2012

Puding Kastrad Jagung buat jiran tetangga :)

Assalamualaikum...

Boleh dikatakan kawasan rumah aku, komunitinya lebih pada 1Malaysia.Jiran tetangga aku berbilang bangsa, sebelah kanan india sebelah kiri cina dan berhadapan melayu dan singh....ada pra and contra nya bile berbilang masyarakat macam ni...Kadang2 mereka lagi prihatin dari orang melayu kita...

Contohnya macam mr. siew jiran berbangga cina depan rumah aku, sangat prihatin.Ada satu masa tu dalam kul 12 tengah malam dapat sms dar dia "sanusi lupa tutup gate ke"...ya allah kami terlupa nasib ada jiran yang prihatin, bulan ramadhan ni pun dia siap wish dan masa perayaan tahun baru cina hari tu beria2 ajak kami pergi rumahnya, tetapi masa tu kami kat jengka....Takpe mr siew nanti datang raya umah kami ye :)

Auntie berbangsa cina sebelah rumah aku plak, bila tahu baby mawar lahir siap bagi pampers kat mawar, masa masuk rumah tu pun dia bagi hadiah masuk rumah...klau dia cuci garaj umah dia yang belah luar dari gate kadang2 dengan tiles aku pun dia mop kan...baik sungguh :)

Jiran berbangsa melayu depan rumah aku pun ok jugak, cik mek kelantan. Kalau jemput datang rumah, datang je dia. Cuma tak berkesempatan pergi rumah dia lagi maybe raya nanti :)

Auntie berbangsa india sebelah rumah aku ni lagi prihatin, bulan ramadhan ni rasanya 2 kali dia bagi juadah pada kami :), anak dia ada yang masuk islam dan cucu dia pun dia yang jagakan...pastu semalam anak lelaki dia dapat hamper raya, diberikan sedikit biskut raya untuk haikal...So aku pun macam segan la auntie ni asyik memberi je, tengok dalam kabinet ada lagi stok tepung kastrad, kebetulan semalam husband beli barang dapur maka pesan belikan jagung & susu cair boleh kita bagi dia puding kastrad jagung, senang dan tak menyusahkan pun...takdelah menu masakan yang berat sangat untuk orang berpantang mcm aku ni (tak sabar nak habis pantang, nak main masak2 kat rumah :)

Bahan2 nya senang sangat :-

1/.1 Cawan tepung kastard
2. 1 Tin jagung caramel
3. 1 Tin susu cair F&N
4.  1 1/2 cawan air
5. 3/4 cawan gula

Cara buat :-
1. Gaul tepung kastard dengan susu cair sampai hilang ketul2
2. Masak dengan api yang perlahan, masukkan air, gula & jagung kemudian masukkan tepung kastrad yang digaul dengan susu cair tadi sehingga masak.

P/s : Husband aku selalu pesan, basuh dulu tin2 yang kita guna takut kena kencing tikus

~ Gaul sehingga pekat ~





~ Memandangkan loyang takde masukkan dalam bekas2 pun ok, senang nak bagi 1 kat auntie, 1 kat mak :) ~

Notakaki : AL-Fatihah buat suami cik salmah(yang jaga haikal) kembali kerahmatuallah semalam dimana pada bulan yang sangat2 dimuliakan ni. Moga bersabar dalam meyambut syawal ini......