Cinta Halal Ini

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 22, 2012

Bila nak mula buat stok & macam mana nak tingkatkan penghasilan susu

Assalamualaikum...



~ Alhamdulillah, stok ebm mawar terkini ~



~ Ini plak stok yang bahagian bawah, kalau rasa dalam tempoh masa 5 hari tak digunakan kena pindahkan di bahagian beku ~

Ada ibu2 baru bersalin dan hendak bersalin bertanya bila masa yang sesuai untuk membuat stok ebm sebelum naik keje.Sebenarnya depends, kalau jenis susu banyak tak yah buat awal2, kalau susu tu suam2 kuku buatlah awal...sekali perah let say kata dapat 2oz x 6 kali pumping sehari dapat 12ozx30 hari so boleh dapat 360oz, takpe sikit2 lama2 jadi bukit...

Semua orang tak sama, macam aku buat stok 2 minggu sebelum nak naik keje..

Pastu ada yang tanya macam ne nak banyakkan susu kerana susu tak banyak??aku ni taklah pandai mana sangat  cuma nak berkongsi pengalaman dan yang mana aku tahu selain tu aku pun mengamalkan benda ni jugak...

1. Bagi aku kunci utama jgn "stress", kalau kita cepat stress susu pun mcm segan2 nak keluar. Relax saja, insyallah tubuh badan akan memahami permintaan. Kalau stress bukan jalan penyelesaian, cuba relaxkan diri. 

Kalau still macam tu, rajin kan buat power pumping, apa itu power pumping?:-

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

2. Aku masa pantang rajin buat PP, boleh katakan seminggu tu direct aku buat PP, kalau boleh antara     01 pagi hingga 4 pagi masa tu susu tengah banyak, alhamdulillah lepas tu susu sangat2 memberangsangkan..


~ ALhamdulillah, rezeki mawar setiap pagi, kalau rasa menurun tu cepat2 buat PP tapi buat masa ni alhamdulillah, buat masa ni aku masih mampu bekalkan mawar fresh milk hari2 stok ebm tak berusik lagi, tapi aku kena mulakan langkah 3 stok fresh & 1 stok ebm kena guna, kalau masa bayi growth support mulakan dia akan minum susu dengan banyak, tu yang pentingnya ebm ~

3. Pastu aku juga amalkan, tapi sekarang kejar masa.Lepas pump tu buat teknik marmet dalam 5 min macam tu.Apa itu teknik marmet??

Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.

Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.

Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.

Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah ;)

4.Selain itu make sure Minum air dengan banyaknya....kalau boleh 3L air sehari.

5.Pump, pump & pump...Rajinkan diri untuk pump, atleast 2-3 jam cuba untuk curi masa pump selama 15 min pun dah cukup.

6.Kalau rasa ada duit lebih bo belilah supplement, ingat ye kawan2 suppliment bukan nak banyakkan susu tapi kita kan BF, perlukan makanan berkhasiat & tubuh yang sihat. Belum tentu makanan yang kita ambil tu sihat so boleh gantikan dengan supplement. Tapi semua ini bergantung dan terletak pada individu masing2...AKu dari anak pertama memang amalkan set menyusu shaklee.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil supplement? Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan. Bagi ibu yang menyusukan, supplement adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

7. Dapatkan bantuan caunselor penyusuan, kat internet ramai caunselor tentang penyusuan. Jangan cepat panik, cuma sms dan bertanya dan dengan cepat mereka akan jawab antaranya :-




8. Setelah berusaha dengan pelbagai cara dan yang terakhir adalah berdoa, berdoa agar tuhan permudahkan urusan kita, insyallah :)

Notakaki : Ya allah kau permudahkan lah urusan kami...

No comments:

Post a Comment

Tukang Komen :)