Assalamualaikum..
Dejavu = Perasaan seseorg pernah mengalami benda yang sama:)
Dulu wan khalish haikal kini wan mawar adawiyah=Alhamdulillah ya allah:)
~ Not Available. Isteri Wan Mohd Sanusi dan Mak kepada Wan khalish haikal, Wan Mawar Adawiyah dan Wan Melati Thohirah ~
Wednesday, October 3, 2012
Tuesday, October 2, 2012
Mawar Cucuk 2 bulan
Assalamualaikum...
Semalam cucuk mawar 2 bulan setelah mawar berusia 2 bulan 15 hari, ngee dr. k bagi tarikh dah lari sebab hari tu kan raya. Mawar jumpa ramai kawan sebaya dia, anak ikhwan, anak ameen...
Alhamdulillah naik 600gram, ngee takpelah sayang naik sikit, nak buat camne minum susu pun banyak macam tu je, ikut genetik papa ni slim ni kalau ikut mama jd macam abang long tu, hehehehehehehehe :)
Ada kawan2 yang mana ibu baru tanya tips untuk elakkan anak demam selepas cucuk, untuk anak cucuk 1 bulan takkan demam. 2 bulan dan ke atas ada potensi untuk demam, diingatkan susu ibu bukan menjamin anak takkan sakit tetapi dia menguatkan antibody baby, aku pun bukan pandai sangat tp rajin tanya dan tengok blog pakar2 tentang bf ni. Sebelum nak g cucuk ambil 2 biji vita c, sejurus dicucuk terus susukan anak dengan susu badan, insyallah tak deman kalau demam pun tak terok dan alhamdulillah mawar tak demam cucuk 2 bulan.
~ Mawar kemain happy dapat jalan :P, mawar yang tak suka pakai stoking tangan ~
~ Terkekek2 dia kena agah dengan Dr. pelatih kat situ padahal nk kena cucuk tu, sayang2~
~ kebetulan kak zura da bersalin ahad pg so terus g melawat dia, alhamdulillah semuanya selamat, tak jahit tu.hebat kak zura :) ~
~ Mawar & kumbang kak zura @3.15kg, normal :) ~
Ikutkan aku bgthu pengasuh mawar nak hantar by this week tp mcm tak smpai hati plak :(, tu la lama sgt cuti kot :P.Nak2 si mawar kami ni dah pandai borak, terkekek ketawa kdg2 tu :)
~haih adik, kesian muka kena ruam susu....geram mama tgk pp tu ~
~ mama masak kat dapur dia bergolek tengok tv, hehehe...anak2~
Notakaki : kenapa la berat ht sgt ni, erm :(
Monday, October 1, 2012
Koleksi Terbaru....
Assalamualaikum...
Oktober sudah, lagi berapa hari nak naik keje.....Naluri ibu ni kadang2 pelik kan, nak2 cuti 3 bulan rasa sayang nak lepaskan anak bawah jagaan orang, mcm2 aku nak list bagi kat makcik tu contohnya lepas mawar minum susu kalau dia mengaruk maksudnya dia nak tdo dahla mawar ni aku tak ajar tdo buai macam ne la nak ke dia berbuai nanati????erm....tapi itu lah lumrah ibu berkerjaya, think positif :)
Bila nak masuk keje, mula la nak buka almari apa nak dipakai, apa nak dibasuh..nak2 tudung aku lama tak dry clean :P, ngeeeee..
Hobi baru skrg berinstagram , memang very the terkedek2, orang lain dh berkurun hehehehehe biasalah ai kan klasik :P, haruslah nama depan dalam instagram tu MUCHA, MUCHA_edora & MUCHA_Eyezan dah pesan siap2 masuk instragram nama depan letak MUCHA, dah kata sahabat :), gambar jd cantik tak yah nak edit susah payah (padahal aku ni bukan kaki edit pun).
~ Antara koleksi tudung, nak mintak bajet kat husband sehelai dua agaknya dia buntangkan mata tak &:P ~
~ Koleksi handbeg terbaru pemberian suami, thanks sayang...muah2 :) ~
Notakaki : Baju kurung masih muat, kalu tak muat dpt bju baru, tapi rasanya buat jugak bju bru :P
Wednesday, September 26, 2012
Wishlist Home Sweet Home : Deco balcony :)
Assalamualaikum...
Sebenarnya bila ai duduk umah, ai banyak habiskan masa berangan nak cantikkan umah...wah ko! mentang2 la berangan kan free, keje nak berangan je...hahahahahahaha
Yelah, aku sayang rumah aku, so nak la setiap sudut dicantikkan dan dimanfaat, banyak wishlist untuk HSM tpi yang ni aku nak kumpul duit dan buat yang ni dulu..hehehehehehe
~ Balkoni sekarang, tempat sidai baju je, so tengah memikirkan apa nak dibuat dengan balkoni ni..erm ~
~ Ni balkoni umah jiran ai, cantik & simple, nice je nengok...huhuhuhu ~
So, ai pun blogwalking untuk cari2 idea untuk deco balkoni, sekali terjumpa link Terrace Garden, mereka menawarkan perkhidmatan sebegini tp x thu la berapa harganya, jom berangan!
~ Pa!yang ni serius cantik sgt!~
~ yang ni pun ok kalu tak dpt yang tu..hahaha~
Tp sebelum nk mendeco perlu mempertimbangkan sekiranya bilik atas ni nk di reno lg ke, SEKIRANYA ye..~
~ pstu terjumpa blog inachik, simple je so kalu dia bukan yang permenant nye, bo nak ubah2 dan rasanya lg murah deco mcm ni kan ~
Notakaki : Ada uangnya semuanya jadi, kalau uangnya takde tangguh jelah dulu...hehehehehe
Happay birthday mak ngah!
Assalamualaikum...
Semalam birthday angah ai, company dia best gile sangat, hari jadi pekerja dapat cuti, memandangkan semalam dia cuti dia bawak yasmin pergi kidzmania, min kata best sangat. Angah kata mak bapak tak leh masuk, anak2 kena berdikari, dalam tu ada lebih 30 jenis pekerjaan, ikut anak2 nak kerja apa, bile dah kerja dapat gaji boleh g salon bagai, menarik bukan!tapi kanak2 atas 4 tahun....yang kelakar min jd model buat fesyen show...hahahahahahaha:)
~ Best nya tengok, siap jd pilot lagi...:) ~
~ Beria2 bercerita :P ~
~ Angah aku penggemar kek, selalu dia je yang akan bawak ke yang kitaorg tak penah makan, SR memanglah selalu sangat pergi tp makan kek yang biasa2 makan, yang ni karamel taw, kena tempah angah aku kat sbb dia tak buat hari2..sedap sangat ! ~
~ Mak belanja nasi arab, thanks mak.Memandangkan hubby ai g terengganu smlm kesian papa penat keje sekarang, so diorg buat kat umah ai je :), mak long takde dia g sabah bah... ~
~ Yeay, hb. semoga panjang umur dan dimurahkan lagi rezeki angah sekeluarga, Amin... ~
~ Angah dengan bunga2 yasmin dia, along lepas ni dapat gegirl letak la tanjung :P ~
Notakaki : Minggu depan birthday Arrisa yasmin plak, nak bg apa plak ye kat dia tahun ni???ermmm
Tuesday, September 25, 2012
Ai suka sangat buat trifle :)
Assalamualaikum...
Sabtu lepas tengok rancangan chef cilik dia buat trifle!nampak sedap, baru perasaan lama sangat tak buat trifle, kang skill tak tajam plak..ececeh!ayat....
Betul kata kak shasya ai, bila anak dah membesar dan pandai nak makan itu ini, kita pun suka buat resepi untuk dia, tak la dia bosan makan nasi lauk sup je kan :P
Sama jugak bahan buat cam hari tu, cuma kali ni guna susu segar, nak banding mana sedap :)
Cuma kali ni ai happy sangat sebab, kastrad betul2 menjadi, rupanya2 senang je petua nak ilangkan ketul2 tu, jangan masukkan terus kastard dalam air mengelegak tu, kalau tak ketul pun mesti kena kacau lama, ko bancuh dulu dengan AIR SEJUK, gaul tak sampai seminit cantik tekstur dia (macam masterchef plak ko ni), pastu panaskan susu tu, jgn sampai mendidih pastu tuang dan gaul bersama2 kastard tadi...
~ Suka ai!~
~ Kali ni guna swiss roll strawberry, jelly strawberry & buah peach. Hari tu tak letak, sedap letak sebab teringat trifle kak shasya :) ~
~ Rasanya dah kewajipan beli mangkuk kaca macam kak shasya tu memandangkan lepas ni selalu buat trifle :, ok siap bekal haikal ~
Notakaki : Tengah gigih buat bekal untuk si mawar, sekejap je nak naik keje...erm
Monday, September 24, 2012
Bai!!!!!!!!!!!!!!!!!!!carpet satu :P
Assalamualaikum...
Semalam ajak husband ai g giant, tekak teringin nak makn trifle so nak cari bahan2nya la:), pastu ingat boleh la nak bekalkan haikal nanti makan ramai2 kat umah pengasuh...
Pastu sebelum balik, terpandang carpet, husband dengan laju tanya "nak beli carpet tak", isteri dengan laju cakap "boleh jugak":)..
Owh kami bukan beli carpet sesuka hati, kisahnya carpet sekarang ni cantik je lebih tapi kebersihan tu kurang sikit sbb makanan senang tersorok di sebalik bulu2 yang penuh tu walupun rajin vacum, si mawar kan dah pandai mengereng kadang2 tengok dah melorot ke bwh dah:P, makanya tak lama lg dia pasti meniarap, so nak cari carpet yang budak tak senang kena asma ....
Memang penyakit ni tuhan nk bg, dia bg je tanpa sebarang SEBAB, tp kt sebagai ibubapa cegah2 la mana yang termampu, yang lain tu berserah je kan :)
~ Bai, papa saya nk beli carpet, bg murah2 ya :P ~
~ husband ai berkenan yang ni,cantik sangat tp malangnya kecik je 5x7 je, lgpun dia kt tk kena "tema", erk perli aku la tu ~
~ aku berkenan y merah ni, psyko mak ko ni haikal....nak matching aje, oppcosh la, kata umah kita syorga kita so mesti didandan rapi, mcm kita jugak la kan :) ~
~ proses alih mengalih, carpet lama letak depan dulu bt masa ni ~
~ ok mawar ini untuk mawar, hey!!!!!tibe2:P ~
Notakaki : Next!!!!!!!!!!!!!!! nak gantung painting beli kat langkawi hari tu, baru berkesempatan g buat bingkai semalam :)
Subscribe to:
Posts (Atom)











