Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 6, 2012

C.T.G Scan Honey Madu II :)

Assalamualaikum...

Semalam ada follow-up check-up untuk 37 minggu dan C.T.G scan Secara ringkasnya CTG atau nama penuhnya iaitu Cardiotocography ialah sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kadar degupan jantung bayi dan juga contraction. Dari segi perubatan (obstetrics), cardiotocography (CTG) ialah satu istilah teknikal yang merujuk kepada pengiraan atau merekod (merujuk kepada perkataan -graphy)  denyutan jantung bayi / fetal (merujuk kepada perkataan cardio-) dan juga kontraksi ( merujuk kepada perkataan -toco-) sewaktu hamil kebiasaannya dibuat pada trimester ketiga. Alat atau mesin yang diguna dipanggil cardiotocograph, atau  electronic fetal monitor (EFM)

Teringat masa CTG scan haikal dulu, doktor kata takde tanda contraction lagi, malam tu laki bini ni gigih g makan burger king esokknya terus bersalin haikal :)

Kali ni buat CTG scan pun hasilnya sama mch haikal dulu takde tanda2 contraction lagi...selalunya CTG ni makan masa 45 minit, sempat la nak membaca ke berzikir ke  :)


~ Memang aku dah agak takde contraction sbb tak rasa sakit pun atau tanda2 nak bersalin  ~


~ Setia menunggu :) ~


~ Degupan Jantung baby masih ok dan takde tanda contraction  ~

Lepas habis buat CTG, jumpa dr norkaedah...dia kata berat badan tak naik adalah tanda2 dah cukup bulan dan masa tunggu hari bersalin, ikutkan dah cukup masa nak bersalin...khamis depan dia nak monitor balik kalau still tak naik berat badan kemungkinan kena tahan wad...

Sebelum buat CTG bertalu2 kawan2 hantar email, whatssup tanya status aku dah bersalin ke belum...buat masa ni memang takde tanda nak bersalin, sakit2 pun takde, tapi tak tahu la nak buat kejutan macam haikal dulu ke...hehehehehehehe:)

Notakaki : Doakan selamat semuanya ye:), Amin....

3 comments:

  1. suka gak buat ctg ni, macam boleh dengar degup jantung bby :)

    ReplyDelete
  2. bes r fiza..dah hbis tempoh mengandung..tgg nak melahirkan aje dah..sy ni la yg tgh mabuk teruk bangat..huhu...lotih r...anyway..apapon moga selamat semuanya..

    ReplyDelete
  3. izla : best kan, kuat je bunyi jantung dia :)
    faezah : takpe, nikmat yang bukan semua orang dapat, lagi 3 bulan ok la tu....tq ye :)

    ReplyDelete

Tukang Komen :)