CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Perjalanan Cinta Ini

Daisypath Anniversary tickers

Kami Telah Bersatu

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wan Khalish Haikal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Wan Mawar Adawiyah

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Friday, May 17, 2013

Dating :)

Assalamualaikum...

Hari tu kami dating berdua melepas rindu seminggu terpisah :P, tgk movie & makan2 kat KLCC.




~ Tengok movie ni, best tengok kat wayang tp aku rasa kalau tgk kat umah sumpah bosan sbb dia tak banyak watak, pastu kan ada peristiwa kakak sblh seat aku kehilang handbeg sbb dia letak kat kaki. Pengajarannya adalah memang lepas ni aku TAKKAN letak kat kaki handbeg masa tgk wayang ~


~ Lepas tu cari2 makan ~


~ Macam orang bercinta ok :P ~



~ View ~


~ Aku pilih ini ~



~ Suami pilih ini ~



~ Besar dari tuan :), sorry to say makan kat chili's tak lah sesedap mana pun dah la harga mahaiiii !!!! ~

Notakaki : Parking kat KLCC 4 jam = RM17.00, apakah????

Mekar 10 bulan si bunga Mawar Adawiyah :)

Assalamualaikum...

Serius aku tak sedar anak dara aku dah besar dan terkejut akhir2 ni dia sebut "mama", "nenek"...macm ommaaagddddd "baby mama"...

Sekarang mawar dah boleh jadi teman sepermainan dengan abangnya, balik2 rumah kegemaran abang dia lego ni suka susun lego pastu dia dtg senyap2 pastu pecahkan..hahahahahhaha naughty dia usik abang dia je..

Badan dah sedikit "bam2", heee.Dah makan bubur nasi kan mana tak semangat kan, Alhamdulillah.



~ Geram tengok muka monot dia ni ~



~ Geram, ada jugak aku gantung tv ni nanti ~


~ My Wan Mawar Adawiyah ~

Notakaki : Abang sekarang pandai mengadu kalau adik dia buat nakal mesti dia ngadu..hahahahahahahahahaha...kamu Wan Khalish Haikal & Wan Mawar Adawiyah mmg nyawa mama & papa :)

Wednesday, May 8, 2013

5 tahun sahaja :)

Assalamualaikum...

Alhamudulillah PRU 13 berjalan dengan lancar, soksek soksek isu pru13 masih hangat diperkatakan terutama di FB.Maaf saya katakan saya mula jelak dengan mereka yang tak habis2 bergaduh2, salah menyalahkan dan menabur kata2 fitnah, terima ajalah dengan redha sbb semua ni keputusan rakyat sendiri. Dan pada yang tak tahu apa2 jangan la membuta tuli "copy& paste" je apa2 kesian SPR penat2 diorg buat keje dari pagi sampai tengah pagi korang asyik hentam diorg. Apa kata 5 tahun akan dtg korang jd kerani SPR (orang SPR pun ada pembangkang jugak lah) atau tengok undian tu dikira mcm ne baru tahu ketulusan tu macam ne, ini tak asyik nak komen2 merapu2 mcm org sawan. Lawak plak tgk mereka2 yang bodoh sombong ni.

Kali pertama aku menjalankan kewajipan 5 tahun lalu masa tu berumur 22 tahun , muda remaja. Sekarang dah berumur 27 tahun 5 tahun ni. Seronok sangat mengundi kat malaysia ni aman damai takde provokasi buat masa ini, Alhamdulillah :)


~ Alhamdulillah, keluar seawal 8 pagi untuk mengundi sbb suami nak mengundi di jengka plak lepas tu, keprihatinan wakil SPR menyebabkan proses pengundian dijalankan dengan segara tanpa perlu beratur kerana aku membawa bayi, TQ SPR ~


~ Aku di saluran sepuluh ~

Sesudah selasai tanggungjawab aku, tanggungjawab suami plak, pecut ke jengka untuk mengundi plak...senelum tu singgah R&R dulu sarapan dulu, undi2 jugak perut haruslah diisi dulu :)


~ Kesayangan hamba, rindu la. Dulu outsatation dekat2 kali ini ke padang pasir nun jauh sangat ~


 ~ Saya belum mengundi, anda???:P ~


~Sarapan aku, roti plata ~




~ Anak dara ni pun wajib sarapan jugak, nasi lobak memang kegemaran dia :) ~



~ Yeay sampai jugak dijengka jam 12.00 tgh hari ~

Notakaki : Tak kira parti apa pun kita, kita tetap satu, kita malaysian :)

Thursday, May 2, 2013

Cuti hari pekerja untuk hari bersama keluarga :)

Assalamualaikum...

Semalam hari cuti buruh, bak kata hanan kami ni kategori buruh lembut :P, lunch semalam angah nak belanja buffet lunch kat sini milik rubiah suparman :). Al- makklumlah orang tu dapat naik pangkat jadi bos besar2 :P, Alhamdulillah kitorg tumpang happy :), tq so much ye angah & family :)



~ Kami lunch di sini, gigih tau mencari ini tempat :P ~




~ Khusyuk mak ai makan ~




~ kat sini memang femes masakan kampung ~




~ Kuih muih tradisional, smpi licin makan puteri berendam :P ~




~ kanak2 zaman kini...haihhhhh :P ~



~ Loncat2 gembira bila ada laksa johor ~


~ anak2 ~


~ Harga dia agak mahal sekepala RM33++ tapi orang belanja makan jelah :P ~

Lepas makan tenghari tu angah nak bawak anak2 dia main kat ikano pastu aku pun ambil kesempatan la nak ikut sama last2 along pun ikut sama, hahahahahaha so semua g ikano tu bawak anak2 main kat kid e-world tu...masuk sini satu kepala rm50 hinggit atas 3 tahun, so mawar free.1 kanak2 boleh bawak masuk 2 org dewasa. Stokin plak kena rm5.






