Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 29, 2013

4 Tahun bersama :)

Assalamualaikum...

4 Tahun aku dengan wrw 6752, dia kete pertama aku. Biarlah murah janji dapat bergerak ke sana sini, menabur bakti pada keluarga dan kete dari zaman anak dara hinggalah anak dah dua...Bak kata lin mcm2 kenangan kete lama aku ni, kete ni la berbakti masa aku nak ubatkan arwah ayah aku, berulang alik ke kl, haihh tak yah la nak ungkit apa yang kita lakukan kepada mak ayah kita sbb apa yang diorg lakukan untuk masa depan kita lagi tak terbalas kot kannn...

~ Bergambar dengan bff aku buat kali terakhir, bye2 sayang .kamu jangan nakal2 taw :P~

Kadang2 dulu2 orang dok tanya bila nak tukar kete, kami suami isteri buat dek je. Kami tahu tahap kemampuan kami dan matlamat kami masa itu dan aku bersyukur kerana suami aku bukan jenis gila kereta, kete bukan keutamaan kami masa tu, rumah untuk berteduh lagi penting dari tukar kereta.

Kadang2 kita kena upgrade benda  sesuatu mengikut kemampuan kita pada masa yang sesuai untuk keselesaan kita bersama..betul idok??

Actually hal tukar kete ni muncul bila kami dah ada umah sendiri(alhamdulillah) dan anak dan dua rasa nak tukar keselesaan, sbb memang kami ni jenis jalan jauh balik johor, pahang & terengganu tu mesti ada. Dan keadaan ekonomi rumah tangga kami dah  stabil sikit apa salahnya nak tukar benda baru lagpun wrw 6752 dah mula menunjukkan sesuatu petanda tidak baik(bunyi enjin yang sangat kuat)...hahahahahahaha

Tukar kete baru ni Win-Win situation la, laki aku minat honda (kebanyakkan laki memang minat honda), aku plak tak kisah janji MPV so kete baru ni kira tak de kalah & takde menang...huhuhuhu:)

~ Hai si biru yang tampam, sila la berbakti pada kami sehingga akhir hayat kamu :P ~

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)