Assalamualaikum...
Kali Pertama dan tahun pertama saya berpuasa sambil menyusu badan...lapar tu tak la sangat, letih tu sedikit sahaja tapi alhamdulillah semua nya dapat dikawal selia dengan baik..terima kasih Ya Allah..
Sebenarnya banyak atau sedikit kuantiti susu tu tak pernah saya persoalkan kerana ia pemberian tuhan, dapat sedikit saya bersyukur dapat banyak bersyukur dan plus seronoknya...alhamdulillah kembali...
Hari Pertama saya berpuasa :-
Sesi Pagi dapat 3 oz + Sesi Petang dapat 2 oz = 5 Oz (Rasa agak risau kerana kalau boleh tak nak guna stok)
Hari Kedua saya berpuasa :-
Sesi Pagi dapat 4 oz + Sesi Petang dapat 4 Oz = 8 Oz (Hepi Sangat)
Hari Ketiga saya berpuasa :-
Sesi Pagi dapat 4 oz + Sesi Petang dapat 4 Oz = 8 Oz (Hepi Sangat)Hari Keempat saya berpuasa :-
i. Pukul 3 Pagi - saya rasa bengkak dan habis basah (dalam hati tak sangka menjadi petua diamalkan semlm)
ii. Pukul 7.30 sampai opis terus pump sebab dan rasa penuh, alhamdulillah dapat 5 oz
iii.Pukul 12.30 dapat 5 oz
iv.Sesi petang belum lagi
* Alhamdulillah mungkin Petua ini sedikit sebanyak membantu =)
Petua yang saya baru amalkan yang mungkin boleh saya kongsikan bersama2 : Fresh Milk + ESP + Buah Kurma = Blendkan kesemuanya...hanya harap2 hari2 mendatang pada bulan ramadhan ini akan lebih membawa keberkatan kepada saya...saya hanya makluk tuhan yang lemah...
Yup banyak org ckp bgs..Arina minum horlicks pon alhamdulillah susu brtambah :)
ReplyDeletealhamdulillah, pza suka pada ibu2 yang berkerjaya ni tak penah lelah untuk menyusukan anak dengan apa pun cara untuk usahakan jugak penghasilan susu...:)
ReplyDelete