Assalamualaikum...
Actually plan nak bercuti dengan family in law dah lama dah, tp sebab kekangan masa tu sbb ada antara adik beradik suami i ni cikgu sekolah, pastu ada plak anak2 nak ambil periksa, so bincang punya bincang dalam akhirnya pergi tarikh lepas upsr kononya dan akhirnya upsr pun tak habis lagi, kesian budak2 ni, takpelah adik2 kita enjoy2 lapangan kepala tu lagipun dah study kan :P
Pulau kapas ni di terengganu dan aku terperincikan lagi pulau kapas ni di marang. Terpulang pada sapa2 nak pergi nak bermalam di pulau kapas pun boleh, bermalam di marang pun boleh tapi kami sekeluarga memilih untuk bermalam di kuala terengganu, kuala terengganu ke jeti marang lebih kurang dalam 15 minit je, dekat je. Kami pilih kuala terengganu kononya ingatkan tok wan or pak long tak nak join snorkeling di pulau kapas, so diorg boleh la nak jalan2 kat KT dan kebetulan Hotel Seri Malaysia bersebelahan dengan Pasar Payang. Tapi rupa2nya dari yang tua sampai ke muda semua nak pergi snorkeling jugak akhirnya.hahaha.
Malam tu dah brief siap2, untuk berkumpul di lobi pada jam 8 pagi, maklumlah anak cucu ramai hahaha. Kami ambik family room di hotel seri malaysia , so dia bg free 3 kupon free breakfast (walaupun tak kisah pun kupon free tu sbb masing2 mengelupor nak makan kat luar, terengganu syurga makanana weiiiii), Lepas breakfast tu dlm kul 8.30 pagi bergerak ke jeti sbb dah berjanji naik boat kul 9 pagi.
~ Masing2 budak2 ni semua tak selera nak breakfast sbb excited masing2 nak g snorkeling ~
~ Kat sini banyak je perkhidmatan mcm ni, tp sebelum pergi suami dan anak buah dah uruskan semua di KL sebelum pergi ke sini kalau nak walk in pun takde masalah sbb banyak perkhidmatan ni, untuk satu kepala rm80.00/dewasa (perkhidmatan boat pergi balik dr jeti marang ke pulau kapas, perkhidmatan snorkeling dan untuk makan tengah hari), kanak2 tu mungkin half kot, so mari kita enjoy!!! ~
~ masa ni kat jeti marang, masing2 tak sabar nak naik boat ~
~ Tengok, punya tak sabar budak ni ~
~ Ok boat dah sampai, ma tak da sabar tu hahaha ~
~ Anak buah hubby, seronok masing2 ~
~Ala2 muka dia stress nak masuk laut ~
~ Teruja budak tu, tak sabar dah tu nak terjun laut, hahahaha ~
~ Ok dah smpi destinasi, tak jauh pun dalam 15 minit je dr jeti ke pulau kapas..ya allah jernihnya air..kali ke 2 aku ke pulau selepas pulau perhentian, dan aku tak nafikan pulau di pantai timur antara pulau y terbaik di dunia ~
~ Ok, turun2, kita dah smpi destinasi ~
~Boat untuk pergi snorkeling boat mcm ni, dia boat ringan ~
~ Sementara tunggu boat tu, main pasir la apa lagi...sukanya pasir kat sini halus je tak mcm pasir kat pd kasar pastu kotor ~
~ Kebanyakan mat salleh y banyak duduk kat sini, diorg mmg ramai sangat kalah org malaysia ~
~ Tak sabar nak main air masing2, sabar dik non kejap lg kita terjun laut ~
~ Kami nak bergerak ke tempat snorkeling, lepas dah puas kami balik makan ye, hahahaha ~
~ Mawar duduk dengan kak zimah, cucu sulong dalam kerabat pak noor.hahaha ~
~ Memandangkan ramai, so 3 trip boat ni pergi balik ambik kami ~
~ dah macam pelarian je, hahahaha ~
~ Ya allah, nampak tak, nampak tak???dr atas boat boleh nampak clear ok batu karang ni ~
~Jernihnya, kalau kapas pun mcm ni maldives mcm ne la... ~
~Kaum kerabat pak noor la ni ramai2 ni..hahahah ~
~Haikal ni penggila main pasir, tp serius pasir kat sini bersih ~
~Seronok pergi dengan anak2 buah ni, diorg y sakan melayan si haikal dengan mawar ~
~ Ha kau, batu kerang tu ko nak telan buat pe nak ~
~Hahahahaha, nasib abang mamat gagah ~
~Udah2 la mawar, kecut kaki tangan tu, tak puas hati aku tarik dia keluar laut ~
~ tengok mcm handal2 je nak masuk dalam air tu ~
~Makcik Ani paling terror sekali bersnorkeling" smpi ke tengah laut mampu pergi ~
~Tengok sampai tertdo dlm air, ha mampu ko nak tdo dlm air hebat tak hebat wahahahahaha ~
~ kesian duyung terdampar hahahah ~
~Mak su tahu kitaorg nak g pulau kapas laju je hello nak join..hehehe ~
~bapak korang pun sama naik berjam2 duk snorkeling.hahahaha~~
~Memang feveret haikal la hahaha~
~Lepas puas makan, kita mandi2 dan makan di cafe ni, jangan risau kalau tak sewa chalet kat sini pun kemudahan nak mandi, tukar baju semua mudah je ~
~Kakak izzah, rajin melayan...kesian dia ingatkan dah merdeka, mak su doakan izzah berjaya dlm upsr nanti ye ~
~Kebetulan lepas semua selesai nak balik ke jeti marang semula, hujan turun, ya allah makin cantik view kat sini, kalau pualau kapas pun camni korag boleh bayangkan perhentian mcm ne, sbb perhentian dikelaskan pulau no 13 tercantik di dunia ~
~Hujan sekejap je ~
~Ok muka get ready nak balik mak2 pulak nak berjoli kat pasar payang hahahaha ~
Notakaki : so far pulau kapas tempat yang agak best!
No comments:
Post a Comment
Tukang Komen :)