Assalamualaikum,
Trip kali ni group makcik, kategori makcik2 la sebab semua dah beranak kan, aku suggest sp yang nak pergi ambik flight pagi dalam kul 8.00 pagi so smpi bandar ho chi minh touch down terus boleh g shopping, kedai kat ho chi minh rata2 kul 7 pagi dah mula operasi sbb perbezaan jam dia lebih kurang 1 jam je dr malaysia.hahahahaha.
Flight ktorang kul 8.00 pagi. So kitorg kumpul kat KLIA2 dalam jam 05.30 pagi.
Kami segeng bersetuju nak ikut travel agen, mudah dan senang, lagipun kt tak tercari2 tempat mana yang murah tempat mana yang mahal kedai makan mana yang halal kedai makan mana yang tak halal, semua ni bergantung pada individu, ikut keselesaan masing2.
Tapi kalau kali ke-2 aku g aku dah hafal semua tempat dah, hahahaha, perempuan kalau2 tempat2 macam ni campak dia sehari confirm sekejap je dia hafal.wakaka.
~Lagi seorang kak ina tp dia jalan dengan suami dia, kami je makcik2 so kena jaga diri masing2 hahaha, aku pergi sana bawak baju dua helai je, sbb aku search kat tenet baju tempah bo siap dlm masa sehari hahahahaha ~
~Masyallah cantiknya pemandangan di pagi hari tengah matahari nak naik, KL - Ho chi Minh sekejap je dalam 1 jam 40 min camtu ~
~Touch down je terus ada orang nak ambil, tp sesiapa yang g sendiri kat aiport banyak teksi dan singat aku dalam RM80/teksi untuk penghantaran ke hotel ~
1st place :Pasar Ben Tyai (Chinatown)
~Tempat first yang kami pergi ben tyai(China Town)~
~ Selalunya orang yang datang sini akan menginap di area pasar ben than, tak sama dengan sini, sini nama dia ben tyai.lain ye kwn2, dr ben than nak ke sini selalunya teksi charge dalam rm 20/teksi ~
~kat sini banyak jual helmet sbb kat sini pengangkutan utama kat sini mmg moto ~
~Aku mmg suggest tempat ni berbanding ben than, pasar ben than agak mahal dr ben tyai TETAPI pilihan corak dan warna kain di sini agak terhad berbanding ben than ~
~ lycra kat sini boleh tahan cantiknya, aku ni plak peminat lycra ~
~ Dia ada sediakan perkhidmatan menjahit pakaian, ktorg tempah dalam kul 10 pagi dalam kul 11 malam di hantar hotel. kita tunggu hasilnya :) ~
Luncheon Day 1st : Kampung Pandan Halal Restoran
~orang vietnam suka makan ulam2, sayur2, tengoklah badan diorg semua size XS je hahaha ~
~Dia mcm kerabu sayur makan dengan kerepok, sedap la jugak ~
~ kat sini femes jugak popia, isi dlm ni ikan ~
~Lauk dia boleh tahan dan masuk la dengan selera kita orang melayu ni ~
~ rate minuman kat sini 40000 dong dalam RM7.00, rata2 kopi ais kat vietnam mmg antara RM6.00 - RM8.00. Jangan risau semua kedai makanan dan pakaian kat sini terima duit RM kecuali 7 eleven dia je ~
~Rate makanan dia agak mahal dalam rm12.00 - rm30.00, biasalah kalau dah makanan halal memang mahal sikit kat mana2 pun kan ~
~ kopi ais mmg femes betul kat vietnam ni, wajib semua kedai makan ada kopi ais ~
~ ada pun gambar ngan kak ina ~
~Recommended, halal, sedap dan bersih ~
2nd place : Post Office Vietnam
3rd place : Hard Rock Cafe Ho Chi Minh
4rd place : War Meseum
5th place : TAKA PLAZA- tempat shopping jugak (dekat dengan ben thant kena berjalan sikit) - harga biasa2 je
~ Penat berjalan nak basahkan tekak, yok kita masuk pekena kopi ais ~
~ halal restoran jugak : Saigon green house, satu bangunan dengan TAKA cuma dia ada di luar tak perlu masak dalam TAKA plaza ~
~Kopi ais sejumlah RM7.00 sangat memuaskan dan rasanya paling sedap sepanjang masuk kebanyakkan makanan halal di ho chi minh, sila try kopi ais di sini ~
~lepas dah habis pusing2 kami terus check in hotel di Song Anh Hotel betul2 sebelah pasar Ben Thant, BETUL2 SEBELAH ok hahahaha ~
~Hebat tak hebat ktorg check in, solat2 terus keluar balik sbb dgr pasar Ben Thant TUTUP pukul 6 ptg sbb kul 7 malam pasar malam kat Ben Thant plak, nampak tak marathonnya kami hahahaha ~
~ ni semua di depan Ben Thant, sila pilih hotel di Ben Than Market pasti anda takkamn menyesal ~
~ ini pasar Ben Thant, harga di sini agak mahal sikit (sikit jelah dalam 2-3 ringgit dari pasar ben tyai yang aku mula2 pergi tetapi sini lagi banyak pilihan ~
~ nampak hotel sblh ben thant je :P ~
~ sementara nak tunggu makan malam kami g buat menicure pedicure RM12.50 je cuolsssssssss, pastu urut2 kaki baru rm25 je uolsssss, hilang lenguh kaki aku, buat kat nail spa betul2 depan ben thant market ~
6Th place : Pasar Malam Ben Thant (Tiap hari dari jam 7 mlm-12 tgh malam) Tempat WAJIB pergi.Sini harga murah2 :P
~ Makan Malam di Basiroh Halal Restoran ~
~ berderet2 halal food kat area pasar malam ni ~
~ rate makanan halal rata2 lebih kurang sama ~
~ adoi muka dah lesu masing2 tp hati kental kan, haruslah pusing pasar malam ni kan ~
~ kopi ais dia best, tp teh ais dia biasa2 je ~
~ kalau nak makan "pho", aku suggest basiroh halal restoran mmg puas hati ~
~ Seluar made in vietnam, mmg semua beli kat sini senang..tak yah bawak beg berat2 ~
~ nealofa bersepah2 kat vietnam wei ~
~ Kopi ais kat moto ni pun sedap jugak ~
~ ok, ni jubah aku yang buat kat pasar ben tyai (China Town) memang puas hati.berbaloi2 ~
Notakaki :Pftttttttt nak habiskan part 1 pun aku yang letih.wakakakakaka...to be continue.ok bubye nak cuti2 honeymoon plak.kebetulan booking lebih kurang sbb anniversary seminngu lepas balik vietnam