Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 29, 2011

Berkampung di PUSRAWI 4 hari 3 malam :)

Assalamualaikum...

Lama da tak menulis di sini....ini disebabkan oleh anak aku, wan khalish haikal admit wad pasal "infection"...kahak dah penuh kat dada patutlah si alish ni on off demam dari hari isnin smpi jumaat..

Jumaat lepas aku EL, memandangkan si alish masih tak berapa nak sihat dari demamnya...ni first tyme demam & tak baik2, jumaat dalam kol 10.00 pagi suhu demam dia naik terus je capai hp sms  hubby "awak balik kta g hospital, alish demam"..terus papanya bergegas ke rumah dari office, nasib la rumah dekat ngan office & hospital....

G hospital cek darah putihnya tinggi, doktor suh admit wad sbb ada infection..kahak dia penuh kat dada...doktor bagi si alish ni peluang..hehehehe...kalau dia tak nak menyusu kena masuk air..hehehe..sian tgk dia kena masuk air, tapi dia relax je mukanya. pastu bila buar "nebulizer" pun mula2 marah2 lama2 dia dah biasa dah...anak mama kan kuat , alhamudlillah sepanjang kat wad tak de la dia meragam2 dan merengek2 sangat:)...terus je sms "sifu" bagitahu alish masuk wad..terus dia bagi kata2 semangat..hehehe..tq kak :)

Disini ada diselitakan tips oleh dia, sangat berguna kawan2 semua, anak kita akan sakit tanpa mengira masa..jadi disini ada berberapa tips berguna

1. Hantarkan sedikit portion duit utk sedekah niat minta anak cepat sembuh. petua orang lama bila anak jatuh sakit....

2. Saya akan bangun pada setiap malam utk menyapu minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak...dalam jam1-2 pagi , petua orang Cina yang saya belajar utk kurangkan kahak.

3. Saya akan mandikan anak saya 3 kali sehari demi memastikan suhu badan anak saya stabil. Memang ada pendapat bila anak selsema tak perlu mandi tetapi saya dapati bila kita buat begitu, kahak akan menebal dari selsema cari kepada yang lebih pekat...maka petua mandikan anak 3 kali sehari sangat membantu si kecil menghembuskan cecair yang tersumbat dalam hidungnya setiap kali lepas mandi. Saya akan mandikan mereka seawal 8 am, 1 tengahari dan 5 petang. Sapukan minyak telon atau minyak burung unta setiap kali selepas mandi di ubun2, belakang telinga, tapak tangan, tapak kaki, dada, bahagian belakang badan serta betisnya. Vi***s bukanlah satu yang disarankan digunapakai walaupun ianya tertulis khas untuk kanak2....

Dua malam berikutnya perubahan dah nampak, alish dan nak minum susu ibunda,sepanjang dia tak nak menyusu aku terpaksa bawa BP ke hospital...smpikan aku demam bengak susu lah sebab susu tak diminum si alish ni dan terus sms "sifu" lagi..tanya kalau kita demam boleh ke menyusu anak...ini jawapan dia...."Menyusu anak tyme kita demam sangat elok sbb antibodi kita tinggi"..pastu dia pesan suruh makan vita-c dua biji patah dua & performance drink, alhamdulillah cepat lega.....


Doktor tanya khalish duk ngan pengasuh ke nursery?aku ckp pengasuh...dia kata kalau nursery lagi kerap kena macam ni....tapi sebagai wanita bekerjaya nak buat cmne kita takde pilihan....samada pengasuh, nursery @ orang gaji...doktor ada avcise ambik vaksin pnemucocal, bayar lebih sikit takpe untuk anak kita jugak kan :)

Disebabkan khalish admit hospital swasta makanya lama la sikit kena tahan 4 hari 3 malam gitu kami sekeluarga perkampung di PUSRAWI..hehehe...biasalah kan, tapi doktor & kawan2 sekeliling serta adik beradik aku semua kata ni sakit ni biasa budak2 kecik ni., bak kata officemate aku penyakit orang-orang kaya..hahahaha..tapi alhamdulillah asalkan dia kembali tersenyum & aktif :)

Cuma sebelum keluar doktor pesan jgan bawak ke public sangat, tp kena jugak bawak sekali sekali bg dia imune keadaan sekeliling...tadi masa bawak dia pergi umah pengasuh, nenek salmah dia kata "masuk wad ingat badan susut tapi makin berisi"..hehehe :)...

NOTAKAKI : Tq pada yang melawat alsih masa dia hospital dan  juga yang memberi pesanan ketidak sihatan alish ni ...thanks semua :)

2 comments:

Tukang Komen :)