~ Main la anak sepuas2 nya ~




~ Dengan mak2 kena pakai stokin ~



~ Abang dok acah2 mawar ~




~ Nenek yang relax melayan kerenah cucu2 ~




~ Mawar dah pandai memapah dia pun boleh tahan lasak main kat sini..haihhh adik ~


 ~ Lompat , aksi ngeri ni ~




~ Hahahahahahahahaha, sampai nak makan bola si haikal ~



~ Sampai tertdo anak mama main..sian :) ~


Ha ko memang puas dr. kul 3 sampi kul 6 lbh budak2 ni dalam ni, pastu nenek ajak ngeteh kat Rasta TTDI tempat makan yang femes tu sbb banyak milik artis kat sini...hahahahahahahahaha :P



~ Anak bapak kepenatan bermain ~




~ Sotong goreng kangkung ~




~ Kerang rebus & otak2 itu MEMANG :) ~




~ Adik dapat matrik kat changlon, kalau2 jadi dia nak g kitorg bercuti la kesana bulan 5 nanti :P ~



~ Anak bapak dan bagun ~


~ Kacang pool, agak hampa sbb tak sama dengan kacang pool larkin, JB :P ~


Notakaki : Bila tengok negara kita aman, anak2 boleh bermain2 dengan sepuas2nya  manakala kalau tgk kat fb anak2 di negara lain sibuk berperang so kdg2 terdetik dimna rasa tahap kesyukuran kita jika kita asyik nak mempertikaikan semua yang ada skrg, jgn bila mana negara kita pun tak aman baru nak rasa bersyukur :)....

Monday, April 29, 2013

Pengaruh...

Assalamulaikum...

Mood menulis agak merundum ketika ini....


~Minggu lepas bedak arab kini sunblock cosmoderm~

Notakaki : Panas sangat cuaca kat luar nun sana :P,sunblock cosmoderm ni ada vita e so mana2 produk yang ada vita e sila la pengaruh saya :P

Manis - Manisan

Assalamualaikum...



Notakaki : Macam kanak2 riang dan mengalahkan si haikal bila dapat manis-manisan terutama ninna richi tu :P

Friday, April 26, 2013

Hari Jadi PAPA :)

Assalamualaikum...

Hari ni hari jadi suami ai, tapi hari ni dia kena g langkawi atas urusan kerja so suami kata sambut lepas2 balik langkawi je, lelaki kan jenis tak kisah sangat..

Pastu smlm lunch hour aku kirim kek SR kat kak wati & nana tapi diorg kata kat sogo dah tutup makanya tak de la, so ngah pk2 mcm ne nak beli sbb aku pk tgh malam tu nak buat kejutan pada dia, kejutan tu berharga tau walaupun hanya sebijik kek sbb mengingati tu adalah lebih bermakna dari segala2nya :)

So petang balik keje tu laki aku dia kata nak main golf so hantar aku balik dulu apa lagi aku mintak tlg khidmat BFF aku ptg tu g giant untuk cari kek, tQ sangat2 my sayang..love u 4 ever n ever.Walaupun sakit kaki tapi sanggup teman kawan baik dia ni. Beli kek terus balik umah isi kat bahagian bawah2 tempat buah dengan harapan kalau2 dia buka peti ais tak nampak plastik kek tu:P. Laki ai pun balik dekat kul 10, so bagi alasan suh dia tdokan mawar kat bilik sbb aku nak basuh baju la, tdung la :P.. Si haikal mmg jenis tdo lambat sbb dia layan karton jd aku ngan haikal la kat bawah duk tiup belon :P


~ Gigih tau aku tiup belon, haikal pecah belon, dah la aku ni takut belon so mengigihkan diri sbb suami tau :) ~


 ~ Masa ni kul 11.30 malam, segar lagi mata haikal dia tak sabar nak aqiqah kek papa dia ni :P ~

Yang lawak aku suh haikal tunggu bawah aku nak panggil papa dia, dia boleh jerit papa dia. Aku bagi alasan  aku nak buang air besar suh dia tengokkan haikal :P, then dengan mata sepet dia sbb ngantok tu kitorg jerit "supriseee", haikal lompat2 :P, senyum laki ai masa tu then cakap "nak berak konon", hahahahahahaha :P


~ Papa, happy birthday!!! Semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya lagi dalam kerjaya dan akhirat nanti, Insyallah Amin :) ~



~ Anak beranak makan kek ~



~ haikal makan 3 potong kek hari jadi papa, sedap kata dia :) ~



~ Papa i luv :P, sambutan y kecil dari kami :) ~


~ Mawar bangun tdo terus pakai cekak dalam party pack papa :P~

Notakaki : Apa yang papa buat untuk kami lagi besar dari apa yang kami buat untuk papa, Happy birthday papa :)