Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 27, 2013

Cat luar rumah #part 1#

Assalamualaikum...

Lama tak hupdate blog, cite yang ni dolu la :P

Setiap kali nak raya nak cat umah, nak cat umah tunggu nak raya....takde la kami sampai tahap mcm tu, tu mengada2 sangat tapi memandangkan cat luar rumah kami mula luntur dan mula berkulat, suami decide nak cat luar umah, ofcoz la ai happy horey2 je....

Bagi yang extend umah, pastikan kontraktor yang buat rumah tu kering2 kan dulu btl2 binaan tu baru cat kalau tak akan jadi mcm luar rumah kami la....

Ataupun mungkin masa dia cat dia tidak menggunakan cat khusus untuk luar rumah so dia akan cepat menjadi luntur & menjd. berkulat..

Bagi aku la, biarlah cat luar rumah tu tahan paling2 3 tahun, ini baru setahun setengah..haiihhhh:)

Memandangkan cat luar rumah kami sedia ada warna pastel so aku decide nak buat blocking colour :P

Quatation dah dapat dengan kontraktor dan suami luluskan nilai yang diberi, so nanti kontraktor boleh mula buat kerja :)



Notakaki : Continue part 2 :P

Tuesday, June 18, 2013

Seksi Ovari :)

Assalamualaikum...

Novel kedua milik aku...

Pelik kan tajuk novel dia, tp sangat mendamaikan hati apabila membacanya...

Ia sebuah novel puisi ringkas & agak menyindir...

Dan dah agak lama aku cari novel ni, tapi cetakan pertama dia dah habis di pasaran

Pastu dalam ig tetiba hubby tag ai...terus senyum lebar. Laki ai ni kan dia selalu beli buku online, kalau bab buku mmg dia menyokong habis bini dia ni.Hahahahahaha:P




~ tq hubby :P ~




~ Sudah sampai, ini cetakan kedua :) ~


~ Baca, paham dan merasai setiap bibit2 ayat ~

Notakaki : Lepas ni nak baca novel suamiku ustaz plak la boleh orderkan tak awak :P

Thursday, June 13, 2013

Kasuma 2013

Assalamualaikum...

Lama tak cite pasal opis.hahahahahaha. Dah masuk 5 tahun den kat MAIWP & kat BPP. Sekejap je rasanya kan..huhuhuhu. Masuk MAIWP anak dara, kawin dengan orang MAIWP skrg ada 2 anak MAIWP..hahahahahahaha:P

Sukan MAIWP ni memang diadakan tiap tahun tapi tahun ni ada kelainnya sikit, tahun ni MAIWP invite anak2 syarikat bawah MAIWP untuk join Karnival sukan MAIWP tahun ni ada PPZ, IPB,  PUSRAWI, PICOM, Yayasan Taqwa & MAIWP Dagang. Rasanya meriah sangat nak2 pelancaran kasuma 2013, pengerusi MAIWP sendiri yang lancarkan.

Kasuma 2013 dilancarkan pada game bowling dan tamat pada isnin depan..nak tahu kak kiah masuk game apa, ce teka, ce teka??, muahahahahahahahaha:P



~ Tak sabar2 nak bagi sokongan kat team bowling:P  ~



~ Sokongan tu penting taw :) ~


~ Kami adalah MAIWP B (BPP, Baitumal, Undang2 & Audit) ~



~ Dilancarkan oleh pengerusi MAIWP ~




~ Pemenang utk cipta logo kasuma 2013, masyuk la ko anip :P ~




~ Tahniah MAIWP B, untuk pasukan wanita dapat perak dan pasukan lelaki pun dapat perak:) ~



~ Sempat lagi kan, alang2 jumpa pic box tu. Aku memang suka ambik gambo dlam box ni dari jaman sekolah menengah lagi tau :P ~

Notakaki : Kak kiah kan kaki bangku so kak kiah masuk treasure hunt je lah..hahahahahahahaha :P

Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday # Mawar Vs. Anggun #

Assalamualaikum..

Belek2 ig terjumpa gambar si anggun sedang berpose2 dan seluar kotak2nya sama sebijik dengan mawar. Aku memang suka suar kotak2, tengok la si haikal tu dah berpuluh kot suar kotak2 dia. Mama kan pengemar pesyen :P.

~ Dua2 nama unik. Mawar dan anggun :P ~

Notakaki : Aku upload dalam ig gambar ni anggun ni anak sapa.hahahahahahahaha:P Anggun ni anak Rebeca Nur Al-islam la:P..muahhahahaha tak agak2 kan nak jugak ko feling2 retis :P

Tuesday, June 11, 2013

Inilah Kisah Adik Beradik Part II :P

Assalamualaikum..

