Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 27, 2012

Diary Wan Mawar Adawiyah

Assalamualaikum..

17 Julai 2012 - 6.30 pagi

Macam kebiasaan aku bangun subuh bersiap sedia untuk ke kerja, dapat merasakan perut mengeras setiap setengah jam, dalam kereta dalam perjalanan mengadu dengan suami "perut saya sakit makin kerap plak, mcm rasa nak bersalin", suami aku kata "sure ke nak g keje, ke nak g pusrawi terus ni", aku tetap tabah nak g keje dulu...huhuhuhu...

Sampai park kete opis sakit perut makin menjadi2, dan apabila melangkah 2, 3 tapak rasa tak boleh nak teruskan langkah lantas terus ke hospital pagi tu....

Sampai2 hospital jam 8.30 pagi, nurse  tengok buku pink aku dah cukup masa dan macam biasa cek jalan, dan apabila cek bukaan dah 5cm!!!!....owh terus rasa gabra, telepon mak, sms kakak2 & kawan2 aku...

Dr. pesan jgn bg ubat berak kat aku sbb dia masih di rumah takut tak sempat nak sambut plak.....

Nurse2 tegur kata aku ni "senyum je", takkan aku nak ngagis kot :P, dr. datang dalam jam 9.30 dah buka 6cm dan terus pecahkan air ketuban.

Sakit contraction without induce tak sesakit mcm induce, mcm abang long dia dulu aku induce.

Dalam kul 10 pagi mak datang!!!!seronoknya dalam labour room dengan suami dan mak, tapi mak mula pitam bile nurse masuk jam 10.30 pagi cek jalan, dah buka 7cm...mak dan suami tolong urutkan bile dtg contraction..tapi lepas tu mak tunggu kat luar, lawak jugak orang kje hospital pun takut darah juga ye :)

Lama kelamaan aku rasa macam nak berak, aku bgthu nurse, nurse suh tahan dulu sbb dr. estimate aku bersalin kul 1 ptg.

Tibe satu masa aku dah tak tahan, sampai aku tahan dan cakap " saya tak boleh nak tahan, rasa nak berak" sambil pegang kuat2 tangan suami...nurse kata tunggu dr, dah otw, aku terus ckp "saya tak boleh tahan dah, saya nak teran jugak dengan air ketuban keluar mencurah2!!!!!!!!!!"...bile ingat2 lawak juga nak2 bile ingat macam ne gaya aku tahan:P...nurse tengok kepala baby dah keluar sikit, alhamdulillah dr. sempat sambut kelahiran wan mawar adawiyah pada jam 11.50 pagi :)

Terus tunjuk jantina mawar pada aku, masa tu aku tak ngagis lagi...tapi bile suami aku azankan terus berjurai2 air mata aku....syukur ya Allah atas kurniaanmu ini, akan kami jaga amanah ini dengan sebaik2 nya, insyallah.

~ Alhamdulillah sudah 10 hari :) ~

Notakaki : PERCAYALAH!Allah lebih tahu apa yang mengembirakan umatnya :)

2 comments:

  1. alhamdulillah..
    senang nak lahirkan mawar. insyaAllah mawar akan membesar jadik anak yg cemerlang

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah izla, tak sangka kali ni bersalin mudah sangat, macam sekelip mata je semua ni jadi...sbb pagi tu pergi kerja macam biasa dan sebelum tu takde plak masuk keluar wad....amin, thanks izla doakan yang baik buat baby mawar :-)

    ReplyDelete

Tukang Komen :)