Assalamualaikum,
Panas
sungguh cuaca di luar pada masa ini?
Keadaan cuaca membataskan pergerakkan anda di
luar?
Selalu
pening memikirkan samada masih mahu melakukan aktiviti luar ataupun hanya duduk
di dalam rumah sahaja?
Pening juga
memikirkan pakai apa yang sesuai digayakan dengan cuaca dan fesyen kini?
Keadaan cuaca yang amat panas sejak kebelakangan ini menyebabkan
ramai di antara kita yang berasa kurang selesa dan lebih berhati-hati dalam soal
pemilihan pakaian. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang kerap
melakukan aktiviti di luar. Cuaca yang panas ini menyebabkan kita lebih kerap berpeluh
dan bukan sahaja menjadikan badan tidakselesa, malah memberikan bau yang kurang
menyenangkan. Olehitu, salah satu jenis pakaian yang memberikan keselesaan yang
cukup ideal kepada sesiapa sahaja yang memakainya adalah koleksi leggings!
Leggings yang diperbuat daripada fabrik cotton atau polyester inibukan sahaja tidak
panas dipakai, malah membantu menyerlahkan lagi penampilan anda. Jom kita lihat
beberapa idea bergaya dengan leggings
untuk panduan anda;
Untuk penampilan yang cukup simple
dan kasual, cukup dengan hanya menggayakan leggings dan t-shirt sepertiberikut. Ia
merupakan kombinasi pakaian yang paling sesuai dipakai ketika cuaca panas sebegini.
Seterusnya, anda juga boleh menggayakan
leggings tersebut dengan koleksi long loose tees yang suatu ketika dulu pernah mendapat
perhatian oleh ramai penggemar fesyen. Guess, this trend is still valid girls!
Tapi, jika anda tidak mahu kelihatan terlalu kasual
dengan padanan leggings dan tees, anda juga bole hmemakai cardigans sebagai
outerwear. Trust us, this small touch works well!
Dan yang terakhir, sarungkan koleksi
tunic blouses yang sememangnya amat sesuai dipadankan dengan leggings anda!