Assalamualaikum,
Salam jumaat yang mulia, hari selesa lepas tengah hari ma telefon hasben bgthu mok (arwah nenek) hasben sakit tenat, dah jam 12 tgh malam col maklum mok dah meninggal, alhamdulillah arwah tak sakit lama.kami sekeluarga bergegas bergerak ke besut tengah malam tu satu kereta dengan family abang hasben yang kat sungai buluh, adik beradik hasben lain semua gerak dari pahang, 2am pagi bertolak dan sampai pada pagi rabu jam 10pagi, sempat melihat arwah, kebumi jam 1030 pagi, sungguh sejuk raut wajah arwah mungkin tenang untuk meninggalkan kesemua anaknya & mungkin jugak tidak mahu anak menantu susah hati apabila hendak menunanikan umrah ujung bulan 5 ni...
Memang tak dinafikan perjalanan dr. KL ke Besut makan masa 8 jam, agak memenatkan sedikit tetapi sekurang2nya terubat kepenatan apabila sempat melihat jenazah, walaupun aku tak lama kenal arwah tapi dia pasti seorang ibu dan nenek yang sangat penyayang, masih teringat kain sutera berwarna biru pemberian arwah masa pertama kali aku datang ke rumahnya :), senyumannya sentiasa tidak lekang dari bibirnya, semoga tuhan menempatkan arwah digolongan orang2 yang beriman, al-fatihah & amin :)
Alhamdulillah semuanya sudah selesai, balik ke KL semula harini dah esok mahu fly plak, kebetulan perancangan allah & mausia kali ini selari, kalau berlaku musibah pada hari kami FLY, kami batalkan sahaja walaupun dah bayar semuanya tapi duit kan boleh dicari :).....tu yang kena tukar Check Up awal, nak mintak pengesahan boleh terbang dari dr. maklumlah perot dah makin membesar. Thanks pada kawan2 yang bg info awal, al-maklumlah mak ni mana la rajin naik flight nak2 tyme dah sarat ni,
~ Dr. keadah kata dalam malaysia dia takde masalah sangat nak bg surat pengesahan ni ~
Notakaki : Celebrate buffday papa & berbabymoon di langkawi, insyallah & thanks sangat papa :)