Bagai kan ko nak ber"part-part", hahahahahaha. Kalau cite pasal anak2 ni mesti takde penghujungnya sbb ada je cite anak2 ni. Hari2 sekarang makin ceria dengan teletah dua beradik ni, nak2 umur mawar dah menjangkau hampir 11 bulan jd macam2 ragam dia dan abangnya tu skrg. Kalau kadang2 abang dia tdo umah nenek dia mesti kadang2 mak bapak dia rindu dengan keletah dia tu.

Istilah abang buli adik tu langsung takde pada diri haikal, dah lama aku & suami aku perhatikan perangai si haikal ni, dia memang akan mengalah dengan adik dia tp x selalu la. Adik dia agak ganas sikit mungkin sbb dia ada abang so mainan dia memang mainan budak laki, agak ganas sikit sbb suka rampas mainan dari abang dia.


~ Muka memang saling tak tumpah, makin besar makin sama nak2 tang mata bulat tu :) ~



~ Kalau tgk disney junior nak2 feveret cartoon haikal si mickey tu haikal memang suka menari dan menyanyi, adik dia agak tengok je abang dia kadang2 gelak2 dia..hehehehehehehe ~



~ kadang2 suka main2 dengan adik dia ~



~ Kandag2 suka main sendiri2 tapi yang pasti si mawar ni jangan harap nak sentuh anak patung padahal ada banyak je anak patung dia tp sibuk menyentuh pistol, pedang, kereta, lori, bola..haihhh adik gegirl la sikit nanti mama beli mainan masak2 eh:P ~


~ Tq mak ngah bagi ole2 dr HK, memang feveret haikal la baju ni nanti :) ~

Notakaki : Air dicincang takkan putus, itulah hakikat adik beradik :) 

Friday, June 7, 2013

Wedding Muchacheze #Edora&Ameer# :)

Assalamualaikum...

Selamat sudah seorang lagi kawan kami yang dah berumah tangga, alhamdulillah. We happy for u darl...Semoga berbahagia sehingga akhir hayat :)

Hari nikah edora tu lepas asar, sebelum tu g ambik mak2 buyong then cari bunga tangan untuk semua2 dayang. Dah tentunya pilihan kyn & aku tmemang tak bo disangkal lagi :P muahahahahahahaha...

Edora nikah kat masjid putrajaya, so nama pun mak buyong haruslah nak mengada2 nak request makan macam2, si kyn nak sangat makan kat sini, patutla mengidam sangat tempat dia pun agak best jugak la ko nak lepak2.



~ PadiHouse, restaurant yang agak cantik ~



~ Aku dan mak buyong zan ~



~para2 mak buyong ~



~ Minum air ni je taw, patutla badan korang ni macam anak dara kot :P ~




~ Aku punya ~



~ Aizan nye ~



~ Ketawa, makan, kenyang bersama. suami izinkan bersama kawan2 hari ini :) ~

~ Gelagat mak2 buyong kesayangan hamba :) ~


~ Berjubah dan bershawl hijau mint, macam marhaban kata aizan :) ~


~ Diorg rajin melayan kerenah aku sbb diorg tau aku blogger :P ~


~ us wif edora ~ 


 ~ Gojes as always :) ~


~ Alhamdulillah dengan sekali lafaz korg jadi suami isteri setelah hampir 10 tahun kot kenal, alhamdulillah :) ~


~ Wif mak buyong kyn, dah tengok dora selamat nikah terus balik la, esok nak g resepsi dia plak~

Berdasarkan pengalaman masa majlis resepsi aizan hari tu, so aku dan kyn decide dan mendapat persetujuan suami2 kami supaya tak bawak anak, tinggalkan jap kat pengasuh. Kyn tinggalkan kat mak dia jap. Sekali seumur hidup kot kawan ko mintak tlg jadi bridesmaid, kalau tak mmg tak la aku kyn & aizan nak layan jd bridesmaid, mak2 orang kot :P lainla si neena kenit tu, hahahahahaha. Si kyn n aizan lagi la memboyot2 jd bridesmaid :P. Actully plan untuk warna peach tapi mmg tak boleh buat kain sepapan lagi sbb kyn n aizan nak pakai baju yang selesa, so kami cari masing2 & sendiri, janji peach.

Edora majlis resepsi dia kat hotel olympia pudun so dia bersiap kat bilik hotel jelah..sampai2 bilik dia dah ramai kawan2 dia, bridesmaid dia ada 8, 4 orang muchacheze then 4 org bff  edora yang lain. Tapi macam ada kimia tau, jumap2 diorg terus ngam.




~ Bridesmaid pun nak melawa2 gak ke :P ~




~ Si neena ni mmg pandai pakaikan org shawl, tp peach neena macam lari sikit..hahahahahaha ~




~ Mak buyong membetulkan shawl mak buyong :P  ~




~ Aku suka gila gambar ni, agak kabur mohon dapatkan daripada photographer :) ~




~ Cantik tak bunga tangan pilihan kyn & aku.. lawa kan :) ~



~ Ok, benda mmg tak kan aku buat kalau ko bukan btl2 kawan aku :P ~





~ Fotogedik dengan pengantin :) ~




~ Edora sanding kul 12.30 tgh hari so dalam kul 2 dah relax dan boleh nak balik dah ~




~ Neena & kyn pakai kimono, trend baru ~



~Hai edora, selamat pengantin baru dari kami semua, muchacheze :) ~

~ Alhamdulillah, so neena the muchacheze yang bongsu kahwin, inshallah 2014..amin:)~

Notakaki : Suami aku cakap kalau baya2 aku cakap "BFF" kalau zaman abang2 dia cakap "best dia", muaahahahahahahaa :P

Thursday, June 6, 2013

Berangan Jap :)

Assalamualaikum...

Pagi2 khamis ni bagi ai berangan jap ok...

Si mucha  edora tengah sakan berhoneymoon so ai pun terus teringin:P, search2 pagi2 buta ni ada tempat lawa gile..malaysia je :), anniversary ke-4 jom pa :P


~ Mashallah cantik sangat :) ~

Notakaki : Hujung minggu ni kemas umah sbb hujung minggu depan nak ke jb anto adik.sob sob..hahahaha :P

Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday : Muchacheze Wedding #Edora&Ameer#

Assalamualaikum...

Dah lama tak WW, act WW untuk hari bila aku malas nak menulis..wakakakaka, mmg aku rasa mmg sangat malas menulis...

Yeay geng mucha2 kami si Mucha_Edora dah selamat jadi bini orang 31 Mei lepas..Alhamdulillah :)

 ~ Teaser dulu, teaser lagi :P ~


~ Persahabatan daripada umur 16 tahun :) ~


Dari kiri :-

Mucha_kyn   : Yang kedua kahwin tahun 2011, seorang anak perempuan dan sedang mengandungkan anak lelaki,  paling gojes, paling selumber, sangat bijak dan dia adalah seorang yang paling mengikuti hal-ehwal semasa(bukan gosip artis), suri rumah :P

Mucha_pza : Yang pertama kahwin tahun 2010, anak dua seorg lelaki dan seorg perempuan, kaki shopping dari sek. men. lagi, peneman setia dan akulah insan paling diorg akan cari dulu untuk meluahkan apa2:), paling berisi comel antara yang lain2, keje mengira2 di gomen:P

Mucha_neena : Sedang bertunang-tunangan:P, paling lembut, bijak berniaga, hijablista (ada tutorial sendiri untuk pakai shawl dan menjual shawl), paling rendang :p, seorang yang perfectionist, Eksekutif di aeon :P

Mucha_Aizan : Yang ketiga kahwin awal tahun 2013, sedang mengandungkan anak pertama, paling blur :P, paling sengal, paling tak suka bergosip, Eksekutif di tomei :P

Mucha_Edora : Yang Keempat kahwin tahun 2013, paling gagah(wakakakaka), pelindung kami yang baik, sangat tak berdikari :P, paling tinggi, penah jadi model utk majalah "dara", pegawai keselamatan di gomen, sila berkawat skrg :P

Notakaki : Perbezaan kami menyatukan hati2 kami  :)

Tuesday, June 4, 2013

Teaser baju raya 2013

Assalamualaikum...

Waduh2 ko, ganti pose pun tak habis dah sibuk nak teaser2 sangat baju raya ko tahun ni, hahahahahaha.

Percaya tak tahun ni we all ada dua warna baju raya, so ikut mood nak pakai warna pe pagi raya tu.Al-maklumlah suami ai kan dia keje kat MAIWP so memang banyak function memerlukan dia memakai baju melayu semasa ramadhan dan syawal nanti, so sebagai isteri yang prihatin harusla membeli baju dia 2 pasang, tu pun mcm tak cukup je :P


~ tak yah nak teaser2 sangat la :P ~


~ Warna purple pilihan suami, dan warna pink pilihan ai la...5 meter tau kain songket & thai silk tu haruslah buat skirt mawar sedondon ngan baju mama dia :P ~

Notakaki : 2 helai la sangat kan baju raya ko kan:P