Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 24, 2010

Terkenangan insan yang paling istimewa bagi ku pada saat genting ini.....=(

Apabila tinggal aku sekarang membilang hari untuk ke satu tahap yang sangat diimpikan oleh semua pasangan kekasih iaitu alam perkahwinan, insan yang paling istimewa dan berharga bagi aku yang mana paling banyak berkorban untuk hidup aku tiada semasa aku ingin ke hari bahagia ku ini......

Tidak dinafikan disebalik wajah senyuman manis ku =P terselit rasa sedih mengenangkan arwah ayah yang mana tidak dapat untuk melihat anak gadis yang terakhir ini nikah dan bersanding bersama pasangan yang dipilih dan telah diluluskan oleh arwah =P......

Masih jelas dalam ingatan ku walaupun dah setahun, pada masa yang sm pada tahun 2009 arwah ayahku di hospital, menjadi pesakit tetap di HKL dan mak merupakan isteri yang setia senantiasa menemani arwah ketika ini....kuasa tuhan yang mana kita tak terjangka dimana ayah telah disahkan menghidap kanser pengkal lidah tahap akhir dimana tahap kritikal.....kami tidak jemu2 mengubati penyakit ayah dari perubatan tradisional ke perubatan moden...lagipun arwah ayah sangat tabah dan tidak penah putus asa untuk mengubati penyakitnya itu.....

Teringat keadaan ayah dimana masa tu ayah susah untuk bercakap, diari kecil menjd alat penghubung utama antara kami....aku masih menyimpan diari tu, setiap kali membacanya air mataku akan jatuh dengan sendiri....teringat kan dia pada ketika itu, masih boleh melawak, menasihati anak2 nya walaupun dalam kondisi yang tidak menentu.....

 

~ antara resipi arwah ayah aku yang paling aku suka~

 

~ Nasihat Arwah ayah =( ~



Antara page dlm diari ayah yang paling aku tersenyum melihat nya...hehehehehhehe=)
Dia melawak dengan aku yang mana mahukan aku bertunang pada 09.09.09 dengan wang hantaran RM9999(ayah siap bagi 30% discount tapi aku potong...mana boleh bg discount2)...hehehehehe, sempat ayah menghiburkan hati anak kesayangannya ni walaupun dalam keadaan susah mahu bercakap=)......memandangkan tarikh tersebut masih dlm bulan ramadhan jd aku melangsungkan masjlis pertunangan pada 031009 dan pada ketika itu pun arwah ayah dah pulang kerahmatullah.......



Just Me Say : Ayah doakan perkahwinan anak mu ini membawa keberkatan di dunia hingga ke akhirat, menjadi isteri yang taat dan solehah seperti isterimu.....amin~

